Bab 16

Vampire Series 17886

Emi dan talia masuk ke halaman rumah agam. Perlahan-lahan berjalan ke pintu belakang.

Emi membuka pintu belakang sedikit. Talia ternampak kelibat leo di stor belakang.  "kakak!" talia jerit perlahan.

"woi diamlah! Kalau kantoi macam mana?!" emi memandang geram. Talia tersengih.

"maaf kak emi talia nak pergi ke stor belakang sekejap" talia memberitahu. Emi pelik. "buat apa kau pergi sana?" emi menyoal.

"talia nak ambil sesuatu" jawab gadis itu. Emi mengangguk tak lama kemudian. "jumpa di pagar" arah emi.

Masing-masing bergerak ke tempat yang ingin di tuju. Cuaca petang itu agak mendung. Keadaan dalam rumah agam seperti biasa. Gelap dan menakutkan.

Emi melangkah perlahan-lahan di ruangan dapur. Dia tidak tahu nak cari apa sebenarnya. Emi terhenti apabila tangan ditarik seseorang di belakangnya

Gadis itu kaku. "kau buat apa kat sini?" keras dan perlahan suara di belakang menyoal. Emi pusing perlahan-lahan.

"encik jeff!" perasaan gembira dan takut bercampur baur.

Tujuan sebenar dia hendak pergi ke rumah agam adalah untuk berjumpa dengan jeff. Emi ingin meminta maaf.

"aku dah kata jangan datang sini! Kau nak mati ke?" keras suara jeff. Lelaki itu memandang tajam emi di hadapan.

Tiba-tiba..
"abang jeff! Mana kau?" jemima memanggil jeff. Gadis itu melangkah ke dapur. Emi terkejut dan gelisah. Apa nak buat ni?!

Pantas Jeff menarik tangan emi masuk ke tandas  di sebelah mereka.  "abang jeff!" laung Jemima lagi. Mana abang ni?

"diam" bisik lelaki itu. Tangan jeff masih memegang tangan gadis itu. Emi turut menggenggam tangan jeff kuat.

Emi takut kerana tiada sebarang cahaya di dalam tandas itu. Gadis itu masih trauma dengan kejadian di hutan.

Jeff dapat melihat jelas riak muka emi yang ketakutan. Dia menarik emi rapat dan memeluk gadis itu.

"tenang" lembut jeff berkata. Emi terkebil kebil. Dia tidak tahu hendak menolak atau membiarkan.

Sementara itu talia mendekati stor di belakang rumah agam. Leo dan en. Jerry dua beranak sedang mengemas bilik stor.

"encik leo!" tegur talia ceria. Leo  membulatkan mata. Dia menarik gadis itu ke tepi dinding stor.

"leo! Suara apa tu?" jerit en.Jerry dari dalam stor.
Talia terkejut. Ada orang rupanya.. Maaf encik leo. Talia berkata dalam hati.

Leo mendengar dan memandang geram talia di tepi. "err bunyi kucing saja papa" balas leo.

En. Jerry keluar. "bunyi kucing?" lelaki itu mengangkat kening. Leo laju mengangguk dan tersenyum.

"oh okay" en. Jerry masuk dan menyambung kerjanya. Leo menarik talia pergi ke tepi pokok besar di sebelah stor.

"kau buat apa ni?! Tahu tak bahaya?!" leo menghamburkan marah. Dia memegang tangan talia kuat. Talia menahan sakit.

"maaf encik..saya cuma nak pergi rumah mak emi" Talia tunduk. Leo menggeleng kepala.

"kau tak takut dengan keluarga aku?" keras suara leo. Lelaki itu masih memegang erat tangan talia.

"kalau keluarga aku bunuh kau macam mana?" soal leo lagi. Talia kelu. Gadis itu tidak mampu menjawab.

Leo mengeluh. Hatinya diserang rasa bersalah.
"aku izinkan kau pergi tapi jangan lama" leo mengendurkan suara.

Talia mengangguk perlahan. Dia masih merenung
Tangannya yang digenggam leo. "encik.." talia memandang leo.

"apa lagi?" leo memerhati sekeliling. Risau jika ahli keluarganya nampak.

"tangan saya.." talia merenung lelaki itu. Tangan? Leo memandang tangannya.

"kenapa?" leo masih tidak melepaskan tangan. Dia melangkah menghampiri talia.

Talia berundur. "encik nak apa?" talia takut takut. Leo memandang sinis.

"kau ingat aku nak buat apa?!" leo berhenti. "kau hamba aku talia apa yang kau ada aku punya" leo tersenyum sinis.

Talia terdiam memandang leo. Dia pusing dan terus berlari tinggalkan leo. Dia menunggu emi di pagar depan.
______

"encik jeff.. Saya rasa dia dah pergi dari dapur" emi bersuara perlahan. Tubuhnya masuk dipeluk erat lelaki itu.

Jeff mendengus. Dia melepaskan pelukan dan keluar. "encik jeff.." emi menelan air liur. Dia malu untuk berkata.

"nak apa?!" dingin suara jeff. Lelaki itu merenung tajam emi. Emi terasa sesak nafas.

"saya..nak minta maaf pasal pagi tadi" emi berkata perlahan. Jeff memandang sinis gadis itu.

"vampire tak guna kata kata untuk minta maaf emi sayang...kami guna darah" jeff tersenyum sinis. Emi terus terdiam.

"kau nak beri aku darah kau ke?" jeff mendekati emi. Dia mengeluarkan taringnya. Emi mengigil.
Gadis itu menutup mata serapatnya. Dia merasakan lehernya dipegang lembut oleh jeff.

Jeff memandang gadis di depannya. Bau darah sunti emi membuat dirinya tidak keruan. Jeff menelan air liur dan menyimpan taring semula.

Dia mengelus pipi emi sebelum hilang. Emi membuka mata perlahan-lahan. Aik?! Encik jeff dah hilang?

Emi mencari kelibat jeff di sekelilingnya sebelum keluar menuju ke pagar depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience