Bab 33

Vampire Series 17886

"JEFF LEO!" nyaring suara Pn. Jesina memanggil anaknya dari ruang tamu. Wanita itu tersenyum memandang dua gadis di depannya yang baru sahaja tiba di rumah agam tengah hari tadi.

"ye ma kenapa?" ujar jeff. Lelaki itu turun ke bawah serentak dengan leo. Berkerut dahi jeff dan leo melihat dua gadis yang bersama mamanya.

Pn. Jesina tersenyum melihat reaksi anaknya. "kenalkan elica dan gina. Kamu berdua ingat mereka?" tanya wanita itu.

Jeff dan leo memandang dua gadis itu atas dan bawah. "siapa ma?" malas jeff bertanya. Entah siapa siapa yang mama bawa.

Leo malas hendak menjawab. Dibiar sahaja soalan mamanya berlalu sepi.

Pn. Jesina memandang geram kedua anaknya. "ini dulu kawan kamu masa kecil tak kan tak ingat?" aju wanita itu lagi. Berharap benar anaknya ingat.

Muka kedua gadis di yang berdiri di tepi Pn. Jesina sudah muncung. Jeff dan leo cuba mengingati zaman kecil mereka.

Masa bila? Leo menolak rambutnya ke belakang. Elica yang melihat menelan air liur. Lama betul aku tak jumpa leo. Makin kacak. Gumam gadis itu sambil tersenyum.

Gina menjeling elica di sebelahnya. Ni mesti fikirkan leo ni. Gadis itu mencebik. Dia memandang jeff lama.

Apahal perempuan ni tengok aku macam tu?
"mama dah la jeff nak keluar" ujar jeff berlalu ke pintu. Riak wajah gina terus berubah. Apa?! Aku baru sampai kot takkan kau nak keluar dah!

Leo mengangkat bahu dan bergerak naik ke atas.
Pn. Jesina menahan geram. "leo! Jeff! Duduk sini sekarang!" arah wanita itu tegas sambil menunjuk sofa di sebelah.

Jeff mendengus. Aku tengah lapar sekarang ni. Kang aku hisap darah dua perempuan ni karang! Jeff berjalan ke sofa dan duduk.

Leo tidak jadi hendak naik. Mukanya tidak beriak. Tidak gembira dan tidak marah. Hanya riak serius yang ditunjuk. Gerun juga dua gadis vampire itu melihatnya.

Leo duduk di sebelah jeff. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia berambus ketika itu. Mamanya suka memaksa dia melakukan sesuatu yang dia  tidak suka.

Pn. Jesina tersenyum semula memandang tetamunya. Leo dan jeff ni suka buat mama malu lah! Rungut wanita itu dalam hati.

"mulai dari hari ini elica dan gina akan duduk sini dengan kita semua" terang pn. Jesina sambil tersenyum.

Jeff terus mengangkat muka memandang mamanya. Leo mengerut dahi.

"mama tak cukup ke kalau keluarga kita je duduk sini? Lagipun Eddie dah ada kan" ujar leo tenang. Lelaki itu cuba mengawal perasaannya.

Bukan apa. Dia bimbang sekiranya dua gadis vampire ini tahu tentang keberadaan dua orang manusia di dalam rumah agam itu.

"ala..biarlah lagipun kamu boleh berkenalan semula dengan mereka berdua ni" balas Pn. Jesina. Dia tersenyum sambil mengangguk ke arah gina dan elica.

Kedua dua gadis itu senyum dan tidak membantah. Nak bantah apa kalau mereka pun sudi nak tinggal di situ. Apatah lagi ada leo dan jeff.

Jeff merenung tajam wajah kedua gadis vampire itu. Dia dah malas nak membantah kata Pn. Jesina. Lantaklah mama nak buat apa!

"suka hati mama lah jeff malas nak masuk campur" jeff bangun dan mengerling mamanya. "jeff nak keluar ni" ujar lelaki itu dan berlalu keluar.

"leo..kamu ok kan?" tanya Pn. Jesina. Dia memusingkan badan memandang anak sulungnya. Leo memandang lama wajah Pn. Jesina.

"tak kisah la mama" balas leo. Kasihan juga tengok mama. Lagipun Jeff tu memang jenis keras hati. "leo naik dulu" beritahu leo dan bergerak naik ke tingkat atas.

Pn. Jesina tidak menghalang. Dia tersenyum.
"baiklah kamu berdua duduk di bilik atas ya" kata wanita itu seraya memandang ke arah tetamunya.

******
"aduh laparnya" emi memegang perutnya yang sebal. Mana makanan ni? Dah tengah hari kot aku tunggu. Rungut gadis itu.

Emi baring sambil memejam mata. Semoga lapar ni hilang bila aku bangun nanti. Doa emi dalam hati. Selang beberapa minit emi menutup mata.

Kedengaran bunyi pintu besinya dibuka dari luar. Kelihatan susuk tubuh jeff masuk ke dalam sambil menatang dulang makanan.

Terus terduduk emi dibuatnya. Lelaki itu menghampiri katil. "woi nah makanan" jeff hulurkan dulang kepada emi.

Bersinar mata emi. Gadis itu menyambut tergesa gesa kerana kelaparan. Roti sandwich? Tengah hari makan roti. Bolehlah! Emi makan dengan gelojoh. Lapar benar.

Menggeleng jeff melihatnya. Dia menilik wajah emi di hadapannya. "kau ni degil kan? Aku dah suruh letak ubat kat muka kau kan?!" Jeff bersuara bengang.

Emi buat tak peduli. Yang penting makanan! Lagipun apasal lelaki ni nak kisah? Dia yang buat gadis itu jadi seperti itu.

Jeff memejam mata seketika. Sakit hati juga mendengar suara hati perempuan ni. Jeff bangun dan mengambil ubat di atas meja.

Pelahap! Riak wajah jeff serius. Dia menunggu gadis itu habis makan sambil memerhatikan kawasan bilik emi.

"jeff.." emi meraba raba di sekelilingnya mencari tubuh jeff. Cahaya lampu dari luar tidak cukup untuk menerangi kawasan biliknya.

Sejuknya! Emi terpegang sesuatu di depannya.
Eh jap! Apa benda ni? "jeff kau kat mana?" panggil gadis itu lagi.

Jeff diam menahan rasa geram. Eyy! Lelaki itu hanya membiarkan saja emi memegang mukanya. "auch!" jeff menepuk tangan emi yang sesuka hati menarik pipinya kuat.

"maaf maaf" emi mencantumkan kedua tangannya dan tunduk beberapa kali. Muka jeff rupanya. Ehe!

"kau duduk diam diam aku nak letak ubat kat muka kau ni" arah jeff. Dia mendekatkan jaraknya dengan emi.

"taknak!" gadis itu menutup wajahnya. Jeff membulatkan mata. "jangan main main lah emi" ujar lelaki itu sambil menarik tangan emi dari menutup muka.

Emi mengeleng. Dia sengaja buat begitu. Biar padan muka jeff.

Jeff merengus. Susah betul lah perempuan ni.
Lelaki itu berhenti menarik tangan emi. "tepi lah tangan tu!" jeff bersuara kasar.

Emi tetap menggeleng. Nak marah apahal? Gadis itu menurunkan tangan dan merenung jeff tajam.
"kenapa kau ambil berat pasal aku? Setahu aku kau memang suka tengok aku terseksa kan?! Ataupun.. Kau dah jatuh cinta dengan aku?" sinis emi berkata.

Jeff terdiam. Bertambah rasa sakit hatinya mendengar sindiran emi. Dia bangun sambil mengeluh kasar. Dia tidak mahu bergaduh dengan emi.

Niatnya untuk memberitahu tentang kedatangan elica dan gina dibatalkan begitu sahaja. Jeff memandang gadis itu seketika sebelum berlalu keluar tanpa menjawab sepatah pun.

Emi memandang tidak percaya. kau keluar macam tu je?! Lelaki tu merajuk dengan aku ke?
Emi mengetap bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience