Bab 13

Vampire Series 17886

Malam itu talia tidur awal selepas tukar pembalut lukanya." kak emi talia tidur dulu ya" beritahu talia. Dia tersenyum di pintu bilik emi.

"baiklah talia" sahut emi. Dia sedang kemas katilnya. Emm bosanlah malam ni. Emi keluar ke pintu belakang.

Dia duduk di atas rumput dan melihat bintang. Emi termenung jauh.

Jeff masuk ke dalam rumah dan naik ke atas. Lelaki itu turun semula ke dapur untuk mengambil air.

"kenapa aku tak dapat hidu bau emi dalam rumah ni?" Jeff bersuara perlahan. Dia ternampak pintu belakang ternganga sedikit.

Jeff membuka pintu perlahan-lahan. Dia dapat melihat emi yang sedang mendongak pandang ke langit.

Lelaki itu mendekati emi dan tersenyum sinis.  
"kau buat apa dekat luar malam malam?" suara jeff mengejutkan emi.

Emi pantas menoleh. Jeff?! "eh bila encik balik? Saya tak perasan" emi senyum nipis.  "memang kau tak akan perasan kalau kau duduk kat sini"
Ujar jeff.

Dia duduk rapat di sebelah gadis itu. Emi pantas menjarakkan diri. "kau nak lari mana emi?" jeff menghilang dan muncul di sebelah sisi emi yang lain.

Emi terkejut dan bangun. Dia ingin masuk ke rumah namun belum sempat dia membuka pintu. Jeff menarik lengannya pantas dan menolak emi ke dinding.

"aku dah kata kau tak boleh lari" ujar jeff perlahan. Dia merenung tajam wajah emi di hadapannya.

Emi kaku. Tubuh emi tidak dapat keluar kerana tangan jeff menghalangnya. "encik jeff lepaskan saya" emi menolak tangan jeff.

Mata emi memandang ke anak mata jeff. Jeff merenung dalam mata gadis itu sehingga gadis itu terpukau dengan renungannya.

Pantas jeff mengucup bibir emi dan menutup matanya. Serentak itu emi tersedar. Dia membesarkan matanya melihat jeff di depannya.

Emi menolak tubuh jeff dan lari masuk ke dalam bilik. Jeff senyum sinis. "aku akan gunakan kau selagi aku belum puas." kata jeff sebelum menghilang.

Emi memegang bibirnya. Ini sudah masuk kali yang ketiga bibirnya menjadi mangsa. Emi tidak faham dengan perangai jeff.

"bukanke jeff benci dengan aku? Tapi kenapa dia suka ambil kesempatan" emi baring dan melelapkan matanya.

Dia tidak mahu memikirkan lagi pasal jeff.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience