Bab 12

Vampire Series 17886

Awal pagi talia sudah bangun. Dia masih pening kepala. Talia melihat sekeliling.

"eh ini bilik aku!" talia bingkas bangun dan membuka pintu. Gadis itu pergi ke depan tangga dan pandang ke tingkat atas.

"encik leo dah sihat ke belum?" talia berkata sendiri. Aish. Tak apalah. Talia pergi ke bilik nya semula.

Emi yang baru keluar dari bilik menegur talia. "eh talia dari mana?" emi mengangkat kening. "eh kakak saya tadi tengok pintu ingat ada orang datang" bohong talia.

"mana ada orang nak datang pagi buta rumah orang talia" emi pandang pelik. "tangan kau tu kenapa?" soal emi lagi.

Talia memandang tangan yang berbalut. Aik? Tangan aku kenapa. Oh! Talia mengingat semula kejadian malam tadi.

"er kakak saya buat kerja malam tadi cedera sikit je" talia beri alasan. "em yela" emi menyahut.

Usai mandi talia keluar pergi ke dapur. "kak emi termenung apa tu? Tanya talia." mana ada aku termenung" emi menggeleng.

"hari ni kita nak buat sarapan apa kak?" talia sudah pegang roti untuk di bakar. "bakar roti jela"
Balas emi senyum.
_______

Leo turun tangga perlahan-lahan. Badannya masih terasa sedikit lemah tapi beransur pulih.
Lelaki itu memandang dua orang gadis yang siap menyiapkan sarapan.

"sarapan dah siap ke?" tanya leo. Dia tidak habis memerhatikan talia. "sikit lagi encik" sahut talia senyum.

Leo duduk berhadapan talia. Dia langsung tidak memandang talia sewaktu makan. "talia lepas ni kau kemas atas" arah leo. Dia bangun dan terus naik ke atas.

Talia yang sedang mengunyah roti tersedak. Emi cepat cepat hulur air kepada talia. "makan elok elok talia" emi menggeleng.

Usai makan talia terus naik ke tingkat dua. "aku nak kemas apa? Banyak bilik kat atas ni tapi semuanya seram" talia memerhatikan persekitaran tingkat dua.

"talia" leo muncul di belakang gadis itu. Talia terperanjat. "encik leo! Janganlah muncul macam tu" talia mengurut dada.

"aku dah kata jangan buat sanggul kan?" keras suara leo di belakang. Talia menelan air liur. Tangan leo menyentuh lembut leher putih talia.

"kau nak goda aku atau nak bagi aku darah kau percuma?" tanya lelaki itu. Talia takut. Dia menolak tangan leo dan pusing menghadap lelaki itu.

"maaf encik" talia mengikat semula rambutnya bentuk ponytail. Leo senyum sinis. "talia kenapa kau bagi aku darah kau semalam?" tanya leo lagi.

Talia terkebil kebil memandang leo. "err saya tengok encik dah tak bernafas tapi sebelum tu saya dengar encik berbual dengan encik jeff"
Terang talia perlahan.

Leo merenung tajam wajah talia. "itu je sebab kau buat macam tu untuk aku?" tanya leo tidak puas hati. Talia terdiam.

"sa..saya kan hamba encik leo.. Encik leo sendiri yang cakap" tambah talia lagi. Dia mengigit bibir mungilnya.

Leo mengalihkan pandangan. Kemudian dia mendekati talia dan berbisik. "ke sebab kau dah suka aku?"

Zapp! Talia rasa macam terkena kejutan elektrik.
"ma..mana ada encik!" nafi talia. Talia menjarakkan diri dan memandang arah lain.

"baguslah kalau macam tu talia sebab bagi aku.. Kau cuma manusia yang aku boleh manfaatkan untuk kepentingan aku" leo berlalu masuk ke bilik.

Talia mendengar tidak percaya. A.. Aku hanya untuk kepentingan dia sahaja. Talia mengeleng. Tak apalah sekurangnya dia tak seksa aku macam makcik buat.

Tapi dia seksa hati kau talia. Talia seakan terdengar suara hatinya berbisik. Langkahnya terhenti. Sudah lah hati jangan berharap.

Talia terus berlalu turun dan tidak mengendahkan suara hatinya.

"kakak!" panggil talia dari ruang tamu. Emi menyahut dari dapur. Dia datang ke ruang tamu. "kau nak apa talia aku sibuk basuh pinggan la" marah emi.

"maaflah tapi kakak nak tak jumpa emak?" tanya talia senyum. "emak? Nak la kau tahu betapa rindu aku dengan dia!" emi berlari mendapatkan talia.

"tengah hari ni kita pergi jumpa dia nak?" ajak talia. Emi mengangguk laju. Dia memeluk talia erat. Seronoknya dapat jumpa emak! Emi tersenyum.
_______

Tengah hari itu setelah selesai memasak. Emi dan talia keluar setelah leo memberi keizinan. Mereka berdua berjalan ke rumah.

Dari jauh ternampak makcik Meslin sedang memaut mesra lengan seorang lelaki. "emak!" jerit emi lari menuju ke emaknya.

"rindunya emi dengan mak!" emi mengelap air matanya. Makcik Meslin pandang menyampah. "aih kau ni emi buat apa datang sini sibuklah" marah makcik Meslin.

Talia senyum memandang emak tirinya. "hai makcik sihat ke? Talia rindu dengan makcik" talia bersuara. Makcik meslin menjeling.

"kau pun talia semak lah datang sini! Buat ape datang sini?!" makcik Meslin berang. "mak emi rindu pada emak lah" emi ingin memeluk ibunya.

Makcik meslin membiarkan anaknya memeluk dirinya. Mana ada ibu tak sayang anaknya kan?

"dah la tu emi..aku sihat lah hah! Dah alang alang datang ni ada bawa duit tak? Aku nak pakai duit ni" makcik Meslin menghulur tangan.

Emi pantas mengeluarkan 40 dollar dari poketnya. "ni duit yang emi dapat bagi kat emak nanti emi datang lagi ye" emi tersenyum

"emmm" makcik Meslin merampas duit itu.
"eh mak ni siapa ni?" tanya emi kepada lelaki di sebelah emaknya. "ish jangan sibuklah" marah makcik Meslin lagi.

Talia hanya mendiam diri. "emak jangan macam macam emak" emi menarik tangan emaknya dari genggaman lelaki itu. "eh Emi!!" makcik Meslin menolak tubuh emi.

Emi terundur ke belakang. "emak" rintih emi. Makcik Meslin menarik lengan lelaki itu masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

Emi memandang sayu emaknya. "jom talia kita balik" ajak Emi masih melihat pintu rumahnya.
Talia turut sedih melihat riak wajah emi.

"kakak okay tak?" tanya talia. Emi yang menunduk itu memandang talia dan senyum. "eh aku okaylah mana ada apa apa" jawab emi ceria.

Emi ingin menyembunyikan kesedihannya. Dia tak mahu dianggap lemah. Talia tersenyum memandang kakaknya. Dia faham perasaan emi ketika itu.

Mereka masuk dan membuka pintu rumah agam.
"talia dah lama aku tak nampak jeff mana dia pergi?" tanya emi.

"jeff pulang ke bandar untuk beberapa hari kak emi kenapa?" soal talia pula. Emi mengeleng kepala dan menyambung membuat kerja rumah.

Talia pandang pelik. Dia mengangkat bahu dan turut mengikut langkah emi.
_______

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience