Bab 32

Vampire Series 17886

32.

"a.. Aku kat mana ni?" jemima memegang kepalanya yang berat. Gadis itu memandang sekeliling. Dia berada di dalam sebuah bilik yang luas dan sangat cantik.

Jemima bangun dan melangkah ke pintu. Perlahan-lahan pintu dikuak. Jemima menjengulkan kepala di luar.

"wow!" jemima terlopong. Aku kat mana ni? Gadis itu keluar. Dia berdiri di koridor laluan. Kelihatan beberapa orang gadis sedang sibuk berjalan ke sana ke mari di.

"awak awak tunggu sekejap" jemima menarik tangan seorang gadis yang kebetulan lalu di sini.

"ya cik" gadis itu menundukkan kepala sedikit.
"err sebenarnya saya ada di mana?" Jemima memandang wajah gadis itu.

Gadis itu tersenyum. "cik sekarang berada di istana puak kedua" jelasnya. Jemima membulatkan mata. Apa?!

"terima kasih" jemima tersenyum paksa. Macam mana aku boleh ada di sini? Oh Mika?! Jemima mengangguk kecil.

Jemima berasal dari puak pertama. Puak pertama dan puak kedua sebenarnya  bermusuhan dari dulu kerana beberapa salah faham. Entahlah..

Gadis itu berjalan mengikut langkah kaki. Dia sendiri tidak tahu hendak ke mana? Mika pun dia tak nampak.

Jemima merayau di dalam istana. Besarnya istana ni. Dari jauh kelihatan seorang wanita yang cantik sedang memasuki pintu utama istana.

Gadis gadis yang sibuk lalu lalang dari tadi terus berhenti dan tunduk ke arah wanita itu. Aik? Ratu ke? Jemima ikut tunduk sekali.

Wanita itu berjalan masuk diiringi para pengawal.
Jemima memandang lantai dan kakinya. Sampai bila nak tunduk ni?

Tiba tiba sepasang kaki berhenti betul betul di depan gadis itu. Jemima mengerut dahi. Kaki siapa pula ni?

"jemima" panggil suara lembut di depan. Jemima mengangkat wajah. Ratu? Kenapa berhenti dekat sini?

Jemima memandang sekeliling. Kelihatan semua gadis di situ sudah menegakkan badan dan memandang jemima seorang yang masih tunduk.

Gadis itu tunduk kembali. Patutlah! Aku sorang je yang tunduk. Jemima mengetap bibir. Buat malu je.

Jemima menegakkan badan dan senyum memandang ratu di depannya. "ratu panggil saya?" soal jemima tersengih.

Wanita itu tersenyum. "ikut bonda" perintahnya. Jemima mengerut dahi. Tapi diikuti juga langkah wanita itu sehingga ke singgahsana.

"ratu kenapa saya ada di sini?" jemima tidak dapat menahan rasa ingin tahu. Wanita cantik itu tersenyum. Wanita itu memang murah dengan senyuman.

"panggil bonda sahaja mika beritahu bonda yang kamu ini pilihan hatinya" wanita itu memandang lembut wajah jemima.

Jemima mengangkat kening. "pilihan hati?" lembutnya bonda mika bercakap dengan aku. Jauh betul perangai mika dengan bonda dia.

Sempat jemima kutuk dalam hati. "jemima tak sudi dengan mika?" soal bonda lagi. Jemima terdiam.

"Bonda!" dari jauh suara mika memanggil bonda nya. Jemima menoleh. Hish masa ni juga kau muncul.

Tidak jadi jemima hendak menjawab soalan wanita itu. Mika mengerling jemima di sebelah. "jawablah soalan bonda" arah mika.

Jemima menjeling. Bonda mika masih tersenyum memandang jemima menanti jawapan. "jawablah!" gesa mika.

Jemima memandang wajah lembut wanita itu. Perlahan-lahan gadis itu mengangguk. Bonda mika tersenyum senang.

Mika gelak sinis di sebelah. Dia merapati jemima. "kau sendiri yang cakap macam ni jangan menyesal pula" mika berkata sinis dan berlalu keluar.

Jemima menelan air liur. Aku salah pilih ke? Gadis itu tersenyum hambar memandang Bonda.
Apa yang maksud lelaki tu tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience