Bab 2

Drama Completed 12380

Naina datang tepat di majlis. Langkahnya penuh keyakinan dan penampilannya yang memukau berjaya mencuri semua perhatian para tetamu majlis. Majlis berpestrij ini dihadiri oleh tetamu ternama.

Sebagai wakil yayasan Bakri,Naina terpaksa memberi ucapan. Tiada susahnya kerana rose sudah menyediakan semuanya. Dia hanya perlu membaca nya saja. Ucapannya mendapat tepukan gemuruh.

Naina mengambil satu sudut yang agak terpencil dari tetamu lain. Dia memandang keluar kaca melihat pemandangan mengkhayalkan kuala lumpur pada waktu malam. Lampu berwarna warni kelihatan cantik sekali.

Prang!
"maafkan saya cik puan.Saya tak sengaja" kedengaran suara seorang gadis memohon maaf.

Pang!
"how dare you?! Baju I ni mahal tau tak" wanita berusia 50tahun menampar wajah gadis itu kerana menumpahkan air di bajunya.
"where is your manager?!" 

Gadis itu mengutip pecahan kaca dengan riak wajah yang hampir menangis. Seorang rakannya pula segera mengelap lantai tersebut.

Gadis itu berlalu menuju ke ruang dapur. Ruang itu setentang dengan tempat Naina berada. Dia memerhatikan saja apa yang terjadi.

Huh! Typical Orang kaya idiot! Maki Naina dalam hati.

Lengan gadis tersebut ditarik kasar seorang lelaki. Naina jangka kan lelaki tersebut mungkin pengurus.

"you're fired! Get lost!"

"jangan..tolonglah saya perlukan kerja ni.Tolong tuan!" rayu gadis tersebut.

Tiada belas kasihan dan peluang kedua untuknya. Gadis tersebut mengambil begnya dan berlalu pergi menuju ke tandas. Tangisnya sudah tidak dapat ditahan lagi. Air mata membasahi pipinya.

Dunia memang kejam. Kau lembik kau kalah! Kau miskin kau kalah! Naina tersenyum sinis.

Suasana tadi menghancurkan moodnya. Dia berjalan menuju ke tandas.
Tandas di restoran lima bintang berlatar belakangkan pemandangan hutan konkrit bangunan kuala lumpur yang berwarna warni di waktu malam memang terhias indah dan bersih.

Naina membuka pili air dan membasuh tangannya. Esakan tangis gadis malang tadi sayup kedengaran di halwa telinga Naina.

"are you okay?" tanya Naina.

"ye saya okay.maaf saya pergi dulu" gadis tersebut membuka pintu dan ingin berlalu pergi.

"tell me and maybe i can help" 

Perkataan Naina tersebut menghentikan langkah gadis tersebut.

"terima kasih tapi takpe saya okay"

Gadis tersebut membuka pintu dan ingin berlalu pergi namun sempat Naina pegang lengannya.

" nanti ! Apa nama kau?Kau boleh mengemas rumah?" tanya Naina.

"Boleh.saya boleh buat apa saja. Nama saya Latifah" balas gadis tersebut. Matanya mula bersinar.

"Ni alamat aku. Esok kau datang. Aku gajikan kau tetap. Ini gaji permulaan kau" Naina menghulur sekeping kad nama dan not Rm100 sebanyak 4 keping kepada gadis tersebut.

"Ya Allah,terima kasih. Awak tak tahu betapa bersyukurnya saya. Terima kasih terima kasih" gadis tersebut menunduk kan kepala berulang kali.

Naina hanya tersenyum dan berlalu menuju ke kerumunan ramai. Dia kelihatan menyapa mesra seorang lelaki dan wanita.

Tanpa sedar seorang lelaki mendengar butir percakapan naina dan gadis tadi. Lelaki  itu memerhati tingkah laku Naina dibalik dinding yang memisahkan tandas lelaki dan wanita. Dia tersenyum. Interesting ! Gumam lelaki tersebut.

Keesokannya pagi pagi lagi Naina dikejutkan oleh panggilan telefon. Dia menutup telinganya dengan bantal namun deringan tersebut masih juga menganggu lenanya.

"apa?" Naina menjawab kasar panggilan tersebut.

"hello darling baby! You tidur lagi? Almost 11 o'clock ni." 

"awal lagi" Naina membidas kata kata Mr.Albert. Lelaki ini seringkali merampas kesenangannya.

" takpe takpe..you sambung tidur nanti okay. By the way i have good news for you. Ada seorang berikan high bids on you..5 million for one night darling! Untung! You memang my sugar baby"

"Bila?"

"Tonight darling! Get ready okay. Tata darling" Mr. Albert mematikan panggilan tersebut.

Naina mencampak telefon bimbitnya diatas katil. Dia menutup matanya semula. Tiba tiba Naina bingkas bangun dan melihat telefon bimbitnya. Terdapat 5 missed call dari nombor tidak dikenali dari pukul 9.30pagi tadi. Latipah! Eh Latifah!

"sorry sorry aku tidur tadi. Kau kat mana?" 

"saya ada depan security guard. Diorang tak benarkan saya masuk" jawab latifah.

"hah? Maksudnya kau dah tunggu 2jam?" 
"haah cik" Latifah menganggukkan kepala seolah olah Naina boleh melihatnya.
"tunggu!" 

Naina mematikan panggilan tadi dan menuju ke telefon rumah yang berhampiran dengan pintu masuk.

"Hi, I am Naina Talita resident 676. Please allow my guest name latifah" 

Ding dong!

Naina membuka pintu dan mempersilakan Latifah masuk.

"Assalamualaikum cik"

"waalaikumsalam wbrt. Masuklah. Kau boleh kemas rumah aku. Mari aku tunjukkan. Ini dapur aku. Kau boleh makan atau minum apa saja yang ada except for my supliment of course. Ini tandas, Ini wash area. Aku ada mesin basuh dan dryer. Cara guna ada ni..aku memang tampal. Sabun softener semua ada. Ruang tamu aku as you can see. Ini bilik untuk pakaian aku. Bilik ni kau tak payah usik unless hanya membersihkan lantai saja. Ni bilik tetamu. Ni office aku dan Ni bilik aku. Pakaian aku mesti siap disterika. Kasut kasut aku kat depan tu pun kau kena bersihkan. Bantal dan tilam please ya kau vaccum guna ni." panjang dan tanpa henti Naina memberikan arahan. Latifah hanya mengangguk saja.

Ding Dong!

Latifah membuka pintu. Rose terkejut melihat latifah. Dia keluar sebentar dan menjenguk nombor unit rumah. Betul 676.

"err..rumah Naina?" tanya rose

"betul kak.masuklah" balas Latifah.

"kak dia kata aku. Aku nampak macam kakak dia ke?" bebel rose sendirian.

"Dah jom aku dah siap" Naina menarik tangan rose.

"eh eh jap. Tadi tu sapa?"

"lupa pulak. Tu latifah maid aku. Aku nak minta kau tolong uruskan acknowledgement letter untuk security management. Tak buat kang payah pula dia nak naik atas ni." terang Naina.

"kau biar betul beb. Kau rasa selamat ke? Kalau dia tahu hal kau macam mana? Hangus beb hangus" Rose berbisik di telinga Naina.

"jangan risau okay lagipun dia bukan 24jam. Pukul 10 sampai 3 saja. Nanti kau datang sini balik tengokkan dia" balas Naina.

Naina dan rose masuk kedalam spa private dan ekslusif milik Albert. Dia harus bersiap untuk sesuatu yang penting.

Naina mengenakan gaun labuci penuh berwarna emas. Anggun memang trademark Naina. Gaun tersebut berlengan panjang,paras peha,leher V menampakkan belahan dadanya,berbalut kemas menampakkan pinggangnya yang ramping.high heel senada dan pouch gucci berwarna emas. Riasan wajahnya sedikit tebal dari biasa. Rambutnya di tata beralun separas bahu dibiar lepas.

Sebuah limosin mewah menunggu di pintu masuk spa. Bangunan spa ini dulunya adalah salah satu banglo mewah milik Albert.
Naina berjalan keluar menuruni anak tangga didepan pintu masuk sebelum masuk ke dalam limosin mewah tersebut.

Limosin ini meluncur laju menuju ke destinasi. Naina menyilangkan kakinya sambil melihat skrin relefon bimbitnya.

"Syed Razaleigh Syed Othman siddiq"

Naina membaca mesej yang dihantar oleh rose. Hanya informasi nama saja yang akan diberikan oleh Albert mengenai klien nya. Kata Albert semakin dia kurang mengenali klien nya itu lebih baik.

Lokasi pertemuan akan diatur oleh Albert sendiri. Limosin mewah ini adalah aturan Albert. Dia hanya perlu mengikuti saja. Pemandu sudah diberi arahan tentang lokasi.
Lokasi perjumpaan selalunya di beberapa bunglo mewah milik albert.Naina turun setelah pintu dibuka oleh seorang lelaki bersuit hitam.

"cik,sila masuk ke dalam kapal terbang. Tuan sedang menunggu di dalam" lelaki tersebut menunjukkan arah.

Tersergam besar sebuah kapal terbang peribadi di hadapan Naina. Kagum Naina ini kali pertama menaiki kapal terbang peribadi ketika temu janji. Betul kah Albert rancang?

Naina melangkah masuk ke dalam kapal terbang tersebut. Tangannya disambut oleh seorang wanita yang cantik tersenyum kepadanya.

"welcome Maria"  sapa seorang lelaki

Naina memandang lelaki tersebut yang sedang duduk. Tangan kirinya memegang sebatang cerut. Tubuh badannya tegap,wajahnya tampan dengan mata berwarna hazel. Dia memakai suit mahal berwarna soft grey dipadankan kemeja putih. Rambutnya kemas disisir.

"Mr. Razaleigh?" 

Lelaki itu hanya tersenyum. Wanita pramugari tersebut mempersilakan Naina duduk di kerusi yang dikhaskan untuknya.

"where are we going Mr. Razaleigh?"

"Just Razaleigh please. I akan bawa you to my special place"

"you know the rule right? Just one night" Naina memperingati lelaki tersebut.

"Yes of course. I add 1million untuk bawa you ke tempat I"

6millions? Memang bid paling tinggi setakat ini. Which means lelaki di depannya ini memang super kaya! Naina bermonolog didalam hati.

Terpulanglah penilaian orang. Naina adalah esklusif call girl. Minima bid untuk bermalam dengannya adalah RM 1 juta. Itu harganya bersesuaian dengan popularitinya. Seorang diva popular no. 1 asia. Mr. Albert adalah orang yang menguruskan transaksi pembida dan artis artis dibawahnya.

Kartel dadah,pelacuran kelas atasan semua itu dunia tersembunyi dalam kemasyuran dunia glamor. Pernah dengar artis ditawar ratusan ribu ringgit hanya untuk bermalam dengar mereka? 

Mereka ya mereka yang seperti razaleigh. Lelaki hidung belang yang mempunyai nafsu tinggi dan sanggup membuang duit berjuta juta ringgit untuk merasa hubungan badan dengan artis artis seperti Naina. Lagi mashyur populariti ditambah pula cantik maka makin mahal la bidaan yang dikenakan. Obsesi yang akan terubati setelah memilikki.

Naina Talita adalah nama pentas dunia glamornya dan MARIA adalah nama dunia larangan disebalik kemashyuran dirinya.

Hampir satu jam kemudian,pesawat tersebut akan mendarat. Naina melihat dari atas. Kelihatan pesawat ini akan mendarat disebuah tempat berdekatan pantai.

Naina mula merasa sedikit keresahan dihati kerana jauh dari kenalannya. Siapa yang tahu bagaimana kegilaan lelaki ini. Bukan sekali ini Naina melayani kegilaan lelaki kaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience