Bab 8

Vampire Series 17886

EMI!!!!" panggil makcik Meslin. Emi yang sedang menyapu sampah mendengus. Apalagi emak ni.
Dia menghampiri emaknya yang sedang sarapan.

"apa lagi mak?" emi bersuara malas. "emi kau pergi minta duit lagi dekat talia" arah makcik Meslin tanpa rasa bersalah.

Minta duit lagi! "mak kalau mak nak duit mak pergi minta sendiri" emi berlalu keluar malas dia hendak layan.

"emi!!! Kau jangan biadap dengan aku!" jerkah makcik meslin keluar dari rumah. "kalau kau tak nak minta duit baik kau pergi kerja! Menyusahkan orang! Anak tak kenang budi! Maki makcik meslin.

"orang kampung tak bagi emi kerja dengan mereka sebab mak tau tak?!" emi menjawab.
"pasal mak semua orang benci emi!" jerit emi.

Makcik Meslin merupakan seorang kaki judi tegar yang di benci oleh penduduk kampung. Sudahlah mendera anak tiri kini emi pula yang menjadia mangsa.

"setan kau emi!! Kau keluar dari rumah ni dan cari kerja. Kalau tidak jangan harap aku bagi kau masuk" jerit makcik Meslin. Dia menghempas pintu dan menguncinya.

Emi tergamam. E.. Emak halau a..aku ke?
Makcik Meslin membuka pintu dan membaling beg pakaian emi keluar.

"kau keluar aku tak nak tengok muka kau lagi sial!" makcik Meslin meludah ke lantai dan menutup pintu.

Emi mengutip beg pakaiannya dan berjalan terketar-ketar masuk ke kampung. Mana aku nak pergi? Dia berjalan tanpa tujuan.

Kanak-kanak yang sedang bermain di tepi jalan mengejek emi dan membaling batu." perempuan murah perempuan murah".

Emi melindungi kepalanya dan menahan sabar.
Dia berlari ke arah hujung kampung. Tinggal satu satunya tempat yang dia boleh pergi iaitu rumah agam.

Tuk tuk tuk
Talia membuka pintu. Kak emi! "kakak kenapa badan luka luka ni" talia menarik tangan emi masuk dan berlalu ke dapur untuk mengambil ubat.

"kak cerita lah apa jadi" pinta talia. "aku kena halau sebab aku tak nak minta duit dekat kau talia. Pasal kau aku kena halau tau tak?" emi menangis.

Talia diam. Rasa bersalah timbul di hati nya.
Leo muncul tiba-tiba di belakang talia. "apasal ni?" talia terkejut mendengar suara yang tiba-tiba muncul di belakang nya.

"encik leo" talia bersuara perlahan. "kakak emi dihalau dari rumah" jelas talia. "encik leo boleh saya kerja disini?" pinta emi penuh berharap.

Leo memandang tajam wajah talia. Talia membatukan diri. Kasihan pula aku tengok. "boleh. Bilik kau sebelah bilik talia." leo berlalu naik ke atas.

Talia tersenyum gembira. Yeay ada kawan. Emi mengelap air matanya. Jeff yang berada di tangga tersenyum sinis. Tunggulah nasib kau emi.

Emi terperasan orang memandangnya dan menoleh. Lelaki tu?. Jeff memandang sinis dan naik ke atas.

" talia siapa lelaki yang tinggal sekali disini dengan leo?" tanya emi. "oh itu jeff adik leo.. Jom saya tunjuk bilik kakak" ajak talia.

Mereka pergi ke dapur. Talia tidak habis habis memeluk emi. Emi bukanlah jahat cuma dia malas nak layan. Itu sahaja. Emi bukan suka buli orang macam yang jeff sangka tapi itulah. Jeff rasa emi ni pembuli jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience