Bab 26

Vampire Series 17886

25.m

"JEMIMA!" jerkah mika. Dia memegang rambut gadis itu kuat. "kau buat apa malam tadi hah?! Kau ingat aku tak tahu?!" merah mata mika memandang jemima.

Gadis itu memegang tangan mika yang menarik rambutnya. "mika sakitlah" rintih jemima. Mika memandang tanpa perasaan.

"kau memang perempuan tak kenang budi!!" marah mika lagi. Bengang hatinya dengan perangai jemima.

Malam tadi sewaktu dia keluar mencari mangsa. Jemima membuat ritual untuk berhubung dengan abangnya supaya mereka dapat mengesan keberadaan gadis itu.

Nasib baik dia pulang awal dan sempat memutuskan ritual itu. Mika menarik wajah jemima memandangnya.

Air mata jernih mengalir di pipi mulus gadis itu. Jemima teresak esak menahan sakit di kepala.
"a..aku min..mi..minta maaf" jemima tersendu sendu.

Mika menggeleng kepala. "aku bantu kau pulihkan tenaga engkau ini yang aku dapat?! Sial!" mika merengus.

Nafas lelaki itu turun naik. Dia pasti yang leo dan jeff akan dapat mengesan jemima tak lama lagi. Runsing mika memikir hal itu.

"mika lepaskan.." rayu jemima. Kulit kepalanya sangat sakit ketika itu. Tak sangka lelaki itu mampu berubah dari pemalu kepada seorang yang kejam dan agresif.

Mika menolak tubuh jemima ke katil. Dia memandang geram gadis itu. Kau memang degil! Mika keluar dan menghempas pintu.
_________

Sementara itu.

"Mama" panggil leo tergesa gesa keluar dari biliknya. Pn. Jesina muncul dan memandang pelik. "leo kenapa ni?" soal wanita itu.

" leo dah tahu mana jemima sekarang! Jeff mana jeff?" leo memandang sekeliling. Pn jesina tersentak.

"be.. Betul ke ni leo?" wanita itu memegang kuat lengan leo tidak percaya. Leo mengangguk. "jeff!" panggil leo kuat.

Jeff keluar dari bilik tidurnya. Lelaki itu mendengus dan memandang tajam abangnya. "kau nak apa?" soal jeff.

"jom pergi cari jemima sekarang aku sudah tahu di mana dia berada sekarang ini" terang leo dan bergerak turun ke bawah.

Jeff mengerut dahi. Dah tahu? Dari mana? Jeff berlalu turun tanpa menyapa pn. Jesina. Wanita itu terdiam. Kecil hatinya.
______

Mika mundar mandir di ruang tamu. Dia dapat merasakan sesuatu buruk akan terjadi." aku tak akan benarkan jemima pergi! Tidak selagi aku tak puas balas dendam!" lelaki itu menggenggam penumbuk.

Mika berlari naik ke atas dan masuk ke bilik. Kelihatan jemima sedang baring dan menutup mata sambil air matanya masih mengalir perlahan.

Mika mendekati gadis itu. Dia memerhatikan setiap inci wajah jemima. Cantik. Tidak dimamah usia.

Lelaki itu menyeka air mata yang mengalir di pipi gadis itu. Jemima membuka mata dan terperanjat memandang mika yang berada di sebelahnya.

Pantas gadis itu bangun dan menjauhkan diri. Mika tersenyum. Kau ingat kau boleh lepas! "jemima sayang.." lembut mika memanggil.

Jemima menjeling tajam. "jangan panggil saya macam tu!" marah gadis itu. Mika memandang ke arah lain dan tergelak sinis.

"kenapa? Kau takut kau jatuh cinta dengan aku?!" mika pantas naik ke atas katil dan menarik jemima rapat dengannya.

"lepaskan!" jemima menarik tangannya. Mika menolak tubuh gadis itu ke katil dan mengunci pergerakan jemima.

"kau ingat senang senang aku hendak lepaskan kau?" mata mika merah memandang jemima.

Jemima meronta ronta namun setiap pergerakan tubuhnya dapat dibaca lelaki itu. "mika kenapa awak berubah jadi begini?!" lemah jemima bertanya.

Penat dia meronta namun semuanya sia sia. Mika tersenyum sinis. "sayang..mika yang dulu dah mati sekarang ini aku mika yang baru" bisik lelaki itu di telinga jemima.

Jemima menoleh memandang mika. Lelaki itu menjeling jemima. Dia menolak pipi jemima menggunakan pipinya dan mencium leher gadis itu.

Jemima cuba melawan. "mika jangan buat saya macam ni " rayu jemima lagi. Mika tersenyum sinis.

"pandai kau merayu dengan aku" mika mencium kasar bibir merah jemima. Jemima terkedu. Gadis itu tidak melawan.

Seakan ada sesuatu yang menahan jemima dari menolak mika. Mika melepaskan ciuman. Dia memandang jemima sambil tergelak sinis.

"nampaknya kau masih ada perasaan pada aku kalau tidak mesti kau tak balas ciuman aku kan?" soal mika.

"ma..mana ad..ada!" nafi Jemima menoleh memandang ke arah lain. Merah mukanya.

Mika memandang leher jemima yang sedikit terdedah. Dia mendekatkan wajahnya dan mula menghisap darah gadis itu.

"auch! Mika! Jangan!" tolak jemima. Gadis itu menahan sakit. Mika berhenti dan bangun.

"darah kau manis" ujar mika. Lelaki itu memandang jemima yang sedang terbaring. Jemima berkerut menahan sakit.

Kepalanya terasa berdenyut denyut. Gadis itu sempat memandang mika di tepi sebelum pengsan tidak sedarkan diri.

Mika tersenyum puas. Dia mencempung gadis itu keluar dari rumah. Sekarang ada satu tempat sahaja untuk lindungi aku dan jemima.

Mika bergerak selaju yang mampu. Aku tak akaj benarkan kau pulang! Jerit mika dalam hati. Dia memandang wajah jemima di pelukannya.
_____

"leo kau pasti ke jemima dalam hutan ni?" jeff memandang leo di sebelah. Dari tadi mereka berjalan di dalam hutan. Tak jumpa jumpa juga.

"diamlah ikut sahaja aku" leo menjeling. Sebenarnya sewaktu dia berhubung dengan jemima.

Dia tidak dapat mendengar suara jemima dengan jelas. Tapi adiknya ada menyebut perkataan hutan. Jadi mungkin jemima berada di dalam hutan.

Cuaca waktu tengah hari panas membahang. Nasib baik mereka berdua memakai jaket hitam khas. Jika tidak kulit mereka akan melecur kerana panas melampau.

Jeff merengus. Manalah si jemima ni pergi? Baru hendak melangkah leo menarik jaket jeff. "apa lagi?!" marah jeff.

Leo menunjuk rumah agam di balik balik pohon rimbun. "ada rumah?" jeff mendekati kawasan rumah agam. Leo mengikut langkah adiknya.

"nampaknya kita kena masuk dalam rumah ni" leo memerhati kawasan rumah itu. Seperti ada satu aura yang memaksa dirinya untuk masuk.

Jeff mengangguk. Ada sesuatu bau yang mengganggunya. Mereka berdua masuk ke dalam rumah tanpa perlu membuka apa apa pintu.

Jeff dan leo melihat sekeliling kawasan di dalam rumah. "leo bau ni datang dari atas" jeff terus naik menuju ke bilik utama.

Buka sahaja pintu bau jemima kuat di dalam bilik itu. "jemima?!" jeff memanggil. Leo di bawah tersentak dan naik.

"jemima ada kat sini?" tanya leo. Dia masuk memeriksa setiap pelosok bilik itu. "mana jemima kenapa bau dia kuat di bilik ini?!" rungut leo.

Jeff mengerut dahi. Macam mana bau jemima kuat ada di dalam bilik ni? Tiba tiba dia terpandang satu kain yang amat dikenali.
Baju jemima! Jeff menarik baju itu keluar dari celahan kerusi.

"leo ni baju jemima kan?" jeff memandang leo yang menuju ke arahnya. "ya tapi kenapa kotor sangat" leo pula bertanya.

Dia memerhatikan baju jemima yang comot dan hitam. Apa yang jadi kat sini? Mana jemima?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience