Bab 25

Vampire Series 17886

Jeff dan leo pulang dari bandar selepas seminggu tinggal di sana. Bermacam masalah yang mereka cuba selesaikan. Penat!

"jeff dan leo sudah pulang?" ceria suara pn. Jesina menyapa. Leo dan jeff hanya mengangguk.

Leo berlalu duduk di ruang tamu. Jeff pula terus naik ke atas. "leo macam mana keadaan di sana?" tanya wanita itu.

Leo hanya termenung. Langsung dia tidak memandang wajah mamanya. "semua okay mama" jawab lelaki itu lemah.

"mama tau leo dan jeff penat tapi mama nak minta tolong cari adik kamu" pinta wanita itu. Gusar hatinya memikir jemima yang masih tidak pulang.

"kenapa dengan jemima?" baru leo menoleh memandang pn. Jesina. "adik kamu sudah seminggu tidak pulang mama risau leo" pn. Jesina meluahkan kerisauan.

Leo mengeluh. Masalah baru pula timbul! "tolonglah mama leo kamu dan jeff pergi cari yaa nanti papa bising" rayu wanita itu.

Kasihan pula dia melihat mamanya. Leo mengangguk. "kejap leo panggil jeff" leo tersenyum hambar.

"jeff!" leo menjerit dari tangga bawah. "apa kau nak?" jeff muncul di bawah. "teman aku cari jemima sudah seminggu budak itu tak pulang" terang leo.

Jeff mendengus. Kalau bukan sebab jemima tu adik dia memang tidak dia hendak cari! "cepatlah" jeff menjeling pn. Jesina.

Wanita itu tersenyum hambar. Entah kenapa dia merasakan anak anak lelakinya semakin dingin dengan dia.

Leo dan jeff keluar menuju ke pekan. Mencari jemima yang hilang tanpa khabar.
_______

Sementara itu di rumah agam mika.

Talia sedang duduk sambil memegang perutnya yang senak. Dia sangat lapar ketika itu. Talia memandang sekeliling.

Rasa takut menyelubungi diri. Entah kemana jemima di bawa. Emi pula sampai sekarang tiada khabar. Perlahan lahan air mata mengalir di pipi gadis itu.

Badan talia comot dan rambutnya kusut kerana sudah lama tidak disikat. Talia mengeluh.

Pap pap pap..
Bunyi tapak kaki?! Talia menjauhkan diri dari pintu besi. Dadanya turun naik menahan debar.

Kedengaran gelak ketawa mika bersama dengan seorang wanita. Siapa yang datang? Talia memandang ke pintu.

Kelihatan Mika berjalan mendekati bilik penjara  dan memandang sinis talia.

"talia kau kenal tak siapa perempuan ni?" mika menunjuk wanita di sebelahnya. Wanita itu gelak sekuat hati.

Talia membulatkan mata. Makcik meslin?! Emak emi! Talia memandang tidak percaya. "awak nak buat apa dengan makcik meslin mika?! Lepaskan dia!" talia menjerit geram.

Gadis itu menggoncang pintu besi. Prakk.. Pintu terbuka sendiri. Talia terkejut dan berundur beberapa langkah.

Lelaki itu menarik tangan makcik Meslin masuk ke dalam jeriji besi itu. Talia terus menarik wanita itu menjauhi mika.

" makcik! Jangan dekat dengan lelaki ini! Dia kejam!" talia ingin melindungi emak tirinya. PANG! Muka talia ditampar.

Terjelopok talia jatuh. Berpinar kepalanya. "hei anak sial! Kau ingat aku percaya cakap kau! Aku tak akan lepaskan lelaki macam ni sebab tipu helah kau lah!" marah makcik meslin.

Dia menunjal nunjal kepala talia. "kau mesti nak rampas lelaki ini kan?! Kau kenapa tak puas hati dengan aku?! Jerit wanita itu naik hantu.

Makcik Meslin menarik rambut talia sekuat hati dan menampar muka gadis itu. Talia meraung dan menangis.

Wanita itu tersenyum puas. Dia kemudian melepaskan talia dan merangkul erat lengan mika.

" sampai hati makcik" talia mengesat air matanya. Dia berundur menjauhi emak tirinya. Mika tergelak sinis. "kau marah dengan makcik kau ke talia?" ujarnya sinis.

Makcik Meslin memeluk mika. "awak jangan lah ambil kisah pasal budak ni biar sahaja dia mati hidup pun menyusahkan" kata wanita itu tanpa perasaan.

Mika tersenyum sinis. Matanya memandang wanita yang sedang memeluknya.

Mika mengusap rambut makcik Meslin dan menolak rambut wanita itu ke tepi sehingga mendedahkan leher wanita itu.

Mata lelaki itu bertukar menjadi hitam. Dia mengeluarkan taringnya dan membenamkan kedalam leher makcik Meslin. Talia menggigil.

Terbeliak mata makcik Meslin menahan sakit yang teramat.

"jangan! Jangan!" talia cuba bangun namun badannya tidak dapat bergerak. Setelah puas menghisap darah mika mencampak sahaja bangkai wanita itu di tepi.

"aku sudah tolong kau balas dendam" mika tersenyum sinis. Talia menangis di situ juga. Nafasnya tidak keruan.

Talia memegang dadanya yang terasa sakit. Gadis itu pengsan. Dalam kesamaran dia dapat melihat mika mendekatinya.

Talia merasakan sepasang tangan sedang mencempung tubuhnya keluar dari jeriji besi itu. Selepas itu segala galanya gelap gelita.
_______

"leo! Mana jemima ni?! Kat pekan tak ada pun" keluh jeff. Dari tadi mereka mencari di kawasan kampung. Masih juga tidak jumpa.

Leo berhenti berjalan. "kita pulang dahulu aku sudah penat sekarang ni" ajak leo. Dia bergerak balik. Jeff hanya mengikuti langkah abangnya.
_____

Jemima memandang baju yang melekat di badannya. Gaun putih paras peha. "tak ada seluar ke?" jemima menoleh ke almari baju milik mika.

Gadis itu mengeledah setiap inci almari itu. "dah jumpa" jemima menjerit gembira. Sepasang baju berwarna merah gelap bersama seluar.

Terus jemima menukar bajunya . Prak.. Pintu dibuka. Pantas gadis itu menoleh. Mika!

"kenapa tukar baju? Kenapa tak pakai baju yang aku bagi?" mika memandang jemima dari atas ke bawah. Jemima menggeleng.

"saya selesa dengan baju ini" jawab jemima. "mika! Sekarang sudah tengah hari sa..saya lapar" gadis itu memandang mata mika.

Lelaki itu memandang tanpa riak. Kakinya melangkah mendekati jemima. Jemima membulatkan mata dan berundur. Apasal pula ni?!

Jemima berhenti apabila tubuhnya terhalang oleh dinding. Pantas mika mengunci kedua tangan jemima ke dinding.

"sayang..." mika bersuara manja. Jemima seram sejuk. "awak nak apa ni?!" gadis itu mencerlung tajam ke arah mika.

Mika tersenyum sinis. Dia mendekatkan mukanya ke telinga jemima. Wanginya rambut! Mika terbuai.

"mika! Lepaskan saya!" jemima cuba menolak tangan mika. Lelaki itu mendekatkan muka ke leher jemima.

"mika lepaslah!" jemima menjerit. Mika mendengus kasar. Dia melepaskan jemima.
Gadis itu menarik nafas lega.

Baru jemima ingin bercakap. Mika pantas mengucup kasar bibir gadis itu. Bulat mata jemima memandangnya.

Mika keluar dan menghempas pintu. Tidak lama kemudian dia masuk dan meletakkan dua keping roti di atas meja sebelum berlalu keluar.
______

"Talia! Talia! Bangun! " emi menepuk bahu talia. Terpisat pisat talia bangun. Aku kat mana?

"kau sekarang duduk kat bilik ni dengan aku" emi tersenyum. Talia pantas memeluk talia. Rindu benar hatinya.

"sudah pergi mandi" emi menolak tubuh talia bangun. Talia mengangguk dan tersenyum lega.
Kakak emi selamat!

Selesai mandi. Talia melihat emi dari atas ke bawah. Kakaknya agak susut sama sepertinya.
"kak emi sihat?" talia duduk di sebelah gadis itu.

Emi mengangguk. "talia sewaktu mika bawa kau ke sini dia kata kau ada benda hendak cerita pada aku" emi memandang talia penuh minat.

Cerita apa? Talia mengerut dahi. Alamak!! Makcik Meslin! Talia menggeleng. "ma..mana ada cerita apa apa kak emi!" nafi talia.

"kau jangan tipu talia baik kau beritahu aku!" ugut emi. Dia memegang tangan talia dan membuat muka simpati.

Talia menarik nafas panjang. "makcik.. Makcik Meslin datang tadi.." talia memandang emi. Dia ingin mengetahui riak gadis itu.

Emi terperanjat. "emak datang?! Ma.. Mana dia talia?! Aku nak jumpa!" emi girang. Dia memeluk talia kuat.

Talia menahan sebak. Macam mana ni? "kak emi.." panggil talia perlahan. "kau ni kenapa? Mana emak sekarang?" tanya emi tidak sabar.

"emak sudah tiada.. Mi.. Mika sudah bunuh dia" talia menahan esak. Emi membulatkan mata. Tak mungkin!! Gadis itu mengeleng.

"kau tipu kan?! Kau tipu!!" emi menjerit. Gadis itu menangis. Emi berlari ke pintu dan menghentak sekuat hatinya. Emi menjerit memanggil mika. "lelaki tak guna" gadis itu menangis.

Talia berlari mendapatkan emi. Maafkan talia kerana tidak mampu menghalang mika! Talia menangis dan memeluk emi.

Mereka berdua jatuh terjelepok di depan pintu. Emi berasa sangat lemah.

Sampai hati kau bunuh emak aku mika! Emi membalas pelukan talia erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience