Bab 30

Vampire Series 17886

30.

"JEFF! Beritahu apa yang kamu sorokkan dari mama SEKARANG!" arah Pn. Jesina . Wanita itu berdiri betul betul di hadapan jeff dan memandang tepat wajah anaknya itu.

Jeff membalas pandangan mamanya. Kalau mama tahu bagus juga. Bisik hati lelaki itu.
"mama ingat lagi talia dan emi?" tanya jeff.

Pn. Jesina tergelak sinis. "manusia bodoh tu? Mana boleh lupa!" jawab wanita itu penuh benci.

Riak wajah jeff berubah. Benci betul mama dengan mereka. Jeff menyembunyikan senyuman sinis.

Baguslah kalau macam ni. Senang aku nak gertak manusia tu supaya beritahu mana diaorang sembunyikan jemima.

"jeff kenapa kamu tanya mama macam tu?" pn. Jesina pelik. Tiba tiba saja tanya tentang manusia tu. Ada apa apa ke ni?

"mereka ada dalam rumah ni.." beritahu jeff tenang. "HAH?! Mereka ada didalam rumah?! Kenapa kamu bawa mereka masuk dalam rumah ni?!" jerkah pn. Jesina. Suaranya makin meninggi.

Bulat matanya memandang wajah jeff. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Jeff memandang kosong. Sikit pun tidak terkesan dengan jerkahan wanita itu.

"manusia tu yang sembunyikan jemima" selamba badak jeff menuturkan pernyataan itu. Turun naik nafas Pn. Jesina mendengar.

"APA?! mana manusia tu biar aku ajar mereka! Kurang ajar!!" wanita itu melulu turun ke bawah. Jeff menggeleng memandang tingkah mamanya.

"ma ikut jeff ma" jeff mendahului Pn. Jesina menuju ke bilik bawah tanah. Pn. Jesina agak terkejut apabila mengetahui rumah agam ini mempunyai bilik rahsia.

"manusia tu ada dalam dua bilik berasingan ini." beritahu jeff menunjuk bilik penjara talia dan emi.
"mereka dalam ni?" Pn. Jesina menoleh jeff di sebelah.

Jeff mengangguk. Tiba tiba bahunya ditepuk dari belakang. Pantas jeff menoleh. Kelihatan leo sedang mengerut dahi memandang jeff. Apasal ni?

"mama pun ada di sini?" tanya leo pelik memandang wajah pn. Jesina. Pn. Jesina sekadar mengerling.

" kamu bawa manusia tu keluar menghadap mama sekarang!!" arah wanita itu. Jeff tidak melawan. Leo agak teragak agak.

"cepatlah leo!" gesa wanita itu lagi. Leo tiada pilihan.

Kedua dua gadis itu dibawa keluar dari bilik menghadap pn. Jesina di luar. "lepaslah!" emi dan talia meronta ronta.

Lengan mereka ditarik kuat oleh dua lelaki itu supaya keluar dari bilik. Wajah Pn. Jesina merah memandang mereka.

Kecut perut emi dan talia melihatnya. Jelas kemarahan sedang memuncak dalam diri wanita itu.

Leo dan jeff melepaskan tangan gadis gadis itu dan bergerak berdiri di bahagian tepi. Lebih selesa menjadi pemerhati. Malas nak masuk campur.

Pn. Jesina mendekati emi dan talia perlahan-lahan. "tak sangka kita jumpa lagi.." wanita itu tersenyum sinis.

Dia menarik wajah talia supaya memandangnya. PANGG!! wajah talia terasa sungguh perit. Emi terlopong melihat tindakan pn. Jesina.

"mana anak aku sial?!!!" wajah talia di tampar sekali lagi sebelum di tolak kasar.

Gila apa perempuan ni?! Emi membulatkan mata. Dia bangun untuk menolong adiknya. Namun laju  jeff mencapai tangannya.

Emi terhenti. Lepaslah bodoh! Gadis itu menarik kuat tangannya. Jeff langsung tidak terusik.

ZAPP!! rambut emi ditarik kuat. Pn jesina menarik gadis itu sehingga emi jatuh tersungkur.

Jeff dan leo diam memerhatikan tindakan mamanya. Perlu ke nak tolong?

"arhh!! Puan! sakit!" emi menjerit. Air matanya mengalir laju. Berkali kali pipinya ditampar oleh wanita itu. Pn. Jesina tersenyum puas.

"makcik!!" jerit Eddie yang baru muncul. Dia meluru ke arah pn. Jesina. Eddie menarik wanita itu menjauhi emi. "makcik nak bunuh dia kah?!" eddie mencerlung makciknya.

Pn. Jesina memandang bengang. "kau jangan menyibuk eddie!" tempelak wanita itu. Eddie menggeleng kepala. Dia cuba membantu emi namun gadis itu menjauhkan diri.

Pipi emi bengkak dan merah. Talia teresak esak memandang kakaknya. "mana jemima?!!" jerit Pn. Jesina. Matanya mencerlung emi.

Bahu emi terangkat kerana terkejut dengan jerkahan wanita itu. "sa.. Saya t..ta..tak tahu" emi tergagap. Kepala berpinar. Badannya mula mengigil kuat.

Bibir gadis itu luka. Emi mengesot ke belakang. Takut pn. Jesina bertindak gila lagi.

Pn. Jesina merengus. "kau masih degil ya? Bodoh! Manusia lemah seperti kau nak cabar aku?! Kau tunggu nasib kau nanti" wanita itu berlalu keluar.

Eddie kasihan melihat nasib emi dan talia. Lelaki itu menoleh memandang jeff dan leo geram.

"aku tahu kau berdua tak suka mereka tapi jangan kejam sangat" kata Eddie mengeleng kepala.

Jeff dan Leo diam memandang eddie. Kemudian Masing-masing berlalu keluar tanpa berkata apa apa.

Dasar ego! Eddie menjeling. Dia keluar menuju ke dapur untuk mengambil ubat.Talia membantu emi bangun dan masuk ke bilik sebelum pulang semula ke biliknya.

"nah" eddie menghulurkan ubat kepada talia yang berada di dalam biliknya. Talia termenung di atas katil. Langsung tidak kisah dengan kedatangan eddie.

Lelaki itu tersenyum hambar. Dia meletakkan ubat di atas meja dan keluar. Eddie masuk ke bilik emi pula.

Mana perempuan ni? Eddie memerhatikan sekeliling bilik. Sayup Sayup bunyi tangisan kedengaran di bilik air.

Owh. Eddie meletak ubat di atas katil dan keluar. Biarlah gadis itu tenang dulu. Apa yang harus dia lakukan sekarang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience