Bab 27

Vampire Series 17886

27.m

Prangg!!! Bunyi pasu pecah kedengaran di dapur rumah agam di tengah hutan itu. Jeff dan leo terdiam memandang satu Sama lain.

"leo kau dengar kan jom pergi tengok!" ajak jeff. Pantas lelaki itu menepuk bahu leo dan bergerak keluar dari bilik menuju ke dapur.

Leo mengikuti langkah jeff. "ada orang lain ke dalam rumah ni?" tanya leo. Matanya tajam memerhatikan sekeliling ruang dapur.

Seekor kucing hitam berlari keluar dari dapur kerana terperanjat dengan kehadiran kedua lelaki itu.

Kucing rupanya. Leo memandang pasu bunga yang pecah bertaburan di lantai. Jeff pula sibuk meneliti setiap sudut di dapur. Rasa aneh pula.

**
Emi bangun dari katil. Dia merapatkan telinganya ke pintu cuba menangkap bunyi yang didengarnya.

"talia bunyi apa tu? Macam ada suara orang sahaja" emi memandang talia yang sedang baring.

Talia mengerut dahi. Bunyi orang? "kakak tadi bunyi barang pecah sahaja kan? Mungkin kucing barangkali" talia duduk di birai katil.

Dia asyik memerhatikan tingkah laku emi yang sibuk mendengar bunyi di luar. Emi menggeleng. "tak talia aku dengar bunyi suara orang" tegas emi.

Emi memandang pintu. Aku kena buat sesuatu ni! BUK BUM BUK! Emi menghentak pintu bilik itu.

Talia berjalan mendekati kakaknya. "kak emi buat apa ni?" tanya talia. Gadis itu menggaru kepala.
Hairan melihat perlakuan emi.

"diamlah baik kau tolong aku hentak pintu ni!" emi tidak memandang talia. Dia berharap semoga ada seseorang yang akan menolong mereka.

Paling tidak pun pintu itu terbuka sendiri. Itupun kalau mereka berjaya lah.

Prakkk.. Pintu terbuka sedikit.
Emi dan talia terperanjat. Seriuslah pintu ni terbuka sendiri?! Mereka berdua berundur ke belakang perlahan-lahan.

Pintu ditolak kasar dari luar. Kelihatan dua orang lelaki yang amat dikenali oleh dua gadis itu sedang berdiri memandang mereka.

TAK MUNGKIN?! JEFF?! LEO?!
Bulat mata emi dan talia memandang jeff dan leo di hadapan mereka. Macam mana diaorang boleh sampai ke sini?!

Jeff dan leo melihat dari atas ke bawah gadis di hadapan mereka. Walaupun mereka berdua agak terperanjat namun riak wajah mereka tetap tidak menunjuk apa yang mereka rasai ketika itu.

Jeff merenung Emi. Seram gadis itu melihatnya. Leo pula memandang tajam wajah talia. "kau berdua buat apa di sini?" tanya leo.

Terkebil kebil talia memandang leo. Emi membisu. "err kami terperangkap di rumah ini encik leo.." jawab talia perlahan.

Jeff tergelak sinis. "terperangkap? Kau sendiri yang nak berhenti kerja lepastu dah sampai sini kau kata kau berdua terperangkap dalam rumah ni?" sinis jeff bertanya.

"apa yang encik jeff cakap ni? Kami berdua mana ad..." baru emi hendak bertanya jeff terus memotong percakapannya.

"kau ingat aku kisah?! Sekarang ni aku tanya mana adik aku?!" jeff memandang tajam wajah emi. Emi terpinga pinga.

Adik? Siapa adik dia? Emi mengerling talia di sebelah. Talia gerun apabila semua mata merenung dirinya.

"saya rasa adik encik gadis nama jemima kan?" talia bertanya .Sebaik sahaja mendengar nama jemima di sebut. Laju leo melangkah ke talia dan menggenggam tangan gadis itu kuat.

"Mana adik aku?!" kasar leo menyoal. Talia menahan takut. "sa.. Saya ad.. Ada jumpa adik encik ta.. Tapi dia.." talia tergagap.

Talia tidak tahu bagaimana hendak beritahu leo tentang jemima.Gadis itu sendiri kurang jelas tentang apa yang berlaku.

"tapi dia apa?! Cepat beritahu aku?!" leo menguatkan cengkaman. Matanya merah memandang talia. Gadis itu takut. Pucat wajah talia.

Emi yang melihat berasa bengang Gadis itu cuba menarik tangan leo dari memegang talia. Namun tubuhnya di tolak semula kebelakangan.

Wajah jeff berada rapat dengan emi. Lelaki itu menggeleng perlahan. "kau jangan berani nak tolong dia" jeff memberi amaran.

Diri lelaki itu dikuasai rasa benci pada gadis yang sedang berhadapan dengan dia.

Emi tidak berani melawan. Dari mata jeff dia dapat merasakan kemarahan lelaki itu. Emi menelan air liur pahit.

"encik.. Saya ta..tak  tahu k..ke mana jemima di ba..bawa.." ujar talia menahan sakit. Dia cuba melepaskan tangannya dari cengkaman leo.

Leo mengecilkan mata memandang talia. "kau tak tahu? Kat dalam rumah ni ada kau berdua sahaja tahu?! Kau sorokkan adik aku sebab kau nak balas dendam kan?!" Jerkah lelaki itu.

Talia menggeleng." tak tak encik ma.. Mana ada! " nafi gadis itu. Tangannya terasa hendak patah dicengkam leo.

Leo tergelak sinis."mana ada?! Kau memang Bodoh! Kenapa kau keluar dari rumah aku?!" lelaki itu merenung mata talia.

Talia diam. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Gadis itu memandang emi meminta tolong.

Emi bengang. "kau lepaskan dia!! Leo lepaskan talia sekarang!" emi meluru ke arah leo. Geram dia melihat lelaki itu.

Jeff menolak emi dan menarik rambut gadis itu. Dia mencengkam kuat tangan emi yang melecur.
Emi meronta ronta melepaskan diri.

Kesakitan yang dirasai gadis itu menyebabkan air matanya mengalir deras. "jeff sakit" emi menggelupur cuba melepaskan tangannya.

Jeff memandang sinis." kau jangan nak berlagak sakit depan aku betullah kau ni layak jadi pembantu rumah saja sebab kerja tu memang sesuai untuk kau" jeff berkata sinis.

Emi menahan sakit hati. Kenapa perlu menghina aku?! Dia mengigit bibir kuat menahan esakan dan kesakitan teramat di tangannya.

Talia gelisah. Tidak sanggup dia melihat emi menangis menahan sakit. Air mata mula bertakung di tubir mata talia.

Gadis itu memandang leo meminta simpati. Leo! Tolonglah! Air mata gugur perlahan di pipi talia.

Dia tahu leo boleh mendengar suara hatinya. Tapi lelaki itu langsung tidak memberi sebarang reaksi malah lelaki itu tersenyum sinis.

"tak payah minta tolong aku perempuan sebab aku tak akan tolong kau" leo tidak terkesan dengan tangisan gadis di depannya.

Hati lelaki itu masih sakit dengan perbuatan talia. Leo menggeleng perlahan sambil ketawa sinis.

" tapi jangan risau aku akan bawa kau keluar dari rumah sial ni.." leo senyum dan menarik talia keluar. "jeff jom.."ajak leo.

Jeff melepaskan rambut dan tangan emi. Dia memandang wajah emi yang basah dengan air mata. Sakit lagi hati aku! Jeff menjeling.

Lelaki itu memegang lengan emi tidak sakit dan menarik gadis itu mengikutinya. Emi terpaksa menurut. Dia tidak mahu menambah lagi kesakitan yang sedia ada.

Nampaknya mereka berdua betul betul percaya dengan penipuan pn. Jesina.
Emi mengigit bibir menahan rasa. Bibirnya luka akibat gigitan terlalu kuat. Dia mengesat air mata yang bersisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience