Bab 6

Drama Completed 12380

Rose sedang berborak dengan grace. Membawang tentang perkara yang berlaku didalam pejabat Albert Tan ketika ini.

Mereka berdua terdiam apabila pintu pejabat dibuka dari dalam dan razaleigh serta bodyguardnya beredar keluar.

Melotot mata Rose melihat Razaleigh. Tanpa sedar rose melambai tangannya sambil tersengih bagai kerang busuk. OMG! hi hotty!

Razaleigh tidak memberi response terhadap Rose. 

"ouch, sakit hati I!"  Rose menepuk dadanya sendiri.

"dramatic la you ni" grace ketawa melihat telatah Rose

"you okay Naina?" Rose masuk ke dalam pejabat.

"aku okay" Naina masih memegang loket rantai yang tergantung dilehernya. Mummy su pernah beritahu yang rantai ini memang sudah lama dipakai Naina sejak dari hari pertama mummy su menemui dirinya.

"aiya...i lost banyak. Mana i nak cari lagi macam you Naina?"

Albert tan memicit keningnya. Dia menghembus nafas berat.

"So maksudnya I masih PA Naina lagi tak bos?"

Rose ingin tahu status kerjayanya memandangkan ada perubahan kontrak Naina sebagai maria.

"aishh...I sakit kepala fikirkan Naina. You tanya dia la still nak you jadi PA tak?"

Rose memandang Naina yang sejak dari tadi mendiamkan diri.

"Of course beb kau tetap PA aku. Tak ada yang tip top selain you" Naina senyum memandang Rose. Senyuman yang menyatakan dia berbesar hati untuk mengekalkan rose sebagai PA nya.

Razaleigh menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu peribadinya. Dia duduk di tempat duduk belakang sambil memegang telefon bimbit.

"Aku nak kau hantarkan dua orang kita awasi Maria. Laporkan pada aku setiap masa"

"baik Tuan" jawab bodyguard razaleigh yang duduk di hadapan di sebelah pemandu.

Razaleigh harus memastikan sesuatu. Dia mendail nombor pembantunya.

"Sediakan president suite untuk malam ni. Call maria jumpa aku malam ini. No excuses"

Razaleigh mematikan panggilan telefon tersebut.

"sekarang kita nak kemana dulu tuan?"

Pemandu menanyakan arah tujuan.

"Tempat biasa"

Naina masih di dalam pejabat Albert Tan ketika menerima sebuah panggilan.

Kringg! Kringg! Kringg!

"yes?" 

"miss Naina Talita?"

"yes. Siapa ni?"

"hi, I'm jacob dari Tamco. Syed razaleigh minta cik datang ke Eq hotel malam ini"

"i tak janji boleh datang!"

"compulsory cik. Jumpa cik sebentar lagi. Terima kasih"

Belum sempat Naina membalas,panggilan telah dimatikan. Huh, Bos dengan pekerja sama je menyakitkan hati! 

"Rose malam ni aku kena jumpa SR"

"SR?"

"Daa..Syed Razaleigh"

"Wow cute name. Orangnya pun boleh tahan.Pecah ovari I" Rose membuat gerakan tangan seperti kucing mencakar

"kau ni macam macamlah" Naina menggeleng kepala .

"Esok, aku ada program apa?" 

"Esok...aa...ok. Latihan dance dan spa. Albert, Naina still boleh datang spa?"

Rose memandang Albert meminta kepastian.

"of course tapi i dah tak support. You kena bayar sendiri. I boleh bagi discount 50% .Lepas ni i akan susun strategi baru untuk lariskan album you"

"Boleh saja. Aku nak pakej urutan"

Naina setuju memandangkan dia sudah terbiasa dengan service yang diberikan oleh spa esklusif milik Albert tersebut.

"Noted my diva" Rose menaip sesuatu di tabletnya.

"jomlah balik. Aku rasa letih" ajak Naina kepada rose.

"Ok Albert. I balik dulu. Jangan sedih sangat. Keuntungan I jadi artis you lebih banyak okay"

"That's why I stress. Today I lost Maria and I harap esok I tak loose you as Naina Talita pulak."

Naina tidak membalas apa yang diperkatakan oleh Albert. Dia sendiri pun tidak pasti tentang hal yang belum terjadi. Yang pasti contract sebagai Maria yang telah batal itu sedikit sebanyak membuat hatinya merasa syukur.

Setibanya Naina dirumah kedengaran tangisan anak kecil memenuhi setiap ruang di rumahnya.

"kenapa dengan baby?" Naina masuk ke dalam bilik yang dihuni oleh tiga beranak itu. Naina mendukung bayi tersebut. Tangannya menepuk nepuk perlahan belakang badan bayi tersebut.

"susu apa kau bagi ni?" Naina melihat susu didalam botol susu tersebut. Teksture susu tersebut sedikit cair.

Latifah hanya mendiamkan diri.

"Latifah bagi susu pekat manis" Mak mah tolong menjawab bagi pihak anak perempuannya.

"hah? Biar betul !"

"susu badan saya sejak seminggu ini semakin kering. Saya tak cukup duit nak beli"
Ada kesayuan di wajah latifah. Sayu kerana tidak berdaya memberikan kesempurnaan buat anaknya.

Naina hanya mendiamkan diri. Dia meletakkan bayi tersebut di atas tilam. 
Naina keluar ke ruang tamu. Dia duduk diatas sofa. Matanya fokus melihat skrin telefon bimbitnya. Dia menekan icon foodpanda. 

Dia masuk semula kedalam bilik latifah.

"aku dah order susu dari foodpanda. Nanti kau ambil. Aku dah bayar. Malam ni aku nak keluar,mungkin tak balik"

Naina ke luar dan masuk pula kedalam biliknya. Dia merebahkan dirinya. Matanya dipejam rapat. 

Kring! Kring! Kring!

Telefon bimbit Naina berbunyi. Dia menjawab panggilan tersebut dengan mata yang dipejam semula.

"hmm...hello"

"hello cik Naina. Kereta akan sampai sebentar lagi untuk menjemput cik. Toyota Vellfire. Ada dua orang bodyguard kami akan jemput Cik. Terima kasih"

Panggilan dimatikan.

"Dah nak sampai ke?ala baru pukul berapa..awal lagi! Kacau je la" Bebel Naina. Dia memeluk bantal semula.

"tok! Tok! Cik! Tok! Tok! Cik Naina!

Ketukan pintu bilik dan suara Latifah memanggil namanya mengejutkan Naina dari lena.
Naina mengaru kepalanya sambil menguap luas.
"Iye! Tunggu kejap!"

Dia tengok jam sekarang menunjukkan pukul 8malam. Hah pukul 8?! Lama juga aku tidur.

Dia cepat cepat mencapai tualanya dan masuk kedalam bilik air untuk membersihkan badannya.

5minit kemudian dia siap mandi dan tergesa gesa memilih pakaian yang bersesuaian.

Susah juga rupanya memilih pakaian. Dia sudah terbiasa diuruskan oleh staff Albert tan.

"mm...ni bolehlah"

Naina mengambil sehelai gaun satin berwarna hitam polos. Kelihatan menawan dengan gaun paras lutut dan tidak berlengan.Gaun tersebut menyerlahkan leher jinjang dan kakinya yang menawan serta lekuk tubuhnya yang menarik.

Dia memakai riasan mata ringkas dan bibir dioles dengan gincu berwarna merah. Rambutnya dibiar lepas dan dibuat beralun.

Naina keluar setelah menyarungkan high heels hitam berlabucci jenama jimmy choo serta clutch dari nada warna yang sama.

"cik, ada orang sedang tunggu kat luar"

Latifah kagum melihat penampilan Naina. Cantik dan anggun seperti kali pertama mereka bertemu.

"ingat lock semua. Aku mungkin tak balik. Kalau aku balik aku call kau. Macam mana serasi susu anak?"

Sempat Naina bertanya tentang anak latifah.

"serasi cik. Tidur dah dia. Terima kasih jasa cik"

Naina di apit oleh dua lelaki berbadan sasa menuju ke kenderaan yang sedang menunggunya.

Setibanya di hotel. Barisan penghadang dari kain di rentang sepanjang lobi hingga lift khas. Naina turun dan mengikuti arah penghadang tersebut. Naina menaiki lift dan dibawa ketingkat paling atas bangunan 20 tingkat ini.

"silakan cik"
Mereka membuka pintu untuk naina.Naina kagum melihat dekorasi modern mewah suite ini. Di bahagian kanan ada private jakuzzi dan kolam renang dengan pemandangan malam kuala lumpur.

"kau lambat!"

Suara Razaleigh bergema di telinga Naina. Naina menoleh dan kelihatan razaleigh sedang duduk sambil minum segelas air. Suasana sedikit gelap yang hanya diterangi lampu dinding menyebabkan naina tidak perasan lelaki itu. 

"strip off"

"hah?"

"you heard me"

Tangan Naina mula mengigil namun dia mengepal kuat tangannya menandakan dia harus kuat.

Zip baju diturunkan dan pakaiannya melurut jatuh mensisakan hanya bra tanpa tali dan gstring ditubuhnya.

"closer"

Naina mendekati razaleigh dengan empat langkah. Kini Naina berada sangat dekat dengan razaleigh. Tangan Naina semakin kuat mengigil. Semakin kuat juga kepalan tangannya. Memang begitu setiap kali perkara ini berlaku dan apa jua yang membuatnya stress.

Razaleigh menyentuh peha Naina. Tangannya mengelus perlahan peha naina. Usapan itu bagai aliran elektrik yang merenjat tubuh naina.

"pusing"

Naina membalikkan tubuhnya. Bahagian belakang badannya menghadap razaleigh. Tangan razaleigh mula mengusap punggung Naina.

"Betul kau rupanya Maria. Kau boleh tipu dunia tapi kau tak boleh tipu aku!" Monolog razaleigh didalam hati sambil jarinya mengusap tiga bulatan kecil tanda lahir yang membentuk tiga segi di punggung Naina.

tq yang beri rewards utk saya. tq juga yang sudi baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience