Bab 43

Vampire Series 17886

43..m

Jemima menguap beberapa kali. Sudah ngantuk benar dia. Gadis itu melentokkan kepala di atas bahu mika yang sedang duduk di sebelahnya dan menutup mata.

Dari pukul 10 malam hingga hendak masuk 1 pagi, dia dan mika melayan para tetamu yang datang.

Mika mengerling jemima sekilas dan tersenyum. Kemudian dia sambung bersembang dengan jeff, leo dan eddie yang sedang duduk di meja bulat bersamanya.

"pengsan dah jemima?" tegur eddie sambil tergelak kecil.

Mika mengangguk. Dia mencapai tangan jemima dan meletakkannya di atas peha sambil menggenggam lembut tangan gadis yang sudah lena itu.

"aku rasa baik kau bawa isteri kau masuk mika.. Tak apa tetamu yang lain biar eddie dan leo yang uruskan" jeff memberikan cadangan sambil memandang leo dan eddie.

"kau buat apa pulak jeff?"

"aku..pun sama lah" jeff berdecit kecil.

Mika, leo dan eddie tergelak. Aduh.. Tak sangka dari musuh sekarang sudah boleh duduk semeja.

"mmm.. Oklah aku nak bawa jemima masuk"
Mika meminta diri.

Dia mencempung tubuh gadis itu dan berjalan menuju ke biliknya.

Sepanjang perjalanan, para tetamu asyik mengusik pengantin baru itu. Siap ada yang bersiul lagi. Mmm. Lagi lagi bila nampak mika tengah cempung jemima.

Mika cuma tersenyum menerima usikan para tetamu. Tak apalah.. Lagipun dia kan dah kawin.
_____

Perlahan-lahan mika meletakkan tubuh jemima di atas katil. Dia menarik selimut dan menyelimuti tubuh genit itu.

Jemima... Kau rindu aku tak? Mika mengambil tempat di sebelah jemima dan baring menghadap gadis itu. Lama dia tatap wajah isterinya.

Hrmm.. Tak puas lah nak tengok. Gumam mika. Dia memeluk perlahan pinggang jemima dan memalingkan tubuh gadis itu supaya menghadapnya.

Mika tersenyum. Hah baru betul. Mika mencium dahi jemima sebelum menutup mata. Selamat malam sayang.
______

Jeff ke hulu ke hilir dari tadi. Entah apa yang dicarinya.

"hei jeff!"

Lelaki itu menoleh pantas. Kenapa? Jeff mengangkat kening.

"kau cari apa?" soal eddie yang sudah tidak betah melihat lelaki itu berjalan ke sana ke mari sejak dari tadi lagi.

Jeff menggosok lehernya. Nak cakap ke?
"emm.. Aku cari..."

"cari apa?"

"urmmm...."

"kau ni apasal jeff? Tak pernah macam ni?"
Soal eddie tidak puas hati.

Jeff mengeluh kecil. Nak tak nak kena bagitahu jugak la ni.

"aku cari emi"

Eddie mengerut dahi memandang jeff sebelum tergelak kuat.

"kau cari emi jeff? Hahahahaha sumpah lawak" eddie menekan perutnya sambil ketawa.

Apa yang kelakar sangat? Jeff bengang.
"kau kalau tak nak tolong tak payahlah nak gelakkan aku!"

"ye ye rilek... Jap jap" eddie menarik nafas beberapa kali untuk meredakan tawanya.

"kau dah kenapa nak cari perempuan tu? Bukan kau tak suka dia ke?"

"eddie... Itu hal aku.. Kau tak payah masuk campur" keras jeff menegah.

"ok maaf maaf" eddie mengangkat kedua tangan tanda beralah. Dia tahu jeff ni tengah 'panas' sekarang.

"emi mungkin dekat dalam dewan lagi kut.."
Beritahu eddie. Tadi dia nampak emi sedang duduk bersembang dengan talia.

Jeff berlalu pergi menuju ke dewan setelah mengucapkan terima kasih.

Eddie tercengang. Jeff... Cakap terima kasih?
Serius? Dia tersenyum sambil menggeleng kepala. Nampak sangat kau suka dekat perempuan tu.
_____

"hai.." leo menegur talia dan emi. Sedari tadi dia asyik memandang talia yang sibuk bersembang dengan kakaknya.

Rasa rindu di hati lelakinya membuatkan dia mengambil keputusan untuk menegur gadis itu.

"emm hey..." emi membalas sambil tersenyum nipis. Ni mesti nak jumpa talia, kan?

"boleh aku duduk?"

"aik? Sejak bila awak berbudi bahasa pula ni?" sindir talia tanpa memandang wajah leo. Mungkin marah barangkali.

"talia" tegur emi.
"duduklah"

"terima kasih.. Mm korang berdua sihat ke?" leo menggigit bibir. Apasal beradab sangat aku Ni?

"sihat sihat"
"ok ah talia.. Aku nak pegi ambik minuman jap"
Emi bangun.

"ehhh.. Talia nak ikut" talia buat muka kasihan. Janganlah tinggal talia kakak!

"tak payah!"

"kakak!" talia memanggil manggil emi yang sudah jauh berjalan meninggalkannya bersama dengan leo disebelah.

Jahatlah kak emi ni! Talia meraup mukanya. Aduh ni lagi sorang. Talia menjeling leo di tepi.

Kelihatan leo sedang menunduk memandang meja. Kenapa dengan lelaki ni? Bisik hati talia. Sakit ke?

"awak okay tak leo?"

Leo mengangkat kepala. Prihatin juga kau ya.
"kau sihat?"

"saya sihat leo.. Asyik tanya soalan tu je kenapa?" talia menjeling tajam.

Leo menyembunyikan senyuman. Tadi sebelum datang situ. Dia dah rangka macam macam ayat nak berbual. Tapi bila sampai depan talia, semua ayat tu hilang dah entah kemana.

Leo menarik nafas dalam sebelum membuka mulut. "talia.. Aku tahu.. kau masih marahkan aku tentang apa yang dah jadi sebelum ni.. Tapi aku akan pastikan hati kau terbuka balik untuk aku dan kau akan kawin dengan aku" terus terang leo berkata.

Talia membulatkan mata kerana terkejut. Beraninya?!

"leo.. Awak dah gila ke? Saya dan awak tak akan kawin!" talia bangun dan berlalu pergi.

Leo hanya memandang dan tersenyum. Aku akan pastikan perkara tu berlaku.

*****

Emi duduk di buaian di tepi taman. Dia menghirup air kopi yang agak panas sambil membuai perlahan.

Hanya gadis itu seorang yang berada di kawasan sunyi itu. Emi ingin berada jauh dari kebisingan. Dia ingin keseorangan.

Emi termenung jauh memandang langit. Apa yang akan berlaku sekarang?

Jemima dah kawin. Jeff dan leo dah kembali. Pn jesina dah berubah. Lepas ni apa?

Tiba tiba emi teringat akan makcik Meslin. Mama... Gadis itu menahan air mata dari terkeluar.

Aku.. Dah maafkan mika. Emi menggegam penumbuk kuat. Dia cuba menerima kenyataan bahawa mamanya sudah tiada selama ini. Walaupun mika yang membunuh makcik Meslin. Dia yakin dia mampu menahan semua itu. Emi cuba menghadam satu persatu walaupun perit.

Tiba tiba bahunya dipegang lembut oleh sesuatu. Pantas gadis itu menoleh ke belakang.

"aku.. Minta maaf"

Emi bangun kerana terkejut.
"apa yang kau cakap ni jeff?"

"aku tak tahu yang mama kau dah.."
"dan aku yang tuduh kau sembunyikan jemima.."
Ujar lelaki itu dengan perasaan bersalah.

Emi tergelak sinis.
"tak payah nak minta maaf. Semua dah jadi...aku dah maafkan kau dan pn. Jesina.. Kau dah tak ada dosa dengan aku.. Jadi lepas ni aku minta kau" emi menunjuk jarinya tepat di wajah jeff.

"jangan muncul depan aku lagi" sambung emi dan terus berlalu pergi.

Jeff terdiam dan terkesima. Dia... Terkejut.

Perlahan-lahan air mata emi menitis sebaik sahaja dia melepasi lelaki itu. Aku kuat.. Aku mesti kuat.

Gadis itu mengorak langkah menuju ke biliknya.
Jeff masih terkedu dan berdiri kaku di situ. Tak.. Tak mungkin emi benci aku? Kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience