Bab 1

Drama Completed 12380

Klik!

"excellent"

Klik!

"jari buat macam ni"

"Bagus"

Klik!

"ok done. Tamat sesi fotografi hari ini. Thank you Naina Talita and crew semua. Well done everyone!" 

Mr.Jay tepuk tangan diikuti semua crew sesi fotografi untuk majalah women keluaran Oktober nanti.

"Lepas ni I ada program apa pula?" tanya Naina sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
Naina menuang sedikit cecair pembersih ke atas kapas dan mengelap wajahnya agar riasan di wajahnya dapat ditanggalkan.

"Lepas ni you free. You tak ada program but tomorrow night you have a fundraiser party untuk kanak kanak autism. You kan their model representative yayasan Bakti so mestilah kena hadir."

"oh really?" Naina menyua kan belakang badannya kepada pembantu peribadinya rose untuk membantunya membuka zip belakang.

"I almost forgot. Bigboss bagi you cuti hari ni so you free malam ni tau"
Rose menarik zip dan memberikan tuala kepada Naina.

"lets go to the club! Mesti diorang excited jumpa you.lama tak keluar sama" sambung rose

"just go on. I tak ada mood malam ni." 
Naina melepaskan keluhan berat.

Naina siap menukar pakaian sesi fotografi tadi. Dia kini memakai skinny jeans dengan turtle neck sweater berwarna soft brown.
Rambutnya di ikat ponytail dan wajahnya dibiar polos tanpa calitan make up.

"everything here,dress,shoes and so on. You nanti bagitau dengan crew. I nak balik dulu. I think i will sleep for a whole night."

Naina mencapai handbag gucci miliknya dan menyarungkan kakinya dengan high heel jimmy choo lalu keluar dari bilik sambil tangannya melambai kepada rose.

"mentang mentang lah hot diva. Aish..mereput la you dalam rumah saja" bebel rose.

Naina Talita penyanyi no.1 asia. Lagu lagunya hits di malaysia,indonesia,brunei,china dan singapura. Sudah tiga tahun dia menceburi bidang nyayian ini. Dia menjadi buruan majalah dan banyak organisasi dan syarikat mahukan dia menjadi wakil jenama mereka.
Influencer tik tok dan ig paling diminati di asia.

Kecantikan Naina sering menjadi idola para wanita dan igauan indah para lelaki. Naina menghiasi banyak majalah tempatan dan antarabangsa. Karier sebagai model juga berjaya seiring kariernya sebagai penyanyi no. 1 asia. Sudah banyak jenama antarabangsa seperti lancome,maybelline,sony,prada,gucci dan lain lain yang bekerjasama dengannya. 

Naina membuka pintu kereta mercedes miliknya dan menghidupkan enjin. Naina membetulkan cermin hadapan kereta dan melihat telefon bimbitnya.

"Baru pukul 3..mm..grocery dulu la"

Naina meninggalkan perkarangan parkir studio dan menuju ke pasar raya.
Dia memakai penutup muka dan cermin mata tanpa power. Dengan cara itu peminatnya tidak akan mengenalinya dan dia bebas melakukan apa saja perkara tanpa ada yang peduli atau ganggu.

Ya bukanlah bermaksud dia sombong cuma ada masanya dia lebih suka introvert agar menikmati apa yang dia sukai.

Inferno! Baby i'm the reason why bad so fun hell so hot.oh so!

Nada dering lagu terbaru bella porch di telefon bimbit milik naina menghentikan niatnya untuk mengambil fresh yogurt di rak dingin.

"Assalamualaikum mummy su!" Naina bertukar ceria apabila menjawab panggilan video dari insan yang cukup bermakna buatnya.

"waalaikumsalam. Naina tengah buat apa tu?" 

"Naina ada kat kedai ni mummy. Nak beli barang dapur sikit. Nampak tak?" naina mengarahkan skrin telefon nya ke troli dan kawasan sekitar pasaraya tersebut.

"jarang anak mummy beli barang dapur. Cuti ke hujung minggu ni?"

"betul mi..esok naina dapat cuti. Tapi naina tak dapat balik tau mi"

"tau sangat dah..nak membuta la tu. Qada tidur kan?" suraida menunjukkan mimik muka mengejek.

"hahaha...mestilah mi...wajib. bukan selalu dapat cuti macam ni"
Ketawa naina melihat telatah mummy nya.

"okay lah. Kamu hati hati.nanti dah sampai rumah bagitau mummy okay. Take care sayang"

"okay mi. Bye"  

Naina menyambung memilih barang dapur yang dikehendakinya. Tidak perlu lama setengah jam saja sudah siap dia berbelanja.

"muka akak ada iras naina talita la"
Cashier didepannya memuji Naina. Kalaulah dia tahu memang dirinya Naina pasti kecoh satu pasar raya ni.

Naina membersihkan diri setelah meletakkan barang dapur yang dibeli diatas meja.
Bersiap sederhana memakai baju tshirt besar kolar V dan legging. Rambutnya hanya dibungkus tuala. Naina mengambil kuali dan meletakkanya diatas dapur api.
Menyusun semua barang dapur yang dibeli tadi ke tempat yang sesuai.

Untuk makan malam naina hanya masak scramble egg gaya naina. Telur dibancuh dengan susu dan sedikit garam dan lada sulah. Dia menumis hirisan bawang besar dengan sedikit minyak. Setelah beberapa ketika dia masukkan bancuhan telur dan susu tadi. Kemudian masukkan hirisan daun bawang ke dalamnya.

Makan malam sambil menonton filem memang menenangkan hatinya. Seusai makan malam,naina mula menguap dan merasa ngantuk.Malam masih awal tapi dia sudah memilih untuk lena dibuai mimpi.

Deringan telefon bimbitnya menganggu mimpi indahnya. 

"hi my darling baby!"
Kedengaran suara lelaki dihujung talian.

"mmm.."

"you dah tidur ke? Oh come on malam masih awal and you masih muda babe"

Hanya tiga orang yang mengenali kesukaan Naina. Mummy,pembantu nya rose dan Mr.Albert Tan bos besar syarikat rakamannya.

"biasalah" balas Naina dengan mata yang masih dipejam erat.

"okay. Don't want to disturb you. Just remember your schedule tomorrow okay.Make sure you look fabulous darling." Mr. Albert mengingatkan Naina.

"mm..k.." 

Naina terus mematikan telefon dan meneruskan tidurnya. Harapannya moga bersambunglah mimpi tadi. Ish..kacau daun betul!

Jam menunjukkan pukul 11 pagi bila Naina bangun dari tidurnya yang panjang.
Naina bangun membersihkan muka dan mengosok giginya.

Naina meneguk segelas air putih dan membuka peti sejuk mengambil sayuran dan sedikit daging lembu. Menu tengah harinya sudah difikirkan dari semalam. Simple mee ala naina.
Dia didihkan satu periuk kecil air dan memasukkan pes sambal korea. Setelah mendidih,dia memasukkan hirisan nipis daging lembu. Setelah yakin telah empuk,dia masukkan sayuran seperti kam choy, cendawan dan sawi. Akhir sekali masukkan mee jernih yang dia telah rendam sebelumnya dan ditambah sedikit air,garam dan perasa secukupnya.

Naina baru melabuhkan punggung di sofa empuknya apabila loceng rumahnya berbunyi.

"halah halah..siapa saja datang" gumam Naina sambil berjalan menuju ke pintu. 

"mm...dia ni" Naina melihat dari lubang kecil dipintu. Tombol pintu dipulas dan pintu terbuka.

"hello my bos. I datang untuk siapkan you" rose ceria menyapa Naina.

"Aku baru nak makan"
Naina menuju ke sofa tempat dia meletakkan hidangan spesial darinya tadi. Dia menghidupkan suis televisyen dan memilih channel netflix.

"tak pe you makan dulu. Macam biasa Albert yang suruh I datang awal. Mana tau you masih membuta"

Naina menyua makanannya kepada rose. Rose menolak bukan kerana dia tak lapar tapi dia sudah membeli salad sayuran dan buahan sebelum ke rumah Naina.

"i cemburu dengan you Naina. Makan banyak pun kurus je. I ni mm...ambil nafas je terus gemuk"

Seperti biasa memang ada saja perkara yang boleh dijadikan modal rose untuk bercerita.

Naina hanya tersenyum lalu menghirup kuah mee sambil matanya terus fokus dengan filem yang ditayangkan di skrin televisyen.

Jam menunjukkan pukul 1.30 tengah hari. Rose terbangun dari tidurnya bila jam di telefon bimbitnya berbunyi.
"OMG! I tertidur. Naina you better get ready. You kena pergi spa and then bersiap" 

"chill babe! Majlis mula pukul 8 right? Dekat je dengan rumah I" 

Naina memeluk erat bantal dan mula kedengaran bunyi dengkuran halus.

Rose cuba mengagak masa yang diperlukan dan kemudian menjerit mengejutkan Naina. Tangannya mengoncang tubuh Naina.

"No naina. You bersiap ambil masa half an hour so that time maybe 2pm,and then kita ke spa kalau tak jem setengah jam je kalau jem..sejam agaknya. Then 2hours need it for your spa. Another 2hours untuk siapkan make up you,rambut you.OMG kita dah lambat ni"

"ha..ye la ye la" Naina bangun menuju kedalam bilik. Selepas 20minit Naina keluar dengan berpakaian rapi dan riasan wajah ala korean look.

Naina memang pelanggan setia Spa kecantikan exclusive ini. Sebenarnya spa ini milik bosnya juga si Albert Tan. Pakej Naina sudah ditetapkan oleh Albert Tan. Setiap hujung minggu dia perlu merawat diri di spa tersebut.

"hi darling" sapa seorang wanita berlingkungan 40an.
"hari ini you ada sesi urut,bertangas,spa,manicure and pedicure" sambung wanita tersebut.

Naina menanggalkan baju dan kini berkemban saja. Dia berbaring diatas katil yang disediakan. Badannya mula diurut oleh staff spa. Wahh...nyaman sungguh! Mata Naina mula terpejam rapat.

Tidak sedar masa berlalu dan sudah pun pukul 6.45pm. Naina sudah pun bersiap dihias cantik bagaikan bidadari. Naina anggun memakai gaun labucci hitam berleher turtle neck,lengan panjang dan gaun yang labuh kembang. Rambutnya ditata rias dengan bang didepan dan rambut lurusnya terurai ke belakang menampakkan telinga yang cantik dihiasi subang berlian. Riasan wajahnya agak neutral dan fokus kepada bibirnya yang merah.

Penampilannya seringkali mengundang kekaguman para staff spa. bahkan sesiapa saja yang melihatnya. Itulah kelebihan keduanya selepas suaranya yang merdu.

thank you sudi baca. ini novel ke 2 dari saya. novel ni ada mature content so hanya untuk 18 keatas. harap sudi follow dan komen ya. my 1st novel jodoh aku artis. yang belum baca disarankan baca. jangan lupa komen. thank u

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience