Selesai solat subuh, Naina kembali menyambung tidurnya.
Dia terbangun ketika pukul 8 pagi. Latifah sudah pun menyediakan sarapan pagi. Mee goreng beserta telur mata kerbau dan hot chocolate untuk Naina. Latifah sudah semakin cekap dengan kebiasaan Naina. Sarapan pagi di balkoni disinari matahari pagi dan pemandangan hutan konkrit kota KL.
Naina duduk dan mula menikmati sarapan paginya. Dia membuka telefon bimbitnya dan mula menaip sesuatu. Selesai kerjanya dia menekan simbol printer.
Naina bingkas bangun dan menuju ke dalam bilik kerjanya.
Tret tret tret tret!
Printer tersebut hampir siap mencetak dokumen. Naina mengambilnya dan menurunkan tanda tangan di kertas tersebut. Cop juga diberikan.
Naina duduk semula di balkoni.
"latifah!"
"ya saya" latifah yang sedang ingin membasuh baju menghentikan tugasnya. Dia bergegas menemui Naina.
"Nah ni surat tawaran kerja. Aku doakan kau berjaya pertahankan Rayyan"
"kau ada no akaun bank?"
"ye ada cik. Kenapa cik?" latifah menghulur telefon bimbitnya yang tertera maklumat bank.
"ok"
Naina sibuk menekan skrin telefon bimbit nya.
"aku dah masukkan gaji kau"
Latifah melihat mesej pemberitahuan yang masuk. RM5000?
"cik banyak ni cik"
"rezeki kau dan rayyan" Naina tersenyum.
"Aku ada kerja luar. Tak pasti balik bila. Kau jaga rumah ya"
"Baik cik"
Naina membuat isyarat pergi dengan jarinya. latifah berlalu ke ruang yang menempatkan mesin basuh untuk menyelesaikan tugasnya.
Naina terpaksa mengambil keputusan drastik.Dia akan pindah masuk ke rumah razaleigh hari ini!
Naina melangkah masuk ke dalam rumah Razaleigh yang ketika itu tiada di rumah. Pembantu rumah sangat terkejut melihat Naina membawa sebuah beg.
"Puan pia?"
Tanya rozana. Pembantu rumah paling lama berkhidmat.Rozana baru saja memulakan tugas hari itu kerana sebelumnya dia bercuti selama sebulan.
Naina hanya mengiyakan saja. Fikirnya mungkin dengan menjadi Pia akan bongkar semuanya. Rozana memeluk erat dirinya.
"Ya Allah pia dah sihat. Alhamdulillah...kak zana gembira sangat"
Naina meminta izin untuk naik ke atas. Kak zana menolong membawa beg milik naina.
Petang itu ketika razaleigh pulang dari pejabat dia terkejut besar melihat Naina sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.
"hi habibi. Balik dah? Mari i bawakan beg you"
Naina mengambil beg bimbit razaleigh dan meletakkannya di meja kerja di sudut kiri ruang tersebut.
Razaleigh terdiam. Otaknya benar benar kosong ketika ini.
"you..kenapa you diam? You tak suka i balik?"
"you buat apa disini?"
"you kata i isteri you kan. So, memang patut seorang isteri berada disamping suami."
Razaleigh mati idea untuk berkata-kata.
Selepas makan malam,Naina berbual dengan Kak zana.
"Maaf Kak Zana, pia tak berapa ingat hal hal lepas"
"Takpe akak faham. Masa kemalangan tu kepala pia cedera tu yang pia tak dapat ingat.Lama pia koma..kesian tuan razaleigh.Dulu kes maria hilang lepas tu pia pulak koma. Bila pia sedar?"
"Dua minggu lepas lagi pia dah sedar. Cuma pia belum boleh balik lagi" sumpah! Ayat tu muncul secara spontan di kepala Naina.
"Kak,pia naik atas dulu ya"
Sah,terbukti pia adalah isteri Razaleigh bukan aku. Jadi kenapa kau kata aku isteri kau? Kau siap tunjuk sijil kahwin kita?
Naina masuk ke dalam bilik.Dilihatnya Razaleigh masih belum tidur lagi.
"kenapa you tak tidur lagi?" tanya Naina sambil merebahkan dirinya di sebelah razaleigh.
"Err..i belum ngantuk lagi. I nak tengok tv dulu. You tidurlah dulu" Razaleigh bangun dan berjalan menuju ke ruang tengah bilik yang menempatkan sofa besar,televisyen dan meja kerja.
"sabar raz...sabar...tarik nafas hembus nafas" Razaleigh benar benar tidak menjangkakan tindakan maria. Sungguh kali ini dia tersepit. Dia harus mampu mengawal nafsu!
Naina tersenyum sinis.
"Lets see how long you will hold"
Naina perlu tidur dulu kerana besok dia ada kerja yang harus diselesaikan.
Naina bangun subuh dan melihat raz tidur di sofa. Naina tidak mahu mengejutkan tidur lelaki itu.
Seawal pukul 9 pagi naina sudah bertolak keluar. Dua bodyguard Naina juga terpaksa mengikutinya.Hari ini ada sesi photoshoot untuk dua produk antarabangsa.
Naina duduk di meja solek.Fikirannya sedang berperang dengan hatinya sendiri. Ikut hatinya mau saja dia hamburkan segala persoalan dan perasaan dirinya kepada mummy su. Ya tapi dia juga tak mahu sakit jantung mummy su menyerang. Dan dia juga tak mahu rancangannya gagal.
"Hey babe,you kenapa ni?"
"kau tahu rose...banyak perkara berlaku...aku..tak tahu samada harus aku percaya atau ahh...tak ada apa la.Aku okay!" Naina menghembus nafas yang terasa berat di dadanya. Dengusan nafas itu didengari Rose.
"look here beb, you dah lama kenal i. I sentiasa ada dengan you. You free untuk luah pada I. You ingat pesan doktor kay? Never hide your feelings. It is bad for your mental health"
Naina mengangguk perlahan.
Naina akhirnya menceritakan semua perkara gila yang berlaku padanya sejak akhir-akhir ini.
"so nama you sebenarnya Maria Irdina bt dato' Habib usman?"
"yup"
"Habib Usman...pemilik syarikat Habib gold? Jenama perhiasan charm&co yang terkenal tu?"
"err...yang tu tak tahu. Mana kau tahu?"
Rose membuka telefon bimbitnya seketika kemudian di serahkan kepada Naina.
"google kan ada. You taip saja. See.."
Haah la kan.Tak terfikir oleh Naina selama ini.
"beb,jom la join malam nanti kita enjoy di club"
"sorry I dah ada plan malam ni" Naina berdalih. Sejujurnya dia bukan lagi Naina Talita yang dulu terikat dengan segala perkara tentang Maria si albert barbie. Dia ingin berubah.
"you sekarang dah lain"
"I nak berubah rose. I tenang macam ni"
Rose tiada kata kata. Sememangnya Naina semakin berubah. Jika ia membuatkan Naina tenang. Siapalah dia untuk mengganggu kebahagian Naina.
Naina pulang ke rumah razaleigh selepas habis photoshoot. Naina menghempaskan dirinya ke atas katil. Saking lembutnya tilam tersebut hingga melantun tubuhnya. Naina teringat diari tersebut. Dia mengeluarkan diari tersebut dari beg.
25.2.2019
Uncle jamaludin ugut aku. Aku tarik balik sokongan aku bila aku tahu dia berniat jahat. Ya Allah,ampuni dosa aku. Selamatkan aku dan keluargaku dari bahaya.aaminn
Apa maksud ugut? Ugut yang macam mana?
27.2.2019
Terasa aku diekori..patut ke aku bagitau raz?
Naina menyelak helaian seterusnya namun kosong. Naina menyelak secara rambang helaian seterusnya. Kosong! Diari ini berakhir hingga bulan dua 2019.
So maksudnya uncle jamaludin ni jahat orangnya?
Naina duduk di sofa untuk menonton televisyen. Dari satu siaran ke siaran lain namun tiada rancangan tv yang menarik hatinya. Dia terpandang meja kerja yang terdapat disitu. Naina bangun dan berjalan perlahan menuju meja tersebut.
Dia membuka laci meja tersebut. Satu fail berwarna merah didalamnya. Dia membuka fail tersebut.
Fail tersebut mengandungi dokumen,resit dan bil bil hospital yang sudah siap tersusun kemas.
Naina kagum..kagum bahawa lelaki bernama Razaleigh ini seorang yang kemas dan teratur.
Gleneagles hospital! Pasti ini hospital yang merawat pia.
Naina melihat tarikh bil yang paling atas. Bil tersebut adalah pada bulan lepas. Ini bermakna Pia masih hidup!
Letih otak naina memikirkan hal itu. Letih juga tubuhnya kerana seharian meghabiskan tenaganya.Naina menguap luas. Dia baring di sofa.
"Kak maria…"
Naina membuka matanya. Wanita itu datang lagi melawat dirinya.
"pia?"
Wanita itu hanya terdiam sambil tersenyum memandang Naina. Sebelum tiba tiba menghilangkan diri.
"jangan pergi!!"
Naina menjerit memanggil wanita itu.
"Pia! Puan! Bangun puan! Pia!" suara kak zana menyedarkan Naina dari mimpinya.
"hurm" Naina mengesat matanya.
"pia mandilah bersihkan diri. Tadi pia meracau"
Entah mengapa dalam keadaan mamai, naina merasakan sikap kak zana ini menyerupai mummy su.
"baik mummy"
Kak zana menggaru leher. Siapa pula mummy? Dah la tadi terjerit jerit. Menakutkan! kak zana memandang sekeliling bilik tersebut sebelum tubuhnya membuat reaksi seakan menggigil.Dia bangun menuju wardrobe dibilik itu untuk meneruskan kembali kerjanya menyusun baju baju yang sudah siap disterika.
Tit tit
Naina yang baru saja selesai memakai baju terus melihat mesej tersebut.Mesej dari Rose.
Gambar Razaleigh sedang berada di kelab malam dalam keadaan mabuk dikelilingi wanita seksi.Disertai mesej "Is that your man?"
Mendidih darah Naina melihatnya. Kau tunggu!
Naina turun ke bawah ke ruang tamu. Dia melihat bar yang menempatkan air alkohol pelbagai jenama
"kak zana tolong ambil plastik hitam. Ada tak?"
"Ada Pia.kejap ya"
Kak zana kembali bersama beberapa helai plastik hitam.
"pia tak ingat kak zana...dah berapa lama bar arak ni ada dalam rumah ni kak?"
"lama juga...ada dekat 4 tahun dah"
"oo.."
Naina mengambil plastik hitam dari tangan kak zana. Dia masukkan botol botol arak ke dalam plastik tersebut.
"pia...nanti tuan razaleigh marah" kak zana takut memikirkan reaksi tuannya.
"Takpe kak...biar naina hadap"
"naina?siapa naina?"
Kak zana menggaru lehernya.
"Bukan naina kak...pia...akak salah dengar ni"
"buang kat luar ya" naina siap mengemas. Semua botol botol arak tersebut termasuk gelas sekali dibuangnya.
Naina naik ke atas bilik untuk berehat. Tak sabar dia menunggu kepulangan Razaleigh untuk melihat reaksi lelaki tersebut. Naina bernyanyi kecil...puas hatinya!
Share this novel
eemmm siapo naina ni .? rasa maria kot..kak pia yg koma...huuu byk naa teka teki...hehe