Bab 38

Vampire Series 17886

Sudah dua purnama berlalu, dalam dua bulan ini juga majlis perkahwinan antara jemima dan mika akan diadakan.

Banyak persiapan yang perlu dilakukan. Bahkan jemima sendiri tidak tahu bagaimana reaksi mika tentang perkara tersebut.

Semenjak lelaki itu keluar kerana marah dengan gadis itu tempoh hari. Mika telah menghilangkan diri. Entah ke mana lelaki itu pergi.

Jemima ingin bertanya mengenai mika pada bonda mika namun wanita itu sering kali mengelak. Perkahwinan ini terjadi pun kerana jemima berasa kasihan melihat bonda mika yang merayu supaya dia mengahwini anaknya.

Nak kata mika tak laku, mm tak juga. Lelaki itu cukup serba serbi. Muka hensem. Anak raja lagi. Tapi kenapa dia juga yang bonda pilih?

"jemima?"

Gadis itu menoleh. "eh bonda masuklah" jemima mempersilakan wanita itu masuk ke biliknya.

"tak apa sayang.. Bonda datang cuma nak tengok jemima okay atau tidak.. Itu saja" wanita itu tersenyum.

"jemima baik baik je bonda"

"baiklah bonda pergi dulu ya" wanita itu meminta diri. Jemima sekadar tersenyum dan mengangguk.
____

"kakak!!!!"

Emi pantas menekup mulut talia. "kau ni bising la talia eii"

"hehehe kak emi buat apa kat tepi bilik kak jemima ni?" talia memandang curiga.

Perlahan-lahan gadis itu tersengih. "kak emi curi dengar eh?!" bisik talia.

Emi membuat riak selamba. "dahla aku nak jumpa jemima" gadis itu berlalu meninggalkan talia yang terpinga pinga.

"kak..nak ikut!"

****

Jemima termenung di tepi jendela biliknya.

"jemima?" emi memegang bahu gadis itu.

Ha?! Jemima tersentak dan menoleh. Eh emi dan talia! Spontan gadis itu berdiri.

"kau menung apa?" tanpa disuruh emi terus melabuhkan punggung di atas katil. Talia pula di duduk di atas kerusi meja solek.

"kak jemima kenapa ni?" prihatin talia bertanya.

"aah kau okay tak?" tanya emi pula.

Jemima tersenyum hambar. "aku okay cuma.." kata kata gadis itu terhenti.

Emi mengangkat kening meminta gadis itu menyambung ayatnya.

"cuma aku takut mika tak setuju.. Dia langsung tak tahu tentang perkahwinan ni" jemima meluahkan kerisauan yang menghantuinya.

"aku yakin mika setuju" emi positif.

"aah kak jemima,.. Betul apa yang kak emi cakap tu lagipun talia yakin yang encik mika sayangkan kakak" sokong talia sambil menyuarakan pendapatannya.

Jemima tergelak kecil. Gigih betul korang nak sedapkan hati aku kan?

"okay la kalau macam tu.. Jom teman aku tengok persiapan nak?"

Pantas emi dan talia mengangguk. Ketiga tiga gadis itu keluar menuju ke ruang utama istana.

____

"lawanya" gumam talia perlahan. Matanya tidak berkelip memerhatikan dekorasi perkahwinan di dalam istana.

Emi terdiam. Matanya juga tidak lekang melihat hiasan dalaman di ruangan itu.

"kak jemima!! Cantiknya!" jerit talia sambil memegang tangan jemima.

"iyeke?"

Talia mengangguk.

"korang sebenarnya aku nak beritahu sesuatu."
Jemima menarik nafas panjang.

"apadia?" serentak emi dan talia menyahut.

"err... Sebenarnya... Tak lama lagi keluarga aku akan datang sini" 

Emi membulatkan mata. Ha?! Keluarga jemima nak datang sini? Maknanya...

Mata emi memandang jemima dalam. Jemima mengangguk perlahan.

"ya... mama papa akan datang sini termasuk.."
Jemima mengetap bibir.

"termasuk?" talia bertanya. Aduh lurus betul la budak ni!

"termasuk abang leo dan jeff"

Talia diam beberapa saat sebelum tersenyum lebar.

"kak emi! Kakak dengar tak tu?!" jerit talia kuat sambil bersorak.

Emi mengerut dahi. Apasal dia ni?

"yang kau seronok sangat ni kenapa?" marah emi. Macam budak budak!

Talia berhenti bersorak. Wajahnya berubah riak menjadi sedih.

"maaf kakak.. Saya cuma rindukan.. dia.." jujur talia. Dia menundukkan wajahnya.

Emi mengetap bibir. Kasihan pulak la aku tengok. Mm. Ni mesti nak kena pujuk ke ni? Aduh!

"mmm.. ye ke talia? Ala nanti mesti kau jumpa dia punya.. Janganlah sedih sedih macam ni.. Tak seronoklah!" emi membuat suara ceria. Dia memegang tangan talia dan menghayun perlahan.

Biarlah nampak macam dia buang tabiat, janji talia tak sedih.

Jemima menahan gelak. Seriuslah perempuan ni? Palsu gila suara dia.

Talia memandang emi dan tersenyum." kak emi tak marah ke?"

"eh apa pula aku nak marah..." emi gelak.

Talia pantas memeluk emi dan menghampiri gadis dayang istana yang berada di sebelahnya. Asyik betul dia menolong dayang itu mengubah bunga.

Emi menoleh ke arah jemima dan menjeling gadis itu. "tak payah la gelak!" emi menarik muka.

Terus terhambur ketawa jemima. "hahaha maaflah emi.. Cuma tak sangka kau pandai pujuk orang eh?" jemima mengesat air matanya sambil mengawal gelak yang masih bersisa.

"yela.. Dia satu satunya saudara aku jemima.."

Jemima terdiam dan tersenyum.
Gadis itu mengerling emi di sebelah. Emm..

"Emi..aku nak tanya.. Kau..." jemima tersengih menayangkan giginya.

Serba salah pula aku nak tanya. "em Tak pelah" tidak jadi dia hendak bertanya.

"nak tanya apa? Cakaplah" gesa emi. Aku tak suka betul la tanya sekerat sekerat ni!

"kau.. Tak kisah ke dengan abang jeff?"soal jemima terus. Dia menanti reaksi gadis di sebelahnya.

Emi terkebil kebil. Kelu lidahnya hendak menjawab soalan jemima. Eh jap! Macam mana dia tahu?! Jangan jangan...

Jemima tersenyum melihat reaksi emi. Dia faham maksud reaksi itu.

" eddie yang beritahu aku.. "

Emi merengus kasar. Aku dah agak dah!
Eii!

"jangan marah eddie.. Aku yang paksa dia bagitahu semua ni..lagipun kan dia saudara rapat aku" pujuk jemima. Dia memegang bahu emi.

"jangan marah ya emi.." pujuk gadis itu lagi.

Emi tersenyum nipis dan mengangguk sambil menepuk nepuk tangan jemima yang berada di bahunya.

"jadi macam mana?" jemima menyoal kembali.

"macam mana apa?" emi bingung.

"kau tak kisah ke pasal abang jeff?"

"jemima....aku dengan dia tak ada kena mengena.. Sudahlah tu" jawab emi. Dia menurunkan tangan jemima dari bahunya dan berlalu mendekati talia yang sibuk berbual dengan dayang istana.

Jemima mengetap bibir sambil matanya merenung lembut kedua gadis manusia itu. Maafkan keluarga aku ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience