"shall we?" Razaleigh menghulur tangannya kepada Naina.
Naina menyambut huluran tangan tersebut dengan senyuman yang dia paksakan. Razaleigh membantu Naina turun dari pesawat. Tangan Naina kini melingkari lengan Razaleigh.
Mereka berdua menaiki sebuah golf car dan dibawa menuju ke sebuah rumah. Seorang lelaki membukakan pintu dan mempersilakan mereka masuk. Razaleigh memimpin Naina memasuki ruang tersebut. Tiga lelaki berpakaian putih berseluar hitam dan vest senada menyambut mereka.
"Selamat datang Tuan!"
Razaleigh membawa Naina menuju ke tingkat atas. Sebuah bilik yang terdapat beranda luas. Interior bilik tersebut sederhana berwarna putih diganding dengan warna keemasan kayu. Sebuah bilik yang bertemakan percutian pantai.
Kaki Naina dipimpin melangkah menuju ke beranda. Sebuah meja dan dua buah kerusi tersedia. Di bawah lantai terdapat taburan kelopak mawar.
Razaleigh menarik sebuah kerusi dan mempersilakan Naina duduk. Tiba tiba lampu terpadam. Cahaya lilin kini mendominasi ruang tersebut. Pemandangan pantai yang disinari rembulan terang sangat menakjubkan ketika ini. Naina terkesima melihat keindahan alam.
Muzik dari pemain biola dan juga tiupan sepoi bahasa angin menambah keindahan malam ini.
Pelayan membawa makan malam. Stik lembu berbalut emas dan champagne.
"sorry I don't drink"
Razaleigh tersenyum sinis. Dia memberi isyarat kepada pelayan untuk membawakan air lain.
Pelayan membawa kan segelas jus oren. Naina mengucapkan terima kasih dan tersenyum manis kepada pelayan.
"well,maria do you like it?"
"yes,thank you"
Selepas makan malam,razaleigh menghulur tangannya mengajak naina menari.
Mereka menari ala wedding dance dengan alunan biola. Naina selesa diperlakukan dengan baik. Jika lelaki lain tangan mereka sudah pun merayap memyentuh tubuhnya. Tapi lelaki ini sebaliknya. Sangat budiman!
"you tahu dimana kita jumpa kali pertama?" tanya razaleigh. Naina cuba mengingati tapi rasanya ini adalah pertemuan kali pertama mereka.
"sorry i tak ingat"
"Fundraiser party yayasan bakti" Razaleigh cuba memgingatkan Naina tentangnya.
"oo...really?" reaksi naina mendatar tanpa emosi. Dia tak perlu kisah di mana dia pernah berjumpa lelaki itu.
Razaleigh mendukung Naina ala bridal style menuju ke katil. Serentak itu,Dua orang pelayan dan seorang pemain biola bergerak meninggalkan mereka berdua.
Razaleigh membaringkan naina di atas tilam yang bersarung cadar berwarna maroon. Haruman bunga mawar memenuhi deria bau Naina.
Razaleigh membuka kot nya. Jarinya laju membuka kancing kemeja putih lalu menanggalkannya dari tubuh.
Naina tersenyum melihat tubuh lelaki tersebut. Tubuhnya kekar dengan lengan dan perut berotot.
Perlahan razaleigh mendekati Naina dari hujung kakinya dan kini wajahnya berada setentang dengan wajah naina.
Razaleigh menatap bibir merah naina dan kemudiannya mata mereka bertemu saling menatap. Kedua duanya hanya diam.
"what should i call you? Naina or maria?" tanya razaleigh sambil jarinya mengelus lembut pipi Naina.
"ikut you" Naina memejamkan mata bersedia untuk aksi seterusnya.
" Maria. Its suits you well" Razaleigh berbisik di telinga Naina.
Dengupan jantung Naina semakin kuat apabila bibir lelaki itu menyentuh bibirnya. Deru nafas lelaki itu semakin kuat kedengaran di halwa telinga Naina. Kucupan lekaki tersebut beralih ke lehernya.
Naina menjangkakan ramasan di payudaranya tapi entah mengapa tiba tiba lelaki tersebut berhenti dan bangun menjauh darinya.
Naina membuka matanya dan melihat lelaki tersebut mengambil sebotol champagne dan berjalan menuju ke balkoni.
Ini kali pertama berlaku kepadanya. Selalunya lelaki akan tergesa gesa menikmati tubuhnya.
Tapi lelaki itu...Jujur, ada rasa kecewa terbit di hati Naina. Mungkinkah dirinya tidak cukup mengoda. Mungkinkah lelaki itu kecewa kerana Naina tidak seperti yang dia jangkakan.
Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan tapi kakinya melangkah tanpa paksaan menuju ke balkoni.
Naina memeluk lelaki tersebut dari belakang. Lelaki tersebut hanya berdiam diri sambil meneguk champagne terus dari botolnya.
"Are you okay?" tanya Naina
Lelaki tersebut tidak menjawab. Dia merenung lautan luas yang disinari rembulan.
Naina melepaskan pelukannya dan berdiri di sebelah lelaki tersebut.
Dia pun turut memandang lautan di hadapannya. Dia menghirup dalam dalam udara malam yang segar
"Maaf I tak bermaksud nak singgung perasaan you" Lelaki itu bersuara tanpa memandang Naina.
"Its okay" Naina memandang lelaki itu. Raut wajah lelaki itu tenang. Ini adalah lelaki termuda yang melangganinya. Sepanjang dia menjadi maria. Dia telah melayani lima orang lelaki kaya berhidung belang termasuk lelaki disebelahnya ini.
Tapi Razaleigh...berbeza. Ada sesuatu berbeza tentang razaleigh. Hanya sedikit penasaran kenapa razaleigh tidak melakukan hubungan sex dengannya.Bukan itu ke alasan kenapa melanganinya?
"you ada nak tanya i ke?" lelaki itu memandang pula Naina.
Cepat cepat naina mengalihkan pandangan matanya ke arah laut semula.
"Our rules ialah Jangan bertanya"
Mr. Albert sudah memperingati kesemua "barbie doll" dan "ken" kepunyaan dirinya tidak diperbolehkan bertanya banyak tentang klien. Lebih sedikit maklumat peribadi lebih baik.
Razaleigh tersenyum sinis mendengar jawapan Naina itu. Dia meneguk sekali lagi champagne.
Razaleigh mabuk setelah sebotol champagne dia habiskan. Naina kekal menemaninya sambil menikmati keindahan malam.
Lelaki itu tiba tiba memeluk Naina. Bau arak membuatkan Naina merasa loya dan hampir muntah. Busuknya!
Lelaki tersebut melepaskan pelukan dan mundur ke belakang beberapa langkah. Terhuyung hayang lelaki tersebut.
"Maria Irdina! Kenapa you buat I macam ni?"
"you dah mabuk ni?" Naina menopong badan razaleigh yang seperti sudah tidak larat membawa badannya sendiri. Dia membawa lelaki itu ke atas katil.
"aduh berat betul. Makan batu ke?" keluh Naina
Naina terjaga dari tidur apabila sinaran matahari mengenai kulitnya. Naina membuka matanya dan melihat lelaki itu hanya mengenakan tuala putih separas lutut. Dadanya yang bidang dibasahi titisan air.
Aik cepat pulak lelaki ni bangun? Gumam Naina didalam hati.
" I"ll ask maid untuk sediakan breakfast. You bersihkan badan dulu"
Naina terus bangun dan melangkah ke bilik air.
Wow! Dekorasi bilik air ini memang cantik bertemakan open concept dan tropika.
Err....macam mana nak mandi?
Bingung Naina. Sebenarnya dia segan jika ada yang melihatnya dari luar. Aishh...Dia open minded tapi tidak la sampai mandi pun open.
Sudahnya dia mandi dengan bra dan seluar dalam masih tersarung di tubuhnya.
Selesai mandi Naina membalut tubuhnya dengan jubah mandi yang tersedia.
Diatas katil yang siap di kemas rapi terletak sepasang gaun biru terqouise lembut berserta sepasang bra dan seluar dalam.
Naina melihat persalinan tersebut. Mm...memang saiz aku. Macam mana dia tahu?
Naina siap memakai gaun tersebut. Dia melangkah menuju ke bawah. Tangga batu melingkar menambah kecantikan rumah bertemakan pantai tropika tersebut. Tingkap tingkap kecil di dinding membenarkan cahaya menerangi ruang tersebut.
"cik, Ikut saya. Tuan sedang menunggu cik untuk bersarapan" seorang lelaki berumur 40 an menyapa Naina dihujung tangga.
Naina mengikuti langkah lelaki tersebut. Sebuah deck kayu berada di luar. Deck tersebut menghadap laut biru luas dengan pasir putih.
"silakan duduk cik" lelaki itu menarik kerusi setentang dengan Razaleigh.
Razaleigh menghirup kopi sambil melihat sesuatu di dalam tablet androidnya.
Seorang lelaki memakai sut hitam berdiri di belakangnya.
"breakfast?" Razaleigh mempelawa Naina.
Naina hampir keluar air liur melihat sarapan pagi yang terhidang didepannya. Croisant yang masih panas seperti baru keluar dari oven,telur mata kerbau dua biji, hot dog tiga ketul dan sedikit salad buahan epal,strawbery dan anggur.
"cik nak air apa?" tanya pelayan tadi.
"mm..hot choclate ada?"
Pelayan tersebut dengan pantas menyediakan hot choclate permintaan Naina. Satu troley dipenuhi teko berisi kopi panas,teh panas ,choclate panas. Beberapa bekas kecil berisi susu segar, gula dan krim juga ada didalamnya. Tidak juga lupa jus oren segar dan sebotol air mineral.
Orang kaya memang sangat pelik. Hanya dua orang yang bersarapan. Apa perlu pilihan air sebanyak itu?
Naina menikmati sarapannya dengan khusyuk.
Razaleigh tersenyum melihat telatah naina. Dia juga menikmati sarapannya. Mereka berdua tidak bercakap sesama sendiri.
"I akan hantar you balik lepas breakfast" Razaleigh menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian suasana tadi.
Naina hanya mengangguk dan terus sambung menikmati hidangan sarapan paginya.
Naina sampai ke rumah sekitar pukul 12 tengah hari. Dia membuat segelas air teh hijau hangat dan duduk di sofa. Dia memilih channel tv dan mula mengunyah nori.
"cik dah balik? Cik nak makan?saya boleh masakkan sesuatu untuk cik"
Suara latifah mengejutkan Naina. Latifah berdiri di depan pintu sambil memegang vacuum.
"err...takpe" Naina hampir terlupa tentang latifah. Mendengar jawapan Naina, latifah menyambung semula kerjanya yang terhenti.
Tidak sampai 15 minit,Naina sudah pun tertidur di atas sofa.
"tolong!!"
Naina ketakutan tidak keruan apabila brek keretanya tidak berfungsi.Dia membunyikan hon agar kenderaan lain mengelak dari terlanggar keretanya. Dia mengelak sebuah kereta dihadapannya dengan membelok laju ke kanan. Kereta bertentangan tidak dapat mengelak keretanya dan terus menghentam bahagian sisi keretanya. Kepala Naina terhentak kuat. Kereta yang dipandu itu hilang kawalan dan terus jatuh dari jambatan tinggi.
Aaaa.................!!!
Perasaan terjatuh dari tempat tinggi itu menyebabkan Naina terbangun dari tidurnya. Naina mengalami mimpi sama setiap hari. Pada mulanya tercari cari penyebab mimpi tersebut namun setelah bertahun mengalaminya dia sudah terbiasa.
Naina bangun dan menuju ke dalam biliknya. Dia menanggalkan baju dan membaluti tubuhnya dengan tuala.
Dia masuk ke dalam bilik air dan membuka pili tab mandi. Dua butir bath bomb di masukkan setelah air tab penuh. Buih buih memenuhi tab tersebut. Wangian mewah bunga mawar memenuhi ruang tersebut.
Naina merendamkan tubuhnya. Fikiran mula terbayang hal semalam yang baginya sedikit istimewa. Ibarat sebuah percutian yang menyenangkan. Bayang wajah razaleigh mula terpamer di fikirannya. Entah mengapa wajah itu seakan dia pernah nampak dan pernah mengenali sesosok lelaki bernama razaleigh itu. Tapi dimana?mungkin masa fundraiser party tu aku ada menyapa dia..cuma aku je tak ingat.
"kau bid lagi untuk Maria"
"baik tuan"
Razaleigh mengambil satu frame gambar diatas meja kerjanya. Dia menatap gambar di dalam frame tersebut.
"meet again sayang"
sebuah senyuman menghiasi wajah razaleigh. Sebuah senyuman yang sarat dengan berbagai perasaan.
Keesokkan harinya Naina ada latihan gym bersama coach azam. Latihan ini wajib di hadiri Naina. Ia adalah program yang di atur oleh Mr. Albert tan. Katanya ia untuk meningkatkan stamina dan menjaga tubuh badannya.
"bagus Naina. Kita rehat sekejap. Okay"
Azam berlalu meninggalkan Naina yang sedang buat squad. Rose menelan air liur apabila menatap punggung Naina.
"oo girl. Aset you aummm! So semalam okay tak? Albert kata klien bawa you jauh dari tempat biasa"
"okay je"
"itu je? Tak nak cerita kat i ke?"
"beb. Our rules kan keep quiet. So you pun kenalah keep quiet"
Naina minum air dalam botol yang dibawanya. Dia mengelap peluh yang mengalir di dahinya.
"huh! I kan tak sama" protes Rose
"malam ni tak ada program kan?" Naina melihat telefon bimbitnya.
"haah. You nak ke club malam ke? Rose tersenyum lebar. Matanya bersinar sinar.
"No thank you. I dah ada program sendiri"
baru ada masa untuk update. thank you baca
Share this novel