" so you dah buat decision? "
Razaleigh menghirup air teh lemon sambil matanya memandang rose.
" Yeah..i...i ambil keputusan untuk tolong you "
Rose menyerahkan sekeping kertas kepada razaleigh.
Razaleigh mengambil kertas tersebut. Di dalamnya tertulis beberapa nama dan juga lokasi perumahan elit.
" Thank you"
Razaleigh menghirup lagi air teh. Kali ini matanya terpaku pada pintu masuk restoran. Kelihatan naina berjalan seiringan dengan khaleeq. Naina dan khaleeq kelihatan ceria berbual sesama sendiri. Senyuman dan tawa naina menyakitkan hati Razaleigh.
" Excuse me. Thanks for your info. I kena balik office dulu. See you again, Rose "
Razaleigh beredar dengan bodyguard nya. Di dalam kereta, razaleigh meluahkan kemarahannya dengan menumbuk kerusi hadapan kereta. Dia benar benar tidak suka dengan kemesraan naina dan khaleeq.
"James, petang nanti arah man dan mizan bawa maria ke Eq hotel."
Razaleigh menyerahkan kertas tadi kepada james.
" kau tahu apa nak buat "
Hari ini naina terlalu sibuk menyusun semula organisasi syarikat dan mempertingkatkan sistem syarikat. Dulu sebelum naina hilang ingatan, memang dia berkemampuan menguruskan syarikat ayahnya ini.
" I nak semua draft design koleksi terbaru atas meja I minggu depan " nampak berwibawa ketika naina mengetuai mesyuarat kakitangan habib gold.
" I think kita kena dapatkan segera pengarah bahagian pemasaran segera " khaleeq bersuara.
Naina mengangguk kepala. Di kepalanya sudah ada seseorang yang layak. Hanya saja dia belum menawarkan jawatan tersebut kepadanya.
Letih otak naina seharian dia mengasah mindanya. Waktu petang begini di bandar raya sudah pasti tersekat dalam kesesakan jalan raya. Deruan angin dari aircond dan gerakan kereta terasa seperti buaian membuai naina hingga terlelap lena di dalam kereta.
"cik maria..cik..cik" man mengejutkan naina. Mata naina terbuka perlahan.
Dia menyapu bibirnya andai ada air liur yang mengalir semasa tidur.
Mizan dan man tersenyum melihat naina. Dari tadi mereka memperhatikan naina tidur. Naina tidur kelihatan seperti patung yang cantik. Nasib baik mereka berdua ni orang baik baik.
"eh kenapa kat sini?" naina baru menyedari ini bukan kawasan parking rumahnya.
"Err...Tuan razaleigh arahkan kami membawa cik ke mari. Sila ikut kami ke president suite cik" man sudah pun membuka pintu kereta untuk naina.
Naina terpaksa mengikuti mereka. Di dalam fikirannya dia sudah bersedia dengan cara untuk melepaskan diri jika razaleigh bertindak tidak elok kepadanya. Dia bukan lagi naina Talita yang mudah putus asa.
" you nak apa? " naina hadir didepan razaleigh dengan wajah yang mendatar tiada reaksi.
Razaleigh memandang naina. Wanita di depannya kini berbeza. Tidak seperti naina talita yang lemah dan tidak pula seperti maria irdina yang dulu selalu tertawan dengan pesona dirinya.
"you dengan khaleeq ada apa?"
Naina mengerutkan kening. Hanya itu? Tentang itu sajakah susah payah razaleigh menyuruhnya kesini.
" bukan urusan you "
Ayat itu bagai pemetik api yang menyalakan api kemarahan di hati razaleigh.
"you dah tak cintakan I maria?"
Naina diam. Entah bagaimana dia harus menyatakan perasaannya.
"pandang I dan katakan pada I" razaleigh menarik wajah naina agar menghadap dirinya
Razaleigh hilang sabar menunggu jawapan naina. Dia mencium bibir naina.Naina menolaknya sekuat tenaga.
"Raz, I bukan isteri you..i hanya bayangan masa lalu..Raz, you milik pia! Tinggalkan I raz..biar I tenang tanpa you! " Naina menyeka air mata yang mengalir di pipi. Dia sudah berjanji pada dirinya yang dia tidak akan tangisi lagi kehilangan cinta.
" sebelum I jawab soalan you. You katakan pada I...siapa pia dihati you? Sahabat? "
" Dia isteri I "
"Habis tu I siapa raz?"
Razaleigh diam.
"kalau you dah tahu I siapa..carilah I"
Naina keluar dari suite tersebut. " mizan, jom hantar aku balik"
Mizan memandang man. Dia tersenyum. Sempat dia menyakat rakan sekerjanya.
"Kau tengok..aku spesial bro! Nama aku selalu dia sebut. Kau ada?"
Man memandang mizan. " halah..kecoh! "
**********
Razaleigh sampai dirumah ketika itu pukul 9 malam. Langkahnya berat seperti beratnya fikiran dia yang sedang celaru memikirkan kata kata naina.
" kau dah balik? Kau lapar tak? Kalau lapar aku suruh kak zana sediakan makanan." Pia menyapa razaleigh
" kau okay?" sambung pia. Dia melihat razaleigh seakan berada dalam masalah. Dia ingin sama sama membantu meringankan bebanan suaminya itu.
Razaleigh baring di katil. Dia hanya memandang siling biliknya.
Pia yang sememangnya sedang duduk menyandar di kepala katil memicit kepala razaleigh.
" Pia..kenapa kau khianati maria?"
Terkejut pia mendengarnya. Dia fikir razaleigh tidak akan pernah menanyakan hal itu padanya. Bagaimana raz tahu tentang tu?
" apa kau merepek ni raz?"
" aku tahu pia" raz bangun dan membuka laci disebelah katilnya. Sebuah diari biru diberikan kepada pia.
Pia terkejut diari tersebut berada di tangan razaleigh. Wajahnya merona. Malu dan takut bersatu membuatkan jantungnya berdengup laju.
" sebab...aku cintakan kau Raz. Dari awal kita kenal aku dah jatuh hati pada kau "
" Itu saja? Bukan ke kau tahu aku cintakan maria "
" apa beza aku dan maria, raz? Kami kongsi rupa yang sama. Hanya saja badan kami berbeza. Tak cantik kah aku? Tak cukup baik kah aku? Kenapa kau pilih maria? "
Razaleigh buntu untuk mengeluarkan kata. Memang betul apa bezanya maria dan pia? Tiada beza dari segi fizikal tapi karektor berbeza.
" aku cintakan maria kerana maria. Sikapnya yang sentiasa membuatkan aku nyaman..yang membuat aku…"
" habis tu kenapa kau layan aku sama macam kau layan maria? Kenapa seolah kau beri harapan pada aku raz! Kenapa...kau buat aku jatuh cinta…"
Air mata pia mengalir laju. Esakan tangisnya juga kuat bergema di bilik tidur mereka.
Entah mengapa hati razaleigh juga terasa hiba melihat air mata pia. Dia mendekati pia. Jarinya mengesat air mata wanita itu.
Agaknya raz pilih naina atau pia...mm...
Share this novel
kan..=)
raz kono pilih pia..dah sah jadi isteri..biar naina cari kebhgiaannya sdiri..