Bab 17

Vampire Series 17886

Esok pagi.

Tuk tuk..
Emi bangun dan buka pintu. Makcik Tina di depan pintu tersenyum.

"emi maaf makcik ganggu ni makcik hendak pergi pasar dulu ya" beritahu wanita itu. Emi menggosok mata. Dia mengangguk.

"pergilah sambung tidur" kata makcik tina dan berlalu keluar. Emi menutup pintu. Dia melihat talia di sebelahnya masih tidur nyenyak.

"awalnya makcik pergi pasar" bisik emi. Gadis itu baring di tepi talia dan sambung tidur.

_________

"mana si emi ni? Sudah 2 hari tak datang jenguk aku" rungut makcik Meslin. Dia duduk di buaian luar rumah.

"aih tak boleh jadi ni aku nak pakai duit.. Ish budak tak kenang budi dah kerja tak ingat aku langsung!" Wanita itu mendengus geram.

Makcik meslin bangun. "baik aku pergi jumpa engkau emi..mesti pengaruh sial yang talia bawa tu hinggap dekat engkau siap kau nanti" makinya.
____

Makcik Meslin termengah mengah setelah sampai di depan pagar rumah agam. Dengan tidak sabar dia terus buka pagar dan masuk.

"emi! Emi! Talia!" dari jauh makcik Meslin menjerit. "woi budak tak kenang budi! Kau buka pintu buruk ni sekarang" jerkah wanita itu.

Rumah apa ni? Gelap gelita macam rumah hantu sahaja. Makcik Meslin memerhatikan sekitar rumah agam.

Prak... Pintu terbuka sedikit. Jemima merenung tajam Wanita itu. Makcik Meslin terdiam. Seram sejuk tubuhnya.

"cari siapa?" tanya talia. Matanya tidak lekang memandang makcik Meslin. Siapa perempuan ni macam orang gila menjerit?

"aku cari emi dan talia! Panggil mereka sekarang" arah makcik Meslin sombong. Dia memeluk tubuh dan menjeling gadis di depan.

Perempuan gila! Jemima memandang geram. "mana ada nama talia dan emi disini!" PAP! jemima terus menghempaskan pintu.

Makcik Meslin membulatkan mata. Dia mengetap gigi menahan marah. "woi budak kurang ajar! Berani kau ya!" wanita tua itu meluru ke pintu dan menghentak sekuat hatinya.

Jemima duduk di ruang tamu. Dia buat tidak tahu. Pn. Jesina dan en. Jerry turun ke bawah.
"hey jemima bunyi apa tu?" tanya Pn. Jesina menunjuk pintu yang bergegar.

Jemima mengangkat bahu. "tak payah layan mama" gadis itu bangun dan naik ke aras dua.

En. Jerry membuka pintu. Makcik meslin terus berhenti menghentak . Buka pun tahu kau takut dengan aku! Makcik Meslin memandang sinis.

"awak mahu apa?" en. Jerry bertanya. Pelik dia dengan gelagat wanita di hadapannya.

Makcik Meslin mendengus. "aku cari anak aku emi dan talia kau panggil mereka keluar" arah wanita itu lagi.

En. Jerry mengerut dahi. Emi? Talia? "tiada siapa seperti yang kamu sebutkan tinggal disini" terang lelaki itu.

"eh! Mereka kerja disini lah! Jadi pembantu rumah ini!" makcik meslin bengang. Nafasnya sudah turun naik.

Pn. Jesina di sebelah memandang suaminya. Manusia kurang ajar! Aku bunuh kau baru tahu!  Pn. Jesina merenung tajam wajah makcik Meslin.

"sekejap" en. Jerry memegang tangan pn. jesina. Dia tahu apa bermain di fikiran isterinya. "leo! Jeff!" en. Jerri memanggil anaknya.

"ya papa" sahut dua lelaki itu di atas. Leo dan jeff turun dan berdiri di tepi en. Jerry. Manusia ni?! Jeff dan leo berpandangan. Habislah!

"siapa manusia yang perempuan ini maksudkan?" tenang en. Jerry bertanya. Jeff dan leo diam. "mana anak aku? Aku nak duit ni!!" sampuk makcik Meslin.

Jeff mengetap bibir. Sial perempuan ni! Dia memandang abangnya. "mama papa biar leo dan jeff selesaikan" ujar leo.

Pn jesina dan en. Jerry diam. Mereka masuk dan terus menghilang diri. Leo menjeling manusia di hadapannya.

"kau nak duit?" sinis leo tanya. Makcik Meslin mengangguk laju. "50 syiling emas dan satu syarat" ujar leo tersenyum sinis.

"syarat apa?" ujar wanita itu tidak sabar. "kau tidak boleh jumpa anak kau lagi" kata leo tegas. Makcik Meslin terkejut.

Wanita itu terdiam. Emi? "kau nak ke tak nak?" keras leo bertanya. "sudah kau boleh berambus dari sini" leo berpura pura menutup pintu.

Wanita itu membulatkan mata. "a..aku setuju" jawab makcik Meslin. Leo mengangkat kening. Lelaki itu masuk dan naik ke bilik.

Tidak lama kemudian leo keluar semula dengan membawa sekantung uncang. "ini wang engkau  ingat apa yang aku kata" kata leo sebelum menghulurkan uncang.

Makcik Meslin terus merampas dan tersenyum lebar. Dia memeluk erat uncang yang berisi emas. Jeff memandang tajam makcik Meslin.

Kalau aku hisap darah dia mesti berbaloi. Leo menyiku jeff ditepi. Jeff! Kau jangan macam macam! Leo memberi amaran.

Jeff buat tidak kisah. Dia terbayang darah yang mengalir di tubuh wanita di hadapannya. Jeff! Itu emak emi! Leo memandang jeff.

Jeff tersedar. Emak emi? Haish apa yang aku buat ni. Jeff meraup muka. Leo menggeleng kepala.

" hei kalau kau lupa perjanjian ni kau akan tahu nasib kau!" kata jeff tegas. Makcik Meslin memandang wajah lelaki itu.

Jeff mencerlung wanita itu. Mata birunya bertukar menjadi putih. Makcik meslin terperanjat dan berundur beberapa langkah.

A... Apa.. Apa itu? Makcik meslin menggosok matanya dan melihat semula wajah jeff. Aik?! Mata dia? Warna biru! Tadi tu?

Wanita itu menggeleng kepala dan terus berlari keluar tanpa mengucap terima kasih. Jeff memandang sinis. Perempuan bodoh!

Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Selesai satu masalah. Sekarang mama dan papa!

Baru hendak melangkah naik. "jeff leo!" panggil en. Jerry dan pn. Jesina serentak. Alamak! Leo terkebil kebil. Jeff pula menelan air liur. Erk?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience