Bab 25

Drama Completed 12380

" anggota kami akan mengawal disini menunggu en. Jamaludin sembuh. Kemudian kami terpaksa menahannya di balai kerana disyaki terlibat sebagai dalang dalam kes cubaan membunuh " inspektor Zailani menerangkan tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam menyelesaikan kes cubaan membunuh oleh Tiger.

" Baik, saya faham " Ahmad Bakri mengikuti inskpektor zailani keluar dari bilik wad yang ditempati oleh Jamaludin.

Jamaludin cuba membuka matanya perlahan. Dia melihat sekeliling dan ternyata kini dia sedang terbaring di atas katil. Dia mengagak yang kini dia berada di hospital.

" you dah sedar?" 

Jamaludin menoleh ke arah empunya suara tersebut. Dilihatnya Dania sedang tersenyum memandangnya.

" kau ! Sial kau ! Perempuan…"

" perempuan sundal? Begitu? Hahaha.." Dania tertawa.

" at least I tak sejahat you yang nak bunuh anak saudara sendiri " 

" kau ! " jamaludin memegang dadanya.

" relax, unless you memang nak mati. Bila you mati..I dan anak kita boleh hidup mewah "

Jamaludin memegang dadanya lagi.Sakitnya kian terasa lebih kuat.

Ahmad Bakri peguam syarikat Habib gold masuk ke dalam bilik wad. Dania memeluk Ahmad Bakri. Ahmad Bakri menyambutnya dengan senyuman.

" you ! " terketar ketar jari jamaludin menunding ke arah Ahmad Bakri.

" surprise ! " Ahmad Bakri tersenyum.

" kau tipu aku ?! "

" technically I tak tipu you. I betul betul bantu you rampas habib gold right? Just dalam janji tu tak mention pun I tak boleh berkongsi isteri dengan you " Ahmad Bakri mencium dahi Dania

Kata kata dan adegan itu menambah kesakitan di dada jamaluddin.

" owh..by the way. I kena bagitau you kot kot you nak mati. Anak you tu actually bukan anak you " Dania tersenyum.

" he is my son " Ahmad Bakri menyambung kata kata Dania.

Kuat cengkaman jamaludin di dadanya. Dia tercungap-cungap menarik nafas.

" Should we call a doctor, Bie? "

" Not yet. Sekejap lagi "

"zai...na..." jamaludin sempat menyebut nama isteri pertamanya sebelum menutup mata tidak sedarkan diri.

Tittt…………..mesin jantung berbunyi

" now dear, your turn. Rest well jamaluddin. Let my son take care of your wealth. He will be the next CEO of habib gold"
Ahmad Bakri mengarahkan Dania untuk memanggil doktor.

Dania menekan butang kecemasan. Nurse dan doktor masuk ke bilik wad untuk memeriksa keadaan jamaludin.

Dania menangis. Dia meraung  " abang ! Jangan tinggal i ! Abang ! "

" maaf puan, kami tak dapat buat apa apa lagi. Patient dah meninggal.maaf puan. Nurse uruskan yang berkaitan ya "

Ahmad Bakri menuntun langkah Dania keluar dari bilik wad untuk membiarkan staff hospital menguruskan jenazah jamaludin.

" Jom, pergi makan. I terasa nak makan roti tisu la sayang " Dania memeluk lengan Ahmad Bakri.

" Okay, after I call zainab. She should know her husband dah mampus "

" you rasa zainab boleh ganggu plan kita ke? "

" no..not at all. Dia mandul. You jangan risau. I akan bantu you tuntut semua "

" maria? Sofea?...i think khaleed tu agak bahaya untuk kita "

" jangan risau okay "  Ahmad bakri mencubit pipi Dania lembut. 

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor zainab.

" apa? Innalillah.. Tunggu saya kesana "

Zainab mematikan panggilan tersebut. Tanpa sedar air mata mengalir laju. Dia teringat kenangan terakhir bersama arwah suaminya. Baru 6 jam berlalu dari kali terakhir arwah bersamanya. Arwah keluar dari rumah selepas memarahi dirinya.

************

Naina melihat zainab sedang duduk termenung di kubur jamaludin sendirian. Tetamu semuanya sudah beredar meninggalkan kuburan.

Naina mendekati zainab. Sudah lama dia tidak bertemu makcik nya itu.

Naina menyentuh lembut bahu zainab. Zainab menoleh ke sisinya. Dia tidak terkejut melihat kehadiran naina.

" auntie minta maaf atas semua perbuatan uncle pada maria dan sofea "

" auntie kenal saya siapa? "

" tentulah. Maria kan? Auntie jaga kamu berdua dari kecil. Jika orang lain perlu melihat tanda lahir kamu baru dapat kenali mana satu pia dan maria. Auntie zai kenal hanya dengan melihat gaya kamu sayang. Pia macam mana ? Auntie kesal dengan semuanya..maafkan uncle ya?"

" Auntie, maria maafkan uncle " Naina tersenyum ikhlas.

" Pia sudah sedarkan diri..hanya..ermm.."  naina menyambung kata katanya.

" hanya kamu belum bersedia nak berjumpa dengannya? "

" tak..bukan macam tu. Entah la auntie..tak tahu nak cakap macam mana "

" Auntie faham. Seharusnya raz buat keputusan dari awal lagi. Jom lah.."

Zainab bangun dan melangkah meninggalkan kuburan tersebut.

" kemana auntie? "

" tinggalkan yang dah mati la. Yang lama jangan di kenang..yang baik menanti didepan "

Naina tidak faham kata kata zainab.Namun kakinya mengikuti langkah zainab.

" jumpa lah pia. Pia mungkin salah tapi rasanya dia pun dah insaf "

Naina hanya diam. Pia bukan masalah pada naina. Hanya saja dia belum bersedia nak jumpa razaleigh.

zainab tersenyum. " cinta lelaki cuma sementara je sayang. Lambat atau cepat ia tetap berlalu. Lebih baik selesaikan sekarang. Jika ditunda hati maria pun takkan tenang. Jumpa pia dan berdepan dengan razaleigh, nak "

" tengok lah nanti " 

"ikut kamu sayang. Nanti ada masa datang ke rumah ya."

Zainab masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan rumah baru jamaludin.

Di dalam kereta, zainab tersenyum. Doanya dikabulkan. Bertahun dia mohon agar terlepas dari segala sengsara yang dia alami. Bukan dia tidak sedih hanya saja kini dia terasa lega.

Zainab hanya risau tentang pia dan maria tapi dia yakin mereka akan temui jalan keluar dalam permasalahan mereka. Pia selalu menceritakan apa yang dia alami dan rasa. Bahkan pia juga menceritakan tentang perbuatannya pada maria. Ada juga pia cerita tentang ingin bercerai dengan razaleigh agar maria dan razaleigh dapat bersama semula.

" auntie, pia nak minta cerai dengan raz? "

" Dah kenapa pulak? Nikah cerai bukan main main tau pia "

" Pia nak betulkan semuanya auntie. Jiwa pia tak sanggup hidup macam ni lagi. Raz cintakan mar "

Geleng kepala zainab. Mata tua nya melihat ada cinta di mata razaleigh untuk pia. Hanya saja Razaleigh yang keliru antara maria dan pia. Terkeliru antara cinta yang lama dan cinta baru yang tumbuh di hati dek kerana terbiasa. Andai maria dan pia bukan adik beradik tentu tidak menjadi masalah untuk berkongsi kasih.
"Aish...semoga mereka dapat selesaikan dengan baik. Aaminn.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience