Bab 10

Vampire Series 17886

Talia terbangun dari tidur dan melihat sekeliling. Eh ni bukan bilik aku, ni bilik leo! Gadia itu bingkas bangun. Leo sudah tiada di atas katil.

Talia turun ke bawah dan masuk kebilik. Dia melihat jeff mencempung tubuh emi masuk ke bilik. Kenapa kak emi tu?!

Talia berlari ke bilik emi. Jeff menoleh. "kakak kau tidur kat luar tadi tu aku bawa masuk" terang jeff dan terus keluar.

Talia menuju ke emi dan mencium dahi emi. "tidur indah ya" talia menutuo lampu dan keluar pergi ke biliknya untuk tidur.
_________

Esok pagi. Emi bangun dan terkejut kerana dia berada di dalam bilik. "masa bila aku kat rumah? Kejap apa yang jadi kat aku mimpi atau realiti?"
Bertubi tubi soalan keluar dari mulut emi.

Tuk tuk..
Emi bangun dan membuka pintu. "kakak jom buat sarapan" talia tersenyum di depan pintu. Emi mengangguk. "jap aku mandi dulu".

Mereka berdua sibuk menyiapkan sarapan.
Mereka membuat roti bakar berjem dan telur hancur.

"sarapan dah siap!" talia menjerit dari kaki tangga.
Tak lama kemudian Leo dan Jeff turun ke meja makan. Emi memandang bingung jeff yang duduk di depannya.

Jeff buat tak tahu dan tidak memandang langsung emi. "talia aku tak nak kau bersanggul lagi dalam rumah ni" ujar Leo serius.

Talia terkebil kebil pandang leo. Ikat sanggul pun tak boleh ke? Talia pelik. "kau ikat rambut macam emi" arah lelaki itu lagi.

Talia memandang emi di sebelah. Emi mengikat rambut panjangnya dalam bentuk ponytail.
Emi sekadar mengangkat bahu.

Usai sarapan. Emi dan talia mengemas seluruh kawasan rumah dan masak makanan tengah hari. "talia aku rasa harini nak jenguk emak lah"
Kata emi memandang talia.

Talia berfikir. Mmm "mak marah lagi ke kak emi?" tanya talia. Emi mengangkat bahu. "kalau kakak nak pergi.. Pergilah" sokong talia lagi.

Waktu makan tengah hari emi keluar dari rumah selepas mendapat keizinan dari leo.Sampai di rumah emak nya. Emi mengetuk pintu.

"mak..mak emi datang ni" panggil emi. Mana emak ni? Emi duduk di kerusi buaian yang ada di luar. Dia meletakkan bekas makanan di atas meja.

Tiba - tiba semak ditepi rumah bergoyang kencang. Muka emi pucat kerana terkejut dan takut. Dia menutup muka.

Jeff keluar pergi ke emi dan duduk di sebelah gadis itu. Lelaki itu menggerak buaian perlahan.
Emi membuka mata perlahan. " encik jeff!!" emi marah.

"terkejut saya" rungutnya lagi. Sekejap..jeff ni vampire atau tak? Emi menoleh melihat jeff di sebelah.

Jeff mendengar dan memandang sinis. "apa yang kau lalui semalam benar jadi bukan mimpi kau perempuan" jeff bangun. Emi memandang jeff tidak percaya.

Maksudnya ciuman itu betul-betul terjadi.
Jeff gelak sinis. "kau tak percaya ke?" lelaki itu pantas tunduk dan mencium bibir emi sebelum menghilang.

Emi terperanjat. Hutan? Pembunuhan? Vampire? Darah? Cium? Semuanya betul betul berlaku! Emi sukar untuk mempercayainya.
_______
Sementara itu di rumah agam.

"talia cepat kemas semua tu" arah leo. Talia segera buat apa yang di arah. "tu sapulah.. Ni tak lap lagi ke?" komen leo sambil melihat persekitaran rumah.

Talia menahan geram. Aku dah lap 3 kali dah ni.
Leo memandang sinis. "kalau kau rasa apa yang jadi kat bilik aku haritu sebab aku suka kau memang kau silaplah" leo menjeling.

Talia diam mendengar. "kau hanya hamba aku talia.. Tak lebih dari seorang hamba pun kedudukan kau" tambah leo. Talia mengetap bibir menahan sakit hati.

"kalau kau nak tahu.. Darah kau sangat manis talia dan aku tak sabar" ujar leo lalu beredar.
Talia tergaman. A.. Apa yang mak..maksud en..encik leo?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience