Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam tapi naina belum lagi merasa ngantuk. Kepalanya sarat dengan kata kata mummy su yang asyik berputar-putar seperti kaset rosak.
"Aku kena ubah semua ni sebelum makin teruk penyakit aku"
Naina mengambil telefon bimbitnya. Dia mengaktifkan semula simkad. Dia menaip mesej dan menghantarnya kepada Rose.
"Rose, Albert ada cerita dengan kau tak berapa SR tebus aku?"
Rose yang ketika itu sedang melihat sesuatu di telefon bimbitnya terus membaca mesej Naina yang diterimanya sebentar tadi.
Setelah membaca, Rose membisikkan sesuatu ke telinga grace. Grace mendengar dengan tersenyum. Giliran dia pula membisikkan sesuatu di telinga Rose.
Rose menutup mulutnya yang ternganga dengan jarinya.Really grace? Grace menganggukkan kepalanya.
Tit tit
"10j grace yang told me"
Naina melihat jam. Sekarang hampir pukul 1 tidak tidur lagi minah ni?
"kau kat club ke?"
Tit tit
"yup.I dengan danial dan grace. Are you okay?"
Malas pula Naina membalas mesej terakhir tersebut. Fikirannya sedang ligat mengenai 10 juta. Pelik kan? Mau tak pelik kalau dia tahu nilai tebusnya hanya 10juta saja baik dia sendiri tebus diri dia. Eh,tapi dulu albert kata 50 juta! Tak guna punya Albert menipu aku!
"Naina ke rose?" tanya Danial
"yup"
"where is she? Is she okay?Lama dia tak join kita"
"balik kampung"
"you kenapa rose?macam marah I je"
"I kenapa you tanya? Heloo..bidadari cantik macam I ada dengan you tapi you asyik Naina..Naina..Naina" Rose menjeling danial
Entah pukul berapa Naina tertidur. Strategi telah difikirkan sedalamnya. Dia yakin semuanya akan berjalan lancar.
Subuh itu Naina bangun dengan penuh semangat.Dia solat subuh berjemaah dengan mummy su dan Mariam.
"gembira semacam. Dah bersedia nak bagi mummy menantu ke?" usik suraida apabila melihat Naina bersenandung riang
"lambat lagi mi"
Naina duduk di sebelah mummy su. Naina menuang secawan kopi panas dan mengambil sebiji kuih karipap. "Mm...sedap karipap ni mi. Pandai kak mariam buat"
Cutinya masih berbaki dua hari lagi tapi dia ada misi yang perlu diselesaikan. Maka terpaksalah dia minta izin untuk pulang ke Kuala Lumpur.
"maaf ya mi. Naina janji dalam masa terdekat naina balik jumpa mummy"
"jangan janji kalau susah ditepati" mummy su mengingatkan Naina.
Tersengih Naina bila ditegur mummy su.
"kalau macam tu..mi la datang KL. Nanti boleh spend lama lama dengan Naina. Kita boleh pergi shopping sampai pengsan. Okay lah Mi, naina pergi dulu ya?" naina memeluk erat mummy su
"berhati hati. Sampai bagitau mi"
Suraida tetap setia berdiri di laman sehingga kelibat myvi oren milik naina jauh meninggalkan rumahnya.
*****
Hari ini Naina telah bersiap sedia mental dan fizikal menghadapi syed Razaleigh. Cek bernilai 5 juta dimasukkan kedalam sling bag gucci miliknya. Duit tersebut adalah hasil bahagian dia menjadi Maria selama 3 tahun ini.Sememangnya dia tak pernah usik duit itu. Duit yang didapat dari gadai maruahnya. Sungguh dia benci duit itu! Sama rasa benci dengan dirinya yang masih juga tersepit dengan semua ini.
Dia memakai seluar jeans biru lusuh dan baju kemeja lengan panjang berwarna putih. Baju kemeja tersebut besar hingga labuh kemeja tersebut menutup punggungnya. Dia padankan kemeja tersebut dengan t shirt slim fit putih lengan panjang. Kolar kemeja itu dibiar lurut hingga ke bawah bahunya menampakkan baju tshirt.Naina menarik keluar tudung satin lembut pemberian mummy su semasa hari jadinya tahun lepas. Dia tidak pernah memakai tudung. Tudung tersebut bercorak grid hitam dan putih. Hatinya berbelah bahagi samada ingin memakainya atau tidak.
Naina melangkah yakin dengan kasut tumit tinggi berwarna hitam jimmy choo. Dia masuk ke dalam president suite tingkat 20 hotel Eq.
Kelihatan syed Razaleigh sedang duduk membelakangi pintu masuk di ruang tamu suite tersebut sambil melihat telefon bimbit.
"Nah! Baki aku bayar ansuran"
Naina meletakkan cek bernilai 5 juta di atas meja kopi dihadapan syed razaleigh.
Syed Razaleigh mendongak melihat Naina. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan dan jatuh ke pehanya. Terpegun dia melihat penampilan Naina. Hari ini penampilan Naina benar benar memukau dirinya. Tak sangka cantik perempuan ni pakai tudung!
Naina mula rasa hilang keyakinan bila lelaki dihadapannya melihat dia tanpa kelip mata. Reflex jarinya membetulkan tudungnya.
"oi, dengar tak?"
Syed Razaleigh menundukkan kepala. Di Bibirnya terukir sebuah senyuman. Dia mengambil cek tersebut dan mengoyakkannya menjadi cebisan kecil.
Terkejut Naina melihatnya. "Wei, kau koyakkan? Apa lagi kau nak?"
Syed Razaleigh bangun dan mencengkam kuat tangan Naina.
"kau betul tak ingat aku?"
"ish,lepaslah! Sakit!"
"Jawab aku! Kau tak ingat aku?"
"Aku tak faham maksud kau! Berapa kali aku nak cakap aku tak faham maksud kau!"
"Maria Irdina binti Dato' Habib Usman"
Tangan kanan syed razaleigh mencengkam rahang Naina.
"betul kau tak kenal nama tu?" syed razaleigh memandang tepat mata Naina.
"Aku tak kenal lah. Lepaskan aku!"
" Itu nama kau!" serentak itu syed razaleigh melepaskan kedua dua tangannya
Naina kebingungan. Kepalanya mula sakit.
Syed Razaleigh berjalan menuju sebuah meja kerja disudut suite. Dia membawa sebuah fail dan mencampaknya di atas meja kopi.
"Kau tak ingat aku? Aku suami kau!"
"Tak mungkin!!"
"kau tengok sendiri bukti tu!"
Naina mengambil fail tersebut dan membukanya. Sebuah gambar jatuh dari fail. Naina mengutip gambar tersebut. Alangkah terkejutnya gambar tersebut ialah gambar dirinya bersama lelaki gila dihadapannya ini.
Dengan tangan menggigil Naina melihat isi fail tersebut. Sijil perkahwinan antara Maria Irdina binti habib Usman dengan syed Razaleigh bin syed othman siddiq.
"No! I don't believe you!" Naina menjerit. Kepalanya sangat sakit sekarang. Tubuh badannya menggigil. Pandangannya mula kelam. Kakinya melemah hingga dia hilang kesimbangan untuk berdiri. Dia jatuh pengsan.
"I janji akan selalu bersama you. You seorang yang ada dihati I" ucap razaleigh sambil mencium dahi seorang wanita. Naina melangkah ke depan untuk melihat siapa wanita tersebut. Wanita itu tersenyum bahagia. " I..i..itu aku?" terkejut naina melihat identiti wanita yang bersama razaleigh. Satu per satu bayangan kenangan bersama razaleigh terpapar bagaikan tayangan wayang.
Naina membuka matanya. Kepalanya masih terasa sakit. Dia memandang sekeliling bilik suite tersebut. Dia kini diatas katil. Razaleigh ke yang angkat?
Naina menoleh ke sisinya. Razaleigh baring meniarap. Bau alkohol menerpa hidung Naina.Hampir muntah dibuatnya. Naina mengguncangkan tubuh Razaleigh. Habibi? Spontan panggilan itu meluncur keluar dari mulutnya
Razaleigh membuka matanya memandang Naina. " Maria,kenapa kau tipu aku?maria?" matanya dipejam semula.
Naina bingkas bangun. Dia memperbetulkan tudungnya. Imej yang terpantul di cermin di tenungnya. Sakit kepala tadi masih terasa. Bayangan yang tadi muncul dalam lenanya melekat kuat dalam ingatan. Benarkah aku Maria Irdina?tapi kenapa ic Naina Talita binti Abdullah? Aku tak faham! Betul betul tak faham! Sakit kepala Naina makin terasa.Sangat sukar mencari titik logik dengan semua ni.
Dia berjalan menuju ke pintu utama. Kepalanya makin sakit,pandangan matanya makin kabur. Dia melihat jarinya menggeletar ketika tangannya memulas tombol pintu tersebut.
Buk!
Sekali lagi Naina pengsan.
"o mak kau!"
Lelaki bodyguard yang berbadan besar melatah.
Rakan sekerjanya memandangnya pelik. Lelaki berbadan sasa tapi emosi macam perempuan.Geleng kepala dibuatnya!
"Man, apa nak buat ni? Pengsan pulak dah" Mizan mendukung Naina
"kau ni badan besar otak kecil ke apa? Bawa hospital la"
"bos mana? bos?kau pergilah tengok"
2 minit kemudian man berlari mendapatkan mizan yang masih mendukung Naina.
"Mabuk! Aku call James" man dengan tergesa gesa membuat panggilan.
"okay baik" man mematikan panggilan lantas berkata pada rakan sekerjanya.
"jom. James ada kat bawah. Kita hantar perempuan ni ke hospital"
Naina dirawat di hospital. Doktor memberikan rawatan kecemasan kepada Naina.Empat jam berlalu tapi Naina masih belum sedarkan diri.
Ketika itu, Razaleigh tersedar dari tidurnya. Sakit kepala akibat dari mabuk mula terasa. Maria? Razaleigh memanggil nama wanita yang menjadi punca dia sering mabuk
"maria?"
Tiada sahutan.
"Damn it! Sorang perempuan pun tak boleh jaga hah?!" jerit Razaleigh. Marah betul dia di tinggal pergi tanpa kata sebanyak dua kali.
"bos jangan marah bos!" James memujuk Razaleigh. Man dan Mizan mendiamkan diri takut bila dimarahi.
"Korang ni tak guna betul!" Razaleigh memegang perutnya. Tiba tiba rasa mual sangat. Wuerkk!! Razaleigh muntah
James dan man memapah Razaleigh duduk di sofa ruang tamu.
Razaleigh memicit kepalanya.
James mengarahkan pelayan dapur hotel membawa segelas air lemon suam bercampur sedikit garam dan sedikit cuka epal. Dia juga mengarahkan housekeeping membersihkan suite tersebut.
Setelah hampir sejam. Razaleigh kelihatan lebih waras dan segar.
"Bos, cik Maria masuk hospital. Dia pengsan"
Razaleigh terkejut mendengar khabar tersebut. " what happen to you maria?" razaleigh tertanya tanya sendirian. Ini bukan kali pertama Maria jatuh pengsan. Lebih hairan perempuan itu langsung tidak ingat dirinya.
Share this novel