Naina terpaksa menelan pil tidur. Dia perlu rehatkan tubuh dan mindanya. Hujan yang turun malam itu menambah kedamaian lena nya.
Tit ! Tit! Tit!
Tangan Naina meraba meja untuk mencapai jam loceng yang berbunyi. Jarinya menekan butang untuk mematikan jam tersebut.
Hawa pagi itu terasa dingin. Dia menarik selimut hingga ke hujung dagunya.Mm...selesa!
Inferno baby i'm the reason why bad so fun hell so hot. Oh so!
Nada dering telefon bimbitnya berbunyi. Semakin lama semakin kuat. Naina mengangkat panggilan tersebut.
"hmmm..."
Malas betul nak keluarkan suara. Siapalah yang call pagi pagi ni. Rajin betul la!
"Assalamualaikum! Amboi anak dara mummy ni tak bangun lagi? Memang bertuah betul"
Suara bebelan Puan suraida berjaya mengusir ngantuk yang memberati mata Naina.
"oo mummy! Waalaikumsalam wbrt. Selamat sejahtera mummy!"
"baru bangun la tu. Tengok jam dah pukul 10 tau!"
"eh tak la mi! Naina bangun dah. Ni tengah minum kopi ni..erhmm"
Naina membuang selimut ke tepi. Dia bangun membuka langsir. Cahaya matahari menembus masuk menerangi bilik tidurnya.
"hati mi rasa semacam malam tadi tu mummy call. Naina okay?"
"okay mi. Don't worry. Ermm...Mi,nak tanya boleh?"
Naina duduk di sofa kecil di tepi tingkap dan mengalihkan telefon bimbitnya dari telinga kanan ke telinga kiri.
"mi, kalau mi diberi dua pilihan. Dua dua pilihan tersebut ada kebaikan dan keburukan yang sama. Mummy pilih yang mana?"
"ermm...susah juga soalan kamu ni sebab mi tak tahu kebaikan dan keburukan apa. Cuba cerita"
"ala mi..tak pe lah mi" sedikit kesal pada nada suara naina. Naina menghembus berat nafasnya.
"mummy akan pilih pilihan yang paling buat ramai orang bahagia dan paling memberikan mummy kelegaan dari segala masalah"
Naina terdiam sedang memproses maksud dari kata kata mummy su.
"thanks mi"
"Mi nak siram pokok bunga. Tadi nak suruh mariam tapi tengok dia busy mengemas. Haa..eloklah mi yang buat biar keluar sikit peluh. Jaga diri ya sayang. Assalamualaikum!"
Suraida mematikan panggilan tersebut. Dia termenung sekejap memikirkan Naina.
"Ya Allah kau sentiasalah lindunginya.aaminn"
Naina melihat mesej. Nama hanif tertera di skrin layar. Dia membacanya dengan serta merta.
Assalamualaikum bos. Ni info budak semalam. Nama latifah johar. Dia tinggal di bawah jambatan bersama ibu dan anaknya. Anak dia sakit. Kami dah rawat dan beri ubat semampunya.Lokasi saya dah sertakan sekali ya
Naina segera bersiap. Dia Sempat bersarapan air milo kotak dan roti jagung. Hari ini dia ada misi. Misi mencari gali maklumat latifah.
Naina parkir kereta berdekatan dengan jambatan sungai gombak. Dia turun dan berjalan ke bawah jambatan.
Dari jauh kelihatan latifah sedang mendodoi anak kecil yang nyaring menangis
"Latifah!"
Latifah menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Terkejut dia melihat Naina.
"jumpa pun kau. Kau tinggal sini ke?"
"cik,macam mana cik tahu saya kat sini? Maaf cik saya nak bagitau saya minta cuti dua hari tapi handphone saya tak ada duit"
"tak pe la. Anak kau ke?"
"ye cik. Dia tak sihat"
"kau berdua je duduk sini?"
"bertiga. Saya duduk dengan mak saya."
Latifah menunjukkan seorang perempuan dalam lingkungan 60 an yang sedang duduk di tembok.
"kau kemas barang kau. Ikut aku! Kita bawa dulu anak kau ke klinik"
"takpe lah cik. Saya tak nak susahkan cik"
"degil la kau ni. Ikut je.Cepat! Mari aku dukung budak tu. Kau siap cepat. "
Naina membawa latifah sekeluarga ke klinik.
"Jangan risau Puan. Anak puan kena jangkitan demam selesema biasa dan batuk berkahak saja. Tadi kita dah beri gas inhaler untuk cairkan kahak. So should be okay nanti"
"Alhamdulillah doktor. Terima kasih"
Naina membawa Latifah dan keluarganya balik kerumah. Dia bercadang memberi tinggal sementara mereka di rumahnya sebelum dia mencari rumah buat mereka.
"kau tinggal dulu kat sini. Ini bilik korang buat sementara. Okay"
"terima kasih nak.moga murah rezeki kamu" mak latifah memeluk Naina.
"terima kasih makcik" Naina mengusap lembut belakang badan mak latifah
Ding dong!
Rose masuk ke dalam rumah menggunakan kunci spare. Dia sudah sangat biasa dengan rumah Naina.
"aik, aku salah masuk rumah ke?" Rose kehairanan apabila mendengar bunyi suara tangisan bayi.
Rose melangkah keluar semula dan cuba masukkan kembali dan memutar kunci tersebut. "Eh boleh guna"
Dia melihat pula nombor rumah. "676 betul dah"
"kau buat apa tercegat kat situ?" sapa Naina yang melihat rose berdiri seperti orang kebingungan di depan rumahnya.
Rose masuk ke dalam rumah dengan seribu persoalan di fikirannya.
"kita boleh beranak dalam satu malam ke?" Tanya rose
"apa kau merepek ni?" Balas Naina dengan nada sedikit tinggi
"kan. You ambil anak angkat ke? Adoi...masak la I nak handle press" rose menepuk dahinya
"kau ni...aiii....kadang aishh tak tahulah nak cakap.mm...tu anak latifah la. Anak maid aku"
"la...macam mana boleh ada kat rumah you?"
"nantilah aku cerita. Kau tunggu jap aku siap"
Naina rapi mengenakan blouse bunga kecil dan pencil skirt putih. Rambut di ikat ponytail dengan bang lurus. Wajahnya pula dihias dengan tona pink kemerahan pada bibir dan kelopak mata. Bulu matanya yang sedia panjang dan lebat disisir rapi melentik dengan balutan mascara.
"lepas rakaman ni you ada latihan tarian. You ada bawa outfit bersesuaian tak?"
Tanya rose apabila melihat gaya penampilan Naina
"mestilah aku bawa. Nah!" Naina menyerahkan beg kulit berwarna Coklat kepada Rose
"nasib baik Diva" Rose membebel sendirian sambil membawa beg tersebut.
Di tempat lain,
"Tuan, ini dia"
Lelaki tersebut menghulurkan satu kotak berwarna hitam kepada tuannya
Razaleigh mengambil kotak tersebut. Dia membukanya dan membawa keluar seutas rantai emas dengan loket berlian berwarna merah.
"Kami dah siasat. Kepunyaan rantai ini memang milik gadis tersebut Tuan"
"akhirnya aku jumpa jua" razaleigh tersenyum
"set pertemuan dengan Albert Tan. Sekarang!"
Lelaki tersebut mengangguk apabila mendengar arahan razaleigh. Dia beredar dari pejabat razaleigh untuk mengerjakan tugasnya.
Kringgg!kringgg!kringg!
"mm..yes?"
Albert Tan menekan butang speaker
"bos, ada wakil Tamco nak bercakap dengan bos"
"okay,sambung"
Kring!kring!
"Albert Tan here. Yes?"
"Afternoon sir, saya jacob dari Tamco. Tuan besar kami syed Razaleigh ingin berjumpa tuan sekarang"
"aiya...I sudah inform you guys. Maria tak mahu and I tak boleh buat apa so why nak jumpa?"
Albert mematikan panggilan.Dia merasa rimas dengan kegigihan mereka inginkan Naina menemani bos mereka.
Tok!tok!tok!
"Bos, ada orang.."
Belum sempat setiausaha Albert memberitahu kedatangan seseorang untuk berjumpa bosnya. Razaleigh dan bodyguard nya telah pun merempuh masuk.
"Hi , albert Tan" sapa Razaleigh
"aiya..my friend. Why suddenly you datang sini?" Albert Tan terus bangun dan mempersilakan razaleigh duduk di sofa kulit.
"I'm really sorry. Maria tolak tawaran you. You datang suruh i paksa maria pun tak ada guna" sambung Albert Tan.
Razaleigh tersenyum sinis
"aku datang nak tebus Maria. Kau sebutkan saja harga"
Albert terdiam mendengar ucapan lelaki didepannya ini.
"sorry? No! maria tak boleh ditebus. Dia milik aku"
Keramahan Albert hilang dan kini bertukar serius.
"kau tahu apa yang aku boleh buat? Aku boleh buat kau jatuh dalam sekelip mata"
Razaleigh memberi isyiarat kepada bodyguard nya. Bodyguard tersebut menyerahkan tablet kepada razaleigh. Razaleigh menekan sesuatu di skrin tablet.
"kau check baki akaun"
Albert tergesa gesa mengambil telefon bimbitnya. Peluh dingin menitik dari kepalanya ke dahi
"kenapa 0?!"
Dia menekan sesuatu di dalam telefon bimbitnya lagi.
"0? Kerja kau ke?!"
Albert meninggikan suaranya. Duit adalah kelemahan dia yang paling besar. Tanpa duit tiada kuasa. Dengan baki 0 dia bakal merempat di jalan.
"aku tak peduli kalau kau tauke dadah sekalipun. Aku ada semua maklumat kau. Aku boleh jadi kawan kau dan musuh kau paling kejam. So, dah tahu berapa harga Maria?"
Razaleigh tersenyum memandang Albert Tan. Tamco group syarikat milik Razaleigh adalah syarikat Digital telekomunikasi yang terbesar di rantau asia. Kesemua syarikat telco yang ada adalah dibawah kerjasama dengan Tamco group. Segala maklumat tersimpan rapi oleh Tamco. Sangat mudah untuk dia manipulasikan.
Untuk dapatkan bukti kegiatan Albert Tan tiada masalah baginya. Semudah dia hack akaun Albert.
"come on bro! Tak kan sebab perempuan you hancurkan I?"
Albert cuba memujuk Razaleigh.
Razaleigh memberi isyiarat kepada bodyguardnya.
"Tuan ada masa hingga 5 untuk beri jawapan."
Lelaki bertubuh sasa yang menjadi bodyguard tersebut mula mengira
"Satu!"
"dua!"
"tiga!"
"okay okay! Aiya...up to you lah"
Albert mengalah. Duit lebih penting dari Naina
"10juta"
Razaleigh memandang tajam pada Albert.
"aiya..ok lah itu harga. I rugi besar lost Naina. She's been my precious asset. In 1 night I boleh untung milion"
Razaleigh hanya tersenyum sinis. Tak mungkin dia akan habiskan lebih banyak dari itu. After all dia masih businessman. Mana boleh rugi banyak. Samada Albert menerima tawaran tersebut atau dia akan membeli semua syer syarikat ini.
"call her"
Razaleigh memberi arahan kepada Albert Tan. Terkedu lelaki itu. Dia sudah lama menjadi bos tapi hari ini dia kalah.
"Grace, call Naina! "
Albert Tan memberi arahan kepada setiausahanya pula. Mana boleh jatuh harga diri!
"really?okay okay"
Rose mematikan panggilan yang diterimanya tadi.Dia melihat ke arah Naina yang sedang merakam lagu terbaru.
"err..kejap lagi la! biar dia habiskan"
rose memuat naik potongan video nyanyian Naina yang dia rakam kedalam tiktok Naina.
Sekelip mata view yang menonton semakin bertambah disertai komen komen yang positif.
Sempat juga dia memberi mesej kepada jurulatih tarian dan group tarian memberitahu naina tidak dapat hadir kerana ada urusan penting.
"ok Naina. Well done! Aku rasa lagu ni confirm hits nanti. All the best!" luqman menunjukkan tanda bagus.
"Naina, bigboss suruh datang hq sekarang. Jom!"
"kenapa? Bukan aku ada latihan dance ke untuk video klip lagu ni"
Naina meneguk air kotak yang dibawa Rose. Menyanyi buatkan tekaknya kering.Ditambah pula duduk dalam aircond yang sejuk macam dalam gua ais ni. Aihh...macam manalah luqman boleh tahan sejuk macam ni.
"plan changed beb. Jom jom kang mengamuk bos kesayangan you tu. Dengan you tak la dia mengamuk..dengan I ni." bebel rose mengenangkan sikap pilih kasih Albert.
Mereka segera menaiki kereta yang dipandu oleh rose. Agak agaknya berapa lah gaji rose ni ya. Entah lah ! Naina pun tak tahu sebabnya rose ini diupah oleh syarikat a.k.a albert sendiri. Yang Naina tahu. Cara kerja Rose memang tip top!
Tok! Tok! Tok!
Naina membuka pintu pejabat Albert. Dia melangkah masuk. Terpandang kewujudan syed razaleigh disitu. Naina cuba mengawal dirinya. Jarinya mengigil. Dia mengenggam erat tanganya.
"naina my dear. Tuan ini sudah tebus you. You sekarang free dari contrac
t maria"
Albert bangun dan menuju ke mejanya. Dia kembali membawa satu fail.
"ini contract you sebagai maria. I bakar ya" albert tan mengambil remote mematikan fungsi pemadam api dan menghidupkan api nyalaan automatik unggun api.
Naina ingatkan unggun api tu hiasan rupanya inilah fungsinya.
"beri I albert" syed Razaleigh meminta fail tersebut.
"aiya bos. Ini tak boleh. I kena hapuskan bukti ni. Bukan sebab naina tapi untuk keselamatan syarikat I"
"syarikat you selamat kalau i nak you selamat."
Albert terdiam sebentar memikirkan sesuatu.
"aiya..okay okaylah" Albert mencampak fail tersebut diatas meja dihadapan syed razaleigh.
"hei! Aku belum beri lagi keputusan aku.Apa yang kau cuba buat ni?"
Tinggi suara Naina. Tadi dia berdiam diri cuba memproses apa yang berlaku sebenarnya. Dia merampas fail yang ada ditangan syed razaleigh.
Dia betul betul tidak memahami. Apa yang membuatkan lelaki didepannya ini beria ia inginkan dia. Padahal mereka baru saja berjumpa. Bullshit la kalau kata jatuh cinta pandang pertama!
Lelaki itu menarik tangan naina dan menyebabkan naina terduduk di sebelah lelaki itu.
Razaleigh mengunci tubuh naina dengan memeluk pinggangnya. Dia memberi isyiarat kepada bodyguardnya.
Bodyguard tersebut memberi seutas rantai. Razaleigh melepaskan pautan tangannya di pinggang naina.
Dia memakaikan Naina sekalung rantai. Razaleigh berbisik di telinga Naina
"you jangan pernah tanggalkan rantai ni my sweet maria"
Haruman dileher naina disedut lama oleh razaleigh. Dia mencium leher jinjang tersebut.Naina terkesima dengan perbuatan razaleigh.
Razaleigh bingkas bangun dan menghulur tangannya untuk bersalam dengan albert.
"I dah return. Check your balance okay"
Albert terus melihat baki akaun di telefon bimbitnya.
"aiya..gila punya orang!" maki albert. Namun dia merasa lega baki akaunnya bertambah.
Naina melihat kalungan dilehernya. "Ini..ini memang rantai aku. Dari mana lelaki ni dapat? "
semakin menarik...siapa agaknya syed razaleigh ni? macam very powerful person. rantai yang naina bg pada lintah darat 3tahun lepas pun dia bole dapatkan.terima kasih sudi menunggu. maaf slow update sebab busy dengan persiapan adik nak nikah=) tq baca yang sudi baca. harap sudi juga komen ya
Share this novel