Bab 15

Vampire Series 17886

"helo makcik tina! Kami datang!" laung talia kuat. "ya ya sekejap" Terkocoh kocoh wanita itu lari ke ruang tamu.

Makcik tina tersengih. "masuklah" pelawanya.
"makcik.. Sebenarnya mama leo nak datang..." tidak sempat talia habis cakap wanita itu memotong katanya.

"iya iya makcik tahu.. Leo dan jeff datang sini pagi tadi" terang makcik tina. Rumah wanita itu terletak di kaki bukit rumah agam sahaja. Satu satunya rumah yang dekat dengan rumah agam.

"terima kasih makcik" emi dan talia kata serentak.
Makcik tina tersengih. "bilik kamu berdua di situ"
Wanita tua itu menunjuk bilik kedua di ruang tamu.

Emi dan talia angguk. "pergilah rehat dulu" makcik tina bangun. Dia masuk dapur untuk sambung memasak.
______

Tengah hari itu talia dan emi makan bersama makcik tina. Mereka berbual dan bergelak ketawa.

"makcik... Pukul berapa mama mereka sampai? Emi bersuara. Resah hatinya mengenang tuduhan dia pada jeff.

" mmm makcik tak tahu emi" jawab makcik tina. "kenapa kamu tanya?" sambung wanita itu lagi.
Emi tersentak.

"err.. Tak ada apa-apa" emi tersengih. Talia di tepi terdiam. "makcik sudah lama kenal leo dan jeff ke?" talia pula menyoal.

"lama juga.. Sebenarnya makcik ni saudara mereka" jelas makcik tina. Emi dan talia terlopong.

"sau..sauda..saudara diaorang?!" emo tergagap.
Makcik tina mengangguk. Maksudnya makcik tina juga vampire?!

Emi dan talia berpandangan. Masing-masing menelan air liur.
_______

Sementara itu di rumah agam. Sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah agam.

Tuk tuk tuk
"leo leo mama dah sampai" laung puan jesina, mama Leo dan Jeff. "mama.. Ada orang ke tak?"
Rungut anak bongsu wanita itu, Jemima.

"sabar dulu" jeling pn. Jesina. Jemima mencebikkan bibir. "papa panaslah cuaca hari ni" rungut jemima.

En. Jerry mengeleng kepala. "jemima kalau kamu asyik mengeluh memanglah" Kata En. Jerry.

Prakk.. Pintu terbuka. "hah jom masuk" pn. Jesina masuk. Leo muncul bersama jeff ruang tamu.

"mama.." sambut leo senyum. Pn jesina memeluk anak sulungnya. Rindu benar dia. En jerry menepuk bahu leo.

"eh kenapa rumah kamu ada bau manusia?" en. Jerry menarik nafas dalam. Leo menjeling jeff di sebelah.

Jeff buat muka beku. "jeff.." leo mengisyaratkan lelaki itu untuk menjawab. "err.. Papa mana ada bau" alih jeff.

"sudah la bang..leo mana bilik mama?" tanya mama leo. Leo menunjuk bahagian atas.

"jeff sayang.. Mari sini" pn. Jesina memanggil.
Jeff mengangkat kening. Dia menghampiri mamanya.

"kenapa mama?" tanya jeff. "kamu berdua tidak sorok apa apa dari mama?" pn. Jesina merenung tajam wajah jeff.

Jeff gugup. "hish mama tak percaya pada kami?"
Jeff pura pura merajuk. Pn jesina diam. "yalah mama percaya" wanita itu mengalah.

Jemima awal awal sudah tertidur di sofa. "ei jemima ni dah tua pun masih macam budak budak" rungut jeff.
_______

Emi dan talia berehat di bilik petang itu.
"talia aku nak jumpa emak " emi menggigit bibir. Talia terdiam.

"talia pun sama kak emi" gadis itu menjawab. Tiba tiba emi menepuk tangan kuat.
"hah! Apa kata kita pergi rumah agam sekarang?"
Cadang emi.

Talia mengeleng. "keluarga encik leo dan encik jeff mesti sudah sampai" bantah talia.

Emi berkira kira. "ala kita masuk ikut pintu belakang nak?" Emi tidak putus asa. Talia tetap mengeleng.

" kita nak minta izin atau tidak?" emi bersuara geram. Talia laju mengangguk. Emi tersenyum menang.

"baiklah mm Tapi kakak kalau mereka marah macam mana?" soal talia. Risau hati gadis itu. Emi mengangkat bahu.

"leo yang suruh kita minta izin" jawab emi selamba. Talia tersenyum. Ya tak ya juga.

"betul cakap kakak" talia bangun. Gadis itu menarik tangan emi bangun.
_______

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience