Bab 28

Romance Completed 14382

"Syg..kenapa ni?Abg tengok dari tadi lagi Iris diamkan diri.Risau abg tau."tegur Aiman sambil melihat kearah isterinya yg sedang berbaring.Risau melihat keadaan isterinya itu.Sejak balik dari kerja lagi isterinya mendiamkan diri.Bila ditanya,anggukan dan gelengan sahaja yg dia dpt sebagai balasan.

Sekali lagi dia mendapat gelengan dari isterinya.Keluhan dilepaskan.

"Syg..ada apa-apa bagitahu la abg.Jgn la diamkan mcm ni"pujuk Aiman lagi.Tangan isterinya dipegang lantas tangan itu menarik kembali.Tersentak dia dgn tindak balas dari isterinya itu.Bibir diketap.

"Takpelah kalau taknak share.Tapi betul ni,taknak ikut abg pergi maahad?Risau abg tinggal Iris sorang-sorang dlm rumah"kata Aiman lagi.

Alia tidak membalas,malah gebar ditarik menutupi tubuhnya sehingga keparah bahu.Lalu mata dipejamkan.Malas mahu melayan suaminya itu.Dia tahu berdosa.Tapi hatinya sakit.Terasa ditipu hidup-hidup.

Tidak berapa lama kemudian,Aiman menapak keluar.Fikirnya mungkin perubahan isterinya disebabkan oleh pembawakan bdk.Jadi dia perlu bersabar melayan kerenah itu.

Setelah kelibat itu menghilangkan diri.Perlahan-lahan Alia membukakan mata.Setitis demi setitis airmatanya membasahi pipi

Kenapa abg tipu Iris?Kenapa tak bagitahu hal sebenar dekat Iris?Utk apa abg kawen dgn Iris?Apa motif sebenar abg?Adakah perkahwinan ini hanya sekadar utk menutupi rasa bersalah abg pada Iris,kerana telah membunuh parents Iris?Atau adakah perkahwinan ini hanya sekadar permainan bagi abg?

Persoalan demi persoalan menghimpit kepalanya.Tapi satu pun dia tidak punya jawapan utk itu.Utk bertanya?Tidak.Dia tak sanggup.Dia tak sanggup utk mendengar sebuah kenyataan.

Dia belum sanggup utk kehilangan atau melepaskan lelaki itu.Dia perlukan lelaki itu,begitu juga dgn ank mereka.

Perasaan syg dan cinta yg menggunung menyukar dirinya utk membenci lelaki itu.

Lelaki itu,selalu ada ketika susahnya sedari dari mereka belum berkahwin lagi.Lelaki itu juga byk mendorongnya,mengajarnya,memberi semangat kepadanya,terima segala kekurangannya tanpa sedikit pun merungut.Lelaki itu berikan dia segalanya.

Bagaimana harus dia membenci lelaki itu,walaupun lelaki itu telah membunuh ibubapanya.Dia tak mampu.Dia tak mampu.

Sungguh hatinya sakit dan kecewa.Tapi dia tidak mampu utk membenci lelaki itu.Terimbau kembali pertemuannya dgn Haikal dipejabatnya tadi.

"Kalau kau nk tahu.Suami kau tu punca kau takde mak ayah.Dia yg bunuh parents kau"ujar Haikal.

"Huh!Jgn cuba nk tabur fitnah dekat sini Haikal,kalau hakikatnya kau sendiri pun tak tahu"bidas Alia kembali.Geram bila suaminya dituduh sebagai pembunuh.

"Aku tak tipu Alia.Ya..betul family kau meninggal sebab kemalangan.Tapi satu benda yg kau tak tahu ialah kemalangan itu telah dirancang.Kalau kau nk tahu.Aiman.Aiman suami kau yg bawak kereta tu haritu.Tapi kau tengoklah,dia sihat sekarang.Sedangkan family kau?Dh terang lagi bersuluh la Alia.Kalau bkn dia yg rancang,mcm mana dia blh selamatkan diri dia?Fikir Alia fikir"panjang lebar Haikal terang.Sedikit sebanyak Alia seakan mengiakan kata-kata dari mulut itu.Kalau betul Aiman bawak kereta,dan dia tak bersalah.Kenapa dia masih selamat?

"T tapi mcm mana kau blh kenal Aiman?I mean.. pasal ni semua angkara dia"soal Alia lurus.Tersumbing senyuman sinis diwajah lelaki itu.

"Parents kita kwn baik Alia,sbb tu aku blh kenal dia.Aku dan Aiman selalu ikut ayah kami kemana saja diorang pergi.Kau je yg tak tahu"Alia menggelengkan kepala.Masih tak percaya.Kenapa dia tak tahu?

Haikal yg melihat Alia yg seakan dlm keadaan tertekan kembali menambah"Satu lagi rahsia besar yg kau perlu tahu.Suami kau tu mafia.Pembunuh.Tak mustahil la kalau parents kau pun dia blh bunuh 5 tahun yg lalu.Silap-silap kau pun dia bunuh"

Terlopong Alia dibuatnya."K kau saja mereka ceritakan?"soal Alia tidak percaya.

Haikal ketawa sinis."Terpulang nk percaya atau tak,yg tu.Tapi kau tanyalah sendiri dekat suami kau tu.Emm..takpun,kau tanya je umi kesayangan kau tu,mesti kau dpt jawapan.Sumpah aku ckp,aku tahu kau dh kawen,sbb tu dh lama aku tak kacau kau.Tapi bila aku tahu Aiman tu yg jadi suami kau.Aku terpaksa ganggu kau balik.Aku taknak kau jadi mangsa Aiman"bidas Haikal kembali menyakinkan.Melihat wajah pucat tidak berdarah Alia,melahirkan senyuman didalam hatinya.

Yes!!Dia percaya.Tak sangka cerita bodoh mcm tu pun senang-senang dia blh percaya.Mudah kerjanya kini.Seketika dia meminta diri utk pergi dari situ.Tinggallah Alia keseorangan.

Terduduk Alia mendengar kenyataan itu.Mengapa dihari bahagianya,kebahagiaan itu diragut mendadak?Alia cuba menghadam satu persatu tentang apa yg diperkatakan oleh Haikal.Sungguh separuh hatinya menidakkan kata-kata Haikal,tetapi separuh lagi mengiakan.Suaminya pembunuh?

Sungguh dia tidak tahu harus memilih yg mana sama ada mempercayai atau tidak.Jadi jln yg terbaik,dia memilih utk mendiamkan diri.

'Ya Rabb..mengapa kau hadirkan ujian sebegini setelah secebis kebahagiaan Kau taburkan padaku Ya Allah.Adakah ini sebahagian dari kifarah dosaku yg lalu?Jika benar.Aku redha Ya Allah.Tapi Kau kuatkanlah hati ini utk mengharungi segala dugaan Mu, Ya Allah.Kau tunjukkanlah kebenarannya Ya Allah jika benar suamiku difitnah.'doa Alia didalam hati bersama linangan airmata.

Entah berapa lama Alia berkeadaan begitu sehinggakan dia tertidur dlm tangisan.Penat mental dan fizikalnya hari ini.

****************************

Seperti hari-hari sebelum ini,Alia akan terjaga awal utk memuntahkan isi didalam perut.Sebelum berlalu kebilik air.Suaminya yg tidur disisi dikerling.Lena sungguh suaminya itu.Entah pukul berapalah suaminya itu pulang.Dia tak pasti

Ingin sahaja tubuh itu dikejutkannya utk membantu dirinya berperang didalam bilik air.Sebab dia tahu,selepas segala isi dari perutnya dimuntahkan.Bdnnya akan melemah.Jadi tubuh itulah tempatnya utk berpaut.Kini,dia tidak bisa lagi berpaut pada tubuh itu.Hatinya sakit dan kecewa bila melihat wajah itu.

Ya.Dia sedar,mengabaikan suami itu berdosa.Tapi dia tak mampu.Tak mampu elak dari rasa yg bersarang dihatinya dari semalam.

Tanpa berlengah,kaki diatur pantas kebilik air.Beberapa kali Alia memuntahkan isi,dia kembali terduduk didlm bilik air itu.Tangisan dihambur lagi.Sedih dgn diri sendiri sbb lemah.

"Syg.."panggil satu suara sambil menghampirinya.Baru tersedar barangkali.Mulut yg sedikit menguap ditutp dgn belakang tapak tangan.Mata dipisat-pisat.

"Kenapa tak kejutkan abg?"soal Aiman kembali.Lalu tubuh itu dicempung utk masuk kedalam.Alia masih diam tidak berkutik,tangisannya kini mula reda.Mungkin kerana suaminya ada utk membantunya.

Aiman mengambil balm panas seperti biasa utk disapukan pada isterinya utk mengurangkan rasa ingin muntah.Baru sahaja dia ingin menyapu,Alia pantas menipis

"Iris blh buat.Pergilah tidur"ujar Alia tidak beriak.
Walaupun dia menghalau suaminya,tapi hatinya tidak merelakan Aiman utk mengikut katanya.

Wajah Aiman yg seakan kecewa itu dibiarkan.Seketika,Aiman keluar dari bilik mereka dan dtg semula dgn secawan milo panas.

"Nah.Minum dulu,tak elok biarkan perut kosong"ujar Aiman,lalu menghulurkan cawan berisi air milo itu kepada Alia

"Letah je lah dekat situ.Nanti Iris minum"lalu tubuh dibaringkan,mata dipejam rapat.

Terdengar keluhan kecil dari mulut sang suami.Aiman hanya mampu tersenyum hambar,bila layanannya tidak dihargai.Fikiran cuba dipositifkan

**************************

Hari berganti hari.Layanan Alia tetap dingin.Hanya berckp dgn suaminya bila perlu.Hubungan mereka juga makin menjauh,kerana Alia yg meletakkan jurang dlm hubungan itu.

Alia termenung sendirian dibalkoni biliknya.Harini dia tidak masuk kerja kerana tidak berapa sihat.Bdnnya panas mendadak pagi tadi.

Keluhan berat dilepaskan sebelum melangkah keluar bilik.Dia perlu mengisi perut yg sedari kosong sejak pagi tadi lagi.Sarapan yg disediakan suaminya pagi tadi masih tidak disentuh.

Penat lelah suaminya menyediakan sarapan itu,dan dibawa naik olehnya.Tidak mahu Alia turun kebawah dlm keadaan lemah.Tetapi lelaki itu dimarahnya,makanan itu ditolak.

Wajah kelat Aiman pada mulanya mula mengukir sedikit senyuman hambar kearah isterinya.Dia tahu suaminya terasa dgn layanannya.Tapi dia masih tidak dpt berfikiran positif lagi.Terlalu byk benda yg jadi..

Ketika kaki ingin menuju ketangga.Matanya terpandang bilik yg berada disebelah bilik mereka.Bilik yg mana berkunci dan dia tidak dibenarkan masuk.

Langkah yg pada mulanya ingin dibawa menuju kedapur,mula menukar arah.Bilik itu dituju.Tombol pintu dipulas.Masih berkunci.Suaminya ada menyatakan bahawa kunci bilik ini hilang.Tapi tidak,sbb dia pernah nampak lelaki itu masuk kedalam ini.

Pantas bilik tidurnya dituju.Segala jenis laci dibilik itu dipunggahnya.Mencari kehadiran kunci.Almari baju dia dan suami juga dipunggah.Masih tidak jumpa.Kaki dibawa pula kebawah.Mengambil kunci gugusan kunci dibawah.Kemudian dibawa naik kembali.

Satu persatu kunci dicuba.Masih tidak blh.Nafas kasar dilepaskan.Mana Aiman simpan kunci ni.Alia berfikir seketika.Penat menggunakan otak.Langkah kembali disusun menuruni tangga,lalu kaki melangkah kearah bangku piano.Dia duduk situ melihat keadaan sekeliling rumahnya.

Pandangannya terhenti disebuah pasu yg berhampiran situ.Dia ternampak seperti ada satu kunci yg berada dicelah-celah pasu itu.Kaki diangkat kesitu.Lalu kunci diambil.

'Harap-harap ni lah kuncinya'bisik Alia.Dia menapak kembali keatas.Dlm keadaan demam pun,dia masih lagi mampu utk exercise naik turun tangga.

Yes!Dia berjaya buka.Bilik itu dimasukinya.Seperti bilik-bilik yg lain.Terdapat katil,almari dan juga meja mekap.Tetapi bilik ini yg pelik sedikit sebab ada beberapa buah kabinet yg mempunya banyak laci.

Arah itu diatur.Satu persatu laci dibuka.Banyak dokumen-dokumen didalam itu.Hampir kesemuanya adalah dokumen.Laci kedua terakhir dibuka.

Alia tergamam melihat isi yg ada.Terketar-ketar mahu tangannya memegang alat itu

Pistol.Ya..Beberapa jenis pistol berada disitu.Entah apa nama utk pistol-pistol itu,dia tak pasti.Airmata pantas menitik.

"Ja jadi betullah abg pembunuh"gumam Alia sendirian.Sebelah tangan cuba ditekup dimulut utk mengurangkan bunyi esakkannya.

Laci terakhir pula dibuka.Ada beberapa keping gambar disitu.Gambar dirinya dgn keluarga.Gambar papanya dgn dua org lagi lelaki.Dan juga sekeping lagi gambar,terdapat papanya dan dua org lagi lelaki yg dilihat tadi,tapi disitu Aiman dan Haikal juga berada disitu.

Jadi betullah apa yg Haikal ckp.Pantas laci itu ditutup.Sebelum bilik itu ditutup,tapi dibiarkan tidak berkunci.Biarlah kalau suaminya mahu membunuh dirinya pun.Dia dh tak sanggup nk hidup dgn pembunuh!

Kunci diletakkan diatas piano.Airmata dikesat kasar,kaki diatur ke dapur.Dia mahu mengisi perutnya dulu.Kesian anaknya kelaparan.

Walaupun dia tiada selera utk makan.Tapi digagahi juga.Baru sekali suapan,terdengar pintu rumah seakan dibuka.

Dia biarkan sahaja.Dia tahu siapa itu.Kemudian dia terdengar langkah kaki yg menuju kedapur.Dikeraskan bdnnya.Malas mahu melihat sosok itu.

"Syg..baru mkn ke?Ni abg ada bawa balik nasi.Jom kita mkn sama-sama"ajak Aiman seraya itu,pinggan dicapai lalu makanan itu dimasukkan kedalam pinggan

"Awak mkn la,saya naik atas dulu"seraya itu,dia bangun.Tidak menghiraukan suaminya.

Aiman meraup mukanya kasar.Dia bingung apa yg jadi sebenarnya.Kenapa makin lama,makin dingin isterinya itu.Mcm-mcm cara dibuatnya,tapi isterinya masih begitu.Dingin.

Dia tahu kali ini bukan disebabkan oleh hormon wanita mengandung.Tapi ada sesuatu yg dirahsiakan oleh isterinya itu.Dia mesti cari tahu,sbb disebalik perubahan isterinya itu.

**********************

Dari jauh ada mata yg memerhati kepincangan rumah tangga Aiman dan Alia.Tersenyum sungging dia.Telefon dicapai.Nombor seseorang didail.Seketika panggilan itu berjawab

"Hello..rancangan kita hampir berjaya Haikal.Tahniah..Kau berjaya buat Alia bencikan abg aku.Pastikan kau buat sampai dia tinggalkan abg aku.Sebab aku tak sudi ada kakak ipar mcm tu!Lepas dari tu kau nk buat apa dgn perempuan tu,kau punya pasal.Aku taknak masuk campur dh."katanya tegas sebelum panggilan ditamatkan.Kereta kembali dibawa membelah jln.

Sikit demi sikit rahsia terbongkar.Jadi atas sebab apa dua hamba Allah ini berdendam pada Alia??

Kenalah tunggu..!!

Sorry kalau cerita berbelit-belit.Sama mcm kepala author,berbelit-belit nk susun ayat.

Tak lama dh rasanya cerita ni nk habis.Tak tahulah sempat atau tak nk habiskan sebelum raya.Doakan author ya..Ching..

Thanks to all readers.Keep supporting me!!

Mcm biasa kalau ada typo atau ayat tak lengkap(incase,kdg2 trlepas pandang,kdg2 ayat nk tulis mcm lain tpi trlepas pandang tertulis mcm lain)buat2 tak nampak ye..hehehee..takpun bagitahu je,yg mana ada salah pada penulisan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience