Hari ini hari kedua naina akan masuk ke dalam habib gold corporation. Langkahnya menjadi tumpuan para pekerja disitu. Masing-masing berbisik dan bergosip mengenai dirinya sejak semalam.
Naina berdiri di depan meja setiausaha seksi yang semalam dia temui. Setiausaha tersebut tidak menghiraukan kehadiran naina.Itu membuatkan naina merasa kesal dengan sikap pekerjanya itu. Entah dia setiausaha atau perempuan simpanan dengan pakaian yang menjolok mata.
Naina berdehem kepada setiausaha tersebut. Setiausaha tersebut memandang naina. Dia bertanya dengan sikap acuh tak acuh kepada Naina.
"ermm..nak apa?"
Naina menyilangkan tangannya memeluk tubuh. Suaranya tegas.
"Panggilkan aku General Manager"
"Dia sibuk"
"Siapa CEO?"
"Encik jamaludin pun sibuk. Diorang meeting. Datang lain kali" setiausaha tersebut menjeling kepada naina.
"Amboi...sikap memang excellent kan! Macam besar sangat pangkat kau. Aishh...sabar naina sabar" gumam Naina.
"Maaf cik,saya terlambat sampai." Encik Razak berdiri di sebelah Naina. Sepatutnya mereka sampai bersama tapi malam tadi encik Razak kata dia akan terlambat sedikit kerana ada hal peribadi yang harus diselesaikan sebelum ke habib gold corporation.
"Takpe encik razak. Jom kita bermula" naina menarik nafas dari hidung dan menghembuskan melalui mulut. Setiausaha tersebut tersenyum sinis melihat kelakuan naina.
Naina berjalan hendak menuju ke bilik mesyuarat.
"Eh stop! Ewah..ewah..main masuk je you all ni. I said they are busy. Please leave now or I will ask security to chase you!" lantang setiausaha tersebut didepan naina.
"wow..what an attitude. You will be my 1st person to be fired. So move!" naina menolak setiausaha tersebut dan terus berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Encik Razak pula mengikuti dari belakang.
Naina menolak pintu bilik meeting. Setiausaha tersebut juga ikut masuk.Semua yang ada dalam bilik meeting tersebut terkejut dengan kehadiran naina.
"Maaf tuan, wanita ini merempuh masuk tanpa kebenaran. Saya dah halang tadi tapi…" perkataannya terhenti apabila jamaluddin memberi isyarat pergi kepadanya. Setiausaha tersebut keluar dari bilik itu dan kembali ke meja kerjanya. "jaga kau!" gumamnya sendirian.
Naina melihat mereka satu persatu. Mereka semua ini adalah lembaga pemegang saham syarikat habib gold.
Pucat lesi wajah jamaludin melihat kehadiran naina. Dia baru memulakan sidang mesyuarat bagi membincangkan kemunculan semula maria.
" Hi everybody! Long time not see" naina memberikan senyuman paling manis buat kelima lima orang yang ada di bilik mesyuarat. Pandangannya terhenti pada seorang lelaki muda dalam lingkungan 30an. Wajah lelaki itu seperti familiar tapi entah dimana mereka bertemu.Naina tidak ingat." Ahh..lantaklah tak penting. Kalau penting tentu ingat kan?"
Naina duduk di kerusi dihujung meja bertentangan dengan jamaludin. Encik Razak duduk berdekatan dengannya.
"maaf tuan tuan. Nama saya Razak. Saya merupakan peguam Cik Maria Irdina bt habib usman. Cik maria menuntut kesemua saham dan jawatan yang dahulu atas namanya" razak menyerahkan fail kepada pemegang saham.
"you bukan dah mati empat tahun lalu?" tanya Dato' hussin. Dato' hussin mempunyai sebanyak 10% saham di syarikat tersebut.
"Kalau I mati..so am I look like a ghost to you right now? Naina merasa muak pula menjawab soalan klise lagi bodoh seperti itu.
Lelaki muda misteri tersebut tersenyum mendengar kata kata yang keluar dari mulut naina.
Seorang lelaki menutup fail tersebut. Dia bangun dan bersuara "Welcome back miss maria irdina. I am your company lawyer. My name is Ahmad Bakri"
Naina mengangguk kecil. Peguam syarikat sudah bertukar rupanya. Apa terjadi dengan uncle johar peguam syarikat terdahulu?
"So Ahmad Bakri..Am I eligible for CEO?"
"No, maria!Uncle pemangku CEO empat tahun. You tak boleh senang senang kembali dan kata you nak kesemuanya" Jamaludin meninggi suara
Naina tersenyum. Tangannya menggigil. Sungguh sebenarnya dari awal tadi dia sudah menggigil. Dia mengejapkan genggaman tangannya. Dia sedang berusaha mengawal agar tidak terlihat gugup.
" tuan mungkin pemangku tapi cik maria ialah CEO sebenar syarikat ini" Ahmad Bakri memberikan sokongan terhadap naina.
" I setuju" lelaki misteri itu memberikan pula sokongannya.
Dua pemegang saham yang lain terpaksa setuju apabila mereka melihat isi kandungan fail tersebut.Lagipun dihadapan mereka ini memang maria. Wajah,susuk tubuh dan cara bercakap yang sama seperti maria yang mereka kenali hanya saja kali ini maria berhijab.
"No maria. Uncle adalah pemegang saham terbesar habib gold."
"Erhmm" lelaki misteri itu mendehem.
"jika diikutkan saham you hanya 10% sahaja. Selebihnya milik maria irdina dan maria sofea." sambung lelaki misteri itu.
Kata kata lelaki itu mendapat sokongan pemegang saham lain dan peguam syarikat.
"welcome back maria" kedua dua pemegang saham mengucapkan tahniah dan berlalu pergi meninggalkan naina.
Jamaludin adalah orang pertama yang keluar dari bilik mesyuarat. Sakit hatinya bila usahanya kini musnah.
"feel free untuk temui saya jika perlukan bantuan saya" ucap ahmad bakri seraya bangkit dari duduknya dan berlalu pergi.
"thank you sebab sokong I. You beli saham dari Tuan andrew dan Uncle Ramlan ya?" naina menyapa lelaki misteri tersebut.
"sharp mind. Exactly, i memang beli dari mereka. My name is Tengku adlil khaleeq"
Naina teringat lelaki itu. Dia lelaki yang dia jumpa masa hari pelancaran produk terbaru lancome hari itu. Huh, lembab kau fikir naina! Monolog naina dalam hati.
Harap harap lelaki itu tak mengenalinya. Naina Talita adalah sosok tubuh berpenampilan terbuka,tidak berhijab dengan wajah yang bermake up. Sedangkan hari ini, ya sejak beberapa hari ini dia telah berhijab dan penampilan wajahnya polos hanya mengenakan gincu warna lembut pada bibirnya.
Naina tersenyum sambil menyambut huluran salam dari lelaki itu. Naina melepaskan salaman tangannya. Dia ingin berlalu pergi tapi langkahnya terhenti apabila mendengar lelaki itu memanggil.
"Naina!"
Naina memalingkan wajahnya.
"you look gorgeous bila bertudung macam ni" puji lelaki tersebut.
Naina mengedipkan matanya, terpana sebentar. Ada juga yang mampu cam dirinya tanpa make up tebal.
" sorry i think you got a wrong person"
Naina cepat cepat meninggalkan bilik mesyuarat tersebut. Belum masanya orang mengenali dia sebagai Naina talita si artis popular.
Naina masuk ke dalam pejabat CEO. Setiausaha seksi tersebut sedang memeluk jamaludin! Aksi tersebut mengundang loya naina dibuatnya! Padanlah sombong lain macam setiausaha tersebut.
"hei, biadab sangat you kan masuk tak ketuk pintu dulu!" tengking setiausaha tersebut.suaranya yang kuat membuatkan man dan mizan masuk ke dalam bilik pejabat.
"cik semua okay?" tanya mizan.
Man pula memandang tajam setiausaha tersebut.
"It's okay. Aku okay. Korang tunggu luar" naina memberikan arahan. Terkadang kedua bodyguard yang diupah razaleigh agak menyesakkan dirinya dengan sikap protektif yang keterlaluan.
"sayang..baby bum..tengok dia tu. Dia siapa? Your new girlfriend is it?"renggek setiausaha tersebut.
"shut up" jamaludin menepis tangan setiausaha nya yang berpaut di lengan.
"well...uncle jamaluddin. Have you packed your things? I rindu office. Kalau boleh cepat sikit kosongkan." Naina duduk di sofa menyilang kakinya.
Beberapa orang pekerja masuk dan membantu jamaludin memindahkan barang barang kepunyaannya.
"hei, letak semula. Ini barang barang husband i. Dia CEO and this is his office. Put that back here you moron!" setiausaha tersebut memarahi pekerja pekerja yang membantu mengalihkan barang barang jamaludin.
"Well,uncle...is auntie zainab okay?Divorced or polygamy?"
Jamaludin yang dari tadi diam merasa risih dengan pertanyaan naina dan juga sikap isteri keduanya yang seperti anak manja memarahi pekerja.
"shut up rina! Respect her, she is our CEO!" jamaludin meninggi suara kepada setiausaha yang merupakan isterinya itu.
Setiausaha tersebut terdiam bila dibentak begitu.
"auntie zainab okay. Bila ada masa datang rumah jumpa dia. Dia pasti suka" jamaludin memberikan senyuman kepada naina. Dia kemudiannya melangkah keluar. Sementara ini dia ditempatkan di pejabat milik lembaga pengarah.
Naina duduk di kerusi CEO apabila mereka semua keluar dari pejabatnya. Dia teringat dulu tempat ini diduduki oleh ayahnya kemudian diberikan kepadanya apabila dia berjaya membuktikan kemampuannya membawa keuntungan besar kepada syarikat.
"apa khabar pia? Aku harap dia cepat sedar dari koma. Aku harap semuanya kembali seperti dahulu"
Share this novel