Jam menunjukkan pukul 11 malam bila Naina menyedari razaleigh telah pulang. Ketika itu bunyi riuh dengan jeritan dan makian razaleigh dibawah. Suara Razaleigh memekik terdengar hingga ke tingkat atas.
Tak perlu masa lama untuk lelaki itu sampai ke bilik. Apabila dia melihat Naina sedang duduk bersenang lenang melihat tv, kemarahan hatinya bertambah.
"hei aku panggil kau! Kau tak dengar?"
Naina melihat lelaki itu dari bawah ke atas. Dia bingkas bangun menuju ke katil.
"huh, berdiri pun terhuyung hayang ada hati nak bergaduh dengan aku"
Bertambah panas lelaki itu melihat sikap naina. Laju dia meluru ke arah Naina. Dia menolak naina ke dinding. Dia menahan tangan naina dengan tangan kekar miliknya. Pergerakan Naina terkunci.Bau nafas razaleigh meloyakan Naina.
Melihat naina seakan jijik dengan dirinya. Dia mendekatkan wajahnya dan memberikan ciuman di leher Naina.
"Raz!"
Lelaki itu menghentikan perbuatannya. Dia merenung wajah Naina lama.
"pia? You dah bangun?"
Pertanyaan Razaleigh mengejutkan Naina.
"siapa pia? Raz bagitau aku..siapa pia?!"
Razaleigh merenung semula wajah Naina.
"hahahaha…..maria….pia…"
Razaleigh tertawa kuat seperti melihat sesuatu yang lucu.
Dia melepaskan genggaman tangannya.Kakinya bergerak ke belakang beberapa langkah sambil menuding jarinya ke arah naina.
"Raz bagitahu aku...siapa Pia? Betul ke aku isteri kau?"
"hahahaha….maria..pia...korang berdua..huru hara kan hidup aku!! Hahaha…"
Razaleigh mengacak kasar rambutnya.
"aku tak boleh lupakan kau maria! Aku cintakan kau! "
Tiba tiba razaleigh menuding jari ke arah katil. Kakinya melangkah laju menuju ke katil.
"kau...pia?aku tak mampu lepaskan kau pergi ! Kau dengar tak pia….?"
Kakinya tersandung karpet dan jatuh di atas katil.
"raz...raz!"
Razaleigh diam. Bunyi dengkuran halus razaleigh sampai ke gegendang telinga Naina. Naina menggeleng kepala. Tertidur pulak!
Satu malam itu Naina tidak dapat lelapkan mata. Fikirannya dipenuhi dengan segala persoalan.Hatinya sedikit terbakar dengan kemarahan bila hasratnya untuk mengetahui kebenaran terhenti tiada jawapan.
Razaleigh bangun dari lena yang panjang. Kepalanya masih terasa sakit. Dia masuk ke dalam bilik air. Pili pancuran dipulas hingga air mencurah laju mengenai tubuhnya. Dingin air membasahi kulit menyegarkan dirinya.
Seusai bersiap,razaleigh turun ke bawah.
"maria!"
"maria!"
Dia mencari naina di sekeliling rumah namun tiada kelibat wanita itu kelihatan.
"Tuan cari puan pia?" tanya kak zana sambil menuangkan kopi ke cawan razaleigh.
" Ya"
"oo..puan dari awal pagi dia dah keluar, tuan"
Razaleigh menghabiskan sarapan paginya dan bertolak ke pejabat. Di dalam kereta,dia melihat telefon bimbitnya. Tiada mesej dari Maria a.k.a naina.
********
"Naina,cepat! Dua bodyguard you pasti tak perasan you keluar sekarang. Faster Naina!" rose menarik tangan Naina keluar ke pintu belakang.
"I tolong you kali ini but promise you kena treat i okay!" Mr jay menyerahkan kunci keretanya kepada Naina.
"Ok darling. Thank you dear"
Naina menghidupkan kereta tersebut dan mula memandu ke arah tujuannya.
"Hi,boleh saya tahu kat mana ye bilik patient nama Maria sofea bt usman habib?"
"cik ni saudaranya?"
" Ya"
"Bilik 12 tingkat 1. Boleh cik isikan butiran pelawat?"
Naina menulis butiran dirinya yang diperlukan dalam buku tersebut.
Jururawat tersebut mengambil buku tersebut.
"cik boleh naik lift ke tingkat 1, bilik 12 berada di hujung sekali"
"terima kasih nurse" naina memberikan senyuman paling manis.
Naina membuka pintu bilik tersebut. Aroma dettol menusuk ke hidungnya. Tidaklah terlalu kuat namun ya itulah bau pertama yang dia bau bila memasukki bilik tersebut.
Bunyi mesin jantung memenuhi ruang dalam bilik tersebut. Kelihatan seorang wanita yang sedang terbaring kaku di atas katil.Langkah Naina makin menghampiri wanita itu.
"sekian lama akhirnya kita bertemu...pia"
Naina duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. Naina memegang tangan wanita itu. Wajah wanita yang terbaring itu mirip dengan Naina.
"pia...aku datang ni. Walaupun aku tak ingat tentang masa lalu kita..tapi hati aku meronta ronta ingin jumpa kau"
Detingan mesin nadi jantung sedikit meningkat apabila naina menuturkan kata kata.
"aku baca diari kau. Aku minta maaf untuk itu. Aku minta maaf juga andai aku punca kau terseksa…"
Naina menitiskan air mata. Entah mengapa tika dan saat itu hiba dan pilu menguasai hatinya. Air mata naina menitik diatas tangan wanita yang dia panggil pia tersebut.
Naina menghamburkan segala kesedihannya yang lama dia pendam. Tangisnya semakin menjadi jadi bila terkenangkan setiap kekesalan dirinya. Kesal dia memilih jalan hidup yang membawa dia ke lembah hina,kesal kerana dia tidak mengingati siapa dirinya...kesal dengan semua yang telah berlaku. Andai saja dia tidak lupa..andai saja dia tidak kehilangan ingatan..mungkin dirinya kini berdiri megah tanpa calitan dosa besar. Menangis membuatkan beban hatinya terasa berkurangan.
Bola mata wanita yang terbaring di atas katil tersebut bergerak laju. Cairan jernih dari mata yang terpejam mengalir ke pipi.Tetapi Naina langsung tidak menyedari reaksi wanita itu.
Kring!kring!kring!
Naina melihat telefon bimbitnya. Nama rose tertera di skrin tersebut. Naina mengelap sisa air matanya. Sedu tangisnya semakin berkurangan.
"Naina,better you pulang sekarang ya!"
"okay okay"
Naina menyimpan telefon dan memandang ke arah pia.
"aku kena balik. Aku janji lain kali aku datang. Aku harap kau cepat sedar"
Naina melepaskan genggaman tangannya dan berlalu pergi dengan tergesa-gesa..
Apa yang naina tidak sedari,jari jemari tangan yang lemah tadi mulai bergerak perlahan.
Naina tidak memerlukan masa yang lama untuk kembali ke studio.
"Oow..thank god you dah sampai. I risau sangat tau. I get so much trouble tau" Mr jay menarik muka masam.
"thank you jay. I really appreciated it. Nanti i belanja you makan okay"
Naina memujuk Mr jay. Comel pulak bila lelaki lembut buat wajah masam macam tu.
"I just don't get it. Why you pergi senyap senyap. Just tell SR you nak jumpa pia"
"Rose!" naina terjerit kecil sambil memandang rose.
"you bagitau jay masalah I?"
Rose hanya tersengih.
"sorry i terpaksa bagitau jay. He insist nak tahu juga"
Naina memandang Mr jay. Mr jay pun turut tersenyum. Ibu jari dan jari telunjuknya bersilang membuat bentuk love.
"sebab..SR tak tahu yang I dah tahu tentang pia. Kalau I bagitau sekarang I'm afraid dia takkan mengaku dan I takkan tahu cerita sebenar tentang semua ni. Understand?"
Rose terdiam. Mr jay pula mengerutkan dahinya. Mimik wajahnya sedang memikirkan sesuatu.
"Omg, so complicate la nyah"
Naina melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
Mr jay memberi isyarat tepukan kepada Make up artist untuk segera siapkan Naina.
*********
Ketika itu di pejabat Tamco corp,
Razaleigh kesal kerana tiada kiriman mesej dari Naina.
Dia cuba mengingat kata kata yang dia katakan pada wanita itu ketika mabuk semalam. Dia menepuk dahinya kerana telah terlanjur cakap mengenai pia.
"Apa ni? Ada banyak salah ejaan yang you buat. Betulkan semula!" Razaleigh mencampak kasar file tersebut diatas meja.
Penolong setiausahanya mengambil file tersebut dan berlalu keluar. Dia menutup pintu bilik pejabat razaleigh dengan perlahan. Dia kembali duduk di kerusi meja kerjanya.
"shiela you okay?" tanya Jacob apabila melihat wajah shiela seperti sedang bersedih dan tidak bersemangat.
" i tak tahu apa lagi yang salah. I have checked everything one by one perkataan yang ada tapi tetap salah"
James yang duduk di meja sebelah sheila mencelah perbualan mereka.
"bos ada problem dengan cik maria la tu"
Tut tut tut tut!
James melihat telefon bimbitnya. Razaleigh sedang menghubunginya. "Aishh...turn aku pulak kena sembur ni"
"Ya tuan.baik!"
Panggilan telefon dimatikan. James mendail pula nombor anak buahnya iaitu man. Bodyguard yang ditugaskan mengawal dan mengawasi Naina.
"mm...korang kat mana?"
"kami masih kat studio lagi. Kenapa james?"
"Bos nak tahu buah hati dia buat apa?"
" masih shooting lagi. Ala..jangan risau tak lari kemana pun"
James tersenyum mendengarnya.
"okay. Aku lapor dulu pada bos"
Setelah panggilan dimatikan,james masuk kedalam pejabat Razaleigh.
"cik maria berada di lokasi shooting,Tuan"
Razaleigh memberikan isyarat pergi. James dengan segera berlalu keluar meninggalkan razaleigh yang duduk merenung ke luar dinding kaca.
Razaleigh menekan butang intercom.
"ya tuan?" suara jacob kedengaran dihujung talian.
"sebelah petang ada program apa?"
"Tuan ada meeting dengan semua staff mengenai perkembangan syarikat saja tuan"
" kau handle then summarize untuk aku"
"baik"
Razaleigh mengurut kepalanya yang sakit. Dia sedang memikirkan maria. Belum masanya maria tahu tentang kebenaran antara dia,pia dan maria.
" Aku belum puas mainkan perasaan kau. Biar terbalas semua! sama ketika kau hancurkan perasaan aku!"
Petang itu Razaleigh pulang awal ke rumah. Dilihatnya bilik tersebut kosong.
"maria belum balik lagi?" jam tangannya menunjukkan pukul lima petang.
Razaleigh membersihkan diri dan bersiap seadanya. Dia duduk menonton siaran di televisyen.
Ketika Naina sampai dirumah agam tersebut, razaleigh baru saja turun ke bawah melalui lift untuk menikmati makan malam. Dia duduk dikerusi dan meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Rozana mula menceduk nasi ke dalam pinggan dan meletakkannya dihadapan lelaki itu. Kecut perut melihat muka majikannya masam mencuka.
"Duduk"
Naina ingin naik ke tingkat atas. Namun suara arahan razaleigh yang kedengaran tegas,membuatkan dirinya menurut permintaan tersebut.
Tiada apa apa ayat yang keluar dari mulut mereka. Kak zana yang merasa canggung dengan situasi tersebut mengambil inisiafif memecahkan kedinginan suasana yang terasa ketika ini.
"Puan pia nak makan?"
"boleh juga. Mm..nampak sedap lauk pauk ni"
Ikan siakap masak tiga rasa,sayur campur tumis,dan sup cendawan.Terasa seperti makan di restoran thai. Berteriak perut naina minta di isi segera.
"puan nak saya hantar beg-beg ni keatas?"
"ya jika tidak menyusahkan kak zana"
"kerja saya puan" kak zana tertawa dengan kesopanan majikannya yang disifatkan baginya tidak bertempat.
Razaleigh keluar ke kolam renang. Dia duduk di kerusi sambil melihat telefonnya.
Naina pula selesai makan naik atas ke bilik.
Dia selesai mandi dan memakai pijama satin berwarna biru pekat. Warna tersebut menaikkan lagi seri kulitnya yang cerah.
Naina baring di atas katil memejamkan matanya. Razaleigh sudah berada dalam bilik. Razaleigh hanya diam saja.Dia mengambil bantal dan duduk di sofa. Dia membuka sebuah filem dan khusyuk melihatnya.
Tiga hari berlalu,mereka berdua senyap tidak menegur diantara satu sama lain. Masing-masing dengan keegoan sendiri.
*******
Malam minggu,Naina perlu menghadiri sebuah acara pengenalan produk terbaru dari Lancome. Naina merupakan salah seorang duta asia bagi produk Lancome.
Malam itu naina bersiap dari spa esklusif milik Albert. Naina masih melanggan spa tersebut kerana sudah terbiasa dengan layanan staff disitu.
Naina menyarungkan tubuhnya dengan gaun panjang berwarna hitam. Berlengan panjang dan berleher turtle neck.Kain gaun tersebut dihiasi glitter yang mana bila disirami cahaya ia akan memancarkan warna warni serba mewah. Kakinya pula menyarung kasut tumit tinggi baldu dari jenama jimmy choo.
Rambutnya ditata hias dengan memakai scarf dari kain yang sama dengan dress menutup bahagian atas kepalanya dan rambutnya di buat beralun dan dibiar terjurai. Wajahnya disolek cantik dengan warna tanah dan bibir merah cherry.
"Hi nice to meet you,Naina"
Sapa seorang lelaki muda mungkin dalam lingkungan awal 30an.
"hi!" naina menyambut huluran tangan dari lelaki itu untuk bersalaman.
"cantik you malam ni. I memang minat dengan you. By the way, my name is Tengku Adlil khaleeq.You can call me khaleeq"
"oo..really thank you" Naina tersenyum manis.
"ehermm..boleh I join?"
Suara itu seperti suara Razaleigh. Naina menoleh ke belakang. Ya betul memang Razaleigh. "Dia pun tetamu majlis ni?" bisik hati Naina.
"kenalkan ini Syed Razaleigh" Tengku khaleeq memperkenalkan Naina dengan syed razaleigh.
"Nice to meet you, my beautiful lady. Seakan pernah kita jumpa kan?" Razaleigh tersenyum sambil menyambut salam dari Naina.
"lelaki ini buat buat tak kenal aku! Rude!"
Marah Naina dalam hatinya.
" Jay,you tengok tu..wow Naina memang selalu menarik perhatian jejaka jejaka hensem lagi kaya kan." Rose menepuk belakang badan Mr jay yang sedang mengambil minuman.
"Of course,she's a star. The most brighter star in the sky okay" Mr jay memalingkan badannya dan melihat ke arah Naina.
"OMG! Mr vanilla ice vs Mr hot chocolate. Meleleh air liur I nyah oii ! you..boleh ambil Danial. I nak kejar that..and..that. Come to papa darling!"
Mr jay menuding jarinya ke arah kedua lelaki yang sedang berbual dengan Naina. Kemudian terus berlalu meninggalkan rose untuk bergabung bersama Naina dan dua lelaki tersebut.
"Vanilla and chocolate? Jay..i tak nampak pun. Tak ada kat buffet pun. Ada ke minuman tu jay? Ke tu kek?" Rose kadang memang slow sikit. Maaf bukan salah dia terkadang genius selalu terlahir dengan kesengalan yang tak boleh diubah. Betul tak?
Keramahan Naina dan Tengku khaleeq membuatkan cemburu di hati Syed Razaleigh tidak dapat ditahankan. Dimatanya kelihatan seperti Naina menggoda Tengku Khaleeq walaupun saat itu ada Mr jay dan rose bersama mereka.
"excuse me. I got to go first. Nice to meet you tengku khaleeq. See you again. and Naina. See you when i see you okay. Jay and rose. Have a good night! "
Razaleigh memalingkan tubuhnya dan berlalu pergi.
Naina balik ke rumah agam milik Razaleigh ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Terkejut Naina melihat Razaleigh duduk di sofa. Razaleigh masih memakai baju yang sama. Entah berapa lama lelaki tersebut duduk disitu.
Naina tidak menyapa lelaki tersebut. Dia ingin segera membersihkan badan yang terasa lekit.
"puas hati kau pelacur?"
Kata-kata razaleigh bagai pisau menghiris hati. Naina menghentikan langkahnya. Terbantut hasrat untuk membersihkan diri tadi.
"you dah kenapa?" naina memandang lelaki tersebut.
"seronok kau goda tengku khaleeq? Aku tengok kau ni tak ubah macam pelacur! Oh by the way kau memang pelacur"
Seingat Naina dia tiada menggoda tengku khaleeq. Dia bukan wanita penggoda. Mungkinkah…
"kau cemburu?" tanya Naina.
"kau rasa aku cemburu dengan perempuan murahan yang boleh dibeli dengan duit macam kau?"
Pang!
"Razaleigh! You are just too much! Kau tak ada hak cakap aku macam tu!"
Naina menampar wajah razaleigh. Cukup dia menahan sabar dengan kata kata lelaki itu. Adakah dia begitu murah dan hina? Itukah apa yang lelaki itu fikir tentang dirinya selama ini.Sampai hati kau hina aku!
"hahaha...ye memang aku tak da hak! Kau bukan sesiapa untuk aku!" razaleigh mencengkam wajah Naina. Matanya yang merah kerana marah bulat memandang tepat mata naina.
"aku..bukan sesiapa untuk kau?" Naina mengulang ayat terakhir yang keluar dari mulut lelaki itu. Matanya berkaca kaca.
"sebab aku bukan isteri kau kan raz?" Razaleigh melepaskan tangannya. Dia diam tidak menjawab.
"jawablah ! Tadi lantang kau marah aku! Jawab raz..aku bukan isteri kau kan?" Naina menolak tubuh razaleigh.
Razaleigh masih berdiam diri. Naina melangkah laju mengambil diari yang ada di dalam simpanannya.
"siapa Pia?" Naina mencampak diari tersebut di kaki razaleigh.
"siapa pia! Jawab!!" naina menjerit kuat. Dia sudah tidak mahu bersabar lagi. Semuanya mesti terungkai malam ini juga.
"Pia...isteri aku. Adik kembar kau" perlahan suara Razaleigh.
"Jadi..aku bukan isteri kau kan raz? Sijil nikah yang kau tunjuk tu palsu kan raz?" sayu soalan Naina.Air mata naina mula mengalir.
Razaleigh mengangguk tanda benar Naina bukanlah isterinya.
"kenapa kau buat aku macam ni raz…." Naina terasa dirinya tiada berharga lagi. Hilang semua keyakinannya.
"Kau yang sakitkan aku dulu maria! Aku tahu kau tak ingat tapi hati aku tetap sakit maria..sakit!"
"kenapa raz..apa salah aku?"
Razaleigh tidak menjawab sebaliknya dia meninggalkan naina sendirian.Tidak mahu lagi bertegang urat dengan naina.
Naina turun ke bawah melalui tangga. Setiap langkah kakinya makin menambah sakit kepalanya.
"mizan, boleh hantar aku balik?" Naina bertanya kepada lelaki bertubuh sasa yang sedang berborak dengan james dan man di pondok pengawal.
Mizan memandang james meminta kebenaran. James memberi isyarat jari tanda setuju.
"naik kereta kau je"
"tapi nanti bos marah"
"aku tak sudi dengan harta dia!" jelas naina masih terasa hati dipanggil perempuan murahan yang boleh dibeli dengan duit. Ya..siapa saja tak terasa hati kan?
Mizan menghantar Naina balik menaiki kereta myvi miliknya. Sebenarnya ada sedikit rasa bangga. Kereta kesayangan dinaiki artis pujaannya. "Giler tak suka?" mizan bermonolog dalam hati. Senyum riang dia sambil memandu keretanya.
Sakit kepala Naina makin terasa seolah olah ribuan semut mengigit setiap isi kepalanya.
Mizan melihat Naina seperti sedang sakit kepala.
"cik okay?"
"okay"
"baguslah..hihihi...saya sebenarnya minat sangat...eh cik okay tak ni?"
Naina ketika itu sudah pengsan.Kepalanya terlentok ke bahu mizan. Mizan dilanda cemas.
"Cik ! Cik!" mizan menampar lembut pipi naina.
Dia memandang naina seketika kemudian memandang ke depan semula. Diulang perbuatannya menampar lembut naina berharap wanita cantik di bahunya ini tersedar.
Dihadapannya tiba tiba seekor anjing meluru keluar ke tengah jalan laluan kereta mizan untuk melintas ke seberang.
Bagi mengelak anjing tersebut. Mizan memusing steering keretanya memasuki arah bertentangan. Sebuah kereta dari arah bertentangan membunyikan hon. Dalam kekalutan mizan memusing steeringnya lagi kekanan untuk mengelak dari terlanggar kereta yang menghampiri dari arah hadapan. Sayangnya kereta mizan tak mampu dikawal dan terlanggar lampu jalan.
Kepala Naina yang tidak memakai seat belt menghentak kuat dashboard kereta. Mizan juga pengsan di tempat kejadian.
"Doktor bagaimana dengan Naina?" rose bertanya kepada doktor yang sedang berdiri mencatat sesuatu di atas kertas yang dikepil bersama clipboard.
"patient alami hentakan kuat. Namun syukur pemeriksaan awal tiada kecederaan serius seperti retak atau darah beku.Kita dah beri rawatan sewajarnya"
"Tapi doktor kenapa naina tak sedarkan diri" rose tidak faham mengapa sahabatnya ini masih tidak sedarkan diri jika doktor kata dia tidak mengalami kecederaan serius.
"mungkin patient alami gegaran otak akibat dari hentakan kepala. Apapun kita tunggu dan lihat nanti perkembangan patient"
Rose diam mengangguk. Razaleigh dari tadi hanya diam duduk disebelah naina. Tangannya erat mengenggam jari jemari naina. Sesekali tangan wanita itu diciumnya. Kerisauan dan kesedihan terpapar jelas di wajahnya.
"Mar...I'm really sorry. Kalau I tak gaduh dengan you. Semua ni tak berlaku kan?"
"you gaduh dengan naina?pasal apa?" rose bukan nak menyibuk hal orang tapi terkejut juga mendengarnya.
Razaleigh diam.
Pintu bilik wad 10 vip HKL dibuka dari luar. Suraida masuk dengan wajah cemasnya. Dia begitu cemas bila mendapat khabar dari rose yang naina kemalangan.
Dia mendekati naina. Mengusap lembut wajah naina. Dahi naina dicium lembut. Apabila dia menoleh ke kiri,Mata suraida tertancap fokus kepada Razaleigh. Tadi langsung dia tak menyedari kewujudan lelaki itu.
"Rose,kan mummy dah pesan jangan bagi Naina rapat dengan lelaki ni? Kenapa korang tak dengar pesan mummy hah? Tengok apa jadi dengan Naina." Rose hanya diam saja.
"hei..bagitau aku..semua ni kerja bini kau kan? Kerja bini kau yang licik tu kan?" tanya suraida kepada razaleigh.
Razaleigh terkejut mendengarnya. Sungguh dia tak faham. Betul betul tak faham.
Share this novel