Bab 5

Vampire Series 17886

Talia duduk di sofa sebentar untuk hilangkan rasa penat. Seharian dia mengemas dalam dan luar rumah sehingga lupa untuk makan.

"aduh laparnya perut aku" talia bangun pergi ke dapur. Dia melihat seluruh dapur itu. Masak la dulu. Talia menyiapkan bahan dan mula memasak.

Usai masak dia termenung seketika. "tadi encik Leo tak turun pun makan mesti dia lapar" talia berfikir. Tak apa baik aku panggil dia.

Talia berhenti di depan tangga besar. Nak naik ke tak? Talia mencongak sendiri. Panggil jela. Talia memanjat satu persatu anak tangga kayu.

Seluruh dalam dan luar rumah agam menggunakan konsep perabot lama. Talia menelan air liur apabila sampai di atas.

"encik leo" panggil talia perlahan. Mungkin dia di bilik. Talia menghampiri bilik tidur leo. Belum sempat dia ketuk pintu. Dia terdengar bunyi sesuatu di bilik sebelah.

Talia diam. Bunyi apa tu? Talia menuju perlahan-lahan ke bilik sebelah. Dia terpacak di depan pintu dan kaku kerana terkejut.

"En.. Encik le.. Leo.."terketar - ketar suara talia. Leo terhenti dari menghisap darah. Dia mencampak bangkai lembu itu ke tepi.

Leo mengelap darah di hujung bibir dan memandang tajam talia di hadapan pintu." aku dah kata jangan naik atas kan". Lutut talia terasa lemah. Dia masih terkejut.

"awak vam...vam..vampire k..ke? Tanya talia. Dia memegang pintu di sebelah untuk mengimbangi badan dari jatuh." kau rasa aku apa? " Leo menyoal semula.

Mata leo yang biru bertukar menjadi warna hitam. Talia terkejut dan terus pengsan di situ. "kau dah tahu rahsia aku talia bukan mudah kau nak pergi dari sini" Leo menghampiri talia dan mencempung gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience