Bab 31

Vampire Series 17886

31.

Emi baring termenung di dalam bilik. Luka di tangannya semakin teruk dan bernanah. Ubat yang Eddie bagi pun langsung tidak disentuh.

Tiba tiba pintu besi biliknya bergegar kuat. Emi terkejut. Terus terduduk gadis itu di atas katil. Emi menelan air liur.

Apa pula nak jadi lepas ni? Tolonglah aku dah penat! Emi memeluk lutut. Tubuhnya mula mengigil.

Kasihan emi. Trauma dengan apa yang berlaku.

"emi" satu suara di hujung katil memanggil. Bulat mata emi. Gadis itu menelan air liur.

Terus gadis itu menutup mata rapat. Tangan emi terasa sejuk disentuh oleh sesuatu yang dingin. Pantas emi membuka mata.

Keadaan gelap membataskan penglihatannya. "emi.." panggil makhluk itu lagi. Suara ni?! Aku tahu siapa! Jeff!

Lelaki itu memegang lembut tangan emi yang luka. "kau nak apa?!" keras emi bertanya. Gadis itu merentap tangannya dari pegangan jeff.

Wajah jeff tidak beriak. "kau okay?" terpancul soalan bodoh dari mulutnya. Jeff menggigit bibir.
Aduh soalan apa aku tanya ni?

Emi tergelak sinis. "kau tanya aku okay? Lepas aku kena pukul macam nak mati tadi kau masih tanya soalan bodoh ni?" emi mengeleng tidak percaya.

Jeff memerhatikan wajah emi. Bibir gadis itu lebam dan luka. Pipinya juga lebam. Tangannya naik mengusap pipi emi tanpa disedari.

Emi mengerut dahi dan menepis." lebih baik kau keluar jeff" emi menjeling tajam. Benci dia pada lelaki itu.

Jeff mengeluarkan satu botol ubat kecil dari poketnya. Dia menuang sedikit cecair ubat ke tangannya dan menarik tangan emi yang luka.

Jeff bangun dan duduk membelakangi emi sambil memegang tangan gadis itu. Dia tidak mahu emi menganggu apa yang dia ingin lakukan.

Emi menarik narik tangannya. "kau tak payah nak buat baik dengan aku! Lepas apa kau dan mama kau buat dekat aku dan talia kau masih lagi nak jumpa aku?!" emi mencerlung tajam belakang badan jeff.

Jeff langsung tidak menyahut. Sakit betul hati aku! Aku dah tak takut dengan kau jeff! Jerit emi dalam hati.

Dia tahu lelaki itu dengar suara hatinya. Jeff masih tidak mempedulikan emi. Dia memegang tangan emi kuat. Perlahan-lahan dia menyapu ubat itu di kawasan luka yang sudah teruk.

Emi meronta kesakitan. "auch sakitlah" emi memukul belakang jeff.

Lelaki itu menahan sabar. Sifat jeff bukanlah seorang penyabar. Tapi dia akan cuba bersabar untuk melayan kerenah emi.

"jeff kau buat apa dengan tangan aku lepaslah" emi terus memukul belakang jeff. Lelaki itu melepaskan tangan emi setelah selesai menyapu ubat.

"luka kau akan kering selepas 5 minit" beritahu jeff pusing menghadap emi. Gadis itu mengibas tangannya kerana pedih.

"tangan aku sakit" emi merintih perlahan. Berkerut kerut dahi menahan sakit. Jeff menarik tangan emi dan meniup perlahan. "sekejap lagi sakit tu hilang" lelaki itu kembali meniup.

Kerutan di dahi emi semakin berkurangan. Aik? Dah hilang sakit. Emi tersenyum. Dia memandang tangannya. Dah sembuh?! Bulat mata emi memandang tangan dia sendiri.

Jeff menyembunyikan senyuman. Senyuman di wajah emi mati apabila terpandang jeff. "sebab apa kau tolong aku jeff?" emi menelan air liur.

Jangan jangan lelaki ni nak... Emi mengeleng laju. Nafasnya laju. Gadis itu berundur sedikit ke belakang.

Jeff mengangkat kening. "aku nak apa?" soal lelaki itu. Jeff tahu apa yang terlintas di fikiran emi tadi.

Emi tersentak. "baik kau keluar!" gadis itu memberi amaran. Jeff tersenyum sinis. "kenapa?" soal jeff lagi. Sengaja ingin menguji gadis itu.

Kejadian malam itu berputar kembali di fikiran emi. "keluar jeff!" emi menjerit sedikit.
Jeff bangun dan mendekati emi.

Emi terus menutup mata dan memalingkan wajah ke arah dinding. Dia tidak mahu jeff mendekati dirinya.

"letak ubat di muka kau" pesan lelaki itu sebelum menghilang. Suara jeff semakin sayup di telinga emi. Segera emi menoleh.

Mana dia? Emi memandang sekeliling. Kemudian Gadis itu menarik nafas lega. Nasib baik dah pergi.

*****
Sementara itu.

Leo berjalan perlahan-lahan menuju ke ruang bawah tanah. Sejak dari kejadian petang. Hatinya tidak tenang.

Pintu besi bilik talia dibuka perlahan. Gadis itu sedang tidur di atas katil. Badan talia masih mengigil tapi tidak sekuat sebelum ini.

Leo mendekati talia. Tangannya menyentuh pipi lebam gadis itu . Kuat juga mama pukul.

Betul ke talia dan emi yang culik jemima? Leo tersenyum tipis. Terbit rasa bersalah di hatinya.

Leo menanggalkan jaketnya dan menyelimuti tubuh talia. Dia duduk di lantai . Lelaki itu meletakkan kepala di atas katil dan merenung wajah lembut talia yang sedang tidur.

Perlahan-lahan mata leo tertutup. Malam itu leo tidur menemani talia.

Di dapur kelihatan susuk tubuh seseorang sedang duduk di meja makan. Wajahnya tersenyum sinis memandang dua beradik yang senyap senyap datang ke ruang bawah tanah.

Dia meneguk darah di dalam cawan sehingga habis dan berlalu naik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience