Bab 9

Drama Completed 12380

"you okay naina? Nampak pucat" rose bertanya apabila Naina duduk di hadapannya.

"aku okay" Naina bingkas bangun namun dihalang oleh Latifah.

"cik nak apa saya buatkan"

"Ok fine. Aku cuma nak buat air susu protein. Susu ada atas pantry tu. Ambilkan sekali box supplement"

Tidak mengambil masa lama,susu protein terhidang di depan Naina bersama satu box suplemen yang diminta.

"cik tak makan bihun?"

"cik you ni hari ni tak boleh makan berat untuk sarapan. Ada latihan tarian dan spa. After that baru boleh" rose tolong Naina menjawab pertanyaan Latifah.

" baby kau okay?" tanya Naina

" Okay cik. Sedang tidur. Sekarang ni dah jarang menangis. Ceria saja"

"bagus. Kau buat macam rumah sendiri tapi kerja kau kena tip top okay. Aku tak suka sepah"

"jom rose" naina meneguk baki susu protein di mug

"ala..i baru nak tambah lagi"

"selalu kalau aku lambat kau bebel. Kali ni kau pulak yang lambat"

"Okay okay! Jom!" Rose bingkas bangun dan berjalan keluar.

Latihan tarian untuk lagu terbaru Naina mengambil masa dua jam. Sempat juga Naina buat content tik tok dengan tarian terbarunya.

"Rose,aku rasa macam tak sedap badan la.Boleh tak aku tak pergi spa. Kau ganti aku.Treat from me"

"really? Wah...badan I memang perlukan sangat spa ni. Omg, thank you dear !" Rose bernyanyi kecil keriangan mengikut rentak lagu di radio.

Naina tersenyum. Sepanjang perjalanan dia hanya memandang ke luar tingkap kereta. Betapa sibuknya kota metropolitan ini. Rindu pula kesunyian kampung. Ermm….rindu mummy su.

"beb, kau rasa aku boleh cuti tak? 7 days maybe or at least 3 days pun okay. I rindu my mum la" 

Naina memperlahankan bunyi radio.

"let see, okay. Nanti I tengok jadual you."

Rose berhenti bersenandung. Matanya fokus pada pemanduan sesekali asyik melihat cermin hadapan dan cermin tepi.

"you perasan tak naina?"

"perasan apa?"

"kereta myvi hitam belakang kita ni dari tadi macam ekori kita je"

Naina menoleh ke belakang. Ye ke? Tak kan lah SR kot. 

Rose belok ke kanan memasuki pekarangan kondominium mewah kediaman Naina.

Kereta myvi tersebut tidak mengikuti tetapi sebaliknya hanya terus melalui jalan tersebut.

"perasaan I je kot tadi hihihi.." rose tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.

Naina dalam diam menghembus nafas lega. Nasib baik tak menambah dosa buruk sangka.

"I pergi dulu tau. Nanti I Update you tentang cuti you."

"Ok,kalau setakat latihan or something like that boleh postpone. Kau postpone macam biasa"

"noted boss. Thank you tau treat spa. Sayang you lebih..mmuahh. tata~" 

naina berlalu menuju ke keretanya selepas menyerahkan kunci kereta Naina.

Sesampainya dirumah,naina terus berkurung di dalam bilik. Moodnya sejak semalam kurang baik. 

Dia terbangun dari tidur ketika matahari sudah pun terbenam. Suasana didalam bilik menjadi kelam dan hanya diterangi cahaya bulan.

Naina bangun dan menuju ke dapur. Dia mengisi gelas dengan air kosong dari penapis air LG dan meneguknya sehingga habis. Dia berjalan menuju ke balkoni. Suasana malam kota metropolitan memang mengasyikkan.

"fabi'ayyi ala'i rabbikuma tukazziban. Walahul jawaril munsya'atu fil bahri kal a'lam fabi'ayyi ala i rabbikuma tukazziban~"

Sayup suara yang Naina dengari. Alunan suara itu mengasyikkan halwa telinganya. Ayunan langkah kakinya seperti dipukau mengikuti punca suara itu.

"fabi'ayyi ala'i rabbikuma tukazziban~"

Naina menekap telinganya di pintu bilik latifah. Suara itu mendayu membuai jiwanya dan tanpa sedar air matanya mengalir. Entah mengapa hatinya benar benar terusik dengan alunan ayat itu.

Dia duduk mencangkung. Fikirannya mula diselaputi rasa bersalah. Lama dia meninggalkan Tuhan. Lama rumahnya tidak dihiasi suara ayat ayat suci quran. Dulu mummy su selalu membaca surah ar rahman ini bila hati resah. Setiap kali itu hatinya tersentuh.Air matanya mengalir laju. Mendengar latifah mengalunkan ayat suci ini seperti ubat yang menyembuhkan jiwanya. Semakin kuat pula rindunya pada mummy su.

Naina bangun dan masuk semula ke dalam biliknya. Dia duduk di hujung katil dan merenung imej dirinya yang terpantul di cermin tingkap. Dirinya terlalu banyak dosa hingga dia malu untuk menghadap Allah. Layak ke aku? Aku banyak dosa dan aku tak tahu bagaimana ingin melepaskan diri. Tolonglah aku ya Allah!

Lama dia tenggelam dalam konflik perasaannya sendiri.

Tok!tok! Cik! Tok! Tok!

Naina tersentak dari lamunannya. Dia membuka pintu bilik. Kelihatan latifah sedang berdiri di luar pintu itu.

"cik,marilah makan. Malam ni mak tau yang masak." 

"ye ke?mm..mesti sedap. Kejap saya mandi dulu" 

Naina menyapu wajahnya dengan lengan bajunya. Menghapus butir butir air mata yang bersisa. Namun dia terlambat, latifah sudah melihat matanya yang merah dan hidungnya yang seakan berhingus.

Latifah menganggukkan kepala dengan senyuman mesra. Telinganya jelas menangkap kelainan pada suara Naina tadi.

Naina masuk ke bilik mandi untuk bersihkan diri. 10 minit kemudian dia siap mandi.Dia memakai legging merah dan baju tshirt besar. Rambutnya di gulung ke atas.

Dia buka sahaja pintu bilik aroma masakan menerpa deria baunya.Emm..sedapnya. Perutnya mula berkeroncong minta diisi.

"Comelnya anak kau latifah. Aku lupa nak tanya nama dia" Naina mendukung anak latifah. Latifah sedang membantu mak Mah menyediakan juadah makan malam dimeja makan. Anaknya pula dibiar bermain di ruang tamu. Jika dalam bilik sukar pula untuk Latifah memantaunya.

"Luqman Rayyan cik" sahut latifah dari dapur

Oo...selama ini ingatkan anak dia girl. Boy rupanya. Muka seiras latifah.

Manja anak kecil itu dengan Naina.  Naina leka bermain dengan Rayyan tanpa sedar Mak Mah memanggilnya makan.

"Cik!" Mak Mah menepuk bahunya.Naina menoleh memandang Mak Mah.

"makan cik" Mak Mah menjemput Naina makan. Naina bingkas bangun dan duduk di kerusi.

Dia menelan air liur melihat lauk pauk yang terhidang. Pajeri nenas,ayam goreng,ulam timun dan sambal belacan.

Latifah cedok sepinggan nasi dan hulur kepada Naina. Tanpa lengah Naina mengambil dua sudu pajeri nenas,seketul ayam bahagian kepak,ulam dan sedikit sambal belacan.

"Eh,kenapa Mak Mah dan kau tak duduk sekali?Tak lapar?"

Naina baru menyedari yang dia seorang sahaja duduk menghadap makanan.

"err..tak pe cik. Kami makan kemudian saja"

"asal la kau ni. Takde takde. Makan sekali dengan aku. Panggil mak kau sekali"

Latifah berlalu memanggil maknya untuk makan sekali. Mak Mah tadi membawa cucunya masuk kedalam bilik agar tidak mengganggu Naina makan.

Latifah meletakkan semula rayyan di ruang tamu bersama beberapa mainan.

Mak Mah pula duduk di hadapan Naina. 

Naina cedok sepinggan nasi untuk Mak Mah dan Latifah.

"Jom makan" Naina dengan lajunya menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"bismillahirahmanirrahim,

Allahuma bariklana fima~(doa makan)" 

Mak Mah membaca doa makan. Latifah menadah tangan amin kan doa. Naina merasa segan pulak dia sudah makan dulu tanpa membaca doa...cepat cepat dia menadah tangannya juga.

"Aaminn"

Naina menyambung semula makan yang terhenti tadi. Bahagia juga hatinya. Lama tak baca doa makan. Keberadaan latifah sekeluarga bersamanya seolah menghidupkan nyalaan api yang padam.Menerangi dirinya yang kelam.

Selesai makan dia melayan rayyan bermain sambil menonton netflix.

Mak Mah kembali masuk kedalam bilik untuk berehat. Biasalah orang tua.

Latifah mengambil Rayyan untuk ditidurkan. Dia sudah siap membancuh sebotol susu untuk anaknya.

Naina keluar ke balkoni. Suasana malam KL ditenungnya tanpa perasaan. Udara malam yang dingin dihirup dan dihembuskan semula.

"Cik tak tidur? Nak air? Saya boleh buatkan"

Naina menggeleng kepala.

"aku tak pernah tanya kan? Aku tanya boleh?" Naina minta izin untuk bertanya soal peribadi Latifah.

"boleh je cik. Tanyalah apa saja"

"kenapa kau duduk bawah jembatan?"

Latifah diam

"er..takpelah kalau kau tak boleh jawab"

"suami saya halau saya dari rumah" 

Latifah menelan air liur. Suaranya sedikit serak.

"Kenapa dia halau?"

"sejak dia naik jawatan.Dia ada perempuan lain. Dia nak kahwin dengan setiausaha dia sendiri. Jadi,dia ceraikan saya"

Latifah diam sebentar sebelum menyambung semula.

"saya tak ada duit. Tak ada tempat tinggal. Jambatan tu lah tempat kami berteduh"

Naina mengangguk perlahan. " kau wanita cekal"

"boleh saya tahu kenapa cik tolong saya?" Latifah memandang wajah Naina.

"Bila aku tolong kau seumpama aku tolong diri aku sendiri"

Ada kesayuan dalam nada suara Naina.

Latifah tidak faham maksud tersirat dari kata-kata Naina. Berkerut dahi Latifah.

Naina tersenyum lalu melontar pandangannya ke pemandangan kota raya semula.

"Semua orang ada masalah cik. Semua orang ada silap. Hanya perlu kuatkan semangat harungi juga kerana jika kita berhenti sekalipun dunia masih tetap berputar. Kecekalan saya datang dari Allah jua cik"

Tertegun sebentar Naina mendengar ucapan Latifah. Benar..hanya perlu kuatkan semangat.

Kringg! Kringg! Kringg!

Naina mengambil telefon bimbitnya yang berada dalam kocek baju tshirt.

"hello beb!" suara rose yang sentiasa ceria itu kedengaran di hujung talian.

"Assalamualaikum wrt Cik Rose"

Terdiam Rose. Yalah tiba tiba pula bos dia bertukar karektor islamic.

"waalaikumsalam. I dah clearkan seminggu untuk you...no..8 days actually. So you boleh cuti starting esok yeay! Suka tak?"

"Really? Mestilah aku suka. Thanks beb!"

"tapi...8 days je tau. Tak boleh lebih lagi sebab you ada sesi photoshoot, sesi video shoot lagi, aii...banyak lagi la kalau list boleh berbuih mulut I" 

"okay makcik rose. Noted with thanks!"

Naina terus mematikan panggilan tersebut. Menggerutu hati Rose dibuatnya bila Naina memanggilnya makcik.

" Kelmarin orang panggil I kakak..now makcik pulak aishh am I really need botox?"

Pagi keesokkan harinya Naina bangun awal. Bangun subuh untuk lebih tepat. Semalam kata kata Latifah benar benar mengetuk pintu hatinya.

Telekung dan sejadah yang lama tersimpan di dalam almari ditenungnya. Teragak agak dia untuk mengambilnya.

"Go Naina! Go!"

Sejadah telah dibentang,telekung sudah membaluti tubuhnya. Dia berdiri dan mulakan 

"Allahuakbar"

Selesai solat subuh,dia menadah tangannya untuk pertama kalinya sejak 3 tahun lepas.Bersungguh sungguh Naina berdoa.

Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi, Naina buat air kopi dan roti bakar bergula jadi sarapan paginya.

Roti gardenia disapu lapisan butter kemudian di tabur sedikit gula. Dia masukkan roti tersebut dalam ketuhar selama 2 minit.

Roti tersebut tidak terlalu garing tapi ada tekstur rasa dipanggang.Dipadukan pula dengan butter yang meresap dalam roti dan gula yang manis..wahh..dua keping tak cukup kalau Naina makan. Sarapan pagi hari ini di balkoni. Cahaya pagi menyinari kulitnya. Vitamin D free begini jarang dapat dinikmati.

"Awal cik bangun. Maaf saya belum buat sarapan untuk cik. Saya buat sekarang ya" Latifah terkejut pagi ini melihat majikannya bangun lebih awal. Selalunya tengah hari baru Latifah jumpa majikannya.

"Tak pe..aku dah sarapan. Kau buat sarapan untuk diri kau dan mak kau saja. Nanti pukul 11 kita keluar. Mak kau larat tak ikut? Kalau tak larat tinggal saja kat rumah"

"Nak kemana cik?"

"Beli barang dapur"

"oo..okay baik cik"

Naina tertidur setelah melihat Instagram miliknya. Dia membalas komen komen peminat dan tak lupa juga Like post rakan industri.

Tit! tit! tit!

Jam loceng berbunyi tepat pukul 10.30 pagi. Naina bersiap seadanya. Masa untuk pasar raya!

Banyak barang yang dibeli Naina.Yalah dia akan meninggalkan latifah sekeluarga selama 7 hari. Dia perlu pastikan semuanya cukup sebelum dia bertolak balik ke kampung.

"Aku akan balik kampung petang ni. Aku mungkin pergi selama seminggu. Ni duit untuk kau" Naina menghulur not seratus sebanyak 5 keping.

"banyaknya cik"  latifah menolak pemberian Naina.

"mm...anggap gaji kau"

Naina masuk ke dalam biliknya. Mengemas keperluan yang perlu dibawa. Sebenarnya tiada apa yang perlu dibawa. Disana di rumah mummy su semua keperluan tersedia.

Naina sampai dirumah mummy su tepat jam 6.30 petang. Dia memandu sendirian membawa kereta myvi oren. Ya kereta miliknya ini memang jarang dipandu.

"Assalamualaikum mummy!"

"waalaikumsalam Naina sayang! Mmuah mmuah mmuah" Suraida mencium pipi Naina berulang kali. Anak perempuan kesayangannya.

"mm...sedappnya mi.lama tak makan lauk mi masak" bertambah nasi Naina makan. Berselera betul dia makan masakan mummy nya ini.

"Naina cuti berapa hari ni?"

" seminggu kot mi"

Tersenyum suraida bila mengetahui anak perempuannya ini akan menghabiskan masa selama seminggu dengannya.

Tidur malam Naina damai sekali tanpa mimpi menakutkan tanpa gangguan panggilan dan tanpa rasa terbeban memikirkan tugas yang perlu diselesaikan. Hatinya benar benar gembira.

Tengah hari ini Naina makan dengan berselera berlaukkan ikan keli goreng, terung bakar masak cili api dan ulam ulaman. Perghh...memang kaww kaww mummy su masak! Menjilat pinggan dibuatnya.

Naina duduk di gazebo menatap pemandangan sawah padi yang menghijau. Indah sungguh hamparan hijau yang terbentang luas. Sesekali lari dari kota untuk melihat kehijauan kampung memang berbaloi.

Sementara itu,

" Takkan Maria hanya duduk dalam rumah saja? Takkan seorang perempuan pun korang tak boleh jaga? Tak boleh harap betul la. Kalau korang tak jumpa dia hari ini. Aku potong 70% gaji korang!" bentak Syed Razaleigh apabila bodyguard yang diupahnya gagal mengesan Naina.

Semalam dia call Naina untuk berjumpa tapi panggilan tersebut tidak berjawab. Ikut data yang dia lihat nombor Naina tidak aktif ataupun dimatikan. Angin kemarahan  bertukar taufan hingga hari ini. Habis semua orang di marahnya.

Ding dong! Ding dong! Ding dong!

"sabar..kejap" Latifah tergesa gesa menuju ke pintu dan membukanya tanpa membuka pagar pintu.

"Cik Naina ada?"

Tanya seorang lelaki bertubuh sasa.

"Cik Naina tak ada dirumah. Dia balik kampung seminggu" jawab Latifah. Gerun juga latifah melihat penampilan lelaki tersebut.

"Kat mana ye kampung dia?"

"mm...maaf saya tak tahu"

"Takkan tak tahu?"

"betul encik saya tak tahu. Saya baru saja bekerja dengan cik Naina. Semalam dia balik kampung tak ada pula bagitau saya kampungnya dimana" polos jawapan Latifah

"mm..okay. thanks"

Lelaki bertubuh sasa memakai baju serba hitam tersebut beredar meninggalkan latifah.

"masaklah kita..perempuan tu balik kampung. Seminggu pulak tu" lelaki bertubuh sasa memicit keningnya

"kau tanya tak kampung dia kat mana?"

Lelaki kedua memandang rakan sekerjanya.

"dah tapi maid dia tak tahu.Adoii masaklah kalau bos potong gaji kita ishh! " lelaki pertama yang bertubuh sasa itu menendang tayar kereta myvi hitam miliknya.

"no choice bro"

Lelaki kedua menghantar pesanan mesej kepada bos nya. Mereka tiada pilihan lain.

"Bos, Maria balik kampung seminggu. Kami tak tahu lokasi kampung dia. Maaf bos"

Mesej yang masuk dalam telefon bimbit Razaleigh segera dibacanya.

"bodoh!"

Razaleigh membuka laptop di hadapannya. Dia masuk ke dalam sistem jaringan satelit komunikasi miliknya. Dia mengesan signal nombor telefon bimbit milik suraida. Dari kedudukan lokasi milik suraida terdapat dua nombor yang menggunakan operator berlainan. Satu maxis yang didaftarkan atas nama mariam dan satu lagi digi atas nama Naina.

"got it! Kau ada dua nombor rupanya" 

Razaleigh menyimpan nombor telefon tersebut dalam telefon bimbitnya.

"jangan fikir boleh terlepas maria. No worries, enjoy your holiday okay. Balik nanti jumpa di tempat kelmarin"

Razaleigh menghantar pesanan tersebut ke nombor kedua Naina.

Saat ingin tidur Naina melihat telefon bimbitnya. Ada satu pesanan mesej yang diterimanya. Dia membacanya.

Resah dan gementar mula menyelubungi dirinya.

" shit ! Dia boleh tahu aku kat mana?! Tak mungkin dapat dari Rose. Rose sendiri pun tak tahu nombor aku"

Tidur malamnya terganggu semula. Mimpi dia jatuh dari jambatan tinggi menghantuinya semula. Hampir subuh baru dia benar benar lena.

Selepas makan tengah hari, naina mengikuti mummy su duduk di gazebo.

"anak mummy okay?" tanya suraida apabila melihat Naina kerap termenung sejak pagi tadi.

"okay mi"

" Dengan Mi jangan tipu tau. Mi tahu"

" hati naina resah mi. Entah la.."

"hati manusia ni akan resah gelisah bila dia putus hubungannya dengan Allah."

Tersentak Naina dengan ucapan mummy su. Deep!

" tapi mi..layak ke jika seseorang tu banyak dosa berdoa meminta minta pada Allah?"

Mummy su memandang wajah Naina.

" manusia saja yang suka menghakimi manusia lain. Meletakkan kasta dan kategori sesama sendiri. Sedangkan Allah maha pengampun. Jadi mi kata..layak walaupun dosanya sepenuh lautan"

Naina diam

"macam mana kalau dia malu nak hadap Allah?" naina bertanya lagi.

"lebih malu jika dia langsung tak menghadap Allah di dunia tapi di akhir hidup dia menghadap Allah dengan keadaan hina dengan dosa yang tak mampu dia bawa lepas tu berharap Allah masukkan dia ke syurga. Betul tak?"

"Mmm…." naina mengangguk membenarkan apa yang dikata mummy su.

"Naina ingat lagi tak bila mi jumpa naina kali pertama?"

"ingat mi. Ntah macam mana naina nak balas jasa mi dan ayah karim"

Empat tahun lepas, Suami mummy su telah menyelamatkan dirinya dari lemas. Menurut cerita mummy su, Suami mummy su jumpa dirinya tersadai ditepi sungai. Kebetulan suaminya itu sedang memancing ikan di kawasan tersebut.

Di fikiran suraida terkenangkan peristiwa lama. Dia tersenyum memandang Naina.

"Naina,maafkan mummy. Belum masanya mi cerita perkara sebenar kat Naina." suraida bermonolog dalam hati.

happy weekend semua=) harap ceria semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience