Bab 26

Drama Completed 12380

Sekembalinya naina dari menziarahi zainab dan mengucapkan takziah padanya, dia duduk termenung melihat pemandangan kuala lumpur dari balkoni rumahnya.

Dia menghembuskan nafas seolah olah dia turut hembus keluar segala masalah dari kepalanya.

Kring kring kring!

Telefon nya berbunyi. Nama mummy su tertera di skrin telefon. Sungguh wanita itu seperti ada kuasa psikik yang mampu mengesan jika dirinya dirundung kesedihan atau masalah.

" assalamualaikum mi "

" waalaikumsalam. Kamu okay? "

" okay je. Kenapa mi tanya? "

" ye la kamu lama tak call mummy. Tentu mi risau kot kamu ada masalah "

" naina okay mi "

" dengan mummy jangan tipu. Mi tahu."

" Naina sedang fikirkan pia"

" Naina lagi fikirkan pia dan laki dia tu apa nama..mi lupa..susah nak sebut. Berbelit lidah mi nak sebut "

Naina tertawa dengar. Lidah melayu tua suraida memang susah nak sebut nama razaleigh. Boleh terbelit lidah. Terhibur sedikit hati naina.

" Razaleigh mi..razaleigh hahaha..ada ada je mi ni tau "

" raz..za..li?" orang sekarang ni memang pelik pelik bagi anak aishh..sebutan yang mudah dibuat susah.

" boleh la mi boleh je razali hahaha.."

" sayang naina. Mi harap kamu tak jadi orang ketiga. Lagipun anak mummy ni cantik, popular..boleh dapat lagi hensem la dari razali tu "

" thanks mi. Naina faham mi. Naina pun tak nak jadi orang ketiga "

" mi doakan kamu dapat selesaikan masalah kamu agar kamu boleh move on. Mana tahu anak raja arab tunggu kamu "

" jauhnya mi...anak raja brunei pun naina belum dapat tawan ni kan anak raja arab hahaha.."

" Rose cerita naina ambil dia bekerja di syarikat ya? Baguslah "

" haah mi. Naina tawarkan padanya pengurus bahagian marketing. Rose sesuai untuk tu "

" Lain kali balik kampung ajak sekali rose dan latifah sekeluarga. Meriah sikit rumah mi. Ni asyik muka minah indon ni sorang je...bosan ibu! Rindu pulak ibu dengan rayyan. Comel "

Berbual dengan suraida seketika tadi buatkan suasana hati naina bertambah baik. Naina memandang cincin di jarinya. Dia menanggalkan cincin dan rantai yang diberi razaleigh. Sekurang kurangnya ini langkah pertama buatnya. Dia harus benar benar melupakan razaleigh. Dia boleh lihat cinta razaleigh kini bukan untuknya. Cinta itu milik pia. 

**********************

Naina kini berdiri di depan bilik wad pia. Saat ini dia masih ragu untuk berjumpa dengan pia dan razaleigh. Hatinya masih ada rasa ralit untuk bertemu. Kalau diikutkan hati dia hendak mengelak dari razaleigh dan pia tapi dia sendiri sedar itu bukan penyelesaiannya.

Naina menarik nafas dan tangannya memulas tombol pintu tersebut. Dia melangkah ke dalam perlahan. Di lihatnya pia sedang tidur dan razaleigh tiada di situ.

Dia memalingkan tubuh untuk keluar.

" maria? "

Pia tersenyum manis walaupun ketika itu dia sedang menahan rasa sakit dari kecederaan kelmarin.Hanya pain killer yang membantunya menahan rasa sakit itu.

" kau datang ? Kenapa lambat kau datang. Aku tunggu kau dari aku sedar hari itu "

Naina duduk di sebelah katil pia. " Aku sibuk. Hari ni baru aku dapat datang "

" takpe la.Aku gembira kau datang jenguk aku "

Bunyi pintu terbuka buatkan jantung naina berdegup kencang. 

" pia..aku belikan kau anggur kesukaan kau " razaleigh masuk dengan menjinjing satu beg plastik putih di tangan kiri dan jambangan bunga lily di tangan kanannya.

" maria? " razaleigh terkejut melihat wanita itu. Dia tak sangka akan berjumpa maria hari ini.

" hi raz ! " naina menyapa razaleigh. Entah mengapa terasa kekok berjumpa razaleigh saat ini.

" pia aku nak kau cepat baik tau. Aku tunggu kau lepak dengan aku macam dulu" naina menggenggam tangan pia sambil tersenyum.

" mestilah beb. Aku tak sabar nak tengok korang naik pelamin " ceria suara pia.

Pelamin? Tersenyum naina mendengar perkataan itu.

" janji dengan aku. kau akan bahagia ya pia. Aku ikhlas asalkan kau bahagia"

Berkerut dahi pia cuba memahami maksud naina. Razaleigh yang berdiri di sisi pia tersentak mendengar kata kata naina. Dia memahami maksud tersirat naina.

Sudah setengah jam naina berborak dengan pia. Selama itu langsung dia tidak memandang razaleigh. Tidak juga dia bercakap dengan lelaki itu.

" pia, aku kena balik dulu. Aku harap next time aku jumpa kau dah sihat dan keluar dari hospital tau. "

" kau nak kemana? Macam lama je kau tak jumpa aku? Korang berdua okay? Rasa macam lain..korang bergaduh ye? " pia bingung dengan situasi ketika itu seperti ada yang tidak kena dengan razaleigh dan maria.

" jangan fikir bukan bukan pia. Aku okay "

" aku teman maria kejap ya " razaleigh mengikuti naina keluar dari bilik tersebut.

" maria " razaleigh mencapai tangan naina. Naina menoleh ke arah razaleigh. Dia melepaskan pegangan tangan tersebut.

"aku tahu raz dan aku okay. Aku tahu kau cintakan pia kan? "

" maafkan aku mar. Aku yang tak sedar aku cintakan pia. Aku…"

" sudah lah raz. Aku okay. Kau jangan risau. Aku harap kau jaga elok elok pia. Kau sakitkan hati dia...siaplah kau " Naina tersenyum manis.

Hati razaleigh yang tadi terasa sesak dan berdebar kini rasa lega bila mendengar kata kata naina. Senyuman naina memberi semangat padanya.

" aku pergi dulu " naina segera meninggalkan razaleigh. Dia langsung tidak menoleh ke belakang. Air mata yang dia janji tak kan lagi menangis untuk lelaki itu tetap juga mengalir di pipinya. Kenapa rasa sangat sukar menahan air mata? Naina mengesat air mata tersebut.

" you okay? " rose menyapa naina yang kelihatan termenung.

" aa..ya aku okay "

" Just tell me naina. Spit it out nanti you rasa lega " rose memegang tangan naila.

" Aku dah putus dengan raz " 

" bagus untuk you naina after all he's married man. Di luar sana masih ramai yang you boleh pilih " rose mententeramkan Naina.

" Ada ke yang nak perempuan kotor macam aku ni rose? " naina mengeluh berat.

" you jangan rasa rendah diri. I believe pasti ada seseorang yang memang ditakdirkan untuk you. Luaran you mungkin kotor but i know you..you are an angel dear. Baik dan suka membantu "

Naina hanya diam sahaja. 

Tok tok tok!

Latifah melangkah masuk. Dia menyerahkan sepucuk surat kepada Naina.

" cik, ini surat perletakkan jawatan encik khaleeq. Surat ini sudah pun ditandatangani oleh ahli lembaga pengarah yang lain "

Naina mengerutkan dahinya. Dia tidak faham kenapa lelaki itu mengundurkan diri dari jawatan president. Kes uncle jamaludin saja belum selesai dan kini khaleeq pula mengundurkan diri.

Dua minggu berlalu, kesihatan pia semakin pulih hanya menunggu kelulusan hospital untuk membenarkan dia pulang ke rumah.

" raz, kenapa maria lama tak datang jumpa aku? Aku rindu padanya " pia meluahkan perasaannya.

" dia merajuk kerana kita belum bercerai ke raz? Kau uruskan la cepat. Aku tak mahu maria sedih " sambung pia.

" Pia, aku ada sesuatu yang aku ingin katakan…" razaleigh memegang tangan pia.

" aku cintakan kau pia. Aku keliru dan kini aku yakin kau adalah cinta aku. Kita bina semula hubungan kita ya? Aku janji aku akan bahagiakan diri kau dan anak anak kita nanti "

Pia tersentak dengan pengakuan razaleigh. Kegembiraan jelas terpancar di matanya. Ya..inilah yang dia nantikan selama 4 tahun menunggu ucapan cinta dari lelaki itu.

Tapi bila dia terkenangkan maria….

Pia melepaskan genggaman tangan lelaki itu.

" aku pernah khianati maria..dan aku takkan ulang untuk kedua kalinya raz. Maafkan aku "

" maria dah tahu pia. Dia okay..percayalah sayang "

Pia menggelengkan kepalanya. Air mata mula bertakung di kelopak matanya. Sebab ini kah maria sudah lama tidak bertemu dengannya? Dia ternanti nanti kehadiran maria ketika di hospital.

Pia mendail nombor maria. Namun panggilannya tidak berangkat. Itu membuatkan pia semakin dilanda kesedihan. 

" tolonglah maria angkat panggilan aku. Aku tahu kau sedih..percayalah aku tak nak raz lagi. Dia milik kau! Tolong angkat call aku mar! "

Pia meninggalkan pesanan suara kepada naina. Dia berdoa agar naina segera mendengar pesanan tersebut.

Sepanjang malam itu, pia langsung tidak mahu makan dan tidak juga mahu razaleigh menemani dirinya.

Naina membuka dan mendengar pesanan suara pia. Hatinya di rambat kerinduan buat pia.

" maafkan aku pia, aku sukar nak bersemuka dengan razaleigh. Aku harap kau sembuh dan berbahagia dengan razaleigh "

Naina menarik nafas sedalam dalamnya dan melepaskan nafas perlahan.

Pandangannya di lontar semula melihat keindahan pemandangan dari balkoni rumahnya.

Keesokan harinya, naina sedikit sibuk dengan projek koleksi terbaru..Forever. Segala persiapan berada di fasa akhir. Dia sendiri menjadi Duta Koleksi tersebut.

Tempahan koleksi forever melebihi jangkauan sasaran jualan naina. Ianya laris walaupun perlu ditempah dahulu.

Di majlis pengenalan koleksi Forever, Naina diasak dengan pelbagai pertanyaan.

" Naina betul ke nama sebenar naina ialah Maria Irdina binti Dato' habib usman? "

" kenapa you pilih jadi artis dulu? You aktif lagi sebagai artis tak? atau ini adalah pengakhiran you sebagai artis?

" you nak dikenali sebagai naina talita atau maria? "

" sabar semua. Saya akan jawab satu satu.Betul,Nama sebenar saya maria irdina. You all boleh saja panggil saya Naina ataupun maria. 

Saya akan kurang aktif sebagai artis tapi in shaa Allah masih menyanyi."

Sesi wawancara itu berlangsung selama satu jam. Selesai sesi wawancara tersebut naina bingkas bangun dengan segera untuk menyertai semula majlis yang diadakan.

Naina pulang keletihan. Jam sudah menunjukkan hampir 6 petang ketika naina sampai dirumah. Nasib baiklah rose yang pandu kereta hari ini.

Pintu rumah dibuka oleh pembantu rumah baru yang diupah oleh naina.

Naina melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terkejut melihat pia berada di ruang tamu rumahnya.

" maria "

Latifah segera masuk ke dalam biliknya memberi ruang kepada naina dan juga pia berbicara.

" lama kau tak jumpa aku. Aku tunggu kau datang. Aku dah keluar hospital.. Jadi aku kemari untuk jumpa kau. Kau marahkan aku? "

Pia sudah susut berat badan. Tubuh yang dulu sedikit mungil dari naina kelihatan sangat kurus bagai tulang yang tinggal. Wajahnya juga cengkung. Melihat itu, hati naina mula dipagut kesalan kerana terlalu mengikuti hatinya.

Naina duduk dihadapan pia yang berkerusi roda. Kali kedua wanita itu datang kerumahnya berkerusi roda.

" pia, aku tak marah kau. Aku hanya sibuk kebelakangan ini. Kau tahulah kes uncle jamaludin lagi dan pelancaran koleksi terbaru forever. "

" kau tipu mar . Kau marahkan aku sebab raz kan? Aku akan tunaikan janji aku mar. Aku takkan jadi penghalang kau dan raz lagi. Aku takkan lagi khianati kau mar "

Naina menghembus nafas berat.

 " pia, aku redha dan aku bahagia bila raz memilih kau pia. Kau isteri dia..setentunya kau lebih berhak untuk dia. Aku..janganlah kau runsingkan.Aku nak kau bahagia. Bahagia dengan orang yang kau cinta dan yang mencintai kau. Raz cintakan kau pia." Naina mengelus lembut pipi pia. 

***************

Naina kagum melihat pemandangan di seine river france. Air kopi yang diminumnya hampir habis. Dia meneguknya dan terus bangun berjalan.

Cuaca hari itu sangat baik. Tempat itu dipenuhi pelancong dan warga tempatan yang bersiar siar menikmati angin petang. 

Seorang lelaki terlanggar seorang wanita tua dalam lingkungan umur 50 tahun. Habis beg-beg plastik yang dibawa wanita itu jatuh. Lelaki yang melanggarnya hanya mengucapkan perkataan 'sorry' .

Naina terus menuju ke wanita tersebut. Menolongnya mengutip barang yang jatuh.Naina menyerahkan bungkusan tersebut. 

" terima kasih tolong makcik " Dia terkesima sebentar melihat wanita itu. La...orang melayu rupanya.

" sama- sama makcik "

" marilah makcik belanja minum "

" takpe la makcik..err "

" Acik ikhlas nak belanja ni "

Naina akhirnya setuju menemani wanita tersebut. Panjang borak mereka berdua. Seronok rasanya berjumpa bangsa sendiri di negara asing.

" bu, Lets go "

Naina mendongakkan kepalanya. Terkejut dia melihat khaleeq yang berada di depannya.

" makcik balik dulu. Anak makcik dah datang jemput ni "

Khaleeq terkesima sebentar melihat naina. Tak sangka berjumpa mereka di france. Dia sudah meletakkan jawatan sebagai president habib gold. Lagipun dia memang tidak berminat untuk menjawat sebarang jawatan. Dia lebih suka sebagai sleeping partner saja. Jadi pertemuannya dengan naina memang mengejutkan dirinya

Sudah dua hari di france membawa ibunya berjalan jalan atas permintaan Wanita itu. Ibu khaleeq mahu bersiar siar di sekitar france. Tempat di mana dia dan arwah suaminya pertama kali berjumpa.

" you buat apa kat sini maria? "

" i bercuti. Tak tahu pula berjumpa you kat sini. "

" you berdua saling kenal? Baguslah. Maria lain kali jemput datang rumah makcik ya. Tanya kan khaleeq rumah makcik. Suruh dia bawakan. Ingat datang tau "

" ibu..tentu cik maria ni busy bu " khaleeq tak mahu maria rasa terpaksa. Malu pulak dengan sikap ibunya.

" in shaa Allah " Naina menyahut pelawaan wanita tadi.

Naina melambai ke arah wanita tersebut setelah wanita itu dipimpin masuk ke dalam kereta oleh razaleigh. Naina melangkah pergi apabila kereta tersebut sudah jauh meninggalkannya.

" itu ke perempuan yang khaleeq cerita kan? Cantik ! Patutlah anak ibu tak mampu lupakan dia walaupun dah 7 tahun berlalu" Puan Rozita bertanya pada khaleeq dengan senyuman.

Khaleeq hanya tersenyum. Fikiran nya menerawang mengingatkan hal 7 tahun lepas. " Kau pasti tak ingat aku maria tapi aku selalu memperhatikanmu. Aku berharap kau bahagia dengan pilihan kau "

Khaleeq berundur dari habib gold apabila mengetahui yang naina mencintai razaleigh dan mereka akan bersatu semula. Kedatangan khaleeq dulu adalah kerana Maria Irdina. Kini memandangkan wanita itu sudah dimiliki maka dia lebih suka menjauhkan diri. Cinta tidak boleh dipaksa.

Selamanya hati ini akan selalu memujamu

Mencintaimu adalah dahagaku

Waktu dengarkanlah selalu dekatkanku dengannya

Hingga ku menutup mata

Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah

Jadikan siangku lebih terang

Biarkan bungaku mewangi selamanya

Selamanya adalah cintaku kepada dirimu

Mencintaimu seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu dengarkanlah selalu dekatkanku dengannya

Hingga ku menutup mata

Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah

Jadikan siangku lebih terang

Biarkan bungaku mewangi selamanya

Ketika ini,

Naina mengeluarkan telefon bimbitnya yang tersimpan di dalam sling bag. Melihat nama yang tertera dia terus menjawab panggilan tersebut dengan senyuman.

" kenapa kau tak balas mesej aku? " suara pia dihujung talian yang kedengaran nyaring menyakitkan telinganya. Naina menjauhkan sebentar telefon tersebut dari telinganya

" slow down dik, bingit telinga ! Aku kat luar ni kat seine river " 

" sampai hati kau pergi sana tak ajak aku "

" next time okay. How are you? "

" Aku okay mar. Aku pregnant mar dah dua minggu "

" alhamdulillah pia. Wahh...seronoknya aku nak ada anak buah ! Tahniah beb. Mana raz? Dia ada bully kau tak? "

" aku ada kat sini la mar. Kau jangan risau la aku jaga dia. takkan lah aku sampai hati nak buli.Kau bila nak balik sini wei? Boleh kita bbq " suara razaleigh kedengaran ceria.

" aku puas lepas tu bosan aku balik la. I have to go now. Leka bercakap dengan you two,aku boleh tersilap jalan balik rumah tau. Nanti dah sampai aku bagitau "

" ok girl. Be careful tau ! " pia memekik. Agaknya simpton ibu mengandung memang suka jerit jerit agaknya.

" you pesan dekat bodyguard dua orang tu. Kalau ada apa apa terjadi pada you. I potong gaji diorang 100% ! " razaleigh meninggalkan pesan buat man dan mizan.

Naina tertawa mendengarnya. Dia memandang man dan mizan yang berdiri tidak jauh dari nya. Ya, mereka masih menjadi bodyguard naina.

Sudah enam bulan berlalu, hal lepas yang berlaku padanya berlalu bagaikan mimpi buatnya.

Naina berjalan kaki menelusuri seine river. Hatinya merasa tenang dan bahagia. Soal jodoh dia belum lagi memikirkannya. Biarlah masa dan takdir menuntunnya menuju kebahagian untuk dirinya. Benar kata pepatah di setiap hujan pasti disusuli pelangi indah.

Tamat    -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience