Doktor ingin menerangkan kondisi Naina ketika Razaleigh baru saja sampai di wad yang menempatkan Naina. Naina sedar setelah pengsan selama 7jam.
"Cik okay ke kalau saya terangkan kondisi cik sekarang?" tanya Doktor tersebut meminta izin memandangkan kehadiran razaleigh yang tidak dirancang berada bersama mereka ketika ini.
"saya suami dia. Doktor boleh teruskan"
Naina hanya menjeling tajam ke arah razaleigh. Tak kuat dia ketika ini untuk beradu mulut dengan lelaki itu.
"Erhmm..baiklah. Begini cik puan Naina. Puan pernah alami kecederaan pada kepala ke sebelum ini?"
"Tak pernah. Seingat saya tak pernah doktor"
Naina mula diselubungi kehairanan bila doktor tersebut bertanyakan sesuatu seperti itu.
"Okay...begini cik..puan Naina. Gejala yang puan alami ini kemungkinan disebabkan oleh amnesia traumatis. Adakah beberapa hari ini puan ada cuba mengingati apa-apa yang berkaitan dengan masa lalu?"
"maksud Doktor? Saya kurang faham."
" Puan pengsan mungkin kerana puan memaksa untuk mengingati peristiwa atau seseorang yang berkaitan dengan ingatan puan. Tadi kita ada buat MRi scan kan?saya dapati ada kesan kecederaan lama pada tempurung kepala cik puan. Tapi jangan risau ya.saya berpendapat ianya tidak lagi membahayakan cik puan. Tapi kemungkinan kecederaan tersebut mengakibatkan cik puan alami amnesia traumatic...sebab tu saya tanya soalan tadi untuk pastikan telaahan saya"
" sementara atau kekal?" Tanya Razaleigh.
"Itu tak dapat dipastikan tuan. Ada setengah kes ianya bersifat sementara saja dan ada juga bersifat kekal. Jika dilihat pada MRi scan dan condition cik puan Naina ni kemungkinan ianya bersifat sementara saja"
Naina dari tadi hanya berdiam diri memproses segala maklumat. Kenyataan yang diterima ini sangat besar untuk difahami Naina. Keliru..Ya Naina keliru tentang semua ini. Segala kepingan kepingan hal terjadi yang dulu dia tidak fahami kini perlahan bercantum membentuk kaitan antara satu sama lain.
Doktor telah berlalu meninggalkan mereka berdua namun Naina masih merenung dinding dimana doktor tadi berdiri. Selama ini dia ingatkan kerana penyakit anexity yang dihidapnya.
Keadaan Naina perlu dipantau oleh doktor maka berkampunglah Naina selama 3 hari disini.
Rose tiba dengan wajah cemasnya. " you okay tak ni?"
Beruntung Naina mendapat PA yang cekap buat kerja dan benar-benar peduli dengan Naina sebagai kawan sejati. Sememangnya Rose saja kawan rapatnya semenjak dia menceburi bidang nyanyian ini.
"Aku okay. Jangan risau lah. Aku kan wonder women"
Betul memang Naina pernah dinobatkan sebagai wonder woman kerana pencapaiannya yang disifatkan luar biasa dalam bidang hiburan.
"cuma aku..tak pasti dapat hadiri tak video shot untuk video klip" sambung Naina
" Jangan you fikirkan semua tu. Nanti i cari solution. Yang penting you sembuh"
Rose bercakap dengan Naina namun matanya tertumpu kepada razaleigh.Naina hanya tersenyum sambil menggeleng kepala perlahan.
" ada ada je kau ni rose. Sempat menggatal kau ni"
******
Berdegup laju jantung Suraida bila Rose khabar kan padanya tentang Naina masuk hospital.
Bayangan kenangan lama mula memenuhi ingatannya.
"Diam ! Jangan melawan!" Karim menampar wajah Maria.
"Lepaskan! Tolong!"
Maria menjerit sekuat hatinya. Bibirnya berdarah di tampar lelaki itu.
"Tak ada siapa kat rumah hahaha...cuma kita berdua saja sayang hihihi" Karim memeluk Maria. Dia menindih Maria di atas katil. Meronta ronta maria minta dilepaskan.
"Bangsat!!"
Suraida mengayunkan kayu besbol sekuat hatinya ingin memukul kepala suaminya.
Namun karim berjaya mengelak. Pukulan kayu itu terkena kepala Maria. Kuat pukulan tersebut hingga pengsan Maria.
Suraida tidak berhenti disitu dia mengejar karim. Suraida memukul karim sepuas hatinya. Karim menahan pukulan suraida dengan tangannya namun akhirnya mengalah meninggalkan rumah tersebut.
"Maria bangun! Maria! Maria!" Suraida mengguncang tubuh Maria. Maria diam tidak berkutik. Suraida dengan pantas menghubungi ambulans.
"Doktor, berapa lama anak saya macam ni? Dia takkan sedar kah doktor?"
Suraida sedih melihat Maria yang terbaring tidak sedarkan diri setelah pembedahan buang darah beku berjaya dilakukan.
"maaf puan,saya memang tak tahu bila anak puan akan sedar. Semuanya bergantung pada dirinya dan juga ketentuan Tuhan. Banyakkan berdoa untuknya puan"
Suraida menangis memandang Maria. "Maafkan makcik Maria! Semua ni salah makcik"
"Mbak?" mariam menepuk bahu suraida.
"Astagfirullah..." telefon bimbit suraida jatuh ke lantai apabila secara tidak sengaja pegangan jarinya dilepaskan gara gara terkejut di sentuh mariam si pembantu rumahnya. Suraida mengurut dadanya
" nasib baik tak arwah aku mariam oii"
tengah fikirkan samada patut atau tak naina berusaha mengingati siapa dirinya dulu iaitu Maria Irdina bt dato' habib usman atau terus menjadi Naina Talita saja. hurm...happy monday. cuti sekolah dah bermula. musim "menyinga" pun tiba=)
Share this novel