Latifah kagum dengan hiasan dalaman pejabat yang ada didepan matanya. Cantik dengan tatarias moden.
"Duduklah" naina menjemput latifah duduk di kerusi yang ada didepan mejanya.
"Pejabat siapa ni cik?" tanya latifah sambil melabuhkan punggungnya di kerusi empuk.
"Aku lah" naina tersenyum. Dia meletakkan resume lafifah diatas meja.
Tergamam latifah mendengarnya. "Ya Allah..bagusnya, Muda muda lagi dah ada company sebesar ini."
"Ini company arwah ayah aku. By the way, aku nak tawarkan kau jadi setiausaha aku.Aku sanggup gajikan kau RM10k sebulan. Kalau performance bagus boleh naik lagi.Tapi high salary comes with plenty task.Kau nak terima?"
"setiausaha? RM10k?" tak pernah terbayang oleh Latifah dia akan mempunyai gaji sebanyak itu.
"saya terima cik" cepat latifah memberikan jawapannya. Peluang macam ini tak semua orang dapat kan?
"Buat masa ini kau perlu bantu aku. Kau start next week boleh?"
"Maria!"
Jamaludin masuk kedalam bilik pejabat naina tanpa mengetuk pintu dahulu.
Jamaludin memandang sebentar Latifah sebelum menyambung kata katanya.
"Kenapa maria lantik khaleeq sebagai president company? Tempat tu patut uncle yang layak!"
Naina tersenyum sinis. "Apa yang buat uncle layak sandang jawatan president?"
"Uncle dah ada dalam company ni dari maria dalam perut lagi. Tak ada lain yang lebih layak dari uncle."
"maksud uncle..I patut percaya orang yang cuba lenyapkan I untuk rebut pangkat dan harta I. Macam tu?" naina memandang tajam pada jamaludin.
Terdiam jamaludin mendengar kata kata naina. Jamaludin melangkah keluar. Tidak mahu dia terus bergaduh mulut dengan perempuan tu.
"owh..uncle. kenalkan ini setiausaha I, latifah"
Jamaludin memandang sekilas kepada Latifah. Dia tidak berminat untuk berkenalan. Dia meneruskan langkah kakinya keluar dari pejabat tersebut.
Jamaludin menyandarkan badannya di kerusi pejabat. Setiausaha yang merupakan isteri keduanya itu melingkari tangan mulusnya ke bahu lelaki itu.
"whats wrong bie?"
"perempuan tu lantik khaleeq sebagai presiden" jamaludin mengenggam jarinya.Marah betul dengan tindakan maria.
"khaleeq..mm.." Dania tersenyum.
"Kau kat mana? Datang jumpa aku kat tempat biasa" Jamaludin menghubungi orang suruhannya.
"baik bos"
"I nak keluar dulu. You awasi maria"
"okay darling"
Tidak perlu masa lama untuk jamaludin sampai ke lokasi pertemuan dengan orang suruhannya.
"kau buat kerja macam mana hah? Perempuan lemah macam tu pun kau tak boleh handle! Aku betul betul ingat kau dah bunuh dia!" geram betul jamaludin dengan orang suruhannya.
"Bos jangan risau.nanti aku setel biar habis!" tiger membuang rokoknya ke tanah lalu kakinya melenyek rokok tersebut dengan tapak kasut but.
"Kau pastikan semuanya settel! Aku tak nak satu pun gagal. Kau faham tiger?"
Ketika itu di dalam pejabat habib corp,
"Hi khaleeq! Congratulation you jadi president company. You are very talented" Dania sengaja merapatkan dirinya ke tengku adlil khaleeq
"thanks" khaleeq menjauhkan dirinya.
"kalau you perlukan I. I sedia berkhidmat untuk you"
"sure. I need to go now. See you later." khaleeq masuk ke dalam bilik pejabat naina.
"Let's having lunch bersama? Both of you my lady" khaleeq senyum memandang kedua dua wanita tersebut. Naina dan Latifah.
"sure" naina mematikan laptopnya.Tadi dia memberikan sedikit penerangan mengenai syarikat dan juga skop kerjanya. Tak sedar masa berlalu dengan pantas. Sekejap saja sudah tengah hari.
Mereka berlima keluar dari ruang office. Pintu lift terbuka dan naina dikejutkan dengan kehadiran Razaleigh.
"Raz?"
"you nak kemana? I nak ajak you lunch" razaleigh memandang sekilas khaleeq yang berdiri di sebelah naina.
Aura disekeliling mendadak terasa tegang.
"err..cik saya balik rumah saja ya. Lagipun saya tak lapar sangat." sejujurnya latifah memang tak nak ikut tapi demi naina dia setuju.
"mizan, kau hantar latifah boleh?"
"takpe cik,saya boleh naik transport awam saja"
"Boleh" memandangkan mizan sudah kata boleh maka latifah ikutkan saja. Mereka berdua berlalu meninggalkan lobi habib gold corp.
"So,shall we?" khaleeq bersuara.
"I nak lunch dengan you saja maria" tegas suara razaleigh.
Naina tersepit diantara kedua jejaka dominan seperti mereka berdua. Bingung harus mengikuti yang mana satu.
"Ada urusan penting. You tentu tak mahu orang luar tahu" Razaleigh menjeling ke arah khaleeq.
Khaleeq tersenyum lalu berkata " If so, takpe maria. You pergilah. Maybe next time?"
"sure" naina tersenyum. Lega hatinya khaleeq yang mengalah dulu. Serba salah dibuatnya tadi.
Razaleigh mencapai tangan naina. Dia menggenggamnya. Naina cuba melepaskan pegangan tangan tersebut. Dia tidak mahu mencipta gosip berpegangan tangan dengan lelaki.
"kenapa?"
"lepas..aku tak nak.."
"tak nak orang nampak?Macam tu? Ingat maria..you masih terikat dengan I. 1 tahun maria you milik I" razaleigh mengingatkan naina.
"Pia? How about pia?" sengaja naina membangkitkan nama pia. Dia ingin melihat reaksi lelaki tersebut.
Razaleigh melepaskan tangannya. Dia berjalan di depan. Hati naina sedikit terkilan walaupun dia sendiri sudah menjangkakan reaksi lelaki itu.
"mm..apa 'urusan' yang kau nak cakap?"
Naina menyedut jus orange melalui straw. Dia memandang wajah razaleigh,menunggu dengan sabar lelaki itu menghabiskan kunyahan makanannya.
Kring! Kring! Kring!
"raz, kau kata nak jemput aku balik dari terapi. Jom makan kat luar ya? Tekak aku rasa nak makan lambchop" suara pia kedengaran ceria dihujung talian.
"okay. Sekejap lagi aku sampai"
"okay aku tunggu !"
Razaleigh menyimpan semula telefon bimbitnya. Dia memandang naina.
" Mar, seminggu dari sekarang you akan terima hadiah birthday dari I. Hopefully you will love it. "
" hadiah? Itu saja urusan penting? "
" Ya, aku tak suka kau rapat dengan khaleeq "
Naina diam tidak mahu mengulas apa apa. Bimbang ianya menaikkan kemarahan razaleigh. Entah kenapa lelaki di depan nya ini sekarang berbeza tidak seperti dulu yang dia kenali. Kini razaleigh terlalu mengongkong dirinya walhal lelaki itu patut sedar mereka tidak boleh bersama.
" Ini untuk kau "
Razaleigh menyerahkan satu kotak baldu kepada naina. Naina membukanya dan didalam terdapat sebentuk cincin yang mempunyai berlian ruby merah.
" sepasang dengan rantai yang kau pakai. Aku tak nak kau tanggalkan."
Razaleigh menyarungkan cincin tersebut ke jari manis naina.
Tiada sebarang reaksi dari Naina. Itu membuatkan hati razaleigh merasa pedih bagai ditikam pisau yang tajam. Dia menjangkakan reaksi sama seperti dulu ketika dia menghadiahkan naina seutas rantai. Ketika itu naina terlalu gembira hingga mengucup bibirnya buat kali pertama. Hari itu merupakan hari yang paling dia kenang seumur hidup.
" Aku dah siap. Jom hantar aku ke office. I'm sure you have a lots of things to do"
Naina menghabiskan air minumannya dan bingkas bangun.
Di dalam office, naina termenung melihat cincin yang ada di jari kanannya. Ulang tayang momen razaleigh menjawab panggilan telefon semasa di restoran tadi berlegar-legar di fikirannya.
Dia terdengar suara pia yang bercakap di dalam telefon. Pia mengajak lelaki itu makan bersama. Entah lah..andai dia merelakan saja..membiarkan saja hatinya yang menguasai dirinya. Boleh kah? Boleh kah sekali lagi dia hanyut dalam rasa cintanya tanpa memikirkan orang lain?
**************
" Rose , you cuba lihat topik gosip yang trending sekarang." Albert meletakkan kasar tablet samsung miliknya diatas meja.
" aiya...you bagitau i kenapa? You PA naina pasti tahu punya"
Rose mengambil tablet tersebut. Di dalam skrin tertera tajuk berita 'Kemana hilangnya Naina Talita' . Rose mencebik bibir. Huh, ada saja baru seminggu naina tidak update instagram.
"Albert..you know right naina ada lagi 3 minggu cuti sakit.? "
" Aiya...takkan cuti sakit pun senyap saja right? She's a public figure. Berak pun kena update status "
" Ini apa? " Albert mencampak beberapa keping gambar naina bertudung di atas meja. Rose memandang sekilas sahaja.
" about that...ya..naina nak ubah penampilan "
Albert bangun, dia berdiri di belakang Rose. Dia mengunci tangan rose di belakang badan dan sebelah tangannya menarik rambut rose ke belakang. Rose meringis kesakitan.
" i baik..i lembut bukan bermakna you all boleh pijak ma! I sudah susun elok elok plan untuk Naina Talita. You kena pastikan dia ikut plan I "
" baik! "
Albert melepaskan rose. Dia duduk semula di kerusinya. Rose kelihatan takut.
" Ingat rose, you ada hutang dengan I. You boleh balik .. I nak semua clear okay? Kalau tak you tahu lah apa i mampu buat"
Pening kepala Albert memikirkan masalah yang berlaku. Beberapa hari ini kelab malam nya sering menjadi serbuan polis. Dia teringat pesanan dari sumber yang dipercayai bahawa kegiatan pelacuran atasan nya mula di intip oleh polis. Ini sangat sukar baginya. Sudah bertahun dia tidak hadapi masalah. Kini sepertinya dia menjadi target pihak polis. Nasib baik dia bijak untuk tidak tinggalkan bukti kesalahan yang mengarah kepadanya.
Rose keluar dari pejabat Albert. Dia duduk di sofa.
' I jumpa you esok di cafe Lima '
Rose menaip mesej tersebut dan hantar ke Razaleigh. Ada sesuatu yang akan dia lakukan.
Share this novel