Bab 39

Vampire Series 17886

39..m

Hari yang dinanti nanti akan berkunjung juga. Majlis perkahwinan antara jemima dan mika akan berlangsung pada malam esok.

Jadi pagi pagi lagi gadis itu sudah bangun dan bersiap untuk menyambut kedatangan saudara mara belah pengantin lelaki.

Kata bonda, mika akan pulang pada pagi esok. Tapi mmm entahlah..

Saudara mara belah jemima sudah selamat tiba di istana malam tadi. Cumaa.. .

Mmm.. Cuma 'keluarga jemima' sahaja yang masih belum tiba. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dan kenapa mereka masih belum sampai.

Ada masalah ke?  Atau dorang tak dapat kad jemputan.. Tapi rasanya kad jemputan tu dah sampai dah kat rumah agam. Mm..
Gadis itu mengumam sendiri.

Macam riuh je kat luar. Eh! Saudara mika.. dah sampai! Jemima bingkas bangun dan bergegas keluar dari bilik menuju ke ruang utama.

Tempat itu sesak dengan kehadiran saudara mara kedua dua belah pihak.

"jemima" bahu gadis itu ditepuk perlahan.

Jemima menoleh. Terukir senyuman di wajah manisnya.

"emi! Ramainya orang kat sini"

"pergilah salam saudara mika.." emi menolak jemima ke depan. Tangannya mengisyaratkan supaya gadis itu terus berjalan.

Jemima menggaru kepala. Nak salam macam mana? Dah la ni pertama kali jumpa.. Huhu

"cik muda.. Ikut saya.." dayang istana itu membentangkan tangannya mempersilakan jemima supaya melangkah dahulu.

Jemima mengangguk.
Hampir semua orang di situ diperkenalkan kepada jemima. Penat dia hendak senyum. Sampai terkeluar senyuman palsu. Ops.

Nasib baik bonda mika yang meminta dayang itu supaya menemani jemima. Kalau tak.. Emm.

_____

Dari pagi hingga malam. Jemima sibuk mempersiapkan diri untuk malam esok. Malam perkahwinan antara dia dan mika. Habis disuruh dia membuat segala ritual untuk menyerikan diri sebelum berkahwin.

Naik pening gadis itu..

Tepat pukul 12.00 malam barulah dia dapat berehat di dalam bilik. Baru sahaja ingin melelapkan mata. Pintu bilik diketuk.

Sape lagi ni?! Aduhh! Jemima mendengus.

Pintu direntap kasar. "kenapa?!" kasar jemima bertanya. Dia menjeling susuk tubuh yang berdiri di hadapannya.

Mama!!

Jemima meluru dan memeluk kuat wanita itu.

"jemima sayangg.. Mama rindu kamu sangat sangat" pn. Jesina membalas pelukan anak gadisnya.

Sudah dua bulan lebih dia tidak bertemu dengan jemima. Air mata yang menitis pantas diseka. Wanita itu tersenyum memandang wajah jemima lama.

"kenapa ma?" jemima tergelak kecil sambil menahan esakan.

"tak sangka anak mama dah nak kawin. Maafkan mama sebab.."

"mama.. Dah la tu ya" jemima tersenyum. Dia tidak mahu mamanya berasa bersalah.

"mana papa? Abang leo? Abang jeff?"

"papa jumpa bonda mika sekejap... Abang kamu tu dah masuk tidur agaknya" beritahu wanita itu sambil memeluk bahu jemima.

"mama malam ni tidur dengan jemima ya" pinta gadis itu. Dia bersuara manja persis anak kecil.

Pn. Jesina tersenyum dan mengangguk. Dapat juga tidur dengan anak mama walaupun sekali sebelum anak mama jadi isteri orang.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik. Pasti banyak perkara yang ingin dibualkan sebelum tidur. Dah lama tak jumpa kan?
___

Keesokannya paginya.

Tuk tuk tuk tuk... Tuk tuk tuk tuk.. Tuk tuk tuk..

Hishhh.. Sape pulak yang ketuk pintu aku macam nak pecah ni? Rungut emi. Dia bangun dan meregang sedikit badannya sebelum menuju ke pintu.

Pintu dikuak perlahan ke dalam. Tersembul wajah talia di hadapan gadis itu.

"pagi pagi buta datang sini kenapa?" emi geram.

"kak emi..bagi talia masuk duluu" talia merempuh masuk sehingga emi terdorong ke belakang.

Pap! Pintu ditutup kuat.

"kenapa ni?"

"kak emi...dorang dah ada kat sini! Talia nampak dia tadi!!" bersungguh sungguh talia memberitahu emi.

Emi mengerutkan dahi.
"siapa?"

"ai.. Si leo dan jeff lah!" talia menepuk dahi.

Emi terkedu. Serentak itu, pintu bilik diketuk seseorang. Emi dan talia membulatkan mata memandang antara satu sama lain.
Siapa tu?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience