Bab 4

Drama Completed 12380

Semua dah siap boss

Naina membaca mesej yang masuk ke dalam telefon bimbitnya tadi. Naina tersenyum dan menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg kecil yang dibawanya.

"you ni tak best la. Dah lama you tak join kitorang tau. Danial selalu tanya you" adu rose dengan nada kesal.

"so?" nadia senyum sinis bila mendengar nama Danial.

"takdalah you pun tahu kan Danial lama try you. You jual mahal sangat" 

"My dear Rose, harap you tak lupa I terikat kontrak 5 tahun dengan Albert. Kalau Danial betul nak I..dia bayarlah tebus I then I"ll consider him okay" 

Naina meneruskan latihan senaman nya bersama Azam setelah lelaki itu datang kepadanya dan meminta dia menggunakan sebuah mesin untuk membina otot lengan dan mempercantikkan belakang badannya.

"body you mengancamlah" rose cuba menggoda Azam.

"Rose! You kacau I" Azam merasa terganggu dengan rose yang meraba dada bidangnya. Dia sedang fokus melatih Naina.

"huh! I tak cantik ke?macam you senang je i dapatkan tau.Naina, I tunggu you dekat cafe bawah okay. I need my energy booster"

Rose menjeling Azam dan terus berlalu meninggalkan mereka. 

Rutin workout Naina mengambil masa dua jam sahaja. Selesai rutin tersebut. Naina menuju ke cafe mencari Rose. Rose sedang duduk di satu sudut sambil melihat telefon bimbit. Tersenyum senyum rose melihat Skrin telefon bimbit miliknya. Entah apa yang dia lihat.

"tersengih sengih" sapa Naina. Dia duduk berhadapan dengan rose.

"ni..i chat dengan satu cute guy ni. He say i'm a pretty lady. Am i?"

"yeah...cantik. Of course" Naina tersenyum.

"beb,lets go! I ada program malam ni" Naina bingkas bangun.

Sampai dirumah Naina langsung masuk kedalam rumah dan duduk di sofa empuknya.

"latifah!" 

Tiada sahutan.

"Latifah!"

Masih tiada sahutan dari latifah. Naina melihat jam tangannya dan masa menunjukkan baru pukul 1.30pm. Naina bangun dan berjalan ke dalam bilik andai latifah ada disana. Empat bilik telah dicari dan tiada kelibat latifah.

"mm...kenapa pula dengan Latifah?" Dia melihat telefon bimbitnya manalah tahu  latifah ada menghantar mesej. Tiada Mesej yang masuk dari kiriman latifah.

Naina anggap mungkin Latifah ada perihal peribadi maka dia tidak hadir bekerja hari ini. 
Perut Naina yang berkeroncong minta diisi mengalihkan fikirannya. 
Naina membuka almari dan mengambil ramen. Dia buka pula peti sejuk mengambil sedikit udang dan sawi.
Satu periuk kecil yang dipenuhi air dididihkan. Naina masukkan mee ramen dan perencahnya. Kemudian diikuti oleh sawi dan udang. Setelah beberapa ketika dia menuang mee tadi ke dalam satu mangkuk besar.

Dia mengambil satu cawan jus oren yang ada di dalam peti sejuk. Air dan makanan tersebut dibawa dan diletakkan di atas meja sofa didepan televisyen. Naina membuka channel netflix. Macam biasa makan sambil menonton filem adalah kesukaan Naina

Baby, I'm the reason why hell so hot!
Bunyi nada dering telefon bimbit Naina

"Assalamualaikum mummy su"

"waalaikumsalam wbrt. Amboi budak bertuah ni. Lama tak call kita. Nak kita juga yang call dia" bebel suraida.

"jangan marah nanti cepat tua tau. Naina busy mi sebab tu lupa nak call"

"aii...apa tak tua lagi ke mummy ni. Bertuah budak ni ada saja alasan"

"mi sihat?"

"sihat aja. Sihat orang tua biasalah"

"kamu tengah buat apa tu?"

"makan mi. Kejap lagi Naina nak sambung tidur pulak. Berehat kejap.penat mi rutin naina macam nak mati rasanya" adu Naina

"ishh suka cakap bukan bukan" Marah suraida kepada Naina.

Setelah beberapa ketika berbual mereka mematikan panggilan. Naina fokus meneruskan menikmati makanannya sambil menonton filem.

Kring!kring!kring!

"Aduh siapa pulak ni!"

naina angkat panggilan tersebut dan mengaktifkan loud speaker.

"hello my sugar baby! You tengah buat apa?" tanya Mr Albert Tan.

"makan" Naina membalas dengan mulut penuh

"aiya..sorry. by the way I ada berita gembira untuk you"

"ermm.."

sejak bila berita dari Albert berita gembira? Naina bermonolog didalam hati.

"ada klien beri high bids on you tau"

"albert ! You tau kan syarat I?"

"yeah tahu tapi this client yang tak faham. So  I tak ada pilihan"

"albert you tau kan I akan layan hanya 6 bulan sekali saja. Suruh la dia pilih barbie you yang lain" balas Naina. Menjengkelkan bila terpaksa melayan hal sebegini.

"Dah tapi dia tak nak"

"so?"

"okay okay...this klien nak i mention nama dia. Syed razaleigh"

"Syed Razaleigh?" 
Aish kenapa pulak kali ini? Naina tertanya tanya tujuan lelaki itu. 

"sorry Albert"

Naina terpaksa menolak permintaan lelaki tersebut. Kontrak Naina hanya menerima bidaan setiap 6 bulan sekali. Jika ada tawaran lain sepanjang tempoh tersebut ianya mestilah dipersetujui oleh Naina.Dia adalah esklusif call girl bukan pelayan kelab malam yang boleh ditempah bila bila masa. Ada reputasi yang perlu dia jaga.

"Tuan, maaf. Cik maria tolak tawaran Tuan"

"Kau sediakan orang kita. Aku nak jumpa maria. Bawa dia samada dia suka atau tak!" keras arahan razaleigh. Selama ini tiada yang menolak dirinya.

"baik tuan"

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Naina bersiap memakai Straight cut jeans biru lusuh dan baju tshirt putih besar. Dia juga mengenakan shawl berwarna krim dan sneekers putih.

Dia memandu hingga di satu jalan dan parkir keretanya. Sebuah teleskop digunakan dan dia melihat melaluinya.  Sekumpulan NGO sedang mengagihkan makanan kepada barisan gelandangan atau fakir miskin yang sedang beratur.

Naina memanggil seseorang melalui panggilan telefon.

"semua okay?"

"okay boss jangan risau. Saya dan team akan pastikan semuanya cukup boss." Balas seorang lelaki dihujung talian

"kau dan siti jangan lupa pastikan tanya apa lagi yang mereka perlukan tau terutamanya untuk yang mengandung dan yang ada anak kecil"

"baik bos. Jangan risau bos. Doktor siti dan saya kan ada."

Mata Naina menangkap kelibat Latifah di barisan tersebut. Latifah sedang beratur sambil mendukung seorang anak kecil yang di bungkus dengan kain batik. Umur budak tersebut mungkin dalam lingkungan 1 tahun.

"Hanif !" Naina sedikit menjerit memanggil pembantunya yang berada dalam talian.

"ye boss?" 

"kau nampak tak perempuan pakai baju tshirt putih sedang dukung budak. Budak tu dibalut kain batik"

"yang mana boss?"

" 15 dari hadapan" jawab Naina.

"aik,macam mana boss tahu?" hanif memandang ke kiri dan kemudian ke kanan mencari kelibat Naina.

"tak payah tahu. Kau tanyakan kat mana dia tinggal okay?" balas Naina dan langsung mematikan panggilan tersebut.

Naina baru sahaja ingin beredar dan dengan tiba tiba tiga buah kereta parkir di sisi, di hadapan dan dibelakang keretanya. Kereta Naina di blok rapat oleh ketiga tiga kereta tersebut.

Hati naina mula dilanda resah. Mungkinkah ada yang akan culik dia atau bunuh dia atau apa saja. Macam mana nanti dengan Mummy su kalau dia tiada? ketukan di tingkap sisi mematikan lamunannya.

Naina mengelengkan kepalanya tidak mahu membuka cermin tingkap sisinya. Lelaki berbadan besar tersebut mula menunjukkan muka marah.

Tanpa Naina sedari pintu penumpang hadapan berjaya dibuka oleh seorang lelaki yang mempunyai tatu di mukanya.

Naina benar benar terkejut. lelaki tersebut duduk di sebelahnya.

"cik, Tuan nak jumpa cik"

"tak nak. Aku tak kenal tuan kau. Pergi sebelum aku panggil polis"

" cik ada dua pilihan. Ikut kami dengan suka rela atau kami paksa"

" Tolonggggg!!!!!!" Naina menjerit sekuat hati tapi jeritan tersebut tidak didengari oleh kenderaan yang bergerak laju silih berganti di jalan.

Mm...patut tak kalau aku redah je longkang ni. Aishh...tak tak! Naina bermonolog didalam hati mencari cara melepaskan diri.

"dah cik?" 

Pertanyaan lelaki tersebut membuahkan idea pada Naina. Apa kata dia setuju pada mulanya. Nanti bila dia dapat keluar dan ambil kesempatan untuk lari minta bantuan.

Naina setuju keluar secara suka rela. Lelaki bertubuh besar tersebut membuka pintu untuk naina. Naina melangkah keluar dan terus berlari tapi dia berjaya di tangkap oleh seorang lelaki botak. 

Lelaki tersebut mendukung naina dibahunya. Naina meronta ronta minta dilepaskan.

Lelaki tatu di muka membukakan pintu kereta. Naina dipaksa masuk ke dalam.

"welcome maria"

Naina menoleh kepada empunya suara.

"syed razaleigh?kau? Kau nak apa?!" jerit Naina

"aku nak jumpa kau maria"

"kau nak apa?"

"aku nak tawarkan penebusan. Aku tau kau terikat 5tahun dengan Albert sebagai pelacur kelas atasan"

Perkataan pelacur itu mengguris hati Naina yang mendengarnya. Naina menjeling tajam pada razaleigh.

"Aku tawarkan penebusan kau yang berbaki dua tahun lagi dengan Albert" sambung Razaleigh

Wajah tampan razaleigh di mata Naina bagaikan seekor serigala licik.

"aku tak kenal kau. Kau tak kenal aku. Aku yakin mesti ada syarat lain kan?"

Naina meneka dengan mudah permainan lelaki di depannya ini.

Razaleigh tersenyum sinis. 

"Syarat aku mudah. Be my girl for 1 year.Kau bebas buat apa saja. Menyanyi,berlakon atau apa saja. Hanya kau perlu penuhi bila aku panggil kau. Kalau kau bersama albert lagi untuk dua tahun.kau perlu melayan lelaki lain. Kau tentu tak nak mummy su kau tahu tentang ni kan?"

"Don't you dare to tell her!" teriak naina bila razaleigh mengancam dirinya mengunakan mummy suraida.

"I will if you desak I" Razaleigh tersenyum.

" Ini kad I. I bagi masa untuk you fikirkan. Call me or i will find you"

Naina terpaksa mengambil kad tersebut. Dia keluar dan masuk ke dalam keretanya. Tangannya mengigil menahan rasa marah yang menguasai diri. Nafasnya semakin sesak

Kring!kring!kring!

Naina bersusah payah mengangkat panggilan tersebut dengan jari yang mengigil.

"Rose! Tolong aku.." gementar suara Naina

"Naina? Are you okay?"

"Naina?"

Tiada jawapan dari Naina.

"Kenapa Naina? Is she okay?" tanya Danial

"tak okay kot. I nak cari dia"

" I ikut. Dia kat mana?" 

"sekejap I trace dia"

Rose menekan sesuatu di dalam telefon bimbitnya.

"got it. Berdekatan chow kit. Apa perempuan ni buat kat sana?" 

Danial dan rose menuju ke lokasi yang tertera dalam find me. Dari jauh kelihatan kereta mercedes Naina parking ditepi jalan.

"Naina,are you okay?" 

Rose cemas melihat keadaan Naina. Naina hanya mengangguk lemah. Rose segera mengambil beg tangan Naina yang ada di dalam box tempat penumpang hadapan. Rose mengambil sebiji xanax dan Sebotol air yang ada di dalam box tersebut kepada Naina.

Tangan Naina mengeletar dan agak sukar mengambil ubat tersebut. Melihat itu,rose memasukkan pil tersebut kedalam mulut naina dan membantu naina meneguk air dalam botol.

Danial mengangkat Naina dan mengalihkan dia ke tempat duduk penumpang. 

"rose,you drive kereta I okay"

Rose hanya mengangguk dan berlalu pergi. Danial masuk ke dalam dan duduk di seat. Dia menghidupkan enjin kereta dan mula memandu membawa Naina pulang ke rumah.

Naina tertidur dan badannya tidak lagi mengigil. Dia kelihatan tenang. Danial mengelus pipi Naina.

Cantik! Hati Danial terpukau melihat wajah Naina yang polos tanpa make up.

"memang patut kau barbie kesayangan Albert" gumam Danial sendirian

Setelah sampai, Danial sudah bersedia untuk mengangkat Naina. Namun, naina tersedar dan membuka matanya. Mata mereka berdua bertentangan. 

"I nak angkat you"

"No. I boleh buat sendiri. Thank you" Naina menolak lembut tubuh Danial. Dia bingkas bangun dan keluar.

"mana beg I?"

"ada dengan rose" balas Danial

Rose sampai dan parkir kereta Danial di sebelah kereta Naina.

"thank you Danial" Rose tersenyum manis.
Naina telah dulu berjalan ke hadapan menuju ke lobi lift tanpa ucapan terima kasih pada Danial.

"cepat rose! Kunci dengan you"  Naina memanggil rose.

"sorry Danial" Rose mengusap lembut lengan Danial.

Danial hanya tersenyum kelat.

"err...I kan ada untuk you. Bila bila you perlukan I" tangan rose mula mengusap dada Danial. 

"Rose!" Naina memanggil Rose sekali lagi.

"okay. I got to go. Bye darling!" Rose melayangkan ciuman kepada Danial

Naina terus duduk di sofa sementara Rose membuka semua lampu.

" you okay?" 
Tegur Rose apabila dia melihat Naina diam merenung ke luar.

"kalau Aku diberi peluang untuk lepas dari Albert. Kau rasa Albert akan lepaskan aku tak?" tanya Naina kepada rose

" Albert nak lepaskan you? Hahaha....you are his precious barbie tau. Belum ada lagi mana mana barbie dia yang I pernah uruskan datangkan banyak keuntungan untuk dia. You sorang je tau"

Naina tersenyum kelat. Dia mengalihkan pandangannya semula ke luar. Pemandangan kota raya kuala Lumpur memang mendamaikan. Sibuk dan meriah seperti kehidupannya. Dalam setiap keindahan pasti ada cerita disebaliknya. Naina menarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya keras.

"look here beb! I tak rasa hidup you teruk. I mean it. You penyanyi popular. You cantik. Semua orang gilakan you. You hidup mewah. You boleh dapatkan apa saja yang you nak. You bertuah" 

"tapi duit I tak dapat beli ketenangan hati yang I cari" balas Naina. Ada kesayuan di wajahnya

"stop talking nonsense beb! You kena banyak rest okay. I kena balik ni. Take care yourself okay. Dada~"

Naina diam dan masih merenung keluar. Fikirannya mula menerawang mengingatkan kenangan lama.

"Naina sembunyi dalam ni. Jangan keluar okay?"

Naina hanya mendiamkan diri. Tubuhnya mula mengigil ketakutan. Suara tengkingan dan kata kata kesat terdengar dari luar. Tendangan pintu rumah mengejutkan Naina yang sedang bersembunyi di dalam tong air.

"woi perempuan tua! Kau janji semalam nak bayar duit aku. Mana?" 

"aa...aaku belum ada duit. Esok aku janji bayar la!"  terketar ketar suraida menjawab.

Lelaki dengan wajah berparut di pipi melihat perempuan di hadapannya ini.

"kau nampak masih boleh dijual lagi ni" 
Lelaki tersebut cuba meraba dada suraida.

Suraida menjerit ketakutan bila seorang lelaki mengoyak baju yang dipakainya hingga menampakkan payudara nya. Suraida menutup dadanya dengan tangan.

"tak boleh lah boss...gelayut dah ni bos" Kata lelaki yang mengoyak baju suraida tadi.

Suraida menarik nafas lega mendengar perkataan tadi.

"bawa dia! Sekurang kurangnya organ dia boleh dijual." kata lelaki yang mempunyai parut dimuka tadi.

Suraida menjerit minta dilepaskan. Lepaskan!!! Tolong !!!

"Jangan Tuan! Jangan bawa dia!" 
Naina memegang kaki lelaki yang berparut dimuka.

"wah wah...pandai kau simpan ya. Tak sangka kau ada anak secantik ini" lelaki itu memegang rambut naina hingga menampakkan wajahnya.

"jangan kacau dia!" suraida menjerit.

"aa...aaaku aada rantai emas. Kaaauu ammbill la. Lepas kan dia" Naina menanggalkan rantai lehernya. Tangannya mengigil tapi digagahkan juga membuka rantai dan menyerahkan kepada lelaki tersebut.Rantai leher emas yang mempunyai loket berlian merah.

"kenapa tak bagi dari awal? Kalau bagi dari awal kan senang.esok aku datang lagi okay sayang"

"pulangkan. Dia tak ada kena mengena!" suraida menjerit.

"hutang kau berbaki lagi 100 k okay!"

lelaki itu mengambil rantai tersebut dan memberi isyiarat kepada yang lain untuk meninggalkan rumah tersebut.

Suraida memegang dadanya. Entah kenapa dari tadi sakit sangat. Suraida jatuh tersungkur.

"mummy su bertahan mi bertahan. Naina cari orang hantarkan ke hospital"

"puan suraida perlukan Pembedahan pintasan jantung. Kos ini dalam rm4000 hingga 5000. Cik okay?"

"ya saya okay. Teruskan doktor" balas Naina.

Setelah keluar dari bilik doktor. Naina duduk di kerusi menunggu di luar. Otaknya ligat memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Dimana aku boleh dapatkan duit sebanyak tu?

Naina hanya mengikuti jiran sebelah rumahnya menyanyi di jalanan untuk mendapatkan sedikit duit. Kelmarin dia dapat tawaran dari syarikat rakaman yang ingin menjadikan dia artis rakaman.

"mungkin aku perlu setuju dan aku cuba dapatkan duit pendahuluan. Semangat naina! " 

Naina bermonolog dalam hati. Dia kelihatan ceria dan bersemangat. Dia menuju ke syarikat rakaman untuk bertemu Mr Albert Tan.

"saya ingin jumpa Mr Albert Tan. Dia ada?"

"ada buat temujanji tak?" tanya seorang perempuan yang memakai skirt pendek Kelabu dan kemeja kuning cair.

"err...tak tapi dia ada kata saya boleh jumpa dia bila bila masa saja"

"baiklah. Mari"

Tok!tok!tok!

"masuk!"

"bos ada orang nak jumpa"

"okay"

Naina melangkah masuk ke dalam pejabat Albert Tan. Pejabat tersebut ditata rias dengan konsep industrial. Nampak masculin dan trendy.

"owhh...you naina. Come sit down here!"

"thank you" Naina duduk di kerusi di depan meja Albert Tan.

"I datang untuk inform you yang I setuju terima jadi artis rakaman you"

"good news! Rose,ambilkan contract. Kita tandatangan sekarang juga!"

"err...tapi boleh saya minta pendahuluan?"

"pendahuluan?"

"ye sebanyak RM110 000. Boleh? Sebenarnya saya ada masalah. Ibu saya perlukan duit untuk operation jantung dan untuk bayar hutang dengan lintah darat. Saya minta tolong tuan bantu saya. Tolong tuan!"

"pendahuluan I memang tak dapat tolong you tapi I boleh bagi pinjam dengan syarat" Albert Tan senyum sinis sambil memandang rose.

"syarat apa tuan? Saya sanggup apa saja" 

" you nak jadi my barbie? My esklusif call girl?"

Jawapan Albert Tan mengejutkan dirinya. Hatinya mula dilanda was was. Terasa keliru untuk memberikan jawapan.

" Dengan suara you dan kecantikan you, I yakin you boleh pergi jauh dalam industri nyanyian ini. But ia perlukan masa. Kalau you nak duit cepat...i boleh bagi pinjam. You jadi my barbie untuk 5 tahun. You popular nanti kita boleh review balik contract."

Naina tiada masa untuk memikirkan lagi kerana dia tiada pilihan. Semuanya untuk mummy suraida dan untuk keluar dari Masalah hidup yang menekannya.

"saya setuju"

Albert ketawa riang. Dia menyuruh rose menyiapkan contract yang berkaitan.

Lamunan Naina tentang kenangan lalu hilang dikejutkan bunyi guruh dan petir di langit.
Naina mendongak ke langit melihat bulan dan bintang dilindung awan kelabu.

jika ada salah ejaan bagitau ya nanti saya betulkan. tq baca =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience