Bab

Vampire Series 17886

41.m.

Emi dan talia menarik nafas sejenak sebelum masuk ke ruang makan.

"bertenang" ujar jemima perlahan. Dia berdiri di tengah sambil merangkul kedua tangan mereka.

"ok jom" jemima menarik kedua tangan mereka supaya mengikuti langkahnya.

Sebaik sahaja mereka bertiga melangkah masuk ke ruangan itu. Seluruh mata di situ tertumpu ke arah mereka.

"hai" sapa jemima. Dia melepaskan tangan emi dan talia dan mengambil tempat di sebelah bonda mika.

Emi dan talia memandang satu sama lain. Nak duduk mana ni?

"emi talia.. Kamu berdua duduk di sebelah Jesina ya" arah bonda mika sambil menunjuk kerusi di sebelah wanita itu.

Talia dan emi mengangguk dan melangkah dengan berat hati.
Kenapa mesti sebelah diaa?!!

Pn. Jesina memandang emi dan talia yang duduk di sebelahnya.
"erm... Kamu.. Kamu berdua sihat ke?" tergagap wanita itu bertanya. Dia ingin menghilangkan rasa kekok ketika itu.

Emi dan talia hanya mengangguk kecil. Mereka memandang sekelilingnya. Kenapa macam masih ada yang kurang?

Oh.. Jeff dan leo.. Dorang tak ada kat situ. Mm jemima kata dorang dah sampai...

Kelihatan dua buah kerusi kosong di tepi en. Jerry yang sedang asyik mengunyah roti.

Pn. Jesina tersenyum melihat gelagat emi dan talia yang sedang asyik menatap kerusi kosong di tepi suaminya.

"jeff dan leo tak sampai lagi" beritahu wanita itu sambil menyuakan pinggan kepada mereka berdua.

Adik beradik itu hanya tersenyum tipis setelah mengucapkan terima kasih.

Suasana di ruang makan senyap. Masing masing sibuk melayan perasaan sambil menyuap makanan ke mulut.

"mama" suara dari belakang memanggil.

Mata semua yang ada di ruang makan ketika itu menoleh ke arah suara itu termasuk emi dan talia. Oh Tidak! Bulat mata emi dan talia melihat susuk tubuh yang amat dikenali mereka.

Kelihatan jeff dan leo berjalan masuk ke ruang makan dan mengambil tempat di sebelah en. Jerry.

Alamak?! Masa ni pulak muncul. Aduh! Baru nak hilang gugup.. Emi menggigit bibir kuat.

Talia gelisah. Tak selesa dia ketika itu. Jantungnya berdegup kencang. Haish!
Kak emi? Macam mana ni?! Tolong talia!

Jemima di tepi bonda tersenyum kecil. Aduhai nampak sangat emi dan talia tak selesa ketika itu.
Jemima menggeleng perlahan.

Suasana senyap sunyi sekali lagi.

Krik krik krik...

Emi mengerut dahi. Kenapa aku rasa macam ada orang pandang aku eh? Gadis itu mengangkat wajahnya memandang sekeliling. Ada ke orang yang tengah pandang dia?

Sah! Memang ada. Emi buat buat tak nampak. Lantak kau lah!

Jeff merenung emi yang sedang makan nak tak nak. Baru dia perasan, badan gadis itu sudah tidak kurus kering lagi. Jauh beza emi yang dulu dan sekarang.

Emi masih marah ke dengan aku? Jeff melepaskan keluhan kecil.

******

Talia curi curi memandang leo. Mmm kenapa Leo macam tak hiraukan aku?

Leo beriak selamba. Macam dia tidak tahu yang talia curi curi memandangnya. Makin cantik talia sekarang berbanding dulu. Leo mengigit bibir.

Bukan dia tidak mahu memandang talia. Tapi dia nak tahu sama ada talia masih kisah atau tidak tentang dirinya dan ternyata gadis itu masih peduli. Leo menyembunyikan senyuman.

Hish! Talia mendengus perlahan. Takut didengari Pn jesina di sebelah. Mungkin aku je yang beria ria. Talia menunduk. Malas dia nak tengok dah.

Eh? Terus terhambur gelak dari mulut leo. Bukan dia tidak dengar apa yang talia bisikkan.

"leo.. Kamu ni kenapa?" tegur en. Jerry.

Bonda mika dan pn. Jesina hanya tersenyum.
Saudara mara yang lain hanya memandang pelik tanpa bersuara.

"maaf maaf.. Cuma tadi ada orang buat kelakar"
Ujar leo sambil memandang talia di hadapan.

Talia membesarkan mata. Dia... Dia dengar?!
Gadis itu terus menundukkan kepala. Malu! Kurang asam punya leo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience