Bab 6

Vampire Series 17886

Talia terjaga dari pengsan. Dia mendapati dirinya berada di biliknya sendiri. "aduh pening kepala aku" talia memegang kepala yang terasa berpinar.

Aku mimpi ke tadi? Leo jadi vampire?? Talia menggeleng kepala. Mungkin sebab aku tidur petang kut.

Leo masuk ke dalam bilik talia dan memandang dia tanpa senyum. "eh encik Leo awak nak makan ke?" talia bangun dari katil dan menghampiri leo.

"talia.. Apa yang kau nampak tadi bukan mimpi"
Leo menjelaskan. "nam..nampak apa encik?" suara talia sudah bergetar.

"aku vampire" leo menambah. Talia menutup mulut. Jadi aku tak mimpi. Dia berundur ke belakang perlahan-lahan.

Dengan pantas Leo menolak talia ke katil. Dia mengunci pergerakan talia sehingga gadis itu tidak dapat bergerak. "dengar apa aku nak cakap"
Leo memandang tepat ke anak mata talia.

Talia hanya mampu berdiam dan menahan rasa takut. "mulai hari ini kau akan jadi hamba aku sebab kau dah lawan arahan aku. Aku suruh jangan naik tapi kau degil" Leo tersenyum sinis.

"kau tak boleh tinggal di rumah kau lagi. Ni ialah rumah kau sekarang talia" tambah Leo. Talia memandang tanpa bercakap sepatah.

Leo mendekatkan mulut ke telinga gadis itu. "kalau kau lari aku akan hisap darah kau keluarga kau sampai kering" ugutnya dan bangun dari katil. Bau darah sunti talia amat menggugat dirinya.

Namun leo sudah berjanji pada diri dia bahawa dia tidak akan menghisap darah manusia lagi.

Talia yang masih terbaring di atas katil tergamam. Apa dah jadi ni? Talia bangun dan termenung memikirkan nasibnya.

__________
"EMI!!!!!!" Jerit makcik Meslin. Emi yang sedang memasak Terkocoh - kocoh mendapatkan emaknya. "apa dia mak ni emi tengah masak la"
Emi mendengus.

"kau pergi rumah agam dan jumpa talia sekarang aku nak pakai duit" arah makcik Meslin. "mak talia baru kerja tak kan dah dapat gaji" bantah emi.

"kau nak ikut cakap aku atau tidak?!" makcik Meslin hilang sabar. Dia mencerlung ke arah anak gadisnya.

"yela..emi pergi tunggu kejap emi tengok lauk"
Emi mengalah.

Sementara itu.
Tuk tuk tuk...
Pintu di rumah agam berbunyi. Talia bangun dan keluar menuju ke pintu utama. Siapa yang datang pula ni? Talia membuka pintu.

Kelihatan seorang lelaki kacak dan bermata merah memandang talia dengan tajam. "kau siapa" kasar lelaki itu bertanya.

Talia pelik. Kenapa nak marah aku? "saya pembantu rumah di sini" jelas talia. Dari belakang Leo muncul dan memandang lelaki misteri itu lama.

"masuk" arah Leo ke dalam rumah. Lelaki itu masuk dan sempat menjeling talia. Emm manis. Lelaki itu tersenyum sinis.

"talia kenalkan ini adik lelaki aku Jeff" terang leo dan masih menatap jeff lama. "jeff ni pembantu aku dan kau jangan sentuh dia" perlahan Leo memberi amaran yang hanya dapat difahami jeff.

Talia memandang pelik. Sekejap.. Kalau tu adik leo maksudnya adik dia pun vampire la kan. Talia takut. Leo yang dapat membaca fikiran talia terdiam. "kalau adik aku kacau kau beritahu aku" leo bersuara.

Talia mengangguk perlahan. Jeff hanya memandang kosong wajah talia. Abang aku ni ada taste dengan manusia juga. Nasib muka cantik badan lawa. Sempat jeff berfikir sebelum naik ke tingkat atas.

Kini tinggal talia di bawah seorang diri. Seramnya. Talia memeluk tubuh.
_______
Emi membuka pagar besi rumah agam dan masuk. Dia mengetuk pintu. "helo talia ni aku emi" panggil emi. Mana lah budak ni. Rumah dah la gelap.

Prakk. Pintu terbuka. Jeff memandang wajah emi. Emm menarik. "kau siapa?" tanya jeff. "aku cari talia boleh tolong panggil dia" pinta emi.

Hensem nya lelaki ni.. Ni ke majikan talia? Emi menyoal dalam hati. Jeff yang mendengar hanya tersenyum. "aku bukan majikan talia..masuk" jawab jeff dan berlalu.

Emi terkejut. Macam mana dia tahu apa yang aku fikir? Emi melangkah masuk. Wah besarnya rumah agam ni. Emi kagum dan teruja.

Talia pergi ke ruang tamu dan tersenyum melihat kakak tiri nya. "hai kak Emi. Kak datang nak lawat saya ke?" talia senyum gembira.

"tak ada makna aku nak lawat kau.. Mak minta duit talia aku dah pening nak jawab apa bukan dia tak tahu kau baru kerja tapi dia suruh juga aku datang minta duit" Emi mengadu panjang.

Talia terdiam. Mana aku ada duit. Aku baru kerja hari pertama ni. "kak saya belum terima gaji lagi" talia bersuara perlahan.

"itu aku tahu tapi aku kena juga ambil duit dari kau apakata kau pergi minta duit pada majikan kau" cadang emi.

Talia menggeleng kepala. "majikan saya marah nanti kakak" talia meminta simpati. Janganlah suruh aku minta pada Leo. Seram.

Jeff yang duduk di tingkat atas mendengar sebutir sebutir apa yang di bincangkan. Emi kau suka buli orang rupanya.

Leo baru keluar dari bilik memandang pelik jeff di balkoni tangga. "jeff kau buat apa?" tanya leo.
Jeff melihat abangnya. "leo kau tahu tak perempuan simpanan kau kena buli kat bawah"
Kata jeff.

Talia? Kena buli? Leo turun untuk melihat apa yang berlaku. "talia kenapa ni?" tanya leo memandang talia dan emi.

"tak ada apa-apa encik" talia pantas menggeleng.
Emi memandang talia. Mengisyaratkan gadis itu berterus terang. Talia mengetap bibir.

Kakak jangan paksa aku. Talia berkata dalam hati. Hish talia kalau kau tak minta duit aku yang susah kat rumah tahu. Emi berkata di dalam hatinya pula.

Leo memandang tanpa riak. "nak duit ke?" tanya leo kepada emi. Pantas emi mengangguk manakala talia menggeleng. Emi menyiku talia di sebelahnya.

Leo mengeluarkan duit di poketnya dan menghulurkan 50 dollar kepada emi. Besar mata emi memandang wang itu. "terima kasih encik" emi tersenyum dan keluar dari rumah.

Leo memandang talia. Talia sudah menundukkan kepala. "talia kau dah banyak hutang dengan aku sayang" bisik leo di telinga talia.

Hutang lagi?! Hutang mendiang ayah pun aku belum lunaskan. Talia memandang leo. "saya akan usaha untuk bayar balik pada encik leo"
Ujar talia.

Leo yang mendengar suara hati talia terdiam. Banyak rupanya hutang gadis ni. Leo memandang dengan tiada perasaan. "pergi sambung kerja kau" perintah leo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience