Bab 2

Vampire Series 17886

Talia duduk di tepi jalan sehingga waktu malam sambil memegang perutnya yang lapar. "aduh laparnya.. Sabar sikit perut kita pergi minta kerja dulu ok" talia menepuk nepuk perutnya.

Dia bangun dan berjalan menuju ke rumah agam. Pesanan makcik sewaktu dia di kedai terngiang ngiang di telinga. Talia terpaksa memberanikan diri. Kalau tidak terpaksa dia duduk di luar rumah.

"seramnya tempat ni waktu malam" talia memeluk tubuh. Rambutnya yang panjang itu diikat dan dikemaskan.

Talia membuka perlahan pagar besar di rumah agam dan masuk. Tuk tuk tuk dia mengetuk pintu kayu utama. Prakkk... Pintu itu ternganga sendiri.
Talia terkejut dan berundur sedikit. Gelap nya rumah agam ni.

"siapa yang buka pintu ni?" talia melihat ke dalam dan melangkah masuk. "helo ada orang di rumah.. Saya talia" talia bersuara kuat. Bergema ruang tamu gelap yang luas itu.

Mana orang ni? BOOM! Talia terkejut dan menyorok di belakang sofa besar. Dia mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat. Ouhh.. Pintu tertutup rupanya. Talia mengurut dada dan keluar dari tempat persembunyian.

"kau siapa?" suara lelaki menegur. Talia hanya dapat melihat baju lelaki itu sahaja kerana cahaya di dalam rumah hanya bersumberkan lilin sahaja.
"err.. Saya talia.. Saya dengar encik nak cari pekerja rumah?" talia menahan gementar.

Lelaki itu diam. Dia menghampiri talia dan tersenyum sinis. "ada syarat yang harus kau ikut" tambah lelaki itu. Talia cuba untuk melihat wajah lelaki di hadapannya namun tidak berjaya.

"saya tak kisah encik..asalkan saya dapat kerja" kata talia dengan yakin. "kau kena duduk dalam rumah ni. Sanggup?" ujar lelaki misteri itu. Talia mengerut dahi.

Duduk dalam rumah ni.. Sanggup ke dia. "aku nak kau bagi jawapan sekarang". Talia gelisah..nak ke tak nak???. "okay kau boleh keluar sekarang" halau lelaki itu. "kejap encik saya setuju.. Saya setuju" jawab talia dengan laju.

"bagus.. Esok malam datang rumah ni.. Sekarang kau boleh balik" arah lelaki itu dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Malam lagi? Talia menahan debar di dada. Takpelah janji aku dapat kerja. Talia keluar dari rumah agam itu dan pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience