Bab 36

Vampire Series 17886

36.

"jemima..Jom kita pergi makan tengah hari?" ajak emi ceria.
Jemima mengangkat kedua keningnya. Makan?

"makan apa?"

"talia ada masak nasi dan ikan goreng tadi" emi menarik tangan gadis itu supaya mengikut langkahnya.

Istana ni ada dapur ke? Bukan ke ni istana vampire? Jemima berfikir sejenak.

"sebenarnya tadi aku dan talia ada minta izin bonda nak masak..maklumlah kami kan manusia"
Emi memperlahankan suaranya ketika menyebut perkataan 'manusia'.

Jemima mengerut dahi. Macam tahu tahu je.

***
"talia" panggil emi sambil mendekati adiknya.
Talia sedang khusyuk menghias kek span oren dengan sprinkle. Sebagai dessert katanya.

"tada! Dah siap" talia menepuk nepuk tangannya kuat. Kembang kuncup hidupnya melihat hasil air tangannya.

Emi menunjukkan muka menyampah. "dahlatu meluat aku tengok. Bak sini" gadis itu mengangkat kek dari atas meja dapur dan membawanya ke meja makan utama.

"yang lain mana? Bonda? Mika?" laju soalan meluncur dari mulut talia. Yelah penat penat dia masak. Takkan emi dan jemima je.

"sekejap lagi datang lah tu. Yang penting sekarang aku nak makan" emi menelan air liur melihat makanan di atas meja.

Pantas tangan gadis itu mencedok nasi dan lauk.
Laju emi menyumbat nasi ke mulutnya. Talia dan Jemima menggeleng.

Pelahap betul! Kutuk talia. "kak jemima makanlah" pelawa talia.

Jemima tersenyum nipis. Dia menelan air liur. Tak pernah sekalipun seumur hidupnya dia makan makanan manusia. Selama dia tinggal di istana itu, setiap hari dia dapat minum darah sepuasnya.

Bonda mika kata itu semua darah haiwan. Banyak bekalan darah haiwan didalam istana.

Perlahan jemima mencedok nasi dan menyuap ke mulutnya. Emm, boleh tahan. Jemima mengangguk kecil.

"makan apa tu emi talia jemima?" bonda menghampiri tiga gadis itu. Wanita itu tersenyum manis.

"boleh bonda duduk sekali?" tanya wanita itu sopan.

"ehh duduk lah bonda, bonda nak makan?" pantas jemima bangun dan mencedok nasi ke dalam pinggan baru.

"boleh juga.."

"nah" jemima meletakkan pinggan makanan di hadapan wanita itu.

Perlahan-lahan bonda mika menyuap nasi ke mulutnya. Emmm, sedap. "pandai talia masak" puji wanita itu ikhlas.

Tersipu sipu talia yang duduk di depan emi. Emi buat tak endah. Yang penting makan!

____

Petang itu talia dan emi keluar berjalan jalan di sekitar istana. Botol semburan yang diberi oleh eddie sentiasa dibawa. Takut bau manusia mereka muncul semula.

"kak emi.. Talia tanya sikit boleh?" ujar gadis itu.

"selalunya kau tanya je terus ni asal nak mintak izin bagai ni?" emi memandang curiga. Mesti ada apa apa ni.

Talia tergelak kecil. "saje je.." gadis itu menundukkan wajah.

"kau kenapa ni talia? Sedih je aku tengok?"

"erm.. Leo dan jeff ada jumpa kakak tak sebelum kita datang sini?" perlahan sahaja suara talia bertanya.

Emi terus terdiam. Dia memandang wajah talia yang sedang merenung dirinya. Menanti jawapan.

"talia.." emi tidak tahu hendak jawab macam mana. Argh! Kesian tengok muka talia.

"kak emi beritahulah cepat.."

"talia.. Mungkin mereka sudah lupakan kita.. Aku tahu kau suka leo. Tapi dia tak tolong kita. Eddie yang selama ni beria ria tolong kita talia." emi menahan rasa sakit menuturkan ayat itu. Dia cuba menunjukkan riak selamba.

"kak emi tak suka encik jeff?" talia memperlahankan suara . Ada getaran di suaranya.

"talia boleh tak kita berhenti cakap pasal dorang lagi. Aku dah penat!" keras nada suara emi. Dia tidak mahu kalah dengan perasaannya sendiri.

"EMI!!" kuat jemima menjerit dari arah belakang memanggil gadis itu.

Serentak emi dan talia menoleh. "kenapa jemima?" tanya emi sebaik sahaja jemima menghampirinya.

"aku nak tanya sesuatu pada korang boleh tak?"
Pinta jemima lagi.

"tanya je lah kau ni macam tak biasa pula.."
Emi tergelak kecil.

Talia tersenyum nipis. Gadis itu berjaya menyembunyikan riak sedihnya.

"macam mana keadaan kat rumah agam? Mama aku sihat tak? Papa macam mana? Leo dan jeff ada cari aku tak?" bertubi tubi soalan keluar.

Emi menepuk dahi. "banyaknya soalan."

"cepatlah jawab" gesa jemima sambil menggoncang perlahan tangan emi.

"ye ye.. Rumah kau okay je.. Mama kau pula.. Sihat je.. Papa kau aku tak pernah jumpa jadi aku tak tahu kan talia?" jawab emi sambil memandang talia.

Talia mengangguk. "kami tak pernah jumpa pun papa kak jemima." sokong talia.

"abang abang aku macam mana?"

Emi memaksa dirinya untuk senyum. "abang kau okay je jemima. Sihat lagi." ujar emi.

Jemima tersenyum lebar. "oklah kalau macam tu" gadis itu mengatur langkah meninggalkan mereka berdua.

"eh jap tapi sebelum tu kan.." jemima berpusing.

"kenapa masa kau berdua datang sini.. Badan korang banyak luka dan lebam?"

Emi dan talia tersentak. Masing-masing memandang satu sama lain.

"asal ni?" jemima mendekat kembali.

"ehh kak jemima.. Talia dan kak emi err.." talia hilang kata-kata.

"baik korang bagitahu!" jemima mengangkat telunjuknya ke arah mereka berdua. Tajam dia merenung dua beradik tiri di hadapannya.

Talia memandang emi meminta gadis itu membantunya. Tak kan nak bagitahu perkara sebenar! Mesti jemima sedih nanti. Aduh!

Emi memerhatikan Jemima yang masih beriak sama. Nampak sangat gadis itu tidak boleh membaca isi hati mereka seperti abang abangnya. Kenapa? Mungkin masih belum cukup umur? Kot?

Emi mendekati jemima dan menepuk perlahan bahu gadis itu sambil tersenyum tipis. Aduh, aku nak kelentong apa sekarang ni?

"cepatlah bagitahu!"

Emi mengangguk laju. "ya ya sebenarnya badan kitaorang luka sebab err sebab err" tangan emi tidak duduk diam. Sekejap memegang dahi sekejap menggaru leher. Aduh pening!

"sebab apa?!" bentak jemima. Apasal tergagap pulak budak berdua ni?!

"sebab kena pukul" sahut seseorang dari belakang.

Serentak tiga gadis itu menoleh ke belakang. Emi dan talia membulatkan mata sambil mengeleng laju. Eddie!

Kena pukul? Jemima memandang Eddie yang semakin menghampiri mereka.

Ketiga tiga mereka memandang lelaki itu. Jemima menanti jawapan. Manakala emi dan talia sudah tidak boleh diam.

Kau! Emi berkata tanpa mengeluarkan suara sambil menunjuk telunjuk ke arah lelaki itu.

Eddie tergelak. Comel dia tengok emi dan talia.

"kenapa kau gelak eddie?" jemima masam memeluk tubuh.

"sebenarnya macam ni.." eddie mula bersuara.

Jemima khusyuk memandang lelaki itu. Emi dan talia pula terdiam. Eddie tolonglah jangan cerita!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience