Bab 17

Drama Completed 12380

Naina teringat betapa bodohnya diri dia mengikat kontrak dengan Albert sebagai eksklusif call girl. Pada awalnya dirinya tiada yang membida kerana belum ternama seperti sekarang. Bila dia semakin popular semakin tinggi harga yang ditetapkan albert.Dia teringat kegilaan mereka. Dia benci diri sendiri. Setiap kali teringat dia menggenggam Jarinya ke kulit tubuh hingga luka berdarah dek cengkaman kukunya. Terngiang ngiang kata kata razaleigh. Pelacur!

Tapi bukan itu yang paling membuatkannya sedih sekarang ini. Dia teringat tentang pia dan uncle jamaludin. Tak disangka kedua saudara terdekatnya ingin dia menderita.

"Assalamualaikum uncle! Apa yang uncle nak beri pada maria tu. Urgent sangat uncle kata."

"Duduk dulu maria.minum dulu air ni. Lepas ni entah bila lagi uncle boleh duduk berdua dengan you lagi.Dah nak jadi milik orang anak dara uncle ni" Jamaludin menuangkan secawan teh bunga.

"mana auntie zainab? Kata nak sekali tumpang ke rumah maria."

"ada kat atas tengah bersiap. Maria minum dulu. Uncle panggil auntie"

Maria menghirup sedikit air tersebut. Sedap! Dia terus menghirupnya hingga habis secawan. Entah kenapa kepalanya pening dan matanya mula kabur. Semakin lama semakin hilang kesedaran dan akhirnya maria pengsan.

Jamaludin turun ke bawah bersama dua orang lelaki suruhannya. Mereka membawa Maria ke atas dan mengikatnya.

Bila Maria tersedar,seorang lelaki menyapanya.

"sedar dah kau?"

"kau siapa? Kau nak apa?" Maria cuba menggerakkan tangan dan kakinya yang terikat.

"hahahaha….Kesian kau ni..aish,aku tak pernah jumpa perempuan cantik dan kaya tapi malang macam kau ni. Dikhianati adik dan pakcik sendiri yang nak kau mati. Tapi sayang kalau kau yang cantik ni aku tak rasa dulu.Rasa kau macam apa ye?semanis orangnya tak?" lelaki tersebut mendekati maria. Dia mencium bibir maria. Maria melawan tapi tidak berjaya lalu apabila bibirnya dicium. Dia meludah ke muka lelaki tersebut.

"mm...aku suka" lelaki tersebut menyapu ludah tersebut dengan jarinya lalu menghisap jari tersebut.

Maria makin ketakutan melihatnya.

"aku suka nak tengok sejauh mana kekuatan kau melawan aku" lelaki tersebut mengunci pintu bilik tersebut. Dia membuka seluar jeans sambil tersenyum sinis. Dia membuka tali yang mengikat tangan dan kaki maria.

Maria bingkas bangun hendak melarikan diri namun sempat lelaki tersebut mencapai kaki kiri maria. Maria jatuh. Lelaki tersebut menghimpit tubuh maria.

Lelaki itu menarik kuat rambut maria memaksa dia berdiri. Dalam menahan kesakitan rambut ditarik,maria dengan pantas menendang sekuat hati bahagian kemaluan lelaki tersebut.

Mengerang kesakitan lelaki tersebut hingga melepaskan genggaman di rambut maria. Maria membuka kunci bilik dan setelah pintu terbuka,laju dia turun keluar menyelamatkan diri.

Dia terus masuk kedalam keretanya yang ketika itu pintu tidak berkunci dan kunci tersangkut di pengemudi. Maria menghidupkan kereta lalu memandunya pergi.

Apa yang maria tidak sedari ialah lelaki kedua baru saja selesai memotong wayar brek kereta.

Kereta maria meluncur laju. Maria cuba brek tapi ia tidak berfungsi. Dia hanya mampu memberi hon agar kereta lain mengelak dari terlanggar dengannya.Entah bagaimana dalam kekalutan,dia masuk ke laluan bertentangan. Kereta tersebut dilanggar dari arah bertentangan dan kereta maria hilang kawalan menjunam kedalam sungai. 

(pesanan: maria itu naina dan naina itu maria ya. Orang yang sama)

Bunyi ketukan di pintu bilik menghentikan kenangan nya.

Naina mengesat air mata apabila terdengar pulasan tombol pintu biliknya.

"Naina?"

Suraida menjengahkan kepalanya terlebih dahulu.

"Ye mi?masuklah mi" 

"Naina nangis?" suraida masuk ke bilik naina.Mata tua nya sempat melihat mata merah dan hidung berair Naina.

"tak ada lah mi. Ni tadi mata pedih" Naina tersenyum.

"naina okay? Mi tengok sejak naina sedar hari tu naina macam lain"

"lain macam mana tu mi?" naina tertawa mendengar kata kata wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya.

"Dengan mi mana boleh tipu..mi tahu" suraida membelai rambut naina.

Tawa naina berhenti. Dia mendiamkan diri.

 "mummy rasa dah tiba masanya mummy cerita dengan naina semuanya"

Naina memandang wajah suraida.Dia mengerutkan sedikit dahinya.

"Mummy kenal naina sejak empat tahun lepas. Masa tu mummy dan suami mummy karim selamatkan kamu. Kami jumpa kamu di tepi sungai. Kamu tak sedarkan diri masa tu jadi kami bawa kamu ke rumah.Mummy ingat lagi mummy yang jaga kamu demam panas seminggu. kamu meracau racau.

Mummy nak hantar kamu ke hospital tapi tak cukup duit nak bayar tambang teksi.

Nasib baiklah seminggu je kamu demam"

Suraida mengeluarkan satu dompet dari kotak yang dia bawa masuk tadi.

"ini dompet kamu. Masa mummy jumpa kamu. Dompet ini ada sekali dalam beg kamu pakai di badan. Mummy minta maaf..duit kamu tak ada. diambil karim tak guna tu untuk berjudi."

Naina mengambil dompet tersebut. Di dalamnya berisi kad pengenalan,kad bank dan beberapa kad kredit.Naina melihat kad pengenalan tersebut. 

'Maria Irdina binti Habib Usman'

Nama itu..langsung tidak mengejutkan naina.Dia sudah tahu terlebih dahulu.

"Naina pernah tanyakan samada kamu pernah cedera di kepala tak? Mummy minta maaf sebab mi takut kamu takkan maafkan mummy jika kamu tahu yang mummy la penyebab kamu hilang ingatan. Mummy cuba nak selamatkan kamu dari dirogol jantan bangsat tu tapi mummy terpukul kamu"

"mi...naina tak salahkan mummy. Naina sayang mummy" naina memeluk erat suraida.

" ini bukti kecederaan kamu. Saja mummy simpan mana tahu berguna nanti untuk naina" suraida menyerahkan satu fail besar berisi film xray dan laporan perubatan. Melengkung film tersebut kerana suraida masukkan ia ke dalam kotak kecil.

" Naina ingat tak mi pesan jangan rapat dengan razaleigh?" kali ini suraida ingat nama lelaki tersebut.Dia mengeluarkan satu majalah dan membuka helaian yang memaparkan berita perkahwinan raz dan pia.

Naina mengambil majalah tersebut. Wajahnya tiada reaksi.

"Mummy ingat wanita disebelahnya itu kamu. Tapi bila tengok tarikh kahwin tersebut. Tak mungkin kamu sebab itulah hari mummy jumpa kamu."

Naina melihat sekali lagi gambar di dalam majalah tersebut. Matanya meredup.

"Perempuan tu adik kamu. Adik kembar. Masa kamu koma..mummy fikir mummy kena bagitau keluarga kamu. Lagipun tentu keluarga kamu tercari cari kamu. Ternyata tekaan mummy salah.Perempuan tu marah mummy dan suruh mummy tutup mulut.Dia bayarkan bil hospital dan biaya pembedahan kamu. Bila kamu sedar dari koma.kamu hilang ingatan. Mummy bagitau dia. Dia bagi mummy ic baru untuk kamu dan duit. Dia ugut mummy kalau mummy bocorkan rahsia kamu akan susah.Masa tu mummy cuma fikir kamu. Mummy rasa bersalah sebab mummy kamu hilang ingatan. Lelaki bangsat tu pulak susahkan orang je.Berhutang pulak dengan lintah darat! Jantan tak guna!" geram suraida bila mengingati suaminya.

Naina memeluk suraida. "sudah mi jangan dikenang. Kita jalani hidup ini seadanya"

Suraida mengangguk dan dia membalas pelukan naina dengan erat.

Itu hanya dibibir saja sedangkan dalam hati naina sudah menyimpan tekad.Dari hari pertama dia sedar kelmarin dia sudah menyimpan tekadnya.

Di Pejabat Tamco corp,

"bos,ini semua maklumat yang bos minta" James menyerahkan sekeping fail kepada razaleigh.

Razaleigh mencampak fail tersebut ke lantai. James hanya memandang tanpa berkata apa apa. Dia faham perasaan razaleigh. Ternyata kemarahan razaleigh pada maria adalah tidak berasas. 

"Jacob mana?" keras suara razaleigh menanyakan tentang keberadaan jacob.

"sebentar bos" james keluar dan seketika kemudian jacob masuk bersama james.

"mana hasil kerja yang aku suruh kau buat?"

"ini bos tapi belum lengkap lagi" jacob menyerahkan sebuah fail.

Razaleigh melihat isi kandungan fail tersebut.

"Erm..bagus. aku nak kau kumpul lagi yang lebih kukuh"

Razaleigh memberi isyarat pergi. Mereka berdua keluar seiringan dari pejabat razaleigh.

Razaleigh melihat skrin telefon bimbit nya. Sudah seminggu sejak dia kali terakhir bertemu naina. Tiada satu pesanan pun dikirim wanita itu. "Masih marahkah kau pada aku?aku rindu kan kau"

Razaleigh menaip mesej " maafkan I maria. I really miss you" dan menghantarnya kepada naina a.k.a maria

******************

Naina melangkah yakin memasuki sebuah pejabat. Kehadirannya menjadi tumpuan pekerja pekerja disitu. Ini bukan kali pertama tapi ini adalah hari pertama sejak empat tahun lepas dia menjejakkan kakinya semula di pejabat utama Habib Gold corp.

"cik, cik tak boleh masuk je. Cik ada buat temujanji dengan bos?" seorang setiausaha berpakaian seksi menghalang naina dari masuk ke dalam pejabat president.

Naina tersenyum sinis. Dia membuka tombol pintu tersebut dan melangkah masuk. Setiausaha tersebut tergesa gesa masuk dan memberitahu bosnya.

"maaf you, I dah halang tapi...err.."

Lelaki separuh abad yang duduk di kerusi tersebut memandang Naina dengan reaksi terkejut.

"Hi uncle jamaludin. Remember me?" Naina duduk di kerusi yang ada di depan lelaki itu.

"pia?" lelaki itu hanya menduga saja. Dia tak pasti samaada pia atau maria kerana dua dua seiras. Maria hilang dan sudah di isytihar mati dan hanya satu saja...mungkinkah pia sudah sedar?

"No, my dearest uncle.This is me maria" naina tersenyum sinis.

Terkejut jamaludin. Mati kata-kata menghadapi situasi yang tidak disangka.Bukan maria dah mati?

"I datang nak tuntut semula hak I"

Encik Razak peguam yang dilantik olah naina juga duduk di kerusi disebelah naina.

"Tuan, client saya membuat rayuan untuk menuntut semula saham saham beliau dalam syarikat habib gold corp. Ini dokumen permohonannya dan juga hasil keputusan mahkamah yang meluluskan permohonan tersebut." Encik Razak memberikan dokumen tersebut kepada jamaludin.

Terketar ketar jarinya mengambil dokumen tersebut. " orang yang dah di isytihar mati mana boleh tuntut!"

Naina tersenyum sinis. En razali menyerahkan satu lagi dokumen kepada lelaki tersebut.

" Yang ini hasil keputusan mahkamah yang telah membatalkan pengisytiharan kematian beliau"

Jamaludin meronyok fail tersebut dan mencampakkannya ke dalam tong sampah.

"takpe uncle.You boleh buang seberapa banyak pun. I masih ada salinannya. Okay,We end our discussion now.So, See you tomorrow" naina bingkas bangun. 

"saya balik dulu Tuan. Jika ada apa apa yang tuan tidak faham boleh hubungi saya" Encik razak menyerahkan kad namanya kepada jamaludin.

"owh...by the way..I nak semula office i ni" naina memandang jamaludin seketika kemudian melangkah pergi meninggalkan ruang pejabat tersebut.

"Really naina? Pucat lesi I tengok muka lelaki tu. You lebih berani sekarang kan?" Rose tertawa mengenangkan hal tadi. Ya rose ikut serta menemani naina tadi.

Naina menyarungkan cermin mata hitam miliknya di kepala. Dia tidak menjawab soalan rose tadi. Tiada siapa tahu yang sebenarnya dia takut, dia menggeletar tapi jika dia berterusan lemah, selamanya dia terhimpit dengan segala masalah yang datang. Masalah yang baginya sedikit tidak logik tapi itulah realiti nya. 

"hurm...are you sure naina you okay? Ya lah...I risau you tak dapat handle as a model, as a singer and now you pemilik habib gold. It is not as easy as you think,dear. After all you jangan lupa cuti sakit you bakal berakhir lagi sebulan tau"

"I know..What I need is one good assistant yang akan bantu urusan pejabat. Kau pulak uruskan semua berkait Naina talita.Kau uruskan ikut apa yang telah kita bincangkan" Naina memberikan senyuman manis.

Dia sedang memikirkan untuk bersara dalam bidang nyanyian dan model. Nyanyian mungkin tidak sepenuhnya.Well at least dia tak mahu lagi terikat dengan syarikat rakaman albert. 

As for that..ermmm..dia perlu minta bantuan Syed Razaleigh.

"beb betul ni you nak jumpa SR?"

"Yup" naina akan jumpa dengan razaleigh. Ada hal yang dia perlukan bantuan lelaki itu tapi bukan hari ini. Nanti bila dia bersedia berjumpa lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience