" kepung tempat ini. Jangan bagi sesiapa terlepas! "
" Baik Tuan "
Pasukan polis bersama unit pencegah maksiat jabatan agama islam mengepung satu banglo mewah. Malam itu pihak polis berjaya menahan lima orang pengawal peribadi, seorang ahli perniagaan dan seorang artis wanita atas kesalahan terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.
Di Tempat berlainan polis juga menahan Albert dan beberapa orang yang berkait dengan pelacuran kelas atasan dikalangan artis dan kegiatan pelacuran di kelab malam milik Albert.
Berita panas tersebut menjadi topik utama berita Malaysia. Naina menutup tetingkap berita harian online. Dia meneruskan makan sarapan paginya.
Tit tit tit!
Bunyi notis kemasukan mesej baru di telefon naina. Nama Razaleigh terpapar di skrin telefon naina. Sudah seminggu mereka tidak berhubung.
'selamat hari lahir Mar. Aku dah berikan hadiah buat kau. Bebas dari Albert seperti yang kau hajati. Aku sayangkan kau'
Naina bersyukur dengan hadiah tersebut. Sungguh bersyukur kini dia tidak ada kaitan dengan albert lagi.Hari ini hari pertama untuk mencorak hidupnya dengan lebih baik.
Tentang lelaki itu. Entah lah. Dia rindu tapi walau apa pun perasaannya. Dia sedar yang mereka tak akan dapat bersama. Dia sedang berusaha melupakan lelaki itu walaupun sukar.
" cik nak air lagi? " tanya latifah. Hari ini dia juga akan memulakan perjalanan kerjayanya sebagai setiausaha Naina.
" kau ni..tak payahlah cik bagai. Kau dah sarapan? "
" Kejap lagi cik. Saya nak keringkan baju dulu "
" Latifah, kau dan Mak Mah tak payah la buat kerja rumah. "
" takpe cik. Ni cara saya balas budi cik yang dah benarkan kami duduk disini. Andai cik tak bawa kami..tak tolong kami. Agaknya saya, mak dan rayyan masih di bawah jambatan "
" aish..suka hati kau la " naina mengalah malas untuk bertekak tentang hal yang sama. Lagipula dia tidak suka mengungkit kebaikan yang dia berikan.
Naina segera menghabiskan tugasan nya. Sebelah pagi ini dia sedang sibuk membincangkan tentang rangka promosi untuk design terbaru habib gold.
Tit tit tit !
' Mar, jangan lupa ya date kita. Petang ni di bukit ampang tau. Aku tunggu! '
Naina tersenyum lebar membaca mesej dari Pia. Tidak sabar dia ingin berjumpa adiknya itu.
Dari jauh maria sudah melihat kereta pia yang di parking di lereng bukit tersebut. Bukit ampang dulunya adalah tempat kegemaran maria dan pia.Mereka sering berkunjung ke sini menikmati panorama Kuala Lumpur waktu malam.
" kau sihat pia? "
" aku sihat "
" kau okay? " Naina melihat pia seakan muram. Pasti ada sesuatu yang berlaku padanya.
Pia tidak dapat menahan air matanya. Hatinya sedang dilanda kesedihan. Dia tidak mahu naina tahu tapi entah lah mengapa dia tidak mampu menyembunyikan perasaannya.
" Aku dah bercerai "
Naina terkejut mendengar khabar tersebut dari mulut pia. Maksudnya razaleigh memilih dirinya. Naina mati akal. Dia tidak tahu bagaimana untuk menenangkan hati pia memandangkan dia adalah punca mereka bercerai. Saat ini dia terasa seperti dirinya lah orang ketiga dalam hubungan pia dan razaleigh.
" aku harap kau berbahagia dengan Raz. Aku okay kau jangan risau. Dari dulu aku yang salah " pia mengesat air matanya.
Naina masih tidak tahu apa yang harus dia katakan pada Pia. Ada rasa lega mendengar yang razaleigh memilih dirinya tapi mengapa hatinya tidak gembira? Terasa semua ini salah.
" selamat hari lahir maria "
Pia memeluk maria. Pia kini sudah boleh berjalan walaupun tidak boleh berjalan jauh kerana kakinya mudah terasa letih. Dia boleh berjalan berkat dari terapi yang dia hadiri setiap hari.
" selamat hari lahir pia. maafkan aku pia. "
Naina membalas pelukan pia.
"Ada seseorang yang aku bawa khas untuk kau Mar " pia melepaskan pelukan tadi. Dia tersenyum manis.
Entah dari mana razaleigh muncul membawa sejambak bunga peony di tangannya. Nasib baik belum ramai yang berkumpul di bukit ampang. Kalau ramai malu juga di buatnya.
" for my love " razaleigh menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada naina. Naina menyambut bunga tersebut dengan senyuman lebar menghiasi bibirnya.
"Jom" razaleigh menggenggam tangan naina menariknya untuk jalan seiringan mencari tempat duduk. Lokasi bukit ampang bila malam sangat meriah. Waktu petang begini biasanya menjadi tempat jogging.
Pia berjalan di belakang mereka. Sejujurnya dia tidak menyesali keputusan yang sudah dia pilih ini. Berpisah dengan orang yang dia puja tentulah menyakitkan. Tapi tiada gunanya jika hanya bertepuk sebelah tangan. Lambat kaki pia melangkah,terasa tidak bersemangat ketika ini. Namun demi mereka,dia menggagahkan diri.
Sebuah kereta wira hitam meluncur laju ke arah mereka dari lereng bawah bukit.Pia yang melihat kereta tersebut menjerit
" Maria !! " .
Pia menolak maria dan razaleigh mendorong mereka ke depan menjauh dari kereta tersebut.
" Pia !! " razaleigh menjerit.
Buk!
Pia tidak sempat mengelak dari kereta tersebut. Dirinya tercampak dan jatuh. Naina yang tadi tergamam kini menjerit memanggil pia.
Razaleigh berlari mendapatkan pia. Dia memangku pia. Darah keluar dari tubuh wanita itu yang terbaring tidak sedarkan diri.
" pia ! ! Bertahan ! Jangan tinggalkan aku pia !! "
" sial ! " Maki tiger kerana tidak berjaya membunuh kedua dua perempuan tersebut. Pia dan maria. Dia sudah dapat peluang baik tadi andai saja pia tidak menolak maria. Berhari hari dia mengikuti setiap langkah kedua perempuan tersebut mencari peluang menyelesaikan kerjanya namun sukar kerana mereka di kelilingi oleh bodyguard.
Tiger mengundurkan keretanya. Dia dengan lajunya memusingkan stering kereta untuk membuat pusingan u. Keretanya melanggar gerai dan mencederakan dua orang penjaja kedai makan yang sedang sibuk menyiapkan persediaan membuka gerainya.
" I tak boleh maafkan diri I kalau sesuatu berlaku pada pia! " razaleigh mengacak rambutnya kasar. Saat ini dia sangat risau dengan keadaan pia.
Naina mengusap lembut bahu razaleigh. Cuba untuk menenangkan perasaan razaleigh. Saat ini semua perasaan naina bercampur aduk. Dia risau dengan keselamatan pia.
Doktor membuka pintu bilik pembedahan.
"siapa waris maria sofea?"
Razaleigh yang mendengar pertanyaan doktor tersebut segera menghampirinya.
" saya suami dia doktor. Macam mana isteri saya? "
" Alhamdulillah, isteri tuan selamat.Kita dah buang darah beku di otak. Isteri tuan alami kecederaan kepala, patah enam tulang rusuk dan patah kaki kiri. Sekarang dia masih tidak sedarkan diri. "
" boleh saya masuk lawat dia doktor?"
" boleh tapi hanya seorang saja dan saya harap tak ganggu dia ya "
" baik. Terima kasih doktor "
Razaleigh terus berlalu meninggalkan naina. Dia tergesa gesa mengikuti pia yang didorong di atas katil menuju ke wad.
Naina terasa dipinggirkan. Sepatutnya di waktu seperti ini dia seharusnya tidak cemburu dengan sikap razaleigh.
Naina menggerakkan kaki mengikuti langkah mereka. Nurse begitu sibuk memasang mesin jantung dan merapikan dripper pia. Setelah siap mereka keluar dari ruangan tersebut. Razaleigh duduk di kerusi disebelah pia. Razaleigh memegang wajah pia. Air matanya mengalir. Dengan suara serak dia memanggil nama pia perlahan.
" pia…"
" pia..please bangun cepat ya sayang. Abang tak sanggup hilang pia. Bangun ya sayang "
Naina yang berdiri di belakang tersentak dengan kata kata razaleigh. Hatinya pilu. Dia melangkah keluar dari bilik wad tersebut. Laju langkah kakinya menuju ke tandas berdekatan.
Naina mengunci dirinya di dalam tandas. Dia menangis sepuasnya.
Dua hari sudah berlalu sejak kejadian itu. Pihak polis berjaya menangkap tiger. Tiger ditahan dengan dakwaan cubaan membunuh dan mencederakan orang.
" tak guna punya tiger ! Bodoh ! " maki Jamaludin. Hatinya terbakar dengan kemarahan.
" bang, minum " Zainab isteri jamaludin meletakkan satu mug kopi di atas meja.
Jamaludin menghirup air tersebut.
" Ouch ! Kurang ajar kau sengaja nak aku hirup air panas ni kan? " Bibir jamaludin terasa perih kerana menghirup air panas tersebut.
Hati yang panas bertambah panas dengan perkara itu. Dia mengambil mug berisi kopi panas tersebut.
" maaf bang..tadi abang minta kopi panas..jadi.." Zainab menggigil melihat suaminya. Dia yakin pasti suaminya akan menyimbah kopi panas tersebut ke padanya.
Zuss !
Betul tekaan zainab. Lelaki itu tanpa rasa belas kasihan menyimbah kopi tersebut mengenai wajahnya. Pedih zainab menahan sakit yang terasa. Dia berlari ke dapur. Air paip di alir kan ke wajahnya.
Sakit yang dia rasa tidak sesakit hatinya. 30 tahun usia perkahwinan mereka. Sepanjang usia perkahwinan Zainab dan jamaludin, mereka tidak dikurniakan zuriat. Kerana itu, Zainab menderita apabila dirinya di sia siakan dan di anggap tidak berguna. Setiap hari dia berdoa ada keajaiban berlaku.
Jamaludin keluar dari rumah menuju ke rumah Dania isteri keduanya. Bersama Dania segala resahnya hilang. Wanita itu sangat pandai menghiburkan dirinya. Lagipula wanita tersebut memberinya zuriat yang lama dia nantikan iaitu seorang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun.
Jamaludin membuka pintu rumah dengan kunci miliknya. Kelihatan di ruang tamu anak lelaki nya sedang tidur. Dia mencium pipi anak lelaki itu. Dia berjalan menuju ke dalam bilik mencari isteri kesayangannya.
Pintu bilik di buka dan dia masuk. Alangkah terkejutnya melihat isterinya dania berada diatas badan seorang lelaki yang sedang terbaring di atas katil.Kedua dua mereka tidak berpakaian.
Dada Jamaludin terasa sakit. Nafasnya seakan terhenti. Dia cuba menarik dan menghembus nafasnya tapi terasa sangat sakit. Pandangan matanya semakin kelam hanya jeritan Dania saja yang dia dengar.
" you ! You okay tak? "
maaf lambat pula update. utk mengejar cinta you malam nti update. happy reading..maria dah nak sampai penghujungnya. tq kepada semua yang sudi baca dan sudi komen. saya hargai sangat..mmuah =)
Share this novel
raz mcintai isterinya sbenarnya..kesian naina..tk apo khaleed kn ado...hehehe