"Maria…"
"Maria…"
Naina memandang Razaleigh. Razaleigh meracau dalam tidurnya.Maria mendekati Razaleigh. Dia menekap tapak tangannya ke dahi lelaki tu.Panas badan lelaki tersebut.
James masuk ke dalam bilik bersama seorang wanita dalam lingkungan 30an. Wanita tersebut membawa satu bakul berisi plastik dan seberkas besen bersama sehelai kain kecil berwarna putih. Manakala james pula membawa sebuah termos dan satu gelas kaca di atas dulang.
"Maaf cik,izinkan saya nak bersihkan tuan"
Wanita tadi meminta izin kepada Naina.
"Takpe..saya buat. Tolong ambilkan air suam saja isi dalam besen ni ya" balas Naina.
James membantu Naina membuka baju dan seluar Razaleigh.Naina membersihkan keseluruhan wajah Razaleigh menggunakan kain lap yang diberi tadi.
"Adoi..kenapalah mulut aku gatal kata nak buat ish" Rungut Naina didalam hati. Rupanya sukar membersihkan badan Razaleigh bila lelaki itu asyik menepis tangannya.
James juga yang membantu Naina memakaikan pakaian bersih untuk Razaleigh. Pakaian itu disediakan oleh pembantu rumah tadi. Kalau suruh Naina cari alamat esok pagi la baru jumpa agaknya. Kemain besar wardrobe lelaki ini. Lima kali lebih besar dari bilik yang Naina jadikan wardrobe di rumahnya.
James dan pembantu wanita tersebut beredar meninggalkan naina berdua dengan Razaleigh yang sedang lena tidur.
"sejuk.."
Razaleigh menggigil kesejukan.Naina menarik selimut dihujung kaki hingga pangkal dada Razaleigh.
Naina teringat tentang diari tadi.Dia membuka sling bagnya dan mengeluarkan diari berwarna biru tersebut. Naina meraba permukaan diari yang tertulis MS pia. Berdebar debar hatinya bila membuka diari tersebut.
27.6.2018
Hari bahagia buat diriku. Akhirnya jejaka idaman menjadi milik sah.
Maria sofea wed syed Razaleigh
Berdegup kencang jantung Naina membaca helaian pertama diari tersebut. Siapa Maria sofea? Dirinya kah? Sakit kepala mula terasa. Naina menarik nafas dalam dan menghembus keluar nafasnya.
"Tenang naina...jangan fikirkan..jangan.."
Naina membaca pula helaian seterusnya.
28.7.2018
Ayah pergi buat selamanya. Tinggal aku sorang
Ayah? Tiada cebisan memori mengenai insan itu. Naina cuba mengingatinya. Sakit kepalanya makin terasa.
10.7.2018
Hari ini aku dimarahi raz suamiku gara gara aku memakai perfume kak maria. Raz belum sentuh aku sedangkan aku teringin mempunyai zuriat dari benihnya. Semangat pia! Jangan mengalah!
13.7.2018
Raz mabuk! Aku benci dia! Aku benci maria! Dari dulu hanya maria dibibirnya. Dihatinya hanya maria.Aku ni siapa? Hati aku pedih…
Sekeping gambar terselit di helaian seterusnya. Naina menatap gambar tersebut. Wajahnya persis seperti dirinya hanya saja rambut wanita didalam gambar tersebut ikal mayang. Kulitnya juga putih cerah seperti dirinya. Naina teringat...inilah wanita di dalam mimpinya kelmarin!
Naina membelek gambar tersebut. Dibelakang gambar tersebut tertulis
Maria sofea bt habib Usman(pia)
"Apa semua ni? Apa maksudnya? Aku...arghh...sakit kepala!"
Naina menutup diari tersebut dan menyimpannya semula ke dalam beg. Sakit kepalanya sudah tidak dapat ditahan lagi. Kaki juga rasa lemah untuk berdiri.Dia baring di sebelah Razaleigh. Memejamkan matanya.
Naina terbangun dari tidurnya. Deruan nafas di telinga Naina membuatnya merasa tidak selesa. Razaleigh memeluk tubuh naina begitu dekat.Rambut Naina tertindih oleh kepala razaleigh menyebabkan Naina tidak boleh bergerak.
Naina cuba mengalihkan tangan razaleigh tapi masih tidak boleh bangun. Lalu dia menukar kedudukan badannya agar terlentang.
Razaleigh makin membenamkan wajahnya ke leher jinjang Naina. Rimas jadinya. "Tak boleh jadi ni nak terkucil dah ni"
"Razaleigh!"
"Razaleigh!"
Naina mengejutkan Razaleigh.Razaleigh tersenyum dan memeluk erat tubuh Naina.
"Raz! Please..aku nak terkucil ni"
Razaleigh tetap tidak melepaskan pelukannya. Sebenarnya razaleigh sudah terbangun sejak naina mengalih posisi badan.
Hati razaleigh terasa riang. Fikirannya terasa tenang bila mencium haruman rambut Naina. Walaupun Naina lupa ingatan tetapi pilihan syampu masih tetap sama tiada berubah.
"Aduh! Sakitnya!"
Razaleigh mengusap lengannya yang sakit dicubit Naina. Naina segera bangun dan tergesa gesa menuju ke tandas.
Razaleigh tertawa melihat Naina.
Naina siap mandi. Dia memakai jubah mandi yang tersedia disitu. Naina melangkah keluar dan berjalan menuju ke wardrobe yang luas dan besar. Sekali pandang ianya seperti butik dengan susunan mengikut warna dan jenis pakaian.
Naina mengambil sehelai gaun labuh berwarna soft pink serta cardigan dari wool berwarna putih. Gaun itu sangat menarik perhatian Naina. Seakan ada sesuatu yang mengamit hatinya untuk memakai gaun tersebut.
Razaleigh sambung tidurnya ketika Naina melihatnya. Naina mencapai sling bag gucci miliknya.
"raz!"
"Bangun Raz!"
Naina mengejutkan razaleigh. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Sebentar lagi pukul 11 dia akan menghadiri sesi temubual bersama wanita.
"ish tak bangun pulak!"
Naina melihat telefon bimbitnya. 10 missed call dari Rose. Naina mendail nombor rose
"Rose..ambil aku please"
"okay bos"
"Raz! Raz! Bangunlah"
Naina menepuk kaki razaleigh. Selalu bila mummy su menepuk kakinya mudah saja dia bangun. Tentu trik itu berkesan untuk lelaki yang terbaring di depannya ini.
Razaleigh tetap tidak bangun.
"Raz...sayang...bangunlah..please!" naina melembutkan suaranya. Tangannya mengusap lembut dada belakang razaleigh.
"ermm...kejap lagi la pia"
Naina tersentak. Pia?
"Raz sayang...Tak ada kejap lagi. Now sayang! Bangun lah raz" lembut suara Naina.
"sekejap lagi ya pia..1 minute"
"Raz, siapa pia?"
Pertanyaan Naina berjaya menyegarkan mata razaleigh. Kali pertama mungkin kesilapan tapi jika kali kedua?
"eh maria. I thought.." Razaleigh tidak menghabiskan ayatnya. Dia bingkas bangun. Matanya tertumpu kepada Naina.
"kenapa you pakai baju ni?"
"Tak cantik?"
"no. Just this dress belong to someone else"
"bukan baju-baju ini I punya?kan you kata i ni isteri you right?"
Razaleigh terdiam sebentar.
"ya..memang baju you. I mandi dulu. You nak I hantar you tak?"
"It's okay. Rose ambil I"
Razaleigh tersenyum dan berlalu meninggalkan Naina. Pagi ini sikap Razaleigh berubah baik kepada Naina.Terlampau banyak yang perlu dihadam segera oleh akal naina. Begitu banyak perkara yang perlu dirungkai.
Razaleigh menghembus nafas lega. "Hampir saja dia tahu"
Naina menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Dilihatnya ruang tamu sudah bersih dan kemas. Sedikit kelihatan kosong kerana segala perhiasan yang ada telah pecah berderai dek amukan razaleigh semalam.
Kring!kring!kring!
Panggilan daripada rose menghentikan lamunan Naina yang sedang mengimbau peristiwa semalam.
Naina tidak mempunyai masa untuk menjelajah setiap ruangan rumah yang bagai istana ini. Dia terburu buru menuju ke luar. Tidak sempat untuk beramah mesra dengan pembantu rumah yang menyapa nya. Dia hanya menghadiahkan sebuah senyuman untuk mereka.
*********
Suraida sedang menyiram bunga orkid kesayangannya. Entah bagaimana tiba-tiba dia teringat syed razaleigh. Suraida matikan pili air dan bergegas masuk ke dalam bilik menyelongkar almarinya. Dia menemukan sebuah kotak diatas almari yang bertulis Maria.
Suraida membuka kotak tersebut. Di dalamnya terdapat sebuah majalah wanita keluaran bulan julai 2018, sebuah dompet,sebuah fail dan telefon bimbit yang telah rosak.
Suraida menyelak satu persatu helaian majalah tersebut mencari Wajah lelaki bernama syed razaleigh.
"Nahh...jumpa pun!"
Terpampang wajah razaleigh bersama seorang wanita.
"Ya Allah..aku harus jauhkan dia dari Naina!"
Baby I'm the reason why hell so hot!
Deringan telefon bimbit Naina memaksa dia mengangkat pangilan tersebut.
"Assalamualaikum naina. Kamu kat mana?"
Belum sempat naina bersuara mummy su sudah mencelah
"lelaki yang apa tu namanya..razak ke apa nama..mi lupa. Dia ada dengan kamu?"
"tak ada mi..naina dengan rose ni"
"baguslah. Mi harap kamu tak terlalu dekat dengan lelaki tu. Mi tak izinkan"
"kenapa mi? Tiba-tiba je?" tanya Naina keliru dengan perubahan mummy su. Kelmarin puji hari ini benci pulak.
"Dengar cakap mi ya? Mi nak anak mi baik baik saja"
"mi dah makan?" naina mengubah topik perbualan.
"Dah sayang. Tadi Mariam masak ayam kicap dan sayur campur."
Dari panggilan suara bertukar kepada panggilan video. Dari hanya borak berdua menjadi borak bertiga bila rose juga turut serta.
"rose esok video shooting kan? Lepas tu ada lagi project besar?
"Ada photoshoot collaboration dengan Burberry, pepsi dan lancome. Eh, i dah tapis beberapa founder yang nak you buat review produk diorang. Nanti you ambil tau. Macam biasa you pilih"
" okay beb" Naina memandang ke luar tingkap. Aish...banyak sungguh kerja yang menanti untuknya.
Naina menaip sesuatu didalam telefon bimbitnya.Dia kemudian menghantar pesanan tersebut kepada penerima.
"hanif, aku dah masukkan RM20000. Macam biasa kau uruskan ya. Pastikan kelengkapan mereka cukup"
Naina menunggu juga mesejnya dibalas tapi sudah 15 detik berlalu belum dibaca juga oleh hanif maka dia simpan telefon bimbitnya.Busy agaknya
Seminggu berlalu, minggu itu sangat sibuk dan padat jadual Naina. Dalam seminggu tersebut hanya sekali dia keluar dengan Razaleigh itu pun sekadar makan malam. Ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada razaleigh tetapi belum mempunyai kesempatan.
Ya lelaki itu semakin posesif. Kini Naina sudah mempunyai dua bodyguard yang mengikuti kemana pun Naina pergi. Mereka di upah Razaleigh. Setiap perkara yang naina lakukan pasti dua bodyguard itu laporkan kepada tuan mereka.
Setelah berhempas pulas selama seminggu kini tiba masanya dia mendapat sehari cuti sebelum jadualnya kembali sibuk dan padat.
Malam selepas solat isyak, naina duduk di balkoni. Dia meletakkan diari MS pia diatas meja.
"cik nak air atau apa-apa?"
"mm...boleh juga. Hot chocolate please"
Tidak sampai 5 minit satu mug penuh hot chocolate cadbury di hadapannya. Dia kurang gemar minum kopi atau teh atau nescafe tapi jika ianya minuman coklat memang kegemaran dia. Satu mug kadang tak cukup dibuatnya.
"cik,boleh tak saya nak surat tawaran kerja?" latifah turut duduk di depan Naina.
"kau memang suka panggil orang lain cik,encik,tuan dan puan ya?"
"hah?" Latifah mengerutkan dahi. Kurang faham kaitan kata kata Naina dengan permintaannya tadi.
"just forget it la. Kau nak untuk apa surat tu?"
"sebagai bukti yang saya bekerja dan ada pendapat saya sendiri. Bekas suami saya gaji tinggi dan stabil..saya risau saya kalah dalam tuntutan anak" suara Latifah berubah serak secara tiba tiba.
"Esok aku bagi kau"
"Aku minta maaf terlupa hal kau. Kau kena kuat. Dunia realiti memang kejam. Kau kena jadi lebih kejam dari itu" sambung naina.
"terima kasih cik. Saya masuk dalam bilik dulu. Ada apa apa panggil saja saya"
Naina menunjukkan isyarat ibu jari tanda baik. Entah berapa kali dia tegur Latifah untuk tidak memanggilnya cik. Panggil saja nama. Dia selesa dipanggil nama tapi ya..terima saja jika itu memang cara Latifah.
Naina membuka diari Ms pia. Dari tadi dia menunggu dengan sabar untuk meneruskan bacaannya yang terhenti kelmarin. Naina menarik nafas dalam dan menghembusnya keluar.
Dari dulu aku orang kedua. Ayah pun anggap aku yang kedua. Semua orang! Kak maria selalu menjadi bintang pujaan. Sedangkan aku….
Rindu mama. Kenapa mama cepat sangat pergi tinggalkan pia? Mama sorang yang layan pia macam puteri.
Kak maria...dia baik tapi entah lah..aku ini ibarat bayang bayangnya saja.
Semua orang akan beri perhatian padanya. Raz,sahabatku...kekasih hatiku..idaman hati ku juga lebih memilih kak maria. Apa kurangnya aku? Hingga saat ini aku masih juga tidak mampu tandingi kak maria dihati mu.
Terdapat kesan air menitik mengenai tulisan tersebut hingga tulisan itu kelihatan pudar.Beberapa lingkaran hitam kecil juga terbentuk. Air mata! Pia nangis. Entah mengapa hati Naina juga dilanda pilu dan kesedihan.
5.8.2018
Sudah 40 hari ayah pergi. Uncle jamaludin tagih janjinya kerana menolong aku. Sungguh aku menyesal. Maaf kak maria
3.9.2018
Seorang perempuan datang ke rumah. Su namanya. Kak Maria masih hidup.Dia berada di hospital.kak maria koma.Aku serba salah..
"Su? Mungkin kah mummy su? Maksudnya betul lah tekaan aku...mesti mummy su tahu sesuatu."
Naina menyambung semula bacaannya.
4.10.2018
Pertama kali raz puji masakan aku.Hari ini aku masak nasi ayam hainan kesukaanya.
1.1.2019
Pertama kali razaleigh membawa aku keluar. Kami melihat bunga api. Tadi ada sahabatnya datang..seorang perempuan seksi. Raz kenalkan aku sebagai isterinya. Pertama kali dia sebut aku ISTERI nya . Gembiranya aku!
15.1.2019
Hari inilah hari bersejarah sejak aku menjadi isteri razaleigh. Hari pertama aku benar benar menjadi isterinya. Memori malam pertama. Aku bahagia..sabar aku berhasil
18.2.2019
Lewat 2 minggu. Hari yang menjadi kenangan indah buat aku dan Raz. Kami bakal menimang cahaya mata yey!
19.2.2019
Raz beri sepasang gaun soft pink untuk aku. Dia ingat warna kesukaan aku! Alangkah bahagianya hati aku
Naina teringat gaun pink yang pernah dia pakai. Dia menutup diari tersebut. Entah mengapa diari itu membuatkan dia simpati pada pia. Naina jangkakan pia itu pasti saudara rapat. Adik mungkin? Entahlah naina tak pasti lagi siapa pia
tapi seperkara yang jelas pia itu bukan dirinya.Cukuplah hari ini dia membaca diari itu. Sakit kepalanya!
Naina menyimpan diari tersebut di dalam laci meja sisi.
"Aku perlu berdepan dengan Mummy su. Aku perlukan jawapan" monolog naina dalam hati.
Mata Naina semakin kecil dan mengecil hingga matanya pejam sepenuhnya.
"kak maria…."
Suara itu kedengaran lagi
"kak maria…"
Naina membuka matanya. Kelihatan seorang wanita duduk di sisi katil.
"pia?"
Wanita itu tersenyum.
"kak...maafkan pia ya. Pia bodoh"
"akak tak faham maksud pia?"
"uncle jamaludin"
"siapa tu?"
"kak...maafkan pia ya"
Tiba-tiba Naina terbangun dari tidurnya. Jam loceng menunjukkan pukul 3 pagi.
"kalau kamu resah,bangunlah sholat malam"
Teringat kata kata mummy su. Naina mengambil air wudhu. Telekung sudah membaluti tubuhnya. Allahu Akbar!
Selesai solat taubat, naina solat tahajud pula. Hatinya terasa tenang.
Uncle jamaludin?...bagai satu suara membisikkan nama itu di telinga Naina.
Dia terus mengambil diari MS pia itu dan mencari nama tersebut.
5.8.2018
Sudah 40 hari ayah pergi. Uncle jamaludin tagih janjinya kerana menolong aku. Sungguh aku menyesal. Maaf kak maria
Siapa jamaludin? Aku tak ada cara lain..aku kena buat keputusan gila!
Share this novel