Bab 33

Romance Completed 14382

"Doktor mcm mana keadaan suami saya?"soal Alia cemas ketika dia melihat seorang doktor baru sahaja keluar dari ruang pembedahan yg menempatkan suaminya.

Hampir 3 jam Alia dan umi menunggu diruangan menunggu yg terletak diluar dewan bedah itu.Bermacam-macam perasaan bercambah dihati masing-masing.

"Alhamdulillah,kami berjaya lakukan pembedahan keatas encik Aiman.Cuma.."doktor itu berjeda seketika,terselit raut sedih diwajah itu.

"Kenapa doktor?Kenapa dgn ank saya?"soal umi pula.

"Cuma kemungkinan encik Aiman tidak akan sedar ataupun blh dikatakan koma dlm satu jangka yg kita sendiri pun tak pasti.Ini disebabkan oleh kesan yg dia terima selepas dari pembedahan membuang darah beku di otak.Dan...kemungkinan besar juga Aiman akan mengalami amnesia."

Terduduk Alia mendengar pernyataan itu,sebelah tangan melekup mulut bagi menahan esakkan.

"Tapi sejauh mana hal ini,kami tak dpt pastikan lagi selagi encik Aiman belum sedar.Saya harap,puan dan makcik tabah dlm menghadapi ujian ini.Nanti lepas pesakit dh dimasukkan ke wad biasa,waris blh lah masuk melawat..Kalau takde apa-apa lagi saya pergi dulu"pamit doktor itu.

Umi mengangguk sebelum menerpa kearah Alia utk menenangkan menantunya itu

"Shhh...sabar Alia.Nnti kita melawat Aiman ye.In sha Allah semuanya akan baik-baik saja.Kita doa banyak-banyak"ujar umi sambil memeluk Alia,belakang Alia diusap perlahan.

"Alia..kamu baliklah dulu,rehat.Biar umi yg jaga Aiman mlm ni.Umi tengok muka kamu pucat je ni,risau umi"ujar umi.Alia membalas dgn gelengan,mata tidak lepas dari memandang kearah suaminya.

Sedih hatinya bila melihat sosok tubuh itu yg berbalut dikepala,bersimen ditangan dan kaki,dan lebam-lebam diseluruh anggota badan

"Alia nk jaga Aiman..umi baliklah dulu.Alia nk lepas rindu dekat suami Alia dulu umi.Alia nk tunggu Aiman sampai dia sedar.Alia nk tebus balik salah Alia,dosa Alia dekat suami Alia."ucap Alia lirih,pandangannya mula berbalam-balam dikaburi dgn airmata

Umi kehilangan kata.Dia risaukan keadaan menantunya yg sedang berbadan dua itu,tapi dlm masa yg sama dia juga jatuh simpati melihat menantunya yg betul-betul tidak mahu berpisah dgn suaminya itu.

Dia tahu Alia terkilan kerana belum sempat mengungkap kata maaf kepada lelaki itu,kini lelaki itu terbaring tidak sedarkan diri.

'Ya Allah..besarnya dugaan yg Kau berikan kepada pasangan suami isteri ini.Kau berikanlah secebis kesabaran dan kekuatan kepada menantuku dlm menghadapi dugaan ini Ya Allah.Sesungguhnya Engkau Maha Mencipta lagi Maha Mengetahui."doa umi didalam hati.

"Takpelah kalau mcm tu,umi keluar pergi kantin kejap nk beli makanan utk kamu dulu.Nanti mkn,jgn biar perut tu kosong.Kamu kena fikirkan kandungan kamu sama,jgn terlalu ikut emosi.In sha Allah,Aiman akan sedar dlm masa terdekat ni.Umi keluar kejap eh"pinta umi seraya itu keluar meninggalkan Alia dan Aiman.

Alia duduk dikerusi bersebelahan Aiman,sebelah tangan Aiman yg tidak bersimen dipegangnya lalu digenggam

"Abg..maafkan Iris abg.Maafkan Iris kerana tak dgr penjelasan abg.Maafkan Iris kerana abaikan abg.Maafkan Iris sbb lebih percayakan org lain dari suami sendiri.Abg..."rintih Alia bersama esakkan.Dia berjeda seketika,cuba mengawal esakkan yg menyukarkannya utk bercakap.
"Tlg lah bangun abg.Iris nk tatap mata abg.Iris nk tengok senyuman manis abg.Iris nk abg peluk Iris bila Iris sedih..mcm sekarang ni.Iris perlukan abg utk tenangkan Iris"ngongoi Alia lagi sambil muka disembamkan didada bidang suaminya.

Lama dia berkeadaan begitu sebelum pintu bilik wad kembali ditolak dari luar.Alia segera mengesat airmatanya.

"Alia..ni umi belikan sedikit makanan.Mknlah dulu,jgn lupa pesan umi tadi.Umi minta diri dulu.Jaga diri kamu,apa-apa call umi"pesan umi sebelum meminta diri utk pulang.

Mlm itu Alia byk menghabiskan masa dgn mengaji dan bercerita kepada Aiman tentang kenangan indah mereka.Walaupun Aiman tidak sedarkan diri,dia tahu lelaki ini mendengar apa sahaja yg dibicarakan olehnya.Dia mahu tidur lelaki ini hanya bermimpikan tentang kenangan indah mereka.Dia mahu lelaki itu sentiasa mengingatinya.

********************

Ketukan pintu yg bertalu-talu serta keras bunyinya kedengaran di apartment Haikal.

"Hey you..pergi tengok siapa yg datang tengah-tengah mlm ni.Tak tahu ke org nk tidur ke nk rehat ke apa ke sekarang ni.Huh!"dengus Haikal sambil mengarahkan Linda merangkap kekasih, tempat pemuas nafsunya itu.

Walaupun Haikal seorang yg playboy,tukar perempuan sana sini.Tapi dgn Lindalah yg paling lama kekal dgn dia.Dia tahu Linda sygkan dia,melalui cara yg ditunjukkan Linda,melalui layanan Linda.Segalanya jelas

Biarpun wanita ini selalu menjadi punching bagnya,tempatnya melepaskan amarah dan tempatnya melepaskan nafsu.Wanita ini masih tetap mahu setia dgnnya.Puas Linda mengajaknya utk menghalalkan hubungan mereka,tetapi ditolak.

Dengan langkah yg lemah,Linda bangun membukakan pintu.Habis satu bdnnya lebam-lebam selepas dipukul oleh Haikal kerana dia lambat membukakan pintu.

Buka sahaja daun pintu,Linda tergamam.Begitu juga dgn gerangan dibalik pintu itu

"Buka pagar ni sekarang!"arah suara itu tegas.

Terketar-ketar Linda membukakan pagar sebelum gerangan itu menerobos masuk tanpa dipinta

"Haikal!! Haikal!!"lantang suara itu memanggil.

"Heyy!!!Apa bising-bising ni?!"soal Haikal berang bila namanya disebut lantang.Kaki diatur keluar bilik dgn muka yg bengis,sebelum terpandang akan satu kelibat.

"Erkk..mummy?"perlahan sahaja suara itu keluar,tapi masih bisa didengar oleh dua wanita itu

"Siapa perempuan ni hah?! Mcm mana dia blh ada dlm satu rumah dgn kamu ni? Jawab Haikal?"soal Datin Ruby bertubi-tubi.Mulanya dia datang disebabkan oleh hal lain,tapi dia lagi terkejut bila melihat keadaan sekarang dimana anknya bersekedudukan dgn wanita yg tiada ikatan dgnnya.

Linda yg tidak berkutik sedari dijelingnya sekilas.Terbit perasaan kasihan melihat mukanya yg lebam.Mesti kena pukul dgn anaknya ni.Tahu sangat dia dgn panas baran Haikal itu.

Haikal menggaru kasar telinganya.Mungkin panas hati bila Datin Ruby masuk campur urusannya

"Dh nampak dia duduk sini kn? So dia kekasih Haikal la. Takkan bibik pula"balas Haikal sarkastik

"Kamu tahukan cara kamu ni salah Haikal? Kenapa kamu selalu sangat cari penyakit? Dh tak ingat dosa pahala ke hah? Mummy kecewa la dgn kamu Haikal"

"Haishh..kalau datang sini semata-mata nk bising,nk ceramah.Baik kau berambus je lah.Semak laa!"halau Haikal geram bila ada org cuba nasihatkan dia,cuba atur dia.

"Mcm ni cara kamu layan mummy? Mcm ni Haikal? Kamu tahu tak syurga kamu tu,sampai mati ada dekat bawah tapak kaki mummy tau. Tapi kamu blh suka-suka je halau syurga itu."Haikal diam tanpa menunjukkan sebarang riak

"Ok tak kisah..tapi mummy nk tanya kamu utk kali terakhir.Soalan seorang mummy kepada anknya.Betul ke kamu rancang kemalangan Aiman?"soal Datin Ruby.Terangkat wajah Linda mendengar soalan itu,muka tidak bersalah Haikal ditatap.Hanya senyuman sinis menghiasi bibirnya

"Huh! Tak payah sibuk pasal aku!"

"Mummy bkn nk sibuk.Tapi mummy risau.Seorang ibu risaukan keadaan ank dia walaupun ank dia dh halau dia.Kenapa kamu tak habis-habis cari masalah dgn org Haikal?Kenapa?Kamu rasa bahagia ke buat mcm ni?Kamu tenang ke buat mcm ni?Kamu tak takut ke azab Allah Haikal?"soal Datin Ruby bertubi-tubi.Dia mahu menyedarkan anaknya.Dia mahu anaknya itu tahu bahawa segala yg dilakukan oleh lelaki itu tak menguntungkan.

"Kau jgn sibuk hal hidup aku blh tak?!Kau jaga diri kau jaga hidup kau sudahlah.Ye memang aku yg rancang!Kau nk tahu apa aku dpt lepas buat semua ni? Aku rasa puas! Puas sebab aku dpt balas dendam.Lelaki tu yg kacau hidup aku dulu. So tak salah rasanya kalau aku balas balik?"

Mengucap panjang Datin Ruby dibuatnya
"Mummy kecewa dgn kamu Haikal,sangat-sangat kecewa.Mummy gagal didik kamu.mummy gagal sebagai seorang parent.Suka hati kamulah Haikal,nk buat apa pun lepas ni.Mummy tak akan ambil tahu lagi.Kamu anggap je kamu dh tak ada mummy.Sebab mummy sendiri pun dh malu.Malu ada ank mcm kamu."lirih Datin Ruby tutur.Tidak guna lagi berjela-jela memarahi lelaki ini.Dia tahu,semua itu tidak akan memberi kesan kepada lelaki bernama Haikal

"Dan kamu.Aunty rasa blh la kot tinggalkan lelaki mcm ni.Tak guna kamu setia dekat dia kalau sakit yg terpaksa kamu tanggung"Datin Ruby mengalih pula pandangan kearah Linda yg hanya tunduk melekur lantai.Selepas menuturkan kata itu,Datin Ruby melangkah longlai keluar dari rumah itu.Hatinya terlalu sakit dan kecewa dgn sikap anaknya

'Semoga Haikal sedar dari kesilapannya suatu hari nanti'gumam Datin Ruby

****************

Seminggu sudah berlalu,tetapi Aiman masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu terjaga dari tidur yg panjang.

Selama seminggu itu juga,Alia kekal disisinya.Cuma sekejap-sekejao sahaja dia terpaksa meninggalkan lelaki itu utk balik berehat dirumah setelah didesak oleh umi.Itu pun hanya seketika sahaja dia dpt berehat dirumah.Hatinya tidak tenang jika tidak dpt melihat wajah kesayangannya itu.

Kain yg direndam dgn air paip diperah lalu mengelap bdn suaminya itu.Dari tangan turun ke kaki.Tugas ini blh sahaja dilakukan oleh jururawat.Tetapi ditolaknya.Tak rela jika tubuh suaminya dipegang oleh org lain,selagi dia blh lakukan sendiri selagi itulah dia akan buat utk suaminya itu.

Selesai mengelap,Alia kembali menyimpan peralatan yg digunakan utk mengelap bdn suaminya itu.Wajah suaminya ditatap dgn perasaan cinta dan rindu

"Abg..cepat sedar.Iris dan baby terlalu rindukan abg.."ujar Iris sambil sebelah tangan Aiman diambil dan diletakkan diperutnya.

"Abg..ni ank kita.Dia rindu tau nk papa dia belai dia.Cepatlah sedar abg"pujuk Alia lagi.Tapi jawapannya masih sama

"Abg..jgn merajuk lama-lama dgn Iris.Iris tahu Iris salah.Iris dh sedar kesilapan Iris.Abg bangunlah cepat.Iris nk peluk abg ni.Iris nk minta maaf dgn abg"

Seketika pintu wad dibuka dari luar.Tersembul wajah umi dan Atilia.Umi menghulurkan senyuman manis,manakala Atilia hanya mempamerkan riak tidak berperasaan.Alia dh terbiasa dgn pandangan itu sekarang.

Tangan dihulurkan kepada umi utk bersalam sebelum sedikit ruang diberikan kepada umi utk duduk berdekatan Aiman.

"Ni umi bawakkan makanan utk kamu.Mknlah dulu"Alia hanya membalas dgn anggukan seraya itu bekas berisi makanan diambil

"Masih takde respond ke Alia dari Aiman?"soal umi kembali

"Takde umi,masih mcm tu"

"Hmm..takpe lah kamu mknlah dulu.Umi nk baca yaasin dekat Aiman.Atilia,jom ikut sama"arah umi kepada Atilia.Atilia hanya mengikut tanpa membantah.

Keadaan bilik wad yg sunyi sepi itu kembali dipenuhi dgn alunan bacaan yaasin dari mereka

ps:sorry xdpt nk update cerita utk esk..sorry jika bab ni hambar..sis cuba sebaik mungkin.

terima kasih kepada semua pembaca,anda adalah semangat saya utk terus menulis..hehee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience