Extra part
" Maria, look at that ! Someone is drowning! "
Kelihatan seorang lelaki terkapai kapai di dalam kolam. Orang ramai mengelilingi kolam tersebut namun tiada siapa yang menolong lelaki itu. Mereka hanya tertawa melihat lelaki tersebut.
" Look at that moron. He even doesn't know how to swim either Hahaha.."
Maria terus berlari dan terjun ke dalam kolam. Dia menarik lelaki tersebut ke tepi kolam dan bersusah payah menolak lelaki tersebut ke atas.
Lelaki tersebut terbatuk batuk
" are you okay?" Maria memandang lelaki tersebut. Lelaki kurus berkulit sawo matang itu menganggukkan kepala tanda okay.
Habis basah baju maria kerana menyelamatkan lelaki tadi.
" owh maria. I'm just joking with him. Who doesn't know how to swim right? I believe he is just acting so that you…"
" Stop it, Shawn ! This is not funny at all ! " Maria menengking lelaki berkulit putih dan berambut perang di hadapannya.
Maria berlalu keluar meninggalkan pesta tersebut.
" Bro, you lose ! Your crush leaves you hahaha…! " mereka yang lain mengejek shawn pula.
" Maria ! Wait ! Come on Maria, I'm just joking ! After all, he is just a waiter ! Shawn menjerit memanggil maria.
Maria tidak menghentikan langkahnya dan tidak juga menoleh memandang lelaki tersebut. Dia hanya menunjukkan jari tengah kepada lelaki tersebut dan menghilang di sebalik pintu pagar yang mengelilingi kawasan kolam tersebut.
Maria memerah hujung bajunya yang basah. Dia menundukkan kepalanya dan mengibas rambutnya agar rambutnya kering.
Maria si gadis cantik merupakan penuntut jurusan business di salah satu universiti terkemuka Uk imperial college London. Memiliki tubuh badan sempurna dan wajah cantik yang membuatnya menjadi diantara gadis yang menjadi pujaan lelaki tapi bukan mudah untuk menawan hatinya. Dia mungkin tidak bertudung dan sedikit open minded tapi dia masih berpegang teguh dengan agama islam. Sebagai wanita asia, kecantikan maria adalah unik exotic dan menarik pada lelaki lelaki barat.
" cik, terima kasih " lelaki kurus tadi menghulurkan sehelai tuala kepadanya.
Maria terkejut pabila mendengar bahasa yang dituturkan oleh lelaki tersebut. Dia ingatkan lelaki tersebut mungkin berbangsa arab dengan rupa yang sebegitu.
" mak saya orang malaysia. Ayah saya dari Arab emirates. Nama saya adlil khaleeq " lelaki itu tersenyum.
" owh..I'm Maria Irdina. Nice to meet you..err.." maria terlupa nama lelaki itu.
" khaleeq " adlil khaleeq tersenyum. Tangannya mengusap lembut tengkuk. Ishh...malu !
" okay. I have to go. Bye ! "
Maria menaiki keretanya dan berlalu pergi meninggalkan khaleeq.
Sejak itu, khaleeq sentiasa memerhatikan maria. Bila dia dapat melihat maria walaupun sekadar dari jauh sudah cukup mengubati rindunya.
" kau jangan nak perasan sangat khaleeq. Risau aku tengok. Kau tengok la diri kau..bandingkan dengan lelaki lelaki yang beratur nak dapatkan cinta dia tu..semua hensem kau tau. Kau?? " Ayu mengingatkan khaleeq.
" aku tau diri, Ayu. Aku ni tak hensem "
Khaleeq memperbetulkan cermin matanya agar kemas terletak di bingkai hidungnya.
Khaleeq sedar siapa dirinya hanya saja cinta yang hadir di hatinya untuk maria itu tidak dapat dikawal.
" hari ni kita study rumah kau la khaleeq "
" err..sorry ayu. Kita study sini je la ya macam biasa " khaleeq menolak permintaan ayu.
" tak pernah aku tahu kau tinggal kat mana. Kau tinggal mana? "
" adalah...dekat dekat sini je "
Malam itu selepas pulang dari bekerja sebagai pelayan di restoran, khaleeq pulang berjalan kaki ke rumahnya yang terletak berdekatan dengan tempatnya bekerja.
" Be careful , don't hurt her. She's mine! " Shawn menengking seorang lelaki yang sedang mengangkat seorang wanita.
Khaleeq ingatkan mungkin wanita itu mabuk dan mereka sedang membawanya pulang. Jadi dia hanya membiarkannya saja. Dia berjalan melepasi mereka.
" Great bro. Maria will be yours! I bet she's still a virgin " lelaki kedua itu menepuk bahu shawn.
Maria? Itu maria? Khaleeq memberhentikan langkahnya dan pusing ke belakang mendekati dua lelaki tersebut yang masih terkial kial memasukkan maria ke dalam kereta.
" Hey, what are you doing? " khaleeq menegur mereka.
" Get lost you freak! " Shawn menghalau khaleeq. Khaleeq terus melihat ke dalam kereta. Benar itu maria.
Tanpa berfikir panjang,khaleeq terus menumbuk muka peter. Shawn memegang wajahnya yang terasa sakit. Lelaki kedua menendang khaleeq tapi dapat di elak oleh khaleeq. Lelaki kedua menangkap khaleeq dan mengunci tangannya ke belakang. Shawn menumbuk perut khaleeq. Khaleeq menendang shawn. Kemudian menumbuk lelaki kedua.
Dua orang lelaki berbaju hitam mendekati mereka. Dua lelaki tersebut menangkap shawn dan rakan subahatnya. Khaleeq menumbuk sekuat hati perut shawn hingga lelaki itu terduduk. Dia juga menumbuk muka lelaki kedua hingga lelaki itu terkulai jatuh kerana pengsan.
Khaleeq segera mengangkat maria dan membawanya masuk ke dalam kereta yang tersedia di tepi jalan. Kereta milik kedua lelaki berbaju hitam tersebut. Khaleeq juga ikut masuk ke dalam kereta tersebut.
Khaleeq membaringkan maria di atas katil.
" mak chu, makcik uruskan dia ya."
Wanita itu mengaggukkan kepala.
" err...saya nak mak chu dan kamu berdua jangan beritahu dia tentang saya. Kalau dia bangun, mak chu layan elok elok. Kamu berdua hantar dia bila dia nak balik.Ingat..jangan bagitau tentang saya " khaleeq berpesan kepada pekerjanya.
Khaleeq merupakan tuan muda keluarga mohamad. Ayah khaleeq mempunyai saham saham di syarikat syarikat maju yang berjaya di serata dunia. Mohamad tidak mempunyai syarikat. Dia berjaya mengumpul harta melalui pembelian saham dan menikmati kekayaan melalui keuntungan syarikat syarikat yang dia laburkan.
Khaleeq sukakan cabaran dan suka kan hidup yang sederhana. Dia bekerja untuk melatih skill komunikasi dan sebagai persediaan baginya melatih kesabaran dan kepimpinan.
Maria membuka matanya. Dia kini berada di sebuah rumah yang asing baginya.
" cik dah bangun? Mari kita bersarapan bersama lepas tu anak auntie hantar kamu balik ya"
" macam mana saya boleh ada dekat sini?" sakit kepala maria masih terasa.
" anak anak makcik yang jumpa kamu di jalan " mak chu menunjukkan kedua dua anaknya iaitu dua orang bodyguard khaleeq.
Maria melihat kedua dua lelaki tersebut. Kedua duanya kelihatan sangat menakutkan dengan mimik wajah serius.
" Jim ! Joe ! Berapa kali mummy kata bila ada orang mesti senyum. Senyum sekarang! " arah mak chu.
Kedua dua lelaki itu kelihatan pelik dengan senyuman kaku yang dipaksa. Berkerut kerut wajah mereka.
tertawa terbahak bahak khaleeq dibuatnya apabila melihat adegan tersebut dari rakaman cctv di laptop.
*******
Kesibukkan dirinya menyiapkan tesis dan projek akhir tahun menyebabkan khaleeq jarang melihat maria. Tapi bila ada kesempatan,dia akan lalu di hadapan maria hanya untuk melihat wanita itu. Maria langsung tidak mengenalinya. Mungkin maria sudah lupa tentang dirinya
Setelah berhempas pulas akhirnya kini dia berjaya menggenggam ijazah. Hari terakhir dia bertemu maria ialah pada hari graduasi.
Hari itu khaleeq nekad akan meluahkan cintanya kepada maria setelah dua tahun memendam perasaan. Dia membawa sekuntum bunga mawar untuk maria.
Di majlis itu dia tercari cari maria. Entah mengapa dia tidak menemui maria. Mungkin terlalu ramai orang berkumpul jadi menyukarkan pencariannya.
" good bye maria ! Never forget us ! "
" Of course ! Both of you are my bff " maria memeluk erat dua orang sahabat karibnya.
Khaleeq ternampak maria sedang memeluk sahabatnya. Akhirnya dia jumpa juga maria. Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke maria.
Maria kini masuk ke dalam kereta. Kereta tersebut meninggalkan pekarangan kolej. Khaleeq tidak sempat bertemu dua mata dengan maria. Tidak sempat memberikan bunga dan tidak sempat juga meluahkan perasaannya.
" meh bagi aku! " ayu mengambil bunga tersebut dari tangan khaleeq.
" kau dengan dia tu macam langit dan bumi kau tahu? Dia cantik, kau pula aku tengok dah macam orang lidi. Dia tu pewaris habib gold, kau pula orang miskin"
" habib gold? Thanks Ayu " khaleeq melangkah pergi meninggalkan ayu.
Ayu mencium bunga tersebut. " aish , kenapalah kau bodoh khaleeq. Hati aku ni langsung kau tak perasan. Aku sukakan kau la khaleeq! "
Khaleeq cintakan maria. Kerana maria, dia mengubah penampilannya seperti sekarang ini. Berbadan sado, tiada lagi cermin mata kerana dia telah melakukan pembedahan laser membaiki penglihatan dan sentiasa berpenampilan rapi dan kemas. Matanya yang berwarna coklat sangat mengkhayalkan sesiapa yang memandang dirinya.
Hanya saja selama tiga tahun selepas dia sibuk menguruskan keluarganya. Ayahnya sakit dan kemudian meninggal dunia. Terpaksa dia sebagai pewaris tunggal menggantikan ayahnya menguruskan aset aset dan saham saham yang ada. Ianya bukan mudah seperti yang disangka.
Selama bertahun tahun dia bersusah payah mencuba mendapatkan saham di habib gold. Akhirnya tuan Andrew dan Tuan Ramlan setuju menjual saham milik mereka.
Khaleeq sempat kecewa dan sedih apabila dia mendapat khabar bahawa maria meninggal dunia. Pada awalnya dia keliru antara maria dan kembarnya sofea. Dia tersalah sangka sofea itu maria,wanita yang dia cari.
Dunia artis, langsung dia tidak pernah ambil peduli tapi bila dia bertemu Naina Talita di sebuah majlis pelancaran produk baru Lancome. Dia yakin itu Maria walaupun dengan make up tebal dia masih bisa mengenali pujaan hatinya.
Sejak itu dia sentiasa memerhatikan maria sama seperti ketika dulu di UK. Dia cuba mendekati Maria tapi tidak disangka wanita tersebut sudah mempunyai kekasih hati.
" Asalkan kau bahagia maria. Aku tetap mencintai dirimu selamanya "
Nota : Nantikan maria 2 cinta khaleeq. Adakah maria akan jatuh hati dengan khaleeq yang telah mencintainya 7 tahun.Mungkinkah maria dan juga khaleeq ditakdirkan berjodohan?
Akhirnya tama jua kisah maria a.k.a naina talita. syukur..thanks pada yang sudi baca dan komen. love you all mmuuahh! jangan lupa baca novel terbaru mengejar cinta you! genre cinta komedi romantik. maaf tau kalau lambat reply komen hihihi..
Share this novel
laaa maria tk ketemu kebhgiaannya..huuu..kono bynkn sdiri lah ni..hahaha...