Bab 21

Drama Completed 12380

Malam minggu naina dihabiskan dengan melayari mimpi saja. Dia terbangun pukul dua pagi. Dia melihat telefon bimbitnya terdapat 20 missed call dari Razaleigh. Entah apa yang lelaki tersebut hendak.

Dia berjalan menuju ke dapur mencari sesuatu untuk mengalas perutnya yang lapar. Ini kalau mummy suraida nampak mahu kena ceramah.Bila time makan dia melantak tidur,bila time tidur dia melantak makan.

Dia mengeluarkan lauk pauk didalam peti sejuk dan panaskannya menggunakan microwave.

Ting!

Naina menceduk satu senduk nasi ke dalam bekas yang telah dipanaskan. Tak payah bazir bazir pinggan, makan je guna bekas lauk ni.

Naina duduk di sofa dan membuka siaran netflix. Matanya tertumpu ke atas sebuah sampul surat berwarna coklat. Naina buka isinya dan membacanya.

"wow, tak sangka latifah betul betul ada degree of business management"

Terus terlintas di kepala otaknya untuk mengambil latifah sebagai setiausahanya. "Nak tak dia ya?"

Selesai makan,matanya mulai mengantuk.Dia masuk ke dalam bilik dan menyambung tidurnya semula.

Dia bangun semula ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Dia terlepas solat subuh. Naina segera membersihkan dirinya.

Ketika itu loceng pintu rumahnya berbunyi Ding dong! Ding dong! Ding dong!

Suraida bergegas membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya suraida apabila melihat seorang wanita yang mirip dengan naina. Hanya saja wanita itu mempunyai rambut ikal dan berkerusi roda

"Assalamualaikum makcik. Maria ada?boleh saya jumpa dia?"

Suraida berlari ke bilik naina. Dia memulas tombol pintu dan masuk kedalam bilik. Naina ketika itu sudah bersiap dengan tshirt besar warna soft pink dan legging cotton warna kelabu.

"Naina..sembunyi naina. Jangan keluar. Perempuan jahat tu datang" suara suraida kedengaran panik.

"mi..tenang mi..tenang. perempuan mana mi?tanya naina. Kelihatan manik manik peluh berjuraian jatuh dari dahi suraida.

"kembar jahat naina! Naina dengar cakap mi. Mi nak naina jangan keluar bilik"

Naina tersenyum. Dia membuka almari dan menarik sehelai selendang berwarna soft pink. Dia memakainya dan ingin keluar ke ruang tamu.

"naina..jangan!" suraida menarik lengan naina.

"Mi...takpe..pia dah insaf. Mummy tenang ya"

Naina melangkah keluar dari bilik tersebut. Diruang tamu pia dan razaleigh sedang menunggu. Terukir senyuman di wajah naina dan pia. Mereka saling berpelukan.

"kau dah Keluar wad?"

"Ya cuma aku masih kena teruskan rawatan fisioterapi. Lama kan tak terbaring. Otot aku tak kuat" 

Ketika ini pia terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.

Suraida mendekati mereka. Latifah dan mak Mah masuk ke dalam bilik memberi ruang kepada mereka.

"naina.." suraida menarik lengan naina.

"perempuan tu.."

"makcik..maafkan saya. Saya masa tu tak ada pilihan.Saya syukur kak maria belum meninggal sebab itu saya bayarkan semua kos rawatan. Hanya saja saya takut uncle jamaludin akan cederakan lagi kak maria jika dia tahu maria masih hidup. Sebab tu saya buatkan ic baru,hidup baru untuk kak maria....dan...saya juga masa tu selfish kerana fikirkan tentang diri sendiri...fikir tentang…merampas cinta raz"

" Dah la pia. Jangan kenang yang lepas. Kepala aku masih sakit jika terlalu memikirkan hal lepas" naina memotong kata kata pia.

Suraida hanya mendiamkan diri. Dia masih belum sepenuhnya mempercayai wanita itu.

Latifah sibuk menghidangkan makanan tengah hari. Hari ini Suraida yang masak. Masak lemak cili api sotong, udang kara goreng,sayur kubis tumis dan ulaman.

Naina mendukung rayyan membawanya melihat panorama kuala lumpur di balkoni.Seharian melayan telatah rayyan tidak pernah menjemukan naina.Rayyan juga galak tertawa bila diusik naina.

Razaleigh dari tadi memperhatikan mereka berdua. Dia mendekati naina dan rayyan.

" you nampak cantik bila bertudung"

Pujian tersebut membuat naina tersipu malu.

"Boleh i dukung dia?" Razaleigh menghulurkan tangan bersedia untuk mendukung anak kecil itu.

Naina menyerahkan rayyan. Razaleigh mencium pipi rayyan. Ermm..wangi! Geramnya!

Naina dan razaleigh tertawa melihat telatah rayyan yang mencuba untuk mencabut hidung rayyan.

"hahaha...mesti dia ingat hidung you mainan kot. Hidung palsu ni kan rayyan.."

Pia melihat mereka dari ruang tamu. Kemesraan itu sejujurnya bagai duri yang tajam mencucuk hatinya. "Aku ingin mereka bersama semula..tapi...kenapa susah hati ini untuk melepaskan. Tolong aku redha Ya Allah!" Pia menjerit di dalam hatinya.

"Makanan dah siap. Mari semua!" Suraida mempelawa mereka semua.

"kak….Pia nak akak suap boleh? Lama tak manja"

Naina senyum. Senang hatinya melihat keakraban mereka berdua sudah seperti dulu.

Naina menyuapi pia makan. Sesekali Razaleigh mengambilkan lauk dan letak di pinggan naina. Terkadang razaleigh juga menyuapi makanan ke pia.

Hati tua suraida meluat melihat drama di depannya. Orang bodoh saja yang tidak melihat sesuatu yang janggal pada mereka bertiga. Nantilah dia pasti akan tegur naina.

Pia dan Razaleigh akhirnya pulang. Suraida sudah tidak mampu menahan mulutnya dari meluahkan pandangan.

"Naina,mummy tak suka kamu rapat dengan Razaleigh. Mi tengok dia tu.."

"mi jangan risau okay. Naina tahu raz suami pia" naina memeluk suraida. Sungguh prihatin suraida pada naina.

"latifah, esok ikut aku. Kau tak payah pergi interview. Aku dah dapatkan kau kerja lebih baik. Jangan tanya..ikut je esok" 

"err..ok cik" latifah mengambil cawan kotor di atas meja kopi dan meletakkannya di dalam dulang untuk dibawa ke sinki.

Maaf lambat update. beberapa hari ini bz mengemas rumah mertua.Fuh! hari ni baru settle bersihkan rumah. Clear rumah hbis semua tak boleh guna. Moga yang terkesan dengan banjir hari tu dan mereka yg terlibat banjir di pahang, urusan semuanya dipermudahkan. moga semua selamat sihat walafiat.aaminn..tq tau sudi baca dan komen=)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience