Pagi itu seperti rutin biasa setiap pagi, nurse dan doktor akan ambil data kesihatan pia yang sudah hampir dua tahun terbaring koma di katil hospital tersebut.
Perkembangan pia bertambah baik sejak dua tahun lepas. Tapi dia masih belum sedarkan diri lagi. Ianya adalah permintaan razaleigh untuk meneruskan segala rawatan kepada pia.
Setelah mencatat sesuatu, doktor meninggalkan bilik tersebut. Dua orang nurse memakai apron plastik dan sarung tangan getah pula masuk untuk membersihkan diri pia.
"eh kau dengar tak gosip?"Nurse pertama mengelap tangan dan muka pia.
"gosip tentang doktor akmal dan syarifah ke? Ala...biar la diorang nak bercinta macam tak biasa pula nurse kahwin dengan doktor kan" nurse kedua membersihkan bahagian kaki pia.
"memanglah tapi penat aku usha Akmal..alih alih orang lain yang dapat"
Tangan pia bergerak dan memegang lembut tangan nurse pertama. Kedua dua nurse tersebut memandang pia. Mereka memerhati keadaan pia. Mata pia terbuka perlahan. Kerana terangnya cahaya dia menutup kembali matanya. Berkerut kening pia menahan kepedihan apabila matanya terkena cahaya.
Entah berapa lama dia tertidur dia tidak pasti. Tidur atau berjaga kedua duanya terasa sama. Gelap! Khayal atau realiti dia sendiri susah hendak membezakannya. Mulutnya bergerak menuturkan perkataan buat pertama kali sejak hampir dua tahun berdiam diri. "Raz..Raz…"
"panggil doktor cepat! Aku tunggu sini" nurse kedua keluar tergesa gesa memangil doktor.
"puan...puan dah sedar?puan dengar suara saya?" nurse pertama mempercepatkan gerakannya memakaikan baju pesakit yang baru saja terjaga dari koma.
Pia mengangguk lemah. Ya badannya terasa lemah dan pegal diserata bahagian tubuhnya.
Dua orang doktor pakar dan tiga orang nurse masuk ke dalam bilik wad tersebut.
Doktor dengan tag nama Dr ikhwan memeriksa denyutan nadi pia. Seorang doktor lagi menanyakan pia soalan untuk melihat respons pia.
"puan..puan boleh buka mata?"
Pia cuba membuka matanya semula. Kali ini matanya tidak lagi sakit. Doktor tersebut melambai kepada pia.
"Tahniah puan dah sedar. Puan boleh nampak saya yang sedang melambai puan ini?"
Pia menoleh ke arah kiri dan terlihat seorang doktor lelaki berbangsa india sedang melambaikan tangannya. Di baju terdapat tag nama 'Dr Anand'
"Nampak.." lemah suara pia.
"puan ingat nama puan?" tanya doktor ikhwan.
"maria sofea" pia menjawabnya dengan lancar.
"Nurse, bagitau waris. Dan...cuba beri minuman dan makanan kepada pesakit ya. Monitor tindak balas" Doktor Anand mengarahkan nurse.
"baik puan, tahniah puan! Puan berehat sebentar ya" doktor anand memberikan senyuman lalu beredar keluar.
"Puan saya nak periksa dada ya untuk lihat pernafasan puan. Nurse matikan oksigen" Doktor Ikhwan melekapkan stetoskop di dada pia. Dia meminta pia untuk bernafas.
"bagus pernafasan puan tanpa bantuan oksigen"
Doktor ikhwan mencatat sesuatu dalam fail.
"nurse,nanti buka tank oksigen. Monitor perkembangan.Puan rehat ya. Tahniah puan!" Doktor Ikhwan juga akhirnya berlalu meninggalkan pia.
Hanya dua orang nurse saja tinggal untuk mengerjakan arahan dua doktor tersebut.
Pagi itu razaleigh belum bangun dari tidur. Malam semalam dia tidur lambat. Puas dia pejamkan mata namun tetap juga tidak terlelap.Sudah tiga minggu lebih sejak naina keluar hospital razaleigh tidak lagi menyentuh botol arak.
Kring kring kring!
Panggilan yang masuk di telefon bimbit razaleigh berjaya mengganggu lena nya. Dia melihat nombor yang tertera. "gleneagle?"
cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut. Dua perkara bermain di fikirannya. Sama ada pia meninggal atau pia sedar. Harap bukan berita kematian.
"Hello, ya saya. Okay baik"
Panggilan tersebut benar benar mengejutkan razaleigh. "Ya Allah Pia sedar. Alhamdulillah"
Dia segera bangun dan bersiap untuk ke hospital. Hatinya riang. Inilah momen yang dia tunggu tunggu sejak dua tahun lepas.Sempat dia singgah membeli bunga lily putih kesukaan pia dan singgah sebentar membeli buah anggur merah.
"Hi sayang. Aku gembira akhirnya kau sedar juga" Razaleigh mengucup tangan pia.
"This is for my lovely wife"
Razaleigh menyerahkan balutan gubahan bunga lily kepada Pia. Pia tersenyum melihat keromantisan suaminya.
"kau rasa macam mana hari ini? Ada sakit kat mana mana?" tanya razaleigh. Pandangan matanya redup dan dipenuhi dengan rasa syukur.
"aku okay raz"
"Kau lapar? Kau sebut je nak makan apa..satu dunia ni aku cari sampai jumpa"
"aku tak lapar...Raz, mana maria?"
Pertanyaan pia itu mematikan senyuman di bibir razaleigh. Dia diam tidak menjawab.
"aku tau kau dah jumpa maria. Setiap kali kau datang menjengukku..setiap cerita yang kau katakan padaku..aku mendengarnya raz. Hanya jasad aku yang kaku"
"nanti aku bagitau maria kau dah sedar" razaleigh mengusap lembut pipi pia.
Pia tersenyum manis.
Dalam hati razaleigh bercelaru. Bagaimana untuk ungkap apa yang dia rasa? Maria adalah cintanya. Dia benar mencintai wanita itu. Dari dulu hingga kini. Tapi sebahagian dirinya tidak mampu melepaskan pia pergi. Wanita yang telah dia nikahi sejak empat tahun lepas.
"Aku bawakan kau buah anggur merah tanpa biji exactly like you suka" Razaleigh membasuh buah tersebut di sinki yang terdapat di dalam tandas wad tersebut lalu dimasukkan ke dalam bekas.
Razaleigh menyuapkan sebiji demi sebiji buah tersebut ke dalam mulut pia.
"enough raz..i dah kenyang ni"
" no belum...Kau tidur dah dua tahun and now you look so skinny. Kalau dah skinny..apa yang tinggal untuk aku?Tulang? You know i tak berapa suka sup tulang kan"
Tertawa pia mendengarnya. Razaleigh juga ikut tertawa.
Pia memegang jari razaleigh yang menyuakan buah anggur. Terhenti gerakan tersebut.
"Raz,aku harap kau lepaskan aku. Kembalilah dengan maria. Aku minta maaf semua apa yang aku dah buat pada korang"
Razaleigh hanya diam. Dia menarik tangannya.
"Janganlah kau cakap bukan bukan.Kau rehatlah dulu"
Pia mengangguk lalu memejamkan matanya. Sememangnya badannya mudah rasa letih. Sakit badannya juga masih terasa.Mungkin kerana bertahun terbaring.
"James! man dan mizan buat apa?" Ketika ini pia sedang tidur. Lalu razaleigh duduk di sofa di ruangan tetamu agar tidak mengganggu pia berehat.
"Tadi I baru saja call. Diorang berada di bangunan habib gold corporation"
Razaleigh mengangkat sebelah keningnya.
"Apa tujuan maria ke sana?"
"Cik maria membuat tuntutan hak milik habib gold"
"Maria dah ingat semuanya?" Razaleigh terdiam. Hatinya bermonolog sendiri.
"Aku nak kau hantar orang kita awasi isteri aku. Suruh man dan mizan extra alert. Jaga maria jangan lalai macam dulu"
"isteri aku?raz,kenapa kau sukarkan aku.Jangan kau biarkan hatiku menyimpan harapan pada kita"
Pia terdengar perbualan razaleigh dan james. Dia belum tidur dari tadi. Perkataan isteri yang keluar dari mulut razaleigh itu membuatkan hatinya didatangi rasa serba salah. Antara perasaan dirinya atau memperbetulkan kesalahan yang dia telah lakukan, yang manakah harus didahulukan?
Share this novel