Bab 14

Vampire Series 17886

Awal pagi jeff sudah bangun. Dia tidak tidur semalaman kerana bertafakur untuk kekuatan dalaman. Jeff keluar dan mencari abangnya di bilik.

"leo kau kat mana?" jeff memanggil. "aku kat bilik sebelah ni!" sahut leo. Jeff melangkah menuju ke leo.

"leo kau buat apa kat sini?" jeff pandang pelik. "aku bertafakur seperti kau" leo membuka matanya. "semua ok kat sana?" tanya nya pula.

Jeff mengangguk. "tapi aku nak beritahu kau sesuatu" jeff mendekati abangnya. "mama nak datang sini" sambung jeff lagi.

Leo tergamam. Terus dia berdiri memandang jeff.
"kau serius ke?!". Jeff mengangguk lagi. "apa kita nak buat dengan manusia kat bawah tu?" leo meraup mukanya.

"mungkin.. Kita boleh hisap darah mereka dulu" cadang jeff. Leo memandang tajam jeff sebelum mengalihkan pandangannya.

"jeff kau memang tiada perasaan" leo menggeleng kepala. Jeff terdiam.

Perasaan? Vampire ada perasaan? Jeff tertanya sendiri. Leo tergelak. "ada cuma kau yang sembunyi kan" jelas leo. Jeff menjeling abangnya dan berlalu keluar.

______

Jeff turun dan duduk di meja makan. Emi segera menuang air sirap dan hidang kepada jeff. Lelaki itu langsung tidak memandang emi. Dia runsing memikirkan tentang mamanya.

Tiba-tiba bahu jeff ditepuk. Dia terperanjat dan menoleh.  Leo tersenyum sinis dan duduk tanpa rasa bersalah. Leo jangan kacau aku! Jeff berkata dalam hati. Leo mengangkat bahu.

Emi dan talia duduk di depan majikan mereka. "encik nak makan apa?" soal talia.

"dengar sini kejap lagi keluarga kami sampai di sini" kata leo tidak menjawab soalan talia. Emi dan talia terdiam.

Keluarga vampire datang sini? Emi tidak senang duduk. Talia pula terkebil kebil. "encik nak kami pulang ke rumah kami dulu?" tanya emi.

"jangan harap" keras suara jeff membantah. Emi memandang jeff pelik.

"kenapa encik tak bagi kami balik? Keluarga encik mesti semuanya vampire kami tak nak jadi mangsa encik macam penduduk kampung lain"
Bantah emi.

"hei! Kau cakap apa ni?! Penduduk kampung apa?!" jeff marah. Apa benda yang perempuan ni mengarut?

"kematian penduduk dekat sini ada kaitan dengan vampire" terang talia. Emi di tepi diam.

" kau percaya semua tu kami yang lakukan?" tanya leo pula. "keluarga encik sahaja vampire di sini" jawab emi. Gadis itu menjeling jeff di hadapannya.

" kalau kami yang lakukan semua tu mayat kau sekarang tengah mereput emi" jeff mendengus kasar. Dia terus bangun dan berlalu keluar dari rumah. Pantang  dirinya dituduh sesuka hati.

" buat masa sekarang aku bagi korang kelonggaran duduk di rumah makcik tina" kata leo. Matanya tajam memandang wajah dua orang manusia di depan.

" jangan sesekali balik semula ke rumah asal korang" Leo memberi amaran. "tapi encik saya nak jenguk emak saya" emi berkata perlahan.

Leo memandang sepi. "minta izin aku atau jeff" balas leo tegas. "oh ya emi memang..kami sahaja vampire tinggal kampung ini tapi.." dia menarik nafas.

"bukan kami yang buat semua itu" leo bangun dan naik ke aras atas. Emi terdiam. Talia memandang kakaknya.

"kakak emi..saya rasa kita salah faham". Emi tidak membalas. "sudah kita kemas semua ni dan kita pergi ke rumah makcik tina segera" kata emi.

Salah ke tuduhan aku? Emi mengeluh perlahan. Terbit rasa bersalah kepada jeff. Gadis itu bangun dan mengemas meja.

____

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience