Bab 20

Drama Completed 12380

"Thanks latifah" Naina melihat sarapan paginya. Nasi lemak! 

"my favorite ever!" naina tidak sabar ingin menjamah nasi lemak tersebut. Jarang jarang dia makan nasi lemak homemade mummy su.

"naina...mana bismilah kamu?" mummy su menegurnya.

Hihihi...naina hanya tersengih. Dia menadah tangan membaca doa makan. Kemudian dia terus menyuap satu sudu nasi yang dipenuhi sambal kedalam mulutnya.

Mak Mah dan latifah juga turut duduk bersarapan bersama. Tiadalah istilah orang gaji dan majikan dalam rumah naina.

"Cik naina. Esok isnin boleh saya ambil cuti separuh hari?" Latifah memandang naina.Sabar dia menunggu naina mengunyah makanan.

"untuk?"

"mm..saya sebenarnya ada temuduga."

Latifah sedikit gusar andai kejujuran dia membuatkan naina marah.

"bagus! Ye la sampai bila nak jadi orang gaji kan. So kau apply apa?" naina menyuap sesudu lagi nasi lemak

" Kerani saja cik"

"really? Kau belajar sampai mana?"

"Dia ada degree dalam bisnes apa tu management ke apa namanya" suraida menyampuk.

"degree tapi apply kerani je?" naina membulatkan matanya.

"takpe la cik..sekarang susah nak cari kerja. Apa yang dapat saya syukur" latifah menundukkan kepala. Teringat dia..habis belajar terus kahwin. Bila dah kahwin dua tahun kemudian dapat anak. Bila dah dapat anak tanpa disangka suami pula curang dan akhirnya dia disini..menjanda dan bekerja sebagai orang gaji. 

Tak bukan! dia bukan tak bersyukur tapi dia memikirkan masa panjang. Jika naina kahwin..masih lagi kah dia diambil bekerja?lambat atau cepat dia pasti perlu mencari kerja.

"nanti kau bagi aku resume dan sijil sijil kau.Jap lagi jom kita beli barang dapur"

Naina menambah lagi satu senduk nasi lemak ke dalam pinggannya. Ini kalau rose nampak mau melayang senduk di kepala. Tak sudah sudah dia kena berdiet. Aish…

Mereka satu rumah keluar ke shopping mall berdekatan. Selain dari membeli lauk boleh juga membeli keperluan lain. Naina sudah bersiap dengan wajah polos dan penutup mulut. Bukan apa sesekali bebas tanpa gangguan peminat apa salahnya kan.

"mummy nak apa ambil saja" naina memaut lengan suraida ketika di butik pakaian.

"Mak Mah dan latifah nak apa ambil saja. No worries,I belanja je! You latifah pick some clothes untuk kau bekerja nanti."

"and for you little guy..nanti kita cari some cute clothes untuk you okay" naina cium pipi si kecil rayyan.

"Mari biar mami dukung rayyan" naina mengambil rayyan dan membawanya mendekati suraida.

Latifah dan Mak mah mula melihat dan membelek baju. Perkara pertama yang mereka lihat adalah harga baju tersebut. Terkejut mereka melihat harga. Jubah ringkas saja berharga Rm150. Kalau yang berfesyen berapa lah agaknya? Telan air liur dibuatnya.

Latifah sudah memilih dua helai baju begitu juga Mak Mah. Latifah kira harga baju tersebut masih mampu dia membelinya. Lagipun duit gaji nya belum terusik lagi. Segan pula kalau Naina belanja. Sudah banyak budi Naina kepada dirinya.

"Well well..jumpa you kat sini.Buat apa ni?" seorang lelaki berkulit agak gelap menyapa Latifah. Disebelahnya seorang wanita cantik berpakaian ketat sedang memeluk lengan lelaki tersebut.

Latifah hanya mendiamkan diri tidak mahu memanjangkan pertemuan.Dia ingin melangkah ke kaunter tapi lengannya ditarik perempuan berbaju ketat.

"Bie..this is your ex right? Kesian dia bie..you tengok fesyen baju dia bie macam makcik makcik pergi pasar. you belanjalah dia bie"

"okay no hal. Eh you ambil je apa apa i treat you. Hadiah untuk you memandangkan you pernah jadi isteri i"

"a.k.a maid i..oppss madu i" perempuan tersebut menyambung kata kata suaminya.

Naina yang mendengar perbualan tersebut ingin masuk campur tapi dihalang oleh suraida.

"Baiklah..betul ni kau nak belanja?" latifah meminta kepastian.

" ye betul la" jawab lelaki tersebut.

Latifah berjalan menuju ke kaunter.Dia meletakkan baju baju tersebut diatas kaunter.Lelaki tersebut dan isteri nya pula memilih baju.

"semua ni lelaki tu akan bayar..opss..kejap ya ada lagi" latifah bergegas menuju ke tempat baju wanita. Diambilnya blazer,jubah dan seluar palazzo dua helai dengan cepat ketika lelaki tersebut dan isterinya sedang leka memilih baju.

Naina tersenyum melihat perkara tersebut.Dia juga tidak mahu ketinggalan. Dia mengambil dua helai suit blazer dan seluar slack berwarna kelabu dan pink bersaiz M dan meletakkannya di atas kaunter. Dia menunjukkan tanda bagus kepada latifah.

Cashier tersebut membungkus pakaian tersebut dan menunggu pembayaran.

"Encik zaman...boleh bayar dulu ke sebab aku nak kena balik ni!" latifah memanggil lelaki tersebut.

Lelaki itu mendengus kasar.

"kejap you..you pilih mana yang you nak. I nak setelkan perempuan tu"

Zaman mendekati kaunter

"cik..kira dulu perempuan tu punya.nanti saya bayar. Isteri saya sedang pilih baju ni..nanti kira sekali"

"okay baik encik"

Latifah tersenyum sambil mengambil semua beg yang diberi oleh cashier tersebut. Dia melangkah laju mendekati naina,suraida dan Mak Mah.

"sadis betul hahaha…aku suka" naina tertawa. Mereka semua tertawa.

"langsung tak tanya rayyan. Tak pe rayyan mami belanja rayyan baju dan toys..jom!!"

Mereka berlima memasuki kedai toys r us.

"semuanya RM 2000 encik. Cash atau credit card?"

"what? Darling you beli apa sampai macam tu?"

"I beli apa? I beli 3 helai je bie..kedekut la you!"

"err...perempuan tadi tu bukan kira sekali ke encik? Total tadi RM1500"

Terkejut zaman mendengarnya. Lari budget hari ini. Dia menyerahkan kad kreditnya.

Cashier tersebut mencuba sebanyak dua kali tapi kad kredit zaman ditolak.

"maaf encik. Decline"

Dia memandang isterinya. Merah mukanya menahan malu dan marah.

"sorry bie...i beli beg prada dan..dan...jam"

Dia menyerahkan pula kad bank. Nasib baik transaksi berjaya.

"Balik!" zaman memberi arahan.

"ala...you...kata nak belanja i makan"

"Thanks to your habit and your idea nak belanja perempuan tu.Duit I tinggal 1000 je ni nak survive sampai hujung bulan. How could you do this to me!" herdik zaman.

Merah muka isterinya bila dimarahi di tempat awam. Memang salahnya kerana dia sudah menggunakan limit maximum kad kredit membeli beg,jam,baju,more baju dan kasut. Duit gaji suaminya yang diberi pun sudah habis digunakan. 

Gaji zaman adalah Rm10k. Rm2k digunakan untuk bayar rumah, Rm2k lagi untuk kereta, Rm 1k bayar hutang utilities,Rm2k untuk isterinya tersayang dan baki lagi RM3k untuk perbelanjaan dirinya dan perbelanjaan rumah pula menggunakan kad kredit. Biasalah biar papa asal bergaya!

**************

"Raz, mana maria?" pia memandang razaleigh.

"buka mulut sayang" razaleigh menyuapkan sesudu nasi ke mulut pia.

"Raz…"

"aku belum bagitau dia" razaleigh menyua lagi sesudu nasi

"kau gaduh dengan maria?" 

"Tak ada lah. Kau nak air tak?" razaleigh menuang segelas air dan memberikan gelas tersebut kepada pia.

" excuse me" razaleigh berlalu masuk ke dalam toilet.

Pia menggeleng kepala melihat razaleigh. Memang begitulah razaleigh bila bergaduh dengan maria. Pia dan razaleigh saling mengenali sejak 6 tahun lepas. Mereka berjumpa di majlis amal yang dihadiri oleh kedua keluarga mereka.

Keserasian diantara mereka menyebabkan mereka rapat walaupun razaleigh tua tiga tahun dari dirinya. Ketika itu maria belajar di luar negara. Razaleigh bertemu kali pertama dengan maria di kenduri kesyukuran yang diadakan dirumah bersempena maria pulang dari luar negara.

"Pia, aku rasa aku suka dekat maria"

Pengakuan razaleigh bagai runtuhan aisberg di hatinya.

"Maria tu...bagaikan bintang yang bersinar. Senyumannya, sikapnya, lirikan matanya..semuanya tentang dia buat aku jatuh hati"

"hahaha...cair tahi telinga aku wei dengar kau macam ni! hahaha.." pia ketawa. Tawa yang sengaja dibuat untuk sembunyikan kesedihan di hati.

"aku betul la ni aku suka…"

"Dah dah aku tak nak dengar. Kau suka kak maria kau cakaplah sendiri. Aku ngantuk la nak tidur. K bye!"

Pia mematikan panggilan telefon. Untuk apa mendengarkan kata kata yang buat hati sakit. Pia meraih patung arnab warna pink dan memeluknya. Patung arnab tersebut menemani pia meluahkan rasa sedih dihatinya. "apa beza aku dan maria, raz?"

Kenangan itu masih terpahat di mindanya.

"Kau tak habiskan lagi air? Kau termenung ke?" tanya razaleigh yang berdiri memandang pia.

Razaleigh memandang telefon bimbit nya. Mesej yang kelmarin dihantar kepada naina tidak berbalas. Hatinya sedih. Hiba bila kekasih hati menyepikan diri.

Hatinya rindu wanita tersebut. Dia tahu dia melampaui batasnya. Tidak seharusnya dia kata maria pelacur dan menipu mengatakan maria adalah isterinya.Tentu hati maria sedih dan terluka.

"Raz...you call maria. You kenalkan maria  macam mana. Rajuknya hanya sekejap saja" pia memberi saranan setelah melihat razaleigh kerap melihat telefon bimbitnya seperti gelisah menanti panggilan dari seseorang.

Razaleigh mendail nombor di telefon bimbit nya. Tertera nama "maria" di skrin telefon. 1,2,3,4,5 deringan tapi masih juga tidak berjawab. Razaleigh mematikan panggilan tersebut.Dia menaip mesej dan menghantarnya. Semoga saja si penerima membacanya.

Naina baru saja sampai ke rumah dari shopping tadi. Letih badan bila sesekali keluar berbelanja. Dia merebahkan badannya di sofa. Naina mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg silang. Terlihat ada missed call dan mesej. Dia membuka mesej tersebut.

"please maria angkat call. I'm really sorry. Btwy pia dah sedar "

Pia sedar? Badan yang letih tadi terasa segar. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan badan dan bersiap.

"nak kemana tu naina? Petang dah ni?" tanya suraida apabila melihat naina menyarungkan kasut di kakinya.Syukur dia melihat anak kesayangannya mula konsisten memakai hijab. Kelihatan manis sekali.

"keluar kejap mi. Tak lama sejam dua nanti naina balik.jangan risau mi..dua bodyguard tu ada" naina memberikan ciuman di pipi suraida lalu keluar menuju ke destinasi.

Sesampainya naina di hospital dia terus menuju ke dalam bilik wad pia. Kelihatan bersama pia adalah razaleigh. Dia masuk tanpa memberi salam atau ketukan di pintu maka bila dia membuka pintu tersebut secara tidak sengaja terlihat razaleigh mencium tangan pia. Entah mengapa hatinya ada rasa terkilan dan sedih walaupun sudah mengetahui mereka adalah suami isteri.

Razaleigh cepat cepat melepaskan genggaman tangan pia agar tidak terlihat oleh naina. Naina masuk dan duduk di sebelah kanan katil pia. Ketiga tiga mereka senyap tidak bersuara.situasi ketika itu terasa canggung sekali.

Kring!kring!kring!

Telefon bimbit razaleigh berbunyi.Dia jawab panggilan tersebut sambil berlalu keluar dari bilik tersebut. Kini hanya tinggal pia dan naina saja di ruangan tersebut.

"ye jacob?"

"betul bos. Jamaludin yang upah orang untuk cederakan puan pia hingga koma dan dia juga yang sebabkan cik maria kemalangan hingga hilang ingatan"

Ketika itu di dalam bilik wad,

"kak maria, pia...minta maaf. Pia salah"

Pia memulakan bicara. Dari tadi lagi dirinya ingin segera memohon keampunan dari maria.

Naina memandang pia. Ada suram di matanya. Air mata sudah bertakung di soket mata membuatkan bola mata seolah berkaca.

"pia….betul ke kau nak aku mati?kau...dan uncle jamaludin nak aku mati?"

Terkejut pia mendengar soalan tersebut. 

"Demi Allah maria,aku tak tahu uncle jamaludin rancang nak bunuh kau. Aku ingat dia cuma tahan kau agar kau tak dapat hadir majlis nikah agar….agar aku dapat gantikan kau."

Naina diam menundukkan kepalanya. Air matanya menitik mengenai beg yang diletakkan di pangkunya.

"maria..aku minta maaf. Aku menyesal. Sampai bila bila pun aku tak boleh gantikan kau di hati raz.Aku...aku akan bercerai dengan raz. Aku janji"

Naina masih berdiam diri. Itu membuatkan hati pia merasa gelisah. Merasa seolah olah dia tidak akan dapat kemaafan dari kembarnya itu.

Pia menyentuh pipi naina. Jarinya menyapu air mata di pipi naina.

"maria….andai semuanya boleh diputar semula.Semua yang berlaku ni adalah kebodohan aku. Izinkan aku perbetulkan kesemuanya mar. Maafkanlah aku"

Naina mengangguk kepala

 "aku sayang kau pia. Andai saja dari dulu kau katakan pada aku yang kau cinta raz tentu aku sedia memilih kebahagiaanmu dari perasaan aku"

Pia menangis. Benar memang benar selama ini maria selalu mengutamakan dirinya. Hanya saja dia yang terlalu ikutkan hati hingga semua ini berlaku. "maaf maria. Aku sayang kau juga"

Mereka berpelukkan.Segala rasa marah dan rasa sedih dikhianati hilang. Walaubagaimanapun maria dan pia tetap adik beradik. Apa pun yang terjadi air dicincang tidak akan putus.

Razaleigh masuk kedalam bilik semula dan duduk di kerusi di sebelah kiri katil pia. Mereka berdua melepaskan pelukan. Naina duduk menundukkan kepala menyembunyikan wajah yang baginya kelihatan buruk selepas nangis.Dia tidak mahu razaleigh melihat sisi lemahnya.

Pia menarik tangan razaleigh dan menyatukannya dengan tangan naina.Naina terkesima dengan tindakan pia. Pia tersenyum,mulutnya menuturkan kata kata doa buat mereka berdua "Aku harap korang bersama semula.aaminn" 

Naina dan razaleigh duduk di sofa di ruangan tetamu di dalam bilik wad tersebut. Naina dan razaleigh hanya berdiam diri. Buat pertama kali,mereka kekok bila berhadapan diantara satu sama lain.

"maria..I minta…"

"Raz,aku nak minta kau tolong aku boleh?" naina mematahkan kata kata razaleigh. Sengaja dia mengalihkan topik. Dia tidak mahu bercakap mengenai mereka berdua. Sekarang ini tiada perkataan 'berdua' kerana saat ini raz adalah milik pia.

"untuk you, I sanggup buat apa saja"

Naina tersenyum sinis. Ayat itu terlalu klise untuk naina.

"I nak lepas dari Albert sepenuhnya..maksud I tak nak lagi terikat dengan company A music"

Naina memandang razaleigh. Mata mereka bersatu. Naina cepat cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Baik I faham"

"pia tengah tidur. Aku balik dulu" naina bingkas bangun. Namun tanpa disangka razaleigh memegang tangannya.

"maria.."

"Raz please.." naina melepaskan lembut tangan lelaki itu. Dia menarik nafas dan menghembuskan perlahan sebelum menyambung kata kata

"you milik pia raz. Izinkan i undur diri"

"No maria..no! I sayang you"

Naina diam. Tiada lagi kata kata yang boleh dia tuturkan lagi. Semuanya sudah dia katakan. Dia akan cuba redha menerima ketentuan ilahi.

"Raz.." pia terbangun dari tidur memanggil nama razaleigh.

Naina melangkah keluar meninggalkan bilik tersebut. Dia melangkah lambat. Apabila sampai dihujung koridor,dia menoleh ke belakang. Tiada Razaleigh. 

Tiada lagi Razaleigh yang dulu sentiasa mengejarnya bila dia merajuk. Tiada lagi razaleigh yang mengutamakan dirinya. Tiada lagi cinta Razaleigh yang sepenuhnya milik diri nya. Kini Razaleigh milik pia. Naina yakin itu!

Di Dalam kereta, naina menghamburkan tangisnya yang sejak dari tadi dia tahan. Sesak dan sakit melepaskan orang yang dia cintai pergi. Naina menangis sepuas puasnya. Dia janji inilah kali terakhir dia menangisi cintanya kepada razaleigh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience