Bab 11

Vampire Series 17886

Petang itu talia dan emi bercadang untuk membakar kek. Emi dan talia tidak pernah bercakap mengenai kejadian yang berlaku pada diri masing-masing.

Emi memandang talia yang tengah mengadun kek. "talia.. Kau.." emi terdiam. Dia tidak tahu bagaimana untuk bercerita pada talia.

"apa kak emi?" talia tak sabar. "em.. Macamni kau ada rasa pelik tak sejak kau datang sini?" akhirnya emi bertanya.

"pelik?" talia diam. Banyak perkara pelik yang talia rasakan. Tapi memandangkan dia tahu leo dan jeff siapa jadi dia tak ambil kisah sangat.

"kakak rasa pelik ke?" tanya talia lagi. Emi pantas mengangguk. "kau..." emi diam apabila jeff datang ke dapur.

Emi memandang ke tempat lain. Gadis itu masih marah dan takut pada jeff. Jeff memandang tanpa perasaan. "korang buat apa ni?" tanya lelaki itu mendekati.

"bakar kek oren encik jeff" jawab talia. "korang tahu aku dan leo ni siapa kan? Makanan manusia tak dapat penuhkan perut kami kan emi?" jeff merenung tajam emi di depannya.

Emi gelisah. Dia memandang talia. "encik jeff.. Makanan vampire hanya darah sahaja ke?" talia tanya perlahan.

Jeff diam sebelum tergelak sinis. "kau patut tahu makanan kami" Dia terus keluar. Emi terkebil kebil memandang talia.

"talia.. Kau tahu berita kampung kita ni? Pasal kematian penduduk di sini?" emi tanya perlahan.
Talia mengangguk.

"apa kau rasa ada kaitan dengan mereka berdua ke?" emi menyoal lagi. Talia diam. Gadis itu tidak tahu hendak menjawab apa pada kakaknya.
_____

Jeff mengetuk pintu bilik leo. "leo ni aku jeff" panggil jeff. "ya masuk" pelawa leo.

Jeff masuk dan duduk di depan leo. Leo sedang terbaring lemah. Sudah beberapa hari dia tidak meneguk darah manusia.

"leo.. Kau memang nak mati ke?" jeff merenung abangnya. "kau tahu kan kita memang makhluk penghisap darah manusia" sambung jeff lagi.

Leo diam. Dia memegang dadanya yang terasa sakit. Seluruh badan leo lemah. Jeff menggeleng kepala.

"suka hati kau leo aku kena pulang ke bandar hari ini mungkin untuk beberapa hari." terang jeff. Leo memandang jeff. " kau hati hati" pesan leo. Jeff mengangguk dan keluar.

Talia menolak daun pintu bilik leo. Dia terdengar perbualan dua beradik tadi. "leo sakit ke?" gadis itu menghampiri leo yang sedang tidur.

Pucatnya muka leo. Talia memegang dahi leo. "sejuknya " kemudian beralih memegang tangan lelaki itu pula. "kenapa tangan leo panas pula?"

Talia cuba mengejutkan leo. "encik leo awak ok tak ni?" talia menepuk pipi leo perlahan. Dia melihat dada lelaki itu tiba tiba berhenti bergerak.

Talia panik. "en..encik le..leo ba..bangunlah" talia ke hulu ke hilir dalam bilik leo. Encik leo sakit. Dia sakit sebab tak minum darah manusia. Jadi kalau nak sembuh kena minum darah manusia la kan.

Talia tersenyum. Mungkin betul apa yang aku buat ni. "sekejap darah manusia aku nak ambil darah siapa?" talia tidak tenteram. Tak mungkin dia hendak membunuh.

Talia memandang tangannya. Iya! Darah aku. Talia turun ke dapur untuk ambil pisau. Emi di dapur memandang pelik.

"talia kau buat apa bawa pisau ke atas?" tanya emi. "kakak saya ada kerja nak buat kalau kakak nak masuk tidur kakak pergi dulu ya." talia tersenyum.

Memandangkan hari sudah malam. Emi mengangguk. Gadis itu tidak syak apa-apa langsung. "baik" sahut emi.

Talia naik dan masuk ke bilik leo. "encik leo bertahanlah". Talia duduk di sebelah leo sambil memegang pisau.

Harap harap berhasillah. Talia berdoa dalam hati.
Talia menghiris tangannya. Darah mengalir banyak. Dia menyeringai kesakitan. Aduh. Talia menggigit bibir.

Dia mengenggam tangannya dan menyuakan ke bibir leo. Talia semakin pening kerana kehilangan darah yang banyak.

Gadis itu pitam disitu juga. Beberapa saat kemudian leo membuka matanya dan tersedar. Apani? Leo memegang bibirnya dan merasa cecair itu.

Darah? Darah manusia? Leo memandang ke sisinya. Talia?! Apa kau dah buat?! Leo bingkas bangun dan mencempung talia naik ke katil.

Lelaki itu membalut tangan talia dan merawatnya. Leo menggeleng kepala.
"nampaknya aku takkan dapat bertahan tanpa darah manusia" leo baring di sisi gadis itu dan memeluk pinggang talia erat.

Mereka tidur bersama pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience