Bab 7

Drama Completed 12380

Razaleigh berdiri dan memeluk Naina dari belakang. Dia mencium leher jinjang Naina. Menyedut haruman dari tubuh Naina.

Tangan kanan Razaleigh beralih dari perut menuju ke leher kemudian ke wajah Naina. Tangan itu mencengkam rahang naina. 

"Kau tak kenal aku?betul kau tak ingat aku siapa?"

"Apa maksud kau? Naina keliru dengan maksud pertanyaan lelaki itu.

"Betul kau tak ingat aku? Atau kau pura-pura tak ingat? Cengkaman di wajah Naina semakin kuat. Naina meringis kesakitan.

"Aku betul-betul tak faham maksud kau. Aku kenal kau sejak kau bida aku la!"

"Pelacur!"

Makian Razaleigh sangat melukai hati Naina. Naina tidak faham mengapa lelaki ini sering bertukar sikap. Kadang romantis dan kadang seperti menyimpan dendam.

Razaleigh memusingkan badan Naina menghadapnya.Rambut Naina ditarik hingga kepalanya sedikit mendongak.

"Kau tengok muka aku! Aku tanya sekali lagi. Kau ingat aku?" 

Mata Naina memandang wajah lelaki itu. Dia benar benar tidak faham apa maksud lelaki tersebut. Cairan jernih mula bertakung di matanya. Mata Naina kelihatan berkaca-kaca. Sorot mata Razaleigh yang tadi tajam memandang Naina bertukar redup. Razaleigh mencium bibir Naina. Naina hanya mendiamkan diri.

"Kenapa kau khianati aku? Maria...4 tahun aku mencari kau"

Lelaki tersebut memeluk erat tubuh Naina.Semakin bingung Naina dengan lelaki di hadapannya. 

"aaa..aaku tak faham"

Razaleigh tiba tiba bertukar kasar semula. Dia menarik rambut Naina.

"Kau akan dapat balasan kau. Pelacur! menjijikkan!"

Air mata Naina mula mengalir. Hatinya di pagut rasa pilu di hina walaupun ianya memang kenyataannya.

Razaleigh menolak tubuh Naina. Dia bangun dan mengambil kot yang diletakkan di sofa. Dia memakainya seraya berkata dengan Naina.

"Aku nak kau rasa apa yang aku rasa selama ini"

Razaleigh berlalu meninggalkan Naina yang sedang menangis di lantai.

"Jaga dia"

Arah Razaleigh kepada dua bodyguard yang sedang duduk sambil melihat telefon bimbit di sofa menunggu di lobby tingkat 20.

Razaleigh turun melalui lift hingga ke lobby utama. Sebuah kereta mewah sedang menunggunya. Dia masuk ke dalam kereta tersebut dan kereta itu meluncur laju meninggalkan hotel tersebut.

"balik rumah tuan?"

"Tak. Hantar aku ke tempat biasa"  

Setelah hampir 20minit, Razaleigh tiba di sebuah hospital swasta. Dia masuk di iringi bodyguardnya.

Pintu dibuka dari luar, Razaleigh masuk sendirian ke dalam kamar pesakit vip. Kelihatan seorang wanita sedang terbaring kaku di atas katil dengan bantuan pernafasan dan wayar berselirat terpasang dimana-mana.

Razaleigh duduk di kerusi. Tangannya menggenggam jari wanita itu. Dia mengucupnya dan mengusap perlahan.

"Aku dah jumpa dia."

Razaleigh memandang sayu wajah wanita yang sedang terbaring itu. Mata wanita itu bergerak-gerak namun tetap tidak terbuka.

"Tenang. Aku akan pastikan dia dapat balasan!"

Razaleigh menggenggam kemas dan erat jemari wanita itu.

Tangan razaleigh sebelah kanan pula mengusap lembut pipi wanita dihadapannya.

"Aku janji"

Sementara itu Naina yang terduduk di atas lantai mengesat air matanya. Dia menggenggam erat kepalan tangannya. Nafasnya semakin sukar. Tubuhnya menggigil. Anxiety mula menyerangnya semula.

Dia mengesot mencapai clutch bag milik nya yang terletak beberapa langkah darinya. Dengan tangan terketar-ketar dia membuka beg dan mencari ubat penenangnya. Bersusah payah dia menelan pil tersebut tanpa air.

Tidak mengambil masa lama. Nafasnya kian teratur. Tubuhnya kurang menggigil namun kesannya dia merasa sangat mengantuk. Matanya dipejam. Dia merebahkan diri diatas lantai yang beralas karpet mewah tersebut.

"aaa…..tolong! Tolong aku!!!" igau Naina di dalam tidurnya. Naina terbangun dari tidur dengan nafas tercungap-cungap. Mimpi yang sama berulang-ulang setiap hari.Dia kini berada di atas katil. Naina merasa pusing. Kepalanya sakit. Dia memilih untuk baring dan memejamkan matanya semula.

Razaleigh hanya memerhati saja Naina.Di baru mengambil cool fever yang dihantar oleh pelayan hotel. Rupanya selepas balik dari hospital, dia kembali semula ke hotel. Niatnya ingin memberikan sedikit pelajaran buat Naina tapi melihat Naina terbaring di lantai dengan tubuh separuh bogel. Hatinya merasa lemah. Tubuh Naina diangkat dan diletakkan di atas katil. Razaleigh meletakkan telapak tangannya di atas dahi Naina. Panas!

Setelah meletakkan cool fever diatas dahi Naina. Razaleigh duduk ditepi naina dan matanya menatap seluruh wajah Naina. Hati yang pada awalnya ada kebencian mula terasa sedikit lembut.

Razaleigh mengusap pipi Naina.

"Kenapa kau yang aku cinta?kau tak layak untuk cinta aku"

Razaleigh mencium bibir hangat Naina.Jujur saja dirinya terlalu rindu dengan wanita ini. 

Terbayang kenangan mereka berdua. Dua sejoli yang saling melengkapi dan mencintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience